Ahad, 12 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Amaran Dari PERKASA.. Batalkan perhimpunan Bersih

Posted: 12 Jun 2011 07:19 AM PDT

Kata Ibrahim Ali "Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan,"

Takutnya aku!!! dengan amaran dari PERKASA tu..

Nampaknya PERKASA memang berniat untuk mencetuskan kekacauan pada perhimpinan BERSIH kali ini kerana mereka juga akan berhimpun kononnya untuk menghalang kekacauan dari tercetus.. sedangkan pada perhimpunan BERSIH yang lalu tiada kekacauan pun yang tercetus..

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

PASIR MAS 11 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan konsensus Ahli Parlimen Bebas merayu penganjur perhimpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.

"Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.

''Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.

"Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

''Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini, malam tadi.

Ceramah itu turut disertai dua lagi Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifkli Noordin.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat membantah tindakan penganjur perhimpunan gerakan Bersih.

Sementara itu, Zulkifli berkata, konsensus Ahli Parlimen Bebas akan membawa usul ke Dewan Rakyat di bawah peraturan 18 (1) bagi membahaskan rancangan perhimpunan tersebut Isnin ini.

"Saya tahu, saya kenal pemikiran mereka, cara mereka adalah mencetuskan rusuhan ketegangan dan keadaan tidak stabil yang boleh menjejaskan keselamatan semua kerana kepentingan politik.

"Pada 1998 saya terlibat secara langsung, bagaimana kita membuat perhimpunan dengan perancangan termasuk membakar beberapa tempat di Masjid India dan memecahkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ini tindakan provokasi sebab tidak ada cara lain untuk mengambil alih kerajaan," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya mencegah perhimpunan tersebut dengan menggunakan apa saja peruntukan undang-undang bagi menghalang perkara tersebut daripada berlaku.


Lidah Rasmi UMNO

Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti UMNO tipu dalam pilihan raya

Posted: 12 Jun 2011 06:56 AM PDT


BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berucap pada forum 'Ke Arah Perubahan' bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.

"Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.

"Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu.

Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN.

"Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power (Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya.

"Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah," ulang Anwar lagi.

Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan.

"Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik," katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15130

PAS Bergerak, UMNO Terberak....

Posted: 11 Jun 2011 11:52 AM PDT

PAS sudah seminggu menyempurnakan muktamar tahunannya. PAS sedang bergerak untuk melaksanakan segala keputusan yang diputuskan dalam muktamar itu.

Kita sedang menjadikan isu kepada hanya satu perkataan iaitu 'negara berkebajikan'. Isu 'negara berkebajikan' itu sedang menjadi gendang untuk pihak BN mengambilnya sebagai isu yang sedang diperdagangkan untuk mendapat sokongan rakyat.

Kita masih lagi mengambil membidas dan memandang usaha pihak lain untuk mendapat sokongan, bukannya dari usaha yang menyedapkan selera rakyat.


Di dalam usaha melaksanakan kehendak Islam maka PAS telah memilih jalan untuk menjadikan negara sebagai negara berkebajikan jika mendapat mandate dari rakyat. Kebajikan rakyat merupakan komponan besar di dalam usaha untuk mengaddinkan kehidupan kita kerana Islam itu sendiri adalah cara hidup..

PAS tahu yang ini akan menjadi isu yang akan digembar-gemburkan oleh musuh politiknya tetapi PAS sudah terlalu biasa dengan kutukan serta penghinaan pihak musuhnya itu, jadi isu negara berkebajikan yang dimainkan oleh musuh politiknya merupakan satu lagi isu yang digunakan untuk meraih sokongan sambil berharap rakyat akan menolak PAS di dalam pilihanraya itu. Itu biasa dalam politik dunia ketiga ini.

Tetapi saya merasakan rakyat telah pun membuat keputusan. Yang telah mengambil keputusan menyokong PAS dan sekutunya tetap akan menyokong PR. Kepada mereka yang menyokong kita tetap akan menyokong kita. Keputusan nampaknya 'predictable' tetapi yang akan menentukan pihak yang akan berjaya ialah kumpulan yang Duduk Atas Pagar (DAP), dan kebanyakan di antaranya ialah dari kumpulan pengundi muda terutamanya yang akan mengundi buat kali pertamanya.

'Connectivity' dengan kumpulan ini merupakan usaha yang wajib bagi kedua-dua belah pihak kerana kepada rakyat yang telah mengundi beberapa kali dalam hidup mereka keputusan sudah puan diambil pihak mana yang akan mereka sokong.

BN yang selama ini mendapat sokongan dari pengundi Melayu didesa-desa di pantai Barat semenanjung ini. Bagi pengundi di desa-desa di pantai timur PAS merupakan parti yang lazim mendapat sokongan. Bagi pengundi-pengundi berumur di desa-desa di pantai barat yang lazimnya memberikan sokongan kepada BN kini sudah berkurangan kerana ramai yang telah meninggal dunia dan tidak lagi mengambil tahu untuk mengundi.

Kita terperangkap dengan PAS terang-terangan. PAS sedang berurusan untuk membuat lantikan pemimpin-pemimpin yang perlu dilantik termasuk pesuruhjaya negeri-negeri dan PAS tidak pun mengambil pot terhadap apa yang diperkatakan oleh pihak kita tentang isu negara berkebajikan itu. PAS telah berjaya membuatkan kita tertari-tari mengikut gendang yang dipalu olehnya. PAS kata pusing kebelakang kita pun pusing, dan apabila PAS kata kita melompat kita pun melompat. PAS memainkan muzik kita pun terus menyanyi dan menyanyi.

PAS telah berjaya untuk bertempur di dalan zon luar dari kawasannya dan strategi ini nampaknya memberikan keuntungan besar kepada PAS. Sampai bila pimpinan kita menggunakan isu negara berkebajikan ini tidak siapa yang tahu. Lama-lama kita akan letih menarikan lagu-lagu yang dimainkan oleh PAS. Orang ramai memerhatikan sahaja lonjak dan tari kita sambil tersenyum simpul.

Akhirnya kita tidak terperanjat jika UMNO akan secara tidak sedar berkedudukan defensive sentiasa dan tidak ada masa untuk melakukan tindakan balas ke atas apa yang dilakukan oleh PAS.

Seperkara yang PAS sangat berjaya ialah untuk membawa pemimpin kita untuk kegelanggang mereka untuk bercakap tentang agama. Bercakap tentang agama ini merupakan 'forte' PAS yang kuat dan PAS sangat bergembira untuk membawa Najib bercakap tentang isu agama. Selalunya kita akan terperangkap jika kita memainkan isu ini.

Kita mulai bercakap tentang theori serta topik yang melibatkan hanya isu fardhu ain sedangkan PAS sudah keluar kepada isu addin sebagaimana yang agama kita di asaskan. PAS telah berjaya membawa perkara yang sangat besar di dalam agama, iaitu mengambil isu negara berkebajikan sebagaimana yang di tuntut agama kita. Justru pimpinan kita telah menyatakan yang UMNO memang sudah lama melaksanakan usaha untuk negara berkebajikan. Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO memang telah lama melaksanakan negara berkebajikan (welfare state) itu.

Tetapi apabila kita begitu 'engross' menjawab isu negara berkebajikan, UMNO tidak mempunyai masa untuk melakukan usaha untuk membuang persepsi sebagai parti yang rasuah dan salah guna kuasa. UMNO boleh mengaku yang selama ini pun konsep welfare state itu memang telah terlaksana oleh UMNO/BN.

Tetapi apa pun yang diakui oleh UMNO/BN ini, untuk membuang persepsi buruk ini bukanlah satu tugas senang, kerana persepsi rasuah itu bukannya melekat kepada parti tetapi melekat kuat kepada individu-individu pemimpin di dalam UMNO itu. Isu pemimpin UMNO yang menuduh PAS telah lari dari perjuangan asalnya tidak menjadi kerana stigma buruk yang terlekat kepada batang tubuh UMNO itu sendiri.

Rakyat mempunyai 'apprehension' yang tinggi untuk memberikan dukongan kuat terhadap UMNO itu maka pengundi tetap memilih welfare state yang baru hendak dilaksanakan oleh PAS dan meninggalkan welfare state anjuran UMNO yang telah disaluti dengan stigma yang negatif yang melekat kepada UMNO itu.

Kalau jatuh UMNO dalam pilihanraya nanti, masalah dan penyebabnya bukan UMNO tetapi kerana manusia yang memimpin dan memandu parti itu. Masalah yang kita hadapi ini ialah masalah kemanusiaan, bukannya masalah parti.

Jika kita anolojikan UMNO sebagai sebuah pesawat, UMNO merupakan engin dan pesawat yang baik serta bermutu. Tetapi kenapa pesawat itu jatuh juga? Jawapannya ialah kerana 'human error'. Pesawat itu jatuh kerana kelemahan dan kesilapan pemandunya yang cuai dan tidak tahu hendak memandu pesawat itu kearah yang betul. Walaupun pesawat itu menggunakan jenama baik yang sama tetapi pesawat ini merupakan pesawat baru yang di daftarkan pada 1988 dahulu. Pesawat ini baru berumur 23 tahun sahaja dan tidak sepatutnya jatuh terhempas.

Pesawat yang masih baru ini jika terhempas juga, terhempasnya ialah kerana 'human error' seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Pemandu yang sepatutnya memandu mengikut 'operating procedure' yang ditetapkan telah memandu dengan mengikut kehendak dan keinginan peribadi sendiri…..ditambah pula dengan penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat itu tidak mengikuti ciri keselamatan yang penting di dalam penerbangn itu.

Lambat laun pesawat itu akan terhempas juga jika di benarkan pemandu yang sama untuk mengendalikan penerbangan it terus-terusan dan dibawa pula penumpang-penumpang yang tidak mengikuti ciri-ciri keselamatan yang betul. Selalunya pemandu-pemandu pesawat yang tidak mengikuti 'operating procedure' yang ketat itu 'will be grounded' untuk mengelakan pesawat itu jatuh terhempas.


Tajuk asal artikel PAS terus bergerak, UMNO terus berarak disiarkan di aspanaliasnet

Tiada ulasan: