Senyum Tangis Sendu |
- Barang Inilah Yang Dijual Dalam Kedai 1Malaysia
- RTM Lakukan Kesilapan Secara Langsung Kepada Penonton
- Abang Long Kena Tangkap Pakai Baju BERSIH?
Barang Inilah Yang Dijual Dalam Kedai 1Malaysia Posted: 25 Jun 2011 02:54 AM PDT |
RTM Lakukan Kesilapan Secara Langsung Kepada Penonton Posted: 24 Jun 2011 10:56 PM PDT Malam tadi telah diadakan rancangan Bicara Rakyat di Rakyat Tunggu Mati (RTM) di saluran 1 yang bertajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat'. Lokasi tempat berlangsungnya secara langsung itu dari Universiti Teknologi Malaysia kampus Semerak. Tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' agak sedikit tersasar kerana sikap moderator, Syed Munawar seakan-akan mahu menjadi ahli ketiga bagi pihak BN. Sepatutnya beliau tidak "bias" dalam bertanyakan soalan tetapi menjadi "backup" kepada kerajaan. Tetapi nasib baik hujah yang dilontarkan oleh moderator dan ahli panel BN dijawab dengan sempurna dan menyebabkan pemidato BN, Lokman Noor Adam terpaksa mengalih isu kepada berkaitan Anwar Ibrahim dan Negara Kebajikan. Ahli panel dari Universiti Pertahanan Nasioanl Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tee Abdullah pula terperangkap dengan isu berkaitan demonstrasi dalam stadium. Beliau mencadangkan agar demonstrasi diadakan dalam stadium dan pada masa yang sama beliau berkata dalam stadium juga tidak selamat. Beliau terperangkap dengan isu yang cuba dilontarkannya sendiri. Pemidato dari Barisan Nasional pula berkata bahawa demonstrasi sepatutnya tidak diadakan kerana akan menggangu peniaga yang mencari makan. Namun hujahnya juga memerangkapnya sendiri kerana beliau tidak sedar bahawa Pemuda BN juga akan berdemonstrasi. Apabila hujah tersebut cuba dipatahkan oleh Dr Dzulkifli, beliau mengalihkan isu kepada skandal Anwar Ibrahim dan isu Negara Berkebajikan PAS. Moderator pula berkata untuk mengelakkan kemaslahatan besar, perlu mencari kemaslahatan yang kecil. Cadangan moderator ialah mengadakan demostrasi dalam stadium kerana ia merupakan kemaslahatan kecil tetapi Dr Dzulkifli membalas dengan isu yang diperkatakan oleh Dr Ridhuan Tee adalah tidak selamat. Dr Dzulkifli cuma menjawab dengan tenang bahawa kemaslahatan kecil dapat dielakkan dengan hanya Perkasa dan Pemuda BN harus tidak terlibat dalam demonstrasi bersama Bersih kerana jika Perkasa dan Pemuda BN berkumpul, maka itu adalah kemaslahatan yang besar. Jadi, untuk menjadikan itu kemaslahatan kecil maka Perkasa dengan Pemuda BN cari satu tarikh yang lain jika mahu berdemonstrasi. Malam tadi juga menunjukkan cara-cara berhujah dari pihak BN dan PR. Namun hujah BN agak tidak realistik dan banyak mengalih isu dari tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' ke isu skandal seks Anwar Ibrahim. Itulah hujah UMNO yang tidak bersedia. |
Abang Long Kena Tangkap Pakai Baju BERSIH? Posted: 24 Jun 2011 10:51 AM PDT SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini. Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu. Jonah (T-shirt kuning) dibawa ke balai polis Shah Alam Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu. "Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu," kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini. Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu. "Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…" katanya. Terdahulu, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan