Anak Sungai Derhaka |
Mogok Nelayan : Soi Lek kata Ismail Sabri tidur.. Posted: 14 Jun 2011 04:44 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyangkal dakwaan bahawa beliau gagal mengetengahkan keluhan nelayan laut dalam, kelas C2, berhubung isu pemotongan subsidi oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. "Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini. Sejak ditamatkan pada 1 Jun, MCA mendapat banyak aduan daripada pengusaha bot dalam yang yang mahukan kerajaan mengembalikan harga diesel kepada RM1.25 yang dinikmati mereka selama ini. Mereka tidak puas hati kerana terpaksa membeli diesel pada harga biasa RM1.80 seliter seperti pengguna biasa. Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok menyelar tindakan itu dan Dr Chua pula dalam pertemuannya dengan nelayan berjanji memanjangkan keluhan itu kepada MTEN yang mana beliau turut menjadi anggotanya. Walaupun bersetuju dengan keputusan penyelarasan subsidi itu, Dr Chua berkata pelaksanaannya perlu diambil kita. "Sekiranya menteri (Ismail Sabri) mengambil kira pandangan nelayan dan memahaminya masalah mereka, semua ini tidak akan berbangkit," kata bekas bekas menteri itu. |
PAS gugur perkataan Islam pada Parti? UMNO kenapa tak tambah perkataan Baru ? Posted: 13 Jun 2011 09:06 AM PDT Lidah Rasmi UMNO melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, "Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam, saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia," Dan sebuah blog Pro-UMNO yang dipercayai dari jenis "Tak Menyalak, Tak Makan" telah menulis Ramai penyokong2 PAS mati2 ingat mereka menyokong prjuangan Islam..telah buat satu jihad yg besar!! walaupun apa pun dakyah UMNO, mereka yakin ngan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam selaras ikut AQ dan sunnah!! Itu dari blogger yang jenis "Tak Menyalak, Tak Makan".. cuba korang baca apa pula yang ditulis oleh Blogger Pro-UMNO yang dipercayai bukan dari jenis "Tak Menyalak, Tak Makan" dibawah ini.. Buat yang tak faham apa aku maksudkan dengan "Tak Menyalak, Tak Makan" tu.. sila baca di SINI Di antara Zeila (Jalil) dengan Zeila (Mascot TMM 1991) Beberapa pemimpin UMNO telah mendesak PAS supaya menggugurkan perkataan 'Islam' di dalam parti itu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, sebaliknya memperjuangkan negara berkebajikan. Di antara yang mendesak itu ialah Ali Rustam dan Puad Zakarshi serta beberapa yang lain yang menyokong saranan itu. Tidak payah sesiapa yang menjawab atau menolak saranan itu kerana itu semuanya isu yang diterbitkan seperti 'mencari kutu di kepala'. Pemimpin-pemimpin UMNO mendesak perkataan Islam itu dibuang kerana ia sangat mengelirukan bukan sahaja rakyat ramai tetapi juga ahli-ahli PAS itu sendiri. Sebenarnya hanya mereka yang tidak memahami asas perjuangan Islam sahaja yang menganggap negara berkebajikan itu sebagai bersalah-salahan dengan Islam. Cukup kita layan desakan yang tidak berasas itu setakat ini. Sekarang kita tengok apa yang pihak kita perlu buang dan tambah pula. Kalau kita guna 'equation' yang sama kita perlu gugurkan nama UMNO itu dari parti kita. apa kita sudah lupa yang parti yang kita anggotai ini bukannya UMNO? UMNO yang sebenarnya ialah parti yang di asaskan oleh Onn Jaafar dan bukannya oleh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim seta Mohamad Najib. UMNO yang sekarang ini terdaftar sebagai UMNO (baru) dan kenapa pula tidak digunakan atau meletakan perkataan (baru) kepada nama parti kita ini? Sedar kah kita yang UMNO ini diasaskan oleh Dr Mahathir dan tidak ada kena mengena dengan usaha mencapai kemerdekaan? Kalau UMNO yang sebenarnya wujud kenapa Ling Liong Sik pernah menjadi pengerusi BN buat beberapa ketika sebelum UMNO yang sekarang ini ditubuhkan? Tidak ingat kah kita. Kenapa Ali Rustam dan novis politik, Puad Zarkashi lupa tentang hakikat ini? Kalau UMNO sekarang ini tidak mengelirukan kita semua, bagaimana Tunku Abdul Rahman, Husein Onn, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan ramai lagi nama-nama pejuang UMNO tidak ada dalam senarai keahliannya? Yang lebih mengelirukan, kenapa baru-baru ini kita merayakan ulang tahun UMNO yang keenam puluh sedangkan umurnya baru 23 tahun? Bagaimana hendak kita katakan yang UMNO ini telah berjaya membawa kemerdekaan negara sedangkan umurnya lebih muda dari anak bongsu saya? Semuanya ini mengelirukan. Kenapa letakan gambar-gambar Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Husein Onn di dinding bangunan UMNO (PWTC) sedangkan mereka ini tidak pernah menganggotai parti ini? Untuk mengingati semua pihak Dr Mahathir adalah ahli UMNO yang pertama dan Kak Asmah sebagai ahli yang kedua. Dr Mahathir adalah Prsiden UMNO yang baru ini yang pertama, buknnya Onn Jaafar. Jadi sebelum kita menggunakan isu yang lemah ini terhadap parti lawan kita selesaikan kekeliruan di antara ahli UMNO sendiri. Kita mesti mengakui yang UMNO sekarang di asaskan di atas perpecahan orang Melayu, tetapi UMNO yang dibenci Dr Mahathir dulu diasaskan oleh perpaduan kumpulan-kumpulan dan persatuan orang-orang Melayu. Jangan pula pihak-pihak yang membangkang pandangan ini berkata yang mereka sudah jemu dengan isu ini. Sebenarnya saya pun merasa jemu kerana dikelirukan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya memperjuangkan 'tempolok' dan kepentingan kuasa secara peribadi mereka. Hasilnya ahli-ahli berpecah. Apabila ahli berpecah kita pula yang dianggapkan bersalah. Sesungguhnya UMNO sekarang ini sarat dengan pemimpin-pemimpin yang keliru dan rabun dalam perjuangan mereka. Tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi. Saya pernah membuat satu anoloji untuk memberi kefahaman kepada mereka yang keliru. UMNO yang asal itu ibarat Zeila (bintang filem) yang asal. Tetapi UMNO yang ada pada hari ini ibarat Mascot tahun Melawat Malaysia 1991 dahulu (Orang Utan) yang juga diberi nama Zeila oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongangan negara dahulu. Kedua-duanya bernama Zeila. Selebihnya saudara sambunglah sendiri. Terima kasih. (Aspan Alias) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan