Sabtu, 11 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Polis Pembunuh, Pembunuh Tetap Pembunuh, Siapa Jaga Keselamatan? JKKK?

Posted: 11 Jun 2011 09:20 AM PDT



Kepada siapa lagi rakyat harus percaya untuk menjaga keselamatn orang awam? Adakah mengharap dari penjenayah atau pembunuh jika polis sendiri yang membunuh orang awam. Itulah nasib yang menimpa kepada tiga orang remaja belasan tahun yang telah ditembak dari jarak dekat pada penghujung tahung 2010.

Bagaimana perasaan seorang ayah dan ibu beila melihat anaknya dibunuh oleh mereka yang bergelar menjaga keselamatan orang awam. Sedangkan yang dibunuh itu adalah di bawah umur dan dikategorikan sebagai juvana kerana di bawah umur 18 tahun.





Gambar: Minah Siam Buat Report Bantah BERSIH 2.0

Posted: 11 Jun 2011 06:54 AM PDT


Minah Siam di Arau ini telah buat laporan polis ekoran satu Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini. Dia berkata bahawa keamanan dan kemakmuran ini adalah hasil dari kerajaan BN dan lupakan sahaja perhimpunan yang bakal mengganggu orang ramai.

Adakah minah Siam ini telah mendapat kad pengenalan percuma yang telah diberikan oleh Bn sehinggakan berani secara lantang membuat aduan polis. Manusia yang menumpang negara Malaysia dan baru kenal apa itu perhimpunan jalanan.

Paling peliknya, laporan itu dibuat di Arau dan bukannya di Kuala Lumpur. Minah siam ini pula menetap di Arau, Perlis dan apa kaitannya dengan Perhimpunan Bersih? Perlis dengan Kuala Lumpur itu jauh dan adakah minah ini terkena tempias demonstrasi?

Usah dilayan dengan pencacai BN ini. Mereka telah mendapat kad pengenalan percuma dari BN sehingga berani mencabar kedaulatan negara Malaysia. Apa yang dikatakan minah ini, BN telah berikan keamanan kepada Malaysia. Dia tidak sedar yang dia tu Siam.

Gambar: Inilah Pengampu UMNO

Posted: 11 Jun 2011 03:00 AM PDT





Muka-muka di atas adalah bekas ahli-ahli PAS katanya RTM. Tetapi Ban Jir tidak pasti sama ada itu ahli PAS atau pun orang yang telah dibayar untuk bercakap depan RTM. Kalau yang tengok berita ini pastinya akan percaya dengan RTM.

Dalam temuramah itu, wartawan RTM bertanyakan soalan Membangun Negara Berkebajikan oleh PAS kepada empat wajah dalam gambar di atas. Komen mereka di atas ialah, PAS sudah terpedaya dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ada yang mengatakan bahawa PAS tidak memperjuangkan Islam sperti dahulu dan menukar kepada Negara Berkebajikan. Kasihan kepada mereka berempat. Berapa agaknya mereka dapat dari kenytaan di atas? Katanya, BN telah memberikan kebajikan semenjak negara merdeka lagi.

Lagi satu, RTM kita sedia maklum bahawa mereka ini media penipu. Cuba tengok dalam gambar di atas. Nama yang tercatit adalah sama pada dua individu yang berbeza. Nama yang tertera ialah Mohamad Yatim, Bekas Ahli PAS.

Bodoh betul mereka berempat dan RTM. Kalau mahu menipu, jangan guna nama yang sama. Kan sudah kantoi nama sama pada dua individu. Belajar cara-cara menipu dari ASTRO.

Pemandu Teksi Bantah Demo, UMNO Cucuk Belakang

Posted: 11 Jun 2011 12:52 AM PDT


Akhirnya UMNO mempergunakan pemandu teksi untuk ditemuramah oleh media berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0  yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011. Kasihan pada UMNO kerana tiada lagi sokongan dari rakyat kepad mereka.

Dalam tinjauan pendapat di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur semalam, majoriti pemandu teksi yang ditemui menyuarakan rasa tidak senang dengan rancangan mengumpulkan puluhan ribu aktivis dan penyokong pembangkang pada tarikh itu.

Rata-rata mereka menjangkakan akan hilang pelanggan ekoran kesesakan teruk jalan raya, seperti pengalaman dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.

Semalam, selain persatuan pemandu teksi, Pemuda Umno, persatuan penjaja dan beberapa NGO membuat laporan polis di Kuala Lumpur Lumpur dan Putrajaya meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demo BERSIH.

PKR dilaporkan mensasarkan 60,000 peserta menyertai perhimpunan itu manakala PAS pula mengerahkan  setengah juta anggotanya daripada seluruh negara turun bersama-sama untuk menghandar memorandum kepada pihak istana pada tarikh berkenaan.

Apa akan berlaku kepada UMNO jika ramai yang turun berdemonstrasi? Hishamudin mesti cakap bahawa peserta demonstrasi cuba buat kecoh sedangkan polis yang akan membuat kecoh terlebih dahulu. Abaikan segala amaran mereka terutama UMNO.

600 'Gelombang Merah' (UMNO) vs 50,000 Gelombang ROYALTI Di Bukit Jalil

Posted: 10 Jun 2011 09:13 PM PDT


Pertembungan musuh Pantai Timur antara Kelantan dan Terengganu menyaksikan hampir 85,000 tiket telah habis terjual dalam masa beberapa jam di venue masing-masing yang mana 30,000 tiket untuk pasukan Terengganu dan 40,000 tiket untuk pasukan Kelantan. Selebihnya adalah dijual di stadium Nasional Bukit Jalil.

Konvoi dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu itu berlepas dari pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, jam 4 petang semalam. Majlis pelepasan konvoi berkereta itu dilakukan Bendahari UMNO Bahagian Kota Bharu, Sheikh Rozi Sheikh Ahmad.

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Wan Abdul Rahman Wan Ismail berkata, pihaknya berjaya mengumpul 600 peminat bola sepak dari kawasan Parlimen itu mengikuti konvoi menaiki 150 buah kereta pelbagai jenis ke Bukit Jalil.

Jika 'Gelombang Merah' turut serta dalam konvoi itu seramai 600 orang, Gelombang ROYALTI turut bersama dalam memeriahkan perlawanan akhir tersebut dengan kira-kira 50,000 orang akan turut serta untuk menyatakan bantahan terhadap Petronas yang tidak membayar ROYALTI kepada Kelantan.


Referendum itu juga akan menyaksikan seberapa banyak tandatangan dapat dikumpul diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini. Selain itu, pelbagai kain rentang akan turut digantung di dalam stadium tersebut untuk menyatakan hasrat rakyat itu.

Royalti itu turut akan mendapat sokongan daripada penyokong Terengganu memandangkan negeri Terengganu juga pengeluar minyak kepada Malaysia. Semoga kemeriahan bola sepak ini juga mendapat perhatian dengan kempen Kembalikan Royalti Kelantan ini.

Suami Mati Selepas ditolak Isteri dari Tingkat 17

Posted: 10 Jun 2011 05:51 PM PDT


TULSA, Oklahoma - Seorang wanita yang sarat mengandung dan baru berkahwin di Amerika Syarikat (AS) membunuh suaminya dengan menolaknya keluar dari tingkap tingkat ke-17 bangunan menara Universiti Club di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Joshua Hilberling, 23, ialah seorang anggota tentera udara AS.

Lelaki tersebut dipercayai sedang mengemas barang-barangnya sebelum memberitahu isterinya, Amber Hilberling bahawa dia mahu meninggalkannya selepas kurang setahun mereka berkahwin.

Berang mendengar pengakuan suaminya, Amber, 19, menerpa ke arah lelaki itu dan menolaknya keluar dari menara Unievrsiti Club itu yang menempatkan kediaman mereka di sini pada Selasa lepas.

Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh di atas sebuah garaj pada ketinggian 115 meter.

Amber ditangkap tidak lama kemudian dan dia dilaporkan mengaku kepada beberapa saksi di tempat kejadian bahawa dia menolak suaminya keluar dari tingkap bangunan itu.

Polis pada asalnya menahan Amber kerana disyaki membunuh tanpa niat tetapi dakwaan itu diubah kepada membunuh dengan niat selepas siasatan lanjut dilakukan.

Wanita tersebut yang sedang mengandung tujuh bulan dibebaskan dengan bon jaminan berjumlah AS$250,000 (RM755,375) sementara menunggu perbicaraan. 

Agensi

Tiada ulasan: