Selasa, 14 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: Lagi Pencacai UMNO Buat Laporan Polis Pasal Bersih 2.0

Posted: 13 Jun 2011 11:24 PM PDT





Gambar di atas adalah beberapa laporan yang dibuat oleh pencacai UMNO mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0. Kata pencacai tersebut, bahawa demonstrasi itu dilakukan oleh parti pembangkang yang akan menyusahkan rakyat dan peniaga.

Wei bangang. Kalau perhimpunan itu UMNO buat engkau join la ye. Kenapa puak-puak ni bodoh sangat dan ada yang kaya ini bukan kehendak rakyat tetapi individu. LAgi kepala otak engkau. Habis itu individu itu bukan rakyat ke? Bangang punya pencacai.

Kenapa pencacai ini takut sangat dengan demonstrasi BERSIH 2.0 adalalah kerana demonstrasi yang dianjurkan oleh BERSIH lebih ramai jika dibandingkan dengan demonstrasi yang cuba dianjurkan oleh puak-puak songkok tinggi. Mengapa?

Puak-puak songkok tinggi berdemonstrasi menggunakan wang dan sebab itu yang datang demonstrasi di bawah angka 1,000 orang walaupun RTM sentiasa menggenapkan sehingga angka 1,000 orang. Kadang-kadang yang datang pun diangkut untuk meramaikan keadaan.

Rakyat semua menyahut seruan Bersih 2.0 dan yang tidak bersetuju ialah puak-puak songkok tinggi. Laporan yang dibuat kebanyakkan dari UMNO dan bukannya dari peniaga. Ada sesetengah peniaga telah disuruh oleh puak-puak songkok tinggi untuk membuat laporan polis dan peniaga berkata itu tidak ada masalah dengan kami.

Jadi, sahlah UMNO yang tergugat dan bukannya peniaga. UMNO sibuk membela peniaga akn kerugian sedangkan peniaga tidak pernah berkat apa-apa. Hanya pencacai sahaja yang akn rasa rugi sedangkan peniaga sudah beberapa kali alami seperti ini.

P/s: Gambar di atas bukan aku ambil tapi RTM yang siar. Marahkan RTM ye..

Laman Web Kerajaan Malaysia Digodam Khamis ini?

Posted: 13 Jun 2011 07:45 PM PDT


 


Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah "Operation Malaysia" awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

Tony Blair Baca Al-Quran Setiap Hari

Posted: 13 Jun 2011 05:04 PM PDT


LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. 

Agensi

Tiada ulasan: