Selasa, 14 Jun 2011

otaiblues

otaiblues


Woyoo...1.8 juta belanja nya? Awat la yang bongok sangat ni...

Posted: 14 Jun 2011 10:56 AM PDT

Alahai...awat banyak nya keluar belanja kalau sekadar nak buat fb tu?
Anak aku yang baru tingkatan dua pun pandai nak buat,,,Siapalah yang bongok ,,,pekerja? pegawai pagawai atau menterinya?
1,8 juta tu masuk ke lain kot?
Salah satu bukti pembaziran..bukti penyalahgunaan duit kerajaan,,,dan bukti kebongokan satu jabatan...

Perkasa di naik taraf polis pencegah rusuhan.

Posted: 14 Jun 2011 10:27 AM PDT

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai "mengacau".


Sengaja nak mencari  publisiti murah la tu...Mengacau  yang macam mana di maksud oleh perkasa tu...tak faham la...
Sejak bila pulak perkasa di beri kuasa untuk menghalang perarakan bersih ni...

Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor". - mkini

Nak bukti ka pada siapa sebenar nya ni? pada kerajaan malaysia? pada pe em... yang konon nya perkasa 
ni hebat?
Semua rakyat dah tau..perkasa nakmengampu, nak membodek..kalau kalau pilihan raya kali ini..ada tempt untuk ketuanya masuk bertanding...
Tak ke gitu?

Tiada ulasan: