pemuda cheh |
Benarkah Najib, Rosmah dan UMNO mahu Negara Islam? Posted: 10 Jun 2011 07:03 PM PDT Oleh: wfauzdin_ns " SERANGAN puak sekutu Apco dengan gerombolan pencacai mereka kini tertumpu kepada PAS setelah mereka kecewa menyerang PKR dan DS Anwar. Cita-cita PAS untuk mewujudkan Negara Berkebajikan dijadikan modal besar mereka untuk memburukkan imej PAS seolah-olah Umno terlalu rindu dan kepingin kepada sebuah Negara Islam. Pada suatu ketika, PAS menyebut tentang Negara Islam beserta Hukum Hudud, puak ini lah juga menentang sekuat-kuatnya mengalahkan DAP, MCA, MIC dan Gerakan. DAP juga pernah menentang penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud atas faktor Perlembagaan Negara sekarang tidak membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan. Mereka menentangnya bersebab selain dari sebab sememangnya mereka tidak beriman dengan Islam. Peliknya, Umno menentang bukan sekadar penentangan mulut seperti DAP lakukan, bahkan menentangnya secara bertulis dan menggunakan kuasa yang mereka miliki. Jika DAP hanya menentang di mulut kerana kejahilan mereka terhadap hukum ini, Umno lebih teruk dari DAP. Umno yang mengaku Islam, menentang hukum ini secara konsisten melalui kuasa yang mereka miliki. Kini, apabila PAS mengambil pendekatan lebih berhikmah dan bijaksana iaitu ingin menubuhkan Negara Berkebajikan, puak ini mula menunjukkan minat terhadap Negara Islam. Kejahilan mereka menyebabkan mereka merasa seolah-olah Islam tidak mementingkan kebajikan terhadap rakyat. Mereka lupa bahawa mereka telah memerintah lebih 5o tahun, usahkan Negara Islam dan Hukum Hudud, kebajikan rakyat pun mereka abaikan. Adakah dengan adanya kementerian yang menjaga kebajikan maka itu bukti kebajikan telah mereka lakukan? Adakah kebajikan yang mereka buat boleh dibuktikan dengan adanya `loteri kebajikan'? Jika benar Umno telah lama mengamalkan kebajikan, kita tidak akan merasa kehidupan yang semakin susah sekarang. Kenaikan harga minyak, gula, barang-barang keperluan dan letrik membuktikan kerajaan gagal menunaikan kebajikan terhadap rakyat. Amalan rasuah yang berleluasa, penyelewengan dan salahguna kuasa, salah laku pegawai-pegawai kerajaan seperti SPRM, SPR dan pihak Polis yang sering menimbulkan kontroversi menunjukkan kerajaan amat lemah mengurus negara ini. Sistem kehakiman yang bercelaru dan undang-undang zalim seperti Akta ISA, rampasan royalti minyak adalah di antara perkara yang membuktikan kerajaan tidak merealisasikan kebajikan sebenar. Pendek kata, negara ini bukan sebuah negara berkebajikan. Justeru itu, PAS merasa bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Negara yang mempunyai unsur-unsur kebajikan mesti didirikan. Islam juga mewajibkan pemerintah melakukan kebajikan atau ihsan kepada rakyat. Kewajipan ini turut disokong oleh rakan-rakan di dalam PR yang semuanya menyedari bahawa rakyat sekarang terhimpit dan tertekan dengan pemerintah yang tidak memikirkan kebajikan mereka. Oleh yang demikian, gesaaan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin agar PAS memohon maaf kepada Umno adalah satu lawak bodoh dari orang yang takut kehilangan kuasa. Tuduhan bahawa PAS pernah mengkafirkan Umno adalah satu tuduhan basi yang berpuluh tahun dimainkan. Isu kafir mengkafir ini telah pun Umno debatkan di dalam `debat olok-olok' PAS lawan Umno. Hasilnya, di dalam debat yang mereka `lakunkan' itu pun, Umno tewas tanpa hujah. Serangan Umno terhadap PAS adalah satu percubaan untuk memecahbelahkan PAS setelah usaha mereka untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR gagal. Ada baiknya juga Umno menumpukan kepada PAS sekarang kerana sekurang-kurangnya masalah mereka dengan MCA, Gerakan dan Perkasa akan terbiar. |
UMNO/BN Selangor tiada keupayaan untuk ambil semula Selangor! Posted: 10 Jun 2011 06:55 PM PDT UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang. UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri. Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam! KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata. Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu. Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang. Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini. KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan. Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya. Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri. Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi. *Kenyataan media oleh Shuhaimi Haji Shafiei selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan