Ahad, 12 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Pencacai UMporNO ler katakan...

Posted: 12 Jun 2011 07:46 AM PDT


Tadi terdengar dalam berita si Zahid Mat Arip berucap. Dia bersoreh tentang Anwar Ibrahim. Kalau Anwar gentel butang baju Melayu diayang kedua, maknanya....bla-bla-bla... Kalau dia bukak songkok dan usap tepi rambutnya ke belakang.... bla-bla-bla....

Entah hapa-hapa. Dia tu, cakap merapu just to attrack attention. Malas aku nak ambil pot atau pay any attention to what he was saying. Tak der faedahnya. Buang masa jer...

Then, apabila aku mengadap laptop semula, terbaca pulak dalam twitter Malaysiakini. Aha... dengar apa Pak Kahlid kita kata tentang si Zahid Mat Arip ni.

Khalid Jaafar
@shamsuliskandar kjap tadi tertengok ucpan kwn kau Zahid Mat Arip d tv. Sifar isi dan bebal bangat. Itu saja taraf minda pencacai Umno.

Kah.. kah.. kah.. kah...

Setuju bebenor apa yang Pak Khalid katakan. No class. Low mentality.

Well.... what do you expect from an UMNO barua," F3M pulak kata.

Zahid... Zahid... Tin kosong rupanya engkau. Emmm.... alahai.

Kotor atau takut ke??

Posted: 12 Jun 2011 04:12 AM PDT


Akhbar Meloya dakwa Himpunan Bersih 2.0... tak bersih tetapi KOTOR. Eh.... ya ke kotor, atau mereka yang TAKUT??

First of all, meh kita tengok apa yang Bersih 2.0 tuntut:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

Eh... eh... tak kotor pun. Semuanya baik untuk mewujudkan pilihan raya yang lebih adil. Bersih 2.0 cuma nak filter semua kekotoran dalam proses pilihan raya di negara ini. Mereka nak minta agar penambahbaikan dilakukan. Itu saja. Tak da yang kotor pun...

Jadi, mengapa kata Himpunan Bersih 2.0 itu kotor??

Cer kita tengok alasan yang Utusan Meloya beri:

Pertama:

..... himpunan itu akan memberi implikasi buruk dan menyusahkan rakyat, menjejaskan aktiviti pelancongan dan menggugat ketenteraman awam.

Ek ele... kalau polis beri kerjasama dan tak sabotaj mereka, no problem punyer ler. Demo pasti terkawal dan berjalan lancar. Rakyat senorok, lepaskan perasaan, aktiviti pelancongan pun tak terjejas... malah boleh jadi satu daya tarikan kepada para pelancong. Mereka akan tengok dan berasa kagum. Semua orang akan enjoy... Ketenteraman, kalau tak diganggu gugat, pasti akan aman.

Ha ha ha ... alasan bodoh!!

Kedua:

...... ialah mencetuskan ketegangan dengan membakar sentimen rakyat bagi meraih keuntungan politik. Apatah lagi imej pembangkang merudum kebelakangan ini, yang memerlukan gerakan seperti Bersih untuk bangkit.

La... nak cetuskan ketegangan apa ke bendanyer?? Nama pun demonstrasi aman. Kalau keadaan jadi tegang, yang rugi ialah Pakatan Rakyat. Para pemimpin mungkin ditangkap. Pakatan Rakyat mungkin akan dicop sebagai penimbul masalah. Sebab tu awal-awal lagi, kita kata, demo secara aman dan pohon kerjasama serta jasa baik pihak polis untuk pantau keadaan agar tak jadi tegang. No big deal, kan?? Tapi tak tau ler pulak, entah-entah, korang yang mahu keadaan jadi tegang, kot??

Aha, baling batu, pas tu... sembunyi tangan. Pas tu, palitkan 'taik' pada Pakatan Rakyat. Tak masuk akai... kalau imej PR dah merudum, tak kan ler bodoh sangat PR nak cetuskan ketegangan bagi merudumkan lagi imejnya??

Weh.... Pilihan raya is all about politik la. Dalam politik, mestilah kita nak untung. Sebab tu, Bersih buat tuntutan agar proses pilihan raya itu berjalan dalam suasana adil. Semua tuntutan-tuntutan tersebut menjurus kepada mewujudkan sebuah pilihan raya yang adil dan saksama. Eh... kotor ke tu??

Ha ha ha ha.... another dumb excuse!!

Ketiga:

...... penyertaan PAS lebih sekadar pak turut kerana golongan proketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau "Anwarinas" sudah menguasai parti itu.

"Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau.

Isy.... isy.... isy... Pulak dah. Paranoidnya mereka dengan Anwar. Balik-balik Anwar. Balik-balik Anwar. PAS dikuasai oleh Anwarinas?? Nampak sangat puak-puak ni dah tak keruan dengan barisan kepimpinan baru dalam PAS. Aha.... ini yang dikatakan KOTOR. Taktik KOTOR untuk pecah-belahkan perpaduan dalam PAS dengan cuba mewujudkan persepsi, kononnyer terdapat dua fraksi dalam jemaah PAS iaitu ulamak dan profesional.

Apa-apa pun, rakyat berpendapat bahawa gandingan ulamak dan profesional akan memantapkan lagi PAS, insyaAllah. Itu sebab... sekarang puak-puak lahanat ni gelabah sakan.

Dan sekarang... dengan Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS, Utusan Meloya dan tuan mereka, sudah double paranoid. Paranoid ke Anwar dan kini, Mat Sabu pulak. Macam juga Anwar... Mat Sabu tak perlu buktikan apa-apa. Sebabnya, semua orang sedia maklum yang kebolehannya sudah teruji dan pengaruh memang gempaq.

Ha ha ha ha.... Dah takuuut. Paaadan muka!!

Keempat:

Bagi PKR, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang. Sementara pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu. Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain

PKR perlu disuntik?? Bersih dapat memulihkan tenaga PKR yang dah lemah?? Eh... kalau betoi, bagus ler tu. PKR perlukan seberapa banyak tenaga yang diperlukan untuk menjatuhkan UMporNO.

UMporNO pulak amacam?? Mengata dulang paku serpih mengata orang awak tu lagi kronik. Dah tinggal nyawa-nyawa ikan... dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan begitu banyak sekali talian hayat. Kalau tak der ler talian hayat.... dah lama kiokkkk!! Aha... Utusan Meloya merupakan salah satu talian hayatnya. Weh... malu ler sikit!!

Penyertaan Melayu dalam demo Bersih tidak menunjukkan kedangkalan mereka dalam berpolitik tetapi menunjukkkan kegigihan dan kesungguhan mereka, mahukan keadilan dalam politik. Kit Siang nak tersenyum... mampuih pi dia. Tetapi, yang pentingnya... UMporNO tumpor!! Daripada UMporNO kaut faedah yang tak terhingga untuk dimonopoli oleh para pemimpin mereka saja, lebih baikler kita tumporkannya dan berkongsi faedah itu bersama-sama.

Ha ha ha ha.... Tak rugi kalau kita tak tamak. Yang selalu rugi ialah orang tamak. Contohnyer UMporNO... Sifat tamak haloba itulah yang membuatkan jiwa UMporNO kini tak tenteram Ha ha ha ... takut faedah yang dibolot pihak lain, hilang dan beralih tangan. Kuasa pohcik kalau... faedah pun GONE!!

Kelima:

...... orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar.
...... ia satu lagi peluang bagi mengalih isu sebenar iaitu masalah moral beliau yang hangat diperkatakan dan "menghasut rakyat menerusi demonstrasi jalanan adalah 'kepakaran' beliau sebagaimana yang dimulakan selepas dipecat daripada kerajaan.

Mak aaiiihhh.... Anwar lagi. Isu moral Anwar bukan perkara baru. Ia telah diperkatakan sejak 1998 dulu lagi, tapi hingga kini, korang masih gagal untuk melenyapkannya dari persada politik negara. Malah, pengaruhnya semakin mengancam. Why?? Kerana rakyat tak percaya dengan sandiwara yang disajikan atas pentas Mahkamah Kangaroo korang. Eleh... badut-badut bangang jer yang berlakon. Bikin orang ketawa boleh ler... Mula-mula orang ketawa ler tapi lama-kelamaan orang jadi menyampah dengan sandiwara bodoh tersebut.

Aha... harap korang paham. Aura yang Anwar ada bisa bikin orang semacam kena madrem untuk bersama-samanyer di jalan raya. Dia tak payah nak hasut-hasut pun... Orang rela untuk bersamanyer. Itulah salah satu kebolehan Anwar yang tidak ada pada mana-mana pemimpin UMporNO. Sebab tu, korang takut, kan?? Kelibat Anwar kini menghantui hari-hari dan malam-malam korang. Kesian...

Ha ha ha ha ha.... Nasib komer ler!! Hidup Anwar!! Anwar akan terus hidup untuk terus menyiksa batin para pemimpin UMporNO.

So, dakwaan Utusan Meloya yang mengatakan Perhimpunan Bersih itu 'KOTOR'... adalah tidak benar. Yang sebenarnya.... Utusan Meloya@UMporNO yang TAKUT dan GERUN melihat kebangkitan 300,000 rakyat yang menuntut keadilan bagi pilihan raya di Malaysia.

[Sumber: sini dan sini]

Ek ele... Bodohnyer

Posted: 12 Jun 2011 12:15 AM PDT


ALOR SETAR 11 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein khuatir perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan itu. [Lagi di sini]

Ek ele... bodohnyer menteri ni. Apa ke benda yang mamat ni melalut ni....?? Huru hara ler... hapa ler... Eeee... bodohnyer!!

Hello brother... berdemonstrasi ialah hak bersuara dan hak mengekspresi diri rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kerajaan 1Malaysia Najib, mendabik dada kononnyer mereka sebuah kerajaan yang mendokong demokrasi. So... apa masalahnya Bersih nak buat demo bagi menuntut piliharaya yang adil dan saksama??

Weh... tugas polis ialah menjaga ketenteraman awam. Be professionallah dalam menjalankan tugas. Jangan jadi macam lembu kena cucuk hidung. Fokus tugas korang ialah keselamatan rakyat. Rakyat nak berdemonstrasi.... kau kawallah keselamatan agar tak berlaku keadaan kelam-kelibut.

Bersih nak buat demo.... kasi jer lah permit. Janganler bagi permit pada golongan yang tak menyokong pada masa yang sama. Bagi peluang kepada mereka untuk berdemo pada waktu yang lain pulak. Barulah tidak akan berlaku pertembungan. Barulah adil..... Cuma, polis kena ler lebih cekap dan kerja lebih kuat sikit. Oppss... bukan sikit tetapi banyak, agar semuanya berjalan dalam suasana aman dan teratur.

Jangan ler double standard. Bersih cuma nak berdemo secara aman, agar suara mereka didengari dan diambil perhatian oleh pihak berwajib, apa salahnya..... tak gitu?? Nama pun demonstrasi secara aman, so logiknya... takkan mereka pulak yang nak bikin havoc dan huru-hara. Tak masuk akai, kalau mereka nak sabotaj demo yang mereka bersusah payah anjurkan. Biasanya, yang nak sabotaj ialah mereka yang tak sehaluan dengan Bersih.

Jadi tugas polis... be alert dan jaga serta awasi pihak-pihak yang cuba provoke para pendemo Bersih. Tangkap mereka yang buat provokasi, bukan mereka yang berdemonstrasi. Ini tidak... selalunya yang jadi mangsa tangkapan, kekasaran, pukulan belantan polis, semburan air kimia dan bom asap polis ialah para pendemonstrasi.

Lebih malang lagi, ada dalam kalangan pihak yang provoke itu ialah SB-SB polis sendiri. Apa maknanyer ini?? Sendiri mahu tau ler...

Cer amati apa yang gembala kepada polis-polis ini kata. Belum apa-apa lagi, dia sudah assume negara akan huru-hara jika demonstrasi ini diadakan. Weh.... just do your job agar ia tidak berlaku. Hak rakyat kena hormatlah sikit. Tetapi, inilah masalahnya dengan para pemimpin kerajaan 1Malaysia ini, they just refuse to respect hak rakyat. So... arrogant!! Mereka seboleh-bolehnya tak nak tembelang mereka terdedah. Jadi... deny Bersih their rights untuk berdemo bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya.

Nak tau mengapa?? Sebab... demonstrasi Bersih ini hanya akan menghuru-hara kuasa dan kerajaan yang mereka pimpim. Tuntutan Bersih akan dapat membuka mata rakyat akan kepincangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di Malaysia dan ini berkait rapat dengan peranan jijik SPR dan barua-barua mereka yang lainnya. Tugas mereka.... lakukan apa saja agar UmporNO@BN dapat terus menggenggam kuasa politik.

Banyak ketidakadilan ini telah berlaku dalam proses pilihan raya di negara kita. Bersih telah cuba berbincang dan berunding secara professional dengan SPR tetapi hampa. Tuntutan-tuntuan yang dibuat oleh mereka mengikut saluran yang sah, telah tidak diendahkan. Janji-janji SPR hanya tinggal janji. Jadi... apa pilihan yang Bersih ada, selain menganjurkan demonstrasi secara aman di jalan raya. You can't blame them, can you??

Nak berdemo pun, mereka terpaksa lalui banyak songeh daripada KDN. Ha ha ha... ada ke dia suruh buat demo dalam stadium?? Bangang!! Weh... dalam stadium, tengok bola boleh ler.

Persoalannya sekarang, mengapa mereka begitu takut dengan demonstrasi Bersih ini?? Well... soalan mudah dan senang dijawab. Jika pilihan raya diadakan secara bersih, maka alamatnya UMporNO akan terkuborler!!

Jadi, kalau komer nak tengok UMporNO cepat masuk kubor, jom support Bersih dengan beramai-ramai turun berdemo pada 9 Julai ini nanti. Pasti happening gilerrr!!!

Ratip Zulbabwe al-Kulim BaruA

Posted: 11 Jun 2011 09:44 PM PDT


Tertarik aku dengan berita di Utusan Meloya bertajuk "Melayu-Islam di ambang kehancuran" yang ditulis oleh Zulkifli Noordin.

Zulkifli Noordin??

Weh... apakah Zulkifli Noordin tu, Zulbabwe al-Kulim BaruA??

Rasanya... pasti dia. Pasti... 110% si hipokrit tu!! Aaaahhh... tak kisahlah. Mampuih pi la dia. Apa yang penting mesej dalam tulisannya. Nampak sangat nak perdaya rakyat berbangsa Melayu tentang bertapa pentingnya Melayu-Islam di negara ini bersatu demi kelangsungan dan survival bangsa Melayu yang beragama Islam dalam negara 1Malaysia.

Dan, dari cara dia menulis.... seolah-olah masih menyimpan muslihat untuk memperdaya orang-orang Melayu agar merestui perpaduan PAS-UMporNO. Tetapi malang, semua orang tahu yang perpaduan ini bukan untuk kebaikan Melayu dan Islam tetapi untuk menyegarkan semula Melayu-UmporNO yang dah layu...

Dalam UMporNO.... huruf 'M' dalam Melayu sudah hilang akibat lunyai kena khianat. Yang tinggal hanya 'LAYU'. Siapa yang menyebabkan 'M' hilang dan Melayu, layu dan terkulai?? Bukan PAS... Bukan DAP dan bukan PKR... 'M' hilang dan Melayu terkulai layu akibat pengkhianatan UMNO sejak mula negara merdeka dan terutama sekali sejak si Mahathir Kutty menjadi Perdana Menteri, malah sampailah ke saat ini, Melayu terus-terusan dikhianati dan hak-hak serta kepentingan mereka dicabuli. Aha... itu UmporNO punya angkara kerja, ek??

Ya... dalam perlembagaan, bangsa Melayu nampak selamat, tetapi realitinya.... hakikaynya, Melayu semakin merempat. Mengapa jadi begitu?? Kerana.... di mana ada UMporNO, di situlah Melayu merempat!! UMporNO akan terus selamat sekiranya Melayu merempat. Itu strategi pengekalan kuasa UMporNO dan para pemimpin mereka yang tamak, yang rakus dan yang gila kuasa serta gila buat harta dunia.

Ada mereka peduli dengan nasib bangsa Melayu terbanyak?? Weh.... sori ler. Perjuangan mereka hanya untuk Melayu-UMporNO, terutama.... golongan elit mereka. Dengan menggunakan nama Melayu, depa sapu hak Melayu. Isinya yang berketoi-ketoi.... depa pelahap dan saki-baki kuahnya, baru depa bagi kepada Melayu-UmporNO cikai, yang hat duduk di bawah-bawah. Haprak punya pemimpin UmporNO!!

Oleh itu, siapa yang cabul hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan?? Bukan PAS.... bukan DAP dan bukan PKR... tetapi UMporNO. Sepatutnya, selepas lebih 50 tahun negara merdeka dan UMporNO berkuasa... Melayu semakin kuat, hebat dan dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Tetapi... apa yang berlaku pada bangsa Melayu?? Hancuuusss!!!

Namun.... alhamdulillah, bukan semua Melayu berjaya mereka layukan. Masih banyak Melayu yang sedar, insaf dan cerdik, terutama Melayu dalam PAS dan PKR. Dan, setelah tembelang dan pengkhianatan mereka didedahkan.... makin banyak Melayu meninggalkan mereka dan menyertai PAS dan PKR, malah makin banyak rakyat menyokong kerjasama mereka dengan DAP, melalui penubuhan Pakatan Rakyat.

Sebab tu, dah banyak kali kita kata.... Melayu tidak berpecah. Melayu... berduyun-duyun sudah bersatu di bawah PAS dan PKR. Melayu-PAS-PKR bersatu untuk menguburkan Melayu-UMporNO yang khianat kepada.... bukan saja bangsa Melayu, tetapi juga agama Islam.

PAS-PKR bukan mahu melemahkan Melayu tetapi mahu bangsa Melayu menjadi Melayu yang ada maruah dan Melayu yang boleh berdiri gah. Melayu PAS-PKR bukan tamak tetapi lebih bersikap adil, terbuka dan realistik dalam mengharungi suasana politik dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia. Inilah yang akan menjamin kestabilan politik dan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara.

UMporNO sebenarnya sudah menjadi semakin takut dan tak keruan kerana DAP yang mereka fitnah sebagai rasis dan anti-Islam telah mula memahami perjuangan PAS yang berlandaskan Islam. Fulammakk... PAS-DAP-PKR sudah semakin serasi dan semakin gam. Dan, yang lebih manisnya.... pakatan ini mendapat sokongan padu daripada rakyat. Inilah yang memeningkan kepala dan buat UMporNO kena migrain.

Lantas, pakatan ini mesti diburaikan. PAS yang diwakili majoriti Melayu-Islam, mesti dipujuk agar bersatu dengan UMporNO, atas alasan, kononnya bagi mengukuhkan majoriti undi Melayu di Parlimen. Undi Melayu-Islam mesti kukuh bagi menghalang kemaraan DAP dalam Parlimen. Pigiiraahhh!!

Kononnya, semua ini adalah bertujuan untuk melindungi perlembagaan yang mempertahankan hak Melayu daripada kemungkinan dicerobohi oleh DAP. Ha ha ha ha... satu lawak pandi kutty!! Itulah modal momokan yang kini dimain-miankan oleh UMporNO melalui tulisan si hipokrit peliharaan mereka, Zulbabwe al-Kulim BaruA. Nah ambik ini sekali lagi. Piggiiraahhh!!

Woit... Sapa nak percaya si pengkhianat hipokrit ini lagi!! Pengkhianat yang cuba melindungi pengkhianat. Poooraaahhh!! Weh... Melayu ibarat, sudah tinggal seluar dalam jer akibat dicabuli oleh UmporNO.

Sekarang... misi PAS@Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan semula martabat dan maruah Melayu dengan menutup semula 'aurat' bangsa Melayu. Bangsa Melayu-Islam dimartabatkan dan hak bangsa lain dihormati. Ada paham???

Excuse me... aku terpaksa stop dulu. Tulisan Zulbabwe al-Kulim BaruA dalam Utusan Meloya ni, begitu meloyakan hingga aku terpaksa pi bilik ayaq, sebab dah nak terwheekkk sesangat. Bye...

[sumber]

Tengin dan kompius

Posted: 11 Jun 2011 06:00 PM PDT


Kemenangan golongan professional dalam pemilihan PAS baru-baru telah mengakibatkan Najib mula merapu. Fikirannya dah mula berserabai dan bercelaru. Petanda takut tu....

Aaaa... tau takut!!

Mengapa dia takut??

Sebab... mereka yang menang tu, getikan UMporNO. Hat yang hardcore, tak teringin dan tak mahu berkahwin dengan UMporNO. Tak der chance ler nak berpadu-padu kasih lagi weh oooii. Mati berangan ler UMporNO!!

Kah.. kah.. kah... kah...

Sejak pemilihan PAS tamat, dia mula menunjukkan ketakutannya terhadap senario yang berlaku. Dia mula menuduh PAS, kononnya sudah lari dari dasar memperjuangkan negara Islam. Malah PAS dikatakan lebih cenderung memperjuangkan negara berkebajikan kerana dipengaruhi oleh DAP.

Weh... mewujudkan negara berkebajikan tu bukan ke selari dengan konsep negara Islam. Mak aaiiihh.... bingainya Piem 1Malaysia ni!! Dah ler bingai..... ek pulak tu. Cakap macam bagus jer... tapi terserlah tenginnya.

Lepas tu kan.... siap kata yang UMporNO dah lama mengamalkan negara berkebajikan. Contoh yang dia beri ialah kewujudan Felda dan Felcra. Ek ele... dah double bingai mamat ni. Oleh sebab, dia tengin dan mungkin juga dah compius bebenor.... bior teman jawab dengan ringkas tetapi padat.

Felda dan Felcra diwujudkan masa UMNO lama. Itu dulu, masa wujudnya UMNO yang ori. Masa tu, UMNO boleh dipercayai untuk rakyat bergantung harap, khususnya bangsa Melayu. Well.... itu citer dulu. Citer sekarang, lain pula senarionya. Tak sama dah....

Sekarang, UMNO lama dah terkubor. Yang masih bernyawa.... UMNO baru, yang hidupnya segan tetapi mati tak mau. UMNO baru... yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang tak tau malu... tipu dan sapu duit dengan menggunakan alasan buat kebajikan kepada rakyat tetapi mereka bermain silap mata. Kebajikan rakyat entah ke mana.... duit rakyat billion-billion masuk saku. Saku siapa?? Ha.. ha.. ha... You all pun semua tahu. Tak payahlah I bagi tahu.

UMNO lama, UMNO baru
Yang lama rakyat boleh terima
Tetapi yang baru... rakyat tak mahu.

Aha... itu citer UMNO baru. Bangsa Melayu tolak... Bangsa Cina benci sama lu. Yang India, ada yang masih mahu, tapi ada juga yang kata, poooraaahh you!!

So, Najib you jangan nak tipu. Rakyat bukan lagi bodoh macam you!! Rakyat sudah tahu, 'kebajikan' kamu untuk siapa. Pastinya bukan untuk rakyat, tetapi buat kroni dan proksi kamu.

Oleh itu, sedikit informasi buat kamu... Propaganda kamu dah tak laku. Rakyat dah tak beli dah, I tell you... Sebab itu, bila you bukak mulut jer, they'll say, "Shut up you!!"

Emm... emmm... kesian you.

Apa-apa pun, dengan kepimpinan PAS yang baru, bergandingan pulak dengan DAP dan PKR, AWAS.... they're going to DELETE YOU. So, tunggu jer ler saat kematian, parti UMNO baru kamu.

Yahoooo!! UMNO akan mati, yeaahhh... yeaahhh.... UMNO akan mati, yeaahh... yeeaaahhh....

[Sumber: sini dan sini]

Tiada ulasan: