Ahad, 12 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: UMNO Buat Demo Di Pasar MPKB

Posted: 12 Jun 2011 04:00 AM PDT

 Wartawan ini ikut skrip RTM, jangan salahkannya

Ketua Pencacai UMNO 

Gelagat pencacai hasut peniaga


Wartawan seperti dalam gambar di atas lantang menyalahkan kerajaan PAS Kelantan ekoran pemotongan bekalan elektrik di Pasar MPKB yang menyebabkan peniaga memberontak. Kaki hasut demonstrasi diketuai oleh seorang lelaki UMNO yang mengerahkan puak-puaknya berdemonstrasi seperti dalam gambar di atas.

Peniaga yang bernama Mohd Zaman Yusof adalah ahli UMNO yang tidak menyukai dengan tindakan kerajaan Kelantan menempatkan peniaga di Bazar Tok Guru kerana Bazar Tok Guru itu milik PAS sedangkan Bazar MPKB itu adalah hasil dari UMNO.

Kira-kira 100 orang berdemonstrasi di depan Pasar MPKB itu yang diketuai oleh ahli UMNO tersebut. Ahli UMNO tersebut menyalahkan kerajaan Kelantan kerana memotong bekalan elektrik sedangkan kerja-kerja memotong bekalan elektrik adalah di bawah Tenaga Nasional Berhad.

Sebenarnya Bazar Tok guru itu boleh mula beroperasi cuma ahli UMNO ini berkata Bazar Tok Guru belum boleh mula untuk berniaga. Inilah fitnah dari puak-puak songkok tinggi terhadap kerajaan PAS Kelantan. Kalau tidak percaya, cuba tanya peniaga di situ. Jangan berimamkan dengan RTM.

Gambar: Demonstrasi Pencacai Bantah Bersih

Posted: 12 Jun 2011 02:14 AM PDT


Demonstrasi pencacai bantah Perhimpunan Bersih 2.0 hanya kurang dari 20 orang sahaja yang telah diupah oleh UMNO sekitar RM100 seorang. Demonstrasi yang mengambil masa 10 minit ini dirakam oleh stesen Rakyat Tunggu Mati (RTM).

Dikatakan bahawa yang berdemonstrasi itu adalah penggangur jalanan UMNO yang tidak bekerja. Demonstrasi kononnya untuk membantah Perhimpunan Bersih 2.0 tetapi mereka tidak tahu apa itu Bersih 2.0 kerana mereka telah diupah untuk demonstrasi.

Kasihan kepada puak-puak yang berdemonstrasi ini. Jika mereka mahu menyahut seruan Bersih 2.0, datanglah pada 9 Julai ini. Bukan setakat 20 orang, 200 orang tapi 360,000 orang akan turun. Janganlah berdemontrasi jika tidak cukup dua pasukan bola sepak. Nanti orang gelak.

Hero Perkasa Bagi Amaran Kepada BERSIH 2.0

Posted: 12 Jun 2011 12:24 AM PDT

Mereka (Perkasa) memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan. 
Pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.
Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.
 
Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.
 
Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.- Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Hero katak mahu buat demonstrasi juga pada 9 Julai. Tetapi demontrasi katak lompat bersama konsesus Ahli Parlimen Bebas. Semakin lantang katak ini untuk menentang. Bolehkah katak ini berhadapan dengan 360,000 orang pada Julai nanti?

40 Pemuda UMNO Masuk PAS, Gelombang Merah Gagal.

Posted: 11 Jun 2011 10:48 PM PDT

 
KOTA BHARU - Seramai 40 Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir dan Tok Akil, Ketereh menyertai Pas dan menyerahkan borang keahlian terbabit kepada Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan di pejabat Pas Ketereh di sini, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir, Nor Azman Sulaiman berkata, penyertaannya bersama ahli yang lain merupakan satu penghijrahan yang dilakukan atas kesedaran sendiri dan ingin berjihad ke jalan yang benar.

"Inilah yang kami mahukan selama ini bagi menegakkan perjuangan yang lebih mementingkan nilai-nilai keislaman dan tidak terpesong.

"Perjuangan yang dibawa dalam UMNO kini semakin goyah dan seolah-olah seperti tidak nampak arah tujuannya," katanya selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Pemuda Pas yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu menurut Penyelia Pas Kawasan Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood, kemasukan ahli baru dalam Pas di kawasan Ketereh akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan parti untuk berjihad dan menegakkan syiar Islam.

"Saya yang juga sebagai setiausaha Pas kawasan, amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai lagi ahli UMNO untuk menyertai kami," katanya.

Laman Web Asing: Kerajaan (Malaysia) Korup dan Ketololannya

Posted: 11 Jun 2011 09:58 PM PDT

 
Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi. Penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. Dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.
 
TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".
 
Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.
 
Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu. - Winston Bay
 
Nampak gayanya sudah ada website asing mengkritik ketololan kerajaan Malaysia ini. Jadi, kepada kerajaan jangan tunjukkan ketololan anda kepada orang asing. Akhirnya ketololan mereka selama ini telah dilihat oleh orang luar.

Pukul Pekerja Dengan Kemaluan?

Posted: 11 Jun 2011 07:53 PM PDT


ST. LOUIS, Missouri - Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.

Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.

Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.

Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.

Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.

Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan. 

Agensi

Tiada ulasan: