Sabtu, 25 Jun 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


6 pemimpin BERSIH dipanggil polis

Posted: 25 Jun 2011 08:07 AM PDT

BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

NONEMereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria (kanan), pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini. 

Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.

Dalam perkembangan terbaru, Ambiga memaklumkan bahawa perjumpaan dengan polis ditangguhkan.

"Setakat ini belum tahu tarikh baru," katanya melalui SMS kepadaMalaysiakini.

INI BARU POLIS MALAYSIA BEB...

Posted: 25 Jun 2011 03:04 AM PDT

Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0.

Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily,

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob pula dilapor menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan BERSIH.

"Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Sepanjang tempoh diambil keterangan, dilaporkan juga kira-kira 20 orang dipercayai penyokong AMK dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis.

Perbicaraan Datuk T atau pesta serang Anwar?

Posted: 24 Jun 2011 08:49 PM PDT

Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu?

NONEAtau, adakah memadai untuk peguam negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.

Tidak ada peluang untuk peguam-peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan Datuk T.

Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh peguam negara, polis dan peguam Datuk T untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.

azlanPada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan "pakar" dan bukti-bukti lain yang dikemukakan semalam.

Justeru persoalan yang amat relevan adalah: Adakah peguam negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau?
Tak berani minta dibicarakan

Jika jawapan Gani adalah "ya", maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji "bukti-bukti" pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinchi "semangat patriotik' gandingan Datuk T dalam menayangkan video lucah berkenaan

datuk t charged 240611 outside court after trialSayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shahryl Eskay Abdullah tidak pula mengaku tidak bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri.

Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam-peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas "pakar-pakar" pendakwaraya.

Namun ini tidak berlaku. Gandingan Datuk T sebaliknya cepat-cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullahSebaik sahaja keluar mahkamah, Datuk T dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar.

Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah Datuk T adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis?

Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar.

Yang menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang memberikan peratusan sedemikian.

NONESatu carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk ijazah pertama sahaja. Kewibawaannya dalam bidang penyelidekan ala-CSI ini perlu disahkan terlebih dahulu.

Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika itu di mahkamah terbuka, peguam Datuk T pula menyimpan dokumen itu untuk ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan.
Menyelamatkan Malaysia?

Rahim, Shuib dan Eskay kemudian "dilepaskan" dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup "mengorbankan diri" dengan menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia.

datuk t charged 240611 rahim thamby chikJIka itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka.

Denda beberapa ribu ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang.
Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan Datuk T, oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya;
  • Eskay mendakwa kejadian berlaku di hotel, kertas tuduhan mengatakan ia berlaku di sebuah pangsapuri. Eskay mengaku beliau berada dalam rakaman lucah itu dan camcorder yang mengandungi rakaman itu dirampas dari beliau oleh polis.
  • azlanJusteru, bukankah Eskay mempunyai peranan yang jauh lebih berat dalam rakaman video itu? Kenapa dibataskan dakwaan terhadap Eskay hanya dalam peranan menayangkan video lucah dan bukan sebagai pihak yang mendalangi rakaman itu sendiri? Malah, mungkin membekalkan pelacur yang dimaksudkan?
  • Dan, ini persoalan yang sering ditanya oleh media arus perdana – apa jadi dengan isu jam Omega yang diserahkan oleh Eskay kepada polis? Tiba-tiba isu jam itu "dilenyapkan' daripada paparan orang ramai.
Umno tak terlibat?
Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada aspek-aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya.

datuk t supporters in court 3Segala pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau pertuduhan.

Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya, peguam Datuk T "melanyak" beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di mahkamah.

NONEKetua Pemuda Umno Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan kepada Anwar.

Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam Negara di dalam mahkamah terbuka?

Semua ini dibuat tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.

Rasanya Khairy tahu maksud pepatah "lontar batu sembunyi tangan"

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Jangan tipu rakyat Najib ke Pasir Puteh

Posted: 24 Jun 2011 10:38 AM PDT

Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, diingatkan agar jangan menipu rakyat dengan jumlah kehadiran ahli Umno yang akan menyambut kedatangan Presiden parti itu pada 2 Julai ini.
Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh turut  mengingatkan pihak Umno  agar tidak mempergunakan guru-guru sekolah dan Kafa untuk dijadikan alat suruhan bagi memenuhi majlis berkenaan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh, Mohd Nazry Mohamad Nor berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada guru-guru bahawa mereka bakal diwajibkan menghadiri program berkenaan, sedangkan kehadiran Datuk Seri Najib bukan atas lawatan rasmi kerajaan, sebaliknya bagi tujuan parti.
Menurut belliau, biarkan kakitangan awam menentukan sikap mereka dalam berpolitik. Jangan kongkong mereka dengan arahan wajib. Mereka bukannya budak tadika yang sewenang-wenangnya boleh diarah untuk menghadiri sesuatu program parti.
Katanya, pihak PAS yakin Umno makin tertekan dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan mereka gopoh dalam menjawab agenda itu.
"Mereka terpaksa mendatangkan Presiden parti bagi memulihkan semangat ahli yang semakin celaru dengan sikap pendirian parti dalam isu-isu dalam negara," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Kecelaruan mereka itu, menurut beliau, jelas nampak dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, apabila Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberi amaran kepada rakyat untuk tidak turun pada demonstrasi berkenaan.
Dalam masa yang sama, katanya, Ketua Pemuda Umno berkeras untuk membawa pemuda parti itu untuk turut sama berdemonstrasi pada hari berkenaan bagi tujuan yang hampir sama dengan apa yang dibawa oleh Bersih.
"Sehingga sekarang Umno masih mengamalkan budaya politik lama dengan cara menggunakan segala jentera kerajaan untuk menang dalam pilihanraya, tanpa dengan kekuatan parti mereka," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan, kira-kira 20,000 ahli Umno Bahagian Pasir Puteh dijangka menyertai program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke jajahan itu dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan pada 2 Julai ini.
Ketua Umno  Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, selain itu badan bukan kerajaan (NGO) terutama golongan belia, peniaga, petani dan nelayan akan turut serta pada majlis berkenaan.
"Lawatan ini julung kali diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh.
Beliau berkata, Perdana Menteri akan menemui peniaga di Pasar Pasir Puteh dan pemandu kereta sewa yang dilantik sebagai "duta kecil" untuk membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan konsep 1Malaysia kepada masyarakat umum.
Katanya, selepas majlis berkenaan, Najib akan ke Sekolah Kebangsaan Seri Aman untuk menemui ahli parti termasuk pegawai Kerajaan Persekutuan terutama kaum pendidik dan akan menyampaikan amanat penting kepada mereka.
Zawawi dilaporkan berkata, pada kesempatan itu, beliau akan menyampaikan hasrat penduduk Pasir Puteh yang mahukan Kerajaan Pusat menyegerakan pembinaan sebuah institusi pengajian yang berasas kejuruteraan laut yang dicadangkan dibina di Tok Bali.
Perdana Menteri kemudian akan menemui veteran Umno di Masjid Pulai Lima dan menunaikan solat sebelum ke Machang. Pada sebelah malam, Najib akan ke Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut Mohd Nazry, beliau yakin mereka yang dipaksa hadir ke majlis berkenaan cerdik untuk menilai pendekatan politik pembangunan yang bertujuan memberi candu kepada rakyat.
"Sedangkan banyak lagi projek Kerajaan Pusat yang terbengkalai dan ada yang masih belum dimulakan, termasuk jambatan yang dijanjikan dibina untuk pengundi Dun Manek Urai 2009 yang lalu.
"Saya cabar Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh mengumpulkan ahli sebenar Umno untuk hadir ke majlis itu, tanpa ada kerahan wajib kakitangan kerajaan sekiranya beliau inginkan keaslian dalam perjuangan dan melihat keutuhan semangat ahli," ujar beliau.

Tiada ulasan: