Khamis, 30 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Majlis Perundangan Dan Gaji Negara Tindas Pekerja, Kata PR

Posted: 30 Jun 2011 08:51 PM PDT

Majlis Perundangan dan Gaji Negara yang disarankan oleh kerajaan Umno-BN adalah satu lagi bentuk penindasan warga kerja, kata Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani.
 
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Abdullah Sani mendakwa, pembentangan rang undang-undang berkenaan di Parlimen jelas menunjukkan kuasa sebenar ada pada Menteri dan bukan kepada Majlis tersebut.
 
"Rang-undang-undang ini sebenarnya tiada batas dan matlamat serta tak tentu arah. Peranannya hanya sebagai satu kajian. Kajian ini bersifat Ia tak boleh menjurus kepada keputusan
Read More / Baca Lagi >>

Negara Tergadai : Hilang tanah KTMB, rakyat perlu ambil pengajaran

Posted: 30 Jun 2011 08:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak
boleh dipertahan," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau memberikan reaksi kepada kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai 1 Julai 2011.
Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (WTCP).
Read More / Baca Lagi >>

Kejayaan rakyat Mesir 'membersihkan' Hosni Mubarak

Posted: 30 Jun 2011 08:44 PM PDT

MENURUT akhbar al-Yaum as-Sabi'e, 27 Jun 2011 terdapat laporan daripada Amerika Syarikat, Ikhwan Muslimin memainkan peranan utama untuk menerajui pakatan demokrasi parti-parti politik di Mesir pasca kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Kenyataan ini dibuat kerana AS dan sekutunya Israel, terpaksa mengakui bahawa rakyat Mesir hari ini, telah meletakkan kepercayaan dan harapan yang besar kepada Ikhwan Muslimin, melalui parti baru yang ditubuhkannya, iaitu Al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan).
Sebelum ini AS dan sekutunya cuba untuk menyekat pengaruh Ikhwan Muslimin. Mereka cukup takut dengan pengaruh Ikhwan. Mereka cuba mengusahakan cadangan untuk meminta Perlembagaan Mesir sebelum diadakan pilihan raya.
Melihat peluang mereka tipis untuk menyaingi pengaruh Ikhwan, juak-juak AS yang diketuai bekas Ketua Pengarah Atom Antarabangsa, Mohamad al-Bardaie cuba untuk mengetengahkan idea supaya pilihan raya ditangguhkan untuk diadakan pindaan Perlembagaan terlebih dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

IGP tolak syor laluan khas anjur Himpunan Bersih 2.0

Posted: 30 Jun 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menolak idea Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan agar pasukan keselamatan menyediakan laluan bagi mereka mengadakan Himpunan Bersih 2.0 dengan aman dan tanpa mengganggu sesiapa.
Kata Ismail (gambar), keputusan membenarkan perhimpunan termasuk disediakan laluan khas bagi peserta Himpunan Bersih 2.0 tidak akan menjadi pilihan terbaik ke atas kepentingan awam kerana bolah menyebabkan ketegangan dan huru-hara.
"Saya tidak akan bersetuju dengan cadangan ini," kata beliau dipetik laporan New Straits Times hari ini.
Ismail berkata langkah yang dihasratkan oleh Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Ada banyak kemungkinan yang boleh wujud jika perhimpunan diteruskan," kata Ismail yang semalam mengadakan pertemuan dengan Ambiga di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Mata Wang : Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Antara Dua Dicaj

Posted: 30 Jun 2011 08:36 PM PDT


KUALA LUMPUR 1 JULAI : Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia dan seorang ahli perniagaan tempatan akan dihadapkan di mahkamah secara berasingan di ibu negara dan Shah Alam, berhubung skandal kontrak membekalkan nota mata wang ringgit polimer, yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat Australia antara 2003 dan 2007.

Bekas penolong gabenor itu akan dicaj di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah (Sesyen) Jalan Duta manakala ahli perniagaan terbabit di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam.

Serentak dengan tuduhan ke atas mereka, pihak berkuasa Australia juga akan mendakwa enam individu dan dua syarikat di negara itu hari ini.

"Mereka akan dicaj di bawah peruntukan baru di Australia . . . ia ada kaitan dengan kes di Malaysia," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Ahmad sudah rancang supaya BN menang?

Posted: 30 Jun 2011 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Adalah malang apabila Datuk Wan Ahmad Wan Omar gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali.
"Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada government of the day dengan taat kepada governing party," kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar).
Beliau merujuk kepada kenyataan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com semalam bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".
Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan gesa Wan Ahmad tarik balik kenyataan atau letak jawatan SPR

Posted: 30 Jun 2011 08:34 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Julai — Pakatan Rakyat mahu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menarik balik kenyataan atau meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran dakwaannya bahawa Himpunan Bersih 2.0 diperalatkan oleh mereka bagi membolehkan perikatan itu menawan Putrajaya.
Sehubungan itu menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad semalam secara tidak langsung menunjukkan  "kesetiaan" SPR kepada Umno.
Tegas beliau, Wan Ahmad sepatutnya meletakkan jawatan kerana dakwaan beliau telah menjejaskan kredibiliti SPR.
"Sehubungan dengan itu, PKR dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.
"Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik Umno dan menyertai pilihan raya umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan

Posted: 30 Jun 2011 08:32 PM PDT

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

NONE"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos.

Bersih 2.0 : Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat

Posted: 30 Jun 2011 07:14 PM PDT

Hampir mustahil'

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Read More / Baca Lagi >>

Apa beza sosialis dan komunis?

Posted: 30 Jun 2011 06:56 PM PDT

 PKM adalah Parti Komunis Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1930 sebagai sebahagian daripada Comintern (Komunis Antarabangsa).
PKM telah berjuang menentang penjajahan Jepun sebagai MPAJA dan kemudian menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan. PKM adalah parti pertama dalam negara yang menuntut kemerdekaan dari British.

Mereka akhirnya meletakkan senjata dan membuat perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989 dan hari ini tidak lagi wujud sebagai sebuah parti yang aktif.

PSM pula memohon untuk pendaftaran pada tahun 1998 dan berideologi sosialis. Setelah sebelas tahun berjuang, akhirnya PSM mendapat kelulusan pendaftaran parti pada tahun 2008. PSM pula mendaftar untuk melibatkan diri dalam proses pilihan raya dan telah bertanding dalam tiga pilihan raya setakat ini.

Benarkah PSM hidupkan fahaman komunis?
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Himpunan aman mahu ‘bersihkan’ pilihan raya ‘kotor’

Posted: 30 Jun 2011 06:49 PM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berfikir secara tenang dalam menghadapi isu Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Lebih jauh dari itu Husam mendakwa sekiranya Datuk Najib bijaksana, beliau mestilah mengizinkan perhimpunan itu berjalan dengan baik.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bagaimana pun mendakwa, sekiranya Perhimpunan Aman Bersih 2.0 diganggu maka imej Malaysia di mata dunia menjadi lebih buruk lantaran pelabur menjauhi negara ini.
"Jadi saya harap Perdana Menteri fikir betul-betul.
"Jangan jadikan 'kebangkitan Bersih' seperti  'Timur Tengah' di mana polis Mesir menindas penunjuk perasaan menyebabkan kemarahan semakin memuncak kepada Kerajaan Mesir," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Ceramah PAS di Kepala Batas tegang

Posted: 30 Jun 2011 06:48 PM PDT

Ceramah PAS yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam semalam tegang apabila kira-kira 100 anggota polis tiba-tiba muncul di tapak cermah itu.

pas ceramah, kepala batas, unit amal ask crowd to calm downSebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.

Pasukan polis yang tiba itu juga termasuk kira-kira 50 anggota Pasukan Gerak Am yang tiba pada jam 10.15 malam. Mereka disambut dengan teriakan "mereka dah datang, tutup pintu pagar!"

Akibatnya, berlaku sedikit kekocohan dan kesesakan lalu lintas apabila anggota polis bertindak mengawal di jalan berkenaan.Read More / Baca Lagi >>

Isu timbalan pengerusi SPR

Posted: 30 Jun 2011 06:46 PM PDT

Azmin Ali


1 JULAI — Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, Besih kian kusut".
Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak. Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Bersih 2.0 lebih manfaatkan Pakatan banding himpunan 2007

Posted: 30 Jun 2011 06:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Pakatan Rakyat dijangka akan memperoleh lebih banyak manfaat daripada Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini berbanding kempen pertama mereka pada 2007 ekoran sokongan besar daripada kesemua kaum, kata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.
Protes tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya pada 2007 yang diadakan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008. Pembangkang menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menguasai lima negeri.
"Peluang kami adalah lebih baik pada kali ini kerana adanya blog dan Facebook," kata Mohamad (gambar) dalam temu bual dengan The Malaysian Insider semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Kekecohan @ Luar Stadium Malawati (Selepas Rampasan Baju BERSIH)

Posted: 30 Jun 2011 06:25 AM PDT

Video : MP Gopeng Dan ADUN Simpang Pulai Sasaran Terbaru Baju Kuning

Posted: 30 Jun 2011 06:24 AM PDT

Video : Protes ancaman polis, ahli parlimen PR berpakaian 'kuning'

Posted: 30 Jun 2011 06:23 AM PDT

Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita III

Posted: 30 Jun 2011 06:16 AM PDT


Ketika rakyat menghadapi kesan kenaikan harga barangan dan inflasi, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya telah membelanjakan RM17 juta wang rakyat untuk lawatan rasmi sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor Lau Weng San berkata wang RM17juta itu sepatutnya digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat seperti membina 4 hospital besar atau 6 sekolah.

"Malahan ianya boleh digunakan untuk menanggung sebahagian daripada subsidi bahan api," katanya mengulas jawapan Jabatan Perdana Menteri semasa menjawab soalan tentang perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri di Dewan Rakyat kelmarin.

Lau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku berkata kerajaan pusat mesti memberi butir-butir bagaimana RM17 juta itu dibelanjakan dan sama ada ia melibatkan perbelanjaan pegawai-pegawai kerajaan yang turut menyertai lawatan rasmi berkenaan.

"Rakyat juga ingin tahu apakah hasil lawatan dan pulangan yang mampu dibawa balik oleh PM dalam setiap lawatan. Adakah pulangan dan hasil-hasil lawatan ini setimpal dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan dalam setiap lawatan?

"Adakah kos lawatan rasmi PM dan isterinya termasuk lawatan kedua-duanya ke majlis konvokesyen dan majlis perkahwinan anak mereka turut menggunakan wang rakyat?"

Lau menjelaskan bahawa pada ketika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hidup dalam keadaan serba mewah dengan mengguna pakai wang rakyat, pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat pula hidup dalam keadaan sederhana.

Katanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng masih menaiki kapal terbang tambang murah seperti AirAsia dan FireFly dalam menjalankan urusan rasminya untuk menjimatkan wang rakyat.

"Ini menunjukkan perbezaan yang begitu ketara antara BN yang hanya pandai bermain-main dengan cogan kata 1Malaysia dan PR yang bekerja keras, bersih dan jujur dalam pentadbirannya," tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof mengatakan pemimpin BN tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

Beliau mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang mendedahkan kerajaan membelanjakan RM48.8 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya.

Kiraan yang dibuat oleh Harakahdaily menunjukkan kos bayaran sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya kepada Perbadanan Putrajaya adalah lebih RM18,000 sehari, dengan bayaran bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

Kos baik pulih pula ialah RM60,000 sebulan. Jawapan Menteri tidak menjelaskan apa dan bagaimana RM60,000 sebulan digunakan untuk membaik pulih kedua-dua kediaman itu.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata beliau terkejut dengan perbelanjaan yang begitu besar.

"Saya tinggal bersama ibu bapa saya dan kami hanya membayar bil elektrik RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu, iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan," tambahnya.

Bersih 2.0 Tiada Kaitan Dengan Usaha Pakatan Rampas Putrajaya

Posted: 30 Jun 2011 06:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 30 JUN : Presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim menolak sebarang dakwaan mengaitkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Malah jelas beliau, fokus program itu adalah mudah dan khusus bagi mendesak pilihan raya adil dan bersih melalui lapan tuntutan yang telah disenarai-pendekkan dalam Bersih 2.0.

Dalam forum 'Hard-Talk on Bersih 2.0' yang dianjurkan baru-baru ini, Haris menegaskan bahawa tiada tekanan politik bersabit program yang bakal dianjurkan nanti.

Beliau mengambil pendirian merujuk kepada ucapan Presiden Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan pada pelancaran minggu lalu menyatakan program tersebut hasil inisiatif badan bukan kerajaan (NGO).

Malah beliau berkata telah menjemput parti Barisan Nasional (BN) untuk menyertai perhimpunan itu walau bagaimanapun pelawaan tersebut ditolak.

Namun demikian katanya, respon daripada kepimpinan Pakatan Rakyat amat menggalakan seraya akan membantu melancarkan program itu nanti.
"Bersih bukan berhasrat untuk membina struktur parti politik. Fokus kami sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil. Sama ada anda sistem dua parti atau lebih, kami hanya mahu bebas dan adil," kata beliau di hadapan peserta yang hadir.

Haris berkata antara lain usaha mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih telah mula dilakukan dengan menghubungi bakal penyokong setiap hari.

"Sebenarnya saya semak buku telefon setiap hari membuat panggilan kepada sepuluh orang dan menyuruh mereka menyertai Bersih sehingga mereka kata mereka datang," tambah beliau lagi.

Sehingga kini hampir 100 orang aktivis dan pemimpin politik telah ditahan polis di seluruh negara menjelang perhimpunan pada 9 Julai itu nanti.

Terbaru, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan polis hari ini didakwa merancang perhimpunan awam.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sebuah majlis di Hotel Sri Pasific hari ini berkata, Bersih 2.0 sebagai pencetus momentum untuk Pakatan Rakyat merampas Putrajaya daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar kepimpinan negara berhenti mengancam dan mengugut rakyat yang ingin melakukan perhimpunan aman di ibu negara.

Namun menurut Haris, pendirian Bersih tidak berganjak untuk melaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

Haris menjelaskan perarakan pada 9 Julai nanti akan tertumpu di Lembah Klang.

Namun menurutnya, berdasarkan respon yang diterima melalui panggilan telefon kepada urusetia Bersih, masyarakat di Sabah dan Sarawak turut mengambil langkah sama melancarkan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara.

Jelas Haris, Bersih tidak berhasrat untuk membuat perhimpunan sama di negeri-negeri lain namun beliau mengalakkan rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari itu nanti.

"Kita ada rakyat di Sabah yang menghubungi kami dengan mengatakan mereka akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Kota Kinabalu pada 9 Julai termasuk di Sarawak," kata beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Haris termasuk tindakan lanjut Bersih sekiranya tuntutan itu nanti tidak akan dilayan.

Beliau berkata, jawantakuasa Bersih telah memmpunyai rancangan seterusnya namun beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara itu. an tapi beliau tidak ingin menyatakan lagi.

Namun beliau optimis jumlah penyokong yang besarkan akan turun memberi sokongan seperti yang dirancangan.

"9 Julai nanti apa yang akan anda lihat adalah sekurang-kurangnya 150 ribu masayarakat Malaysia memakai baju putih," ujarnya lagi.

Sementara itu Haris ditanya jika masyarakat antarabangsa akan turut mengambil bahagian di seluruh dunia pada hari yang sama.

Katanya, sehingga kini program itu dijangkakan akan mendapat liputan meluas seluruh dunia disertai rakyat antarabangsa di empat buah negeri di Amerika Sayrikat, Pnom Phenh, Taiwan, Seoul, London, Singapura dan tiga negeri di Ausralia.

Jelas beliau sekiranya rakyat memikirkan masa hadapan demokrasi negara maka hasrat untuk turut serta harus diperkuatkan.

Terdapat juga soalan di mana segelintir ahli Umno-BN berhasrat untuk menyertai perhimpunan itu nanti, namun kumpulan ini khuatir sekiranya mereka dilabel sebagai mengkhianati parti.

"Kalau parti politik lebih penting daripada bebas dan adil maka mereka akan terus menyembunyi dibelakang Umno walhal mereka kami semua melakukan perbersihan. Tidak mengapa kami akan tolong bersihkan untuk mereka," jelasnya lagi.

Haris menjangkakan perkhidmatan awam seperti bas dan Aliran Transit Ringan (LRT) akan dipantau oleh pihak berkuasa selain menutup beberapa stesen berhampiran kawasan perhimpunan.

Oleh yang demikian katanya sebagai langkah persediaan awal, Haris menasihatkan penyokong-penyokong untuk menghampiri lokasi berkumpul samada melalui berjalan kaki atau basikal.

Malah beliau turut mencadangkan agar penyokong-penyokong bermalam di ibu negara untuk mengelakkan sebarang halang oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Kita jangan membenarkan mereka mematahkan semangat kita. Kita perlu ada kesungguhan untuk melihat hasil perkara ini. Jadi fikirkan untuk mula berjalan dan hentikan hasrat untuk memandu ke pusat bandar.

"Jangan takut. Jangan benarkan orang yang patutnya berkhidmat untuk kita, membuli kita. Telah sampai masanya kita dibenarkan untuk menggunakan kuasa perlembagaan untuk menentukan. Siapa yang memerintah dan bagaimana mereka memintah kami yang tentukan sebab kita adalah ketua. Mari tunjukkan kepada mereka kita adalah ketua pada 9 Julai nanti," tegas beliau.

Baju kuning salah, merah Patriot tak apa

Posted: 30 Jun 2011 06:09 AM PDT


Terpanggil saya sebagai mahasiswa yang melihat perkembangan politik tanah air sekarang apabila melihat sendiri polis yang laungkan "kami berintigeriti" "kami adil telus dan amanah" sudah lari dari motifnya. maaf saya katakan sedemikian, sebagai anak muda yang melihat sendiri malah berfikir dengan perkembangan suasana Malaysia sekarang amatlah jauh berbeza dengan negara demokrasi yang lain.Malah boleh dikatakan polis Malaysia sama saja dengan pihak polis semasa pemerintahan Husni Mubarak di mesir sebelum terjadinya rusuhan.

Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan kemeja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

Dukacitanya, ramai dari pengikut Pakatan Rakyat yang memakai baju Kuning telah ditahan oleh pihak polis namun dalam akhbar hari ini yang dipetik dari Malaysikini atas tajuk "LOKMAN MAHU SAMAN SAIFUDDIN RM 500,000.99" terpampang gambar pemuda UMNO ini memasuki balai polis dengan pakaian rasmi perhimpunan 9 Julai akan datang yang tidak di kenakan sebarang tindakan atas pemaikaian mereka itu. adakah ini ADIL?

Sepekara lagi,mari kita rujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri dalam akhbar Malaysiakini bertarikh 29 Jun atas tajuk "HISYAM: HARAM PAKAI BAJU BERSIH, BOLEH DITANGKAP." Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Jadi amatlah tidak berakhlak boleh saya katakan kepada pihak yang hanya menyerang sebelah pihak tanpa melihat pihak yang lai,n dalam masa yang sama menghukum mereka dan membebaskan yang lain.Contohnya pengikut Pakatan hanya memasuki pasar dengan pakaian Kuning telah ditangkap, tapi satu lagi pihak masuk kedalam balai polis dengan pakaian Merah PATRIOT. Sedangkan kenyataan polis mana-mana perhimpunan 9 Julai adalah HARAM.

Bersih 2.0: Polis tidak patut double standard

Posted: 30 Jun 2011 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Sikap double standard pihak polis dalam menangani perarakan dengan jelas memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Umno, tetapi bertindak sebaliknya pula ke atas Pakatan Rakyat, dikecam keras oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon ketika membuat kecaman itu berkata, pihak polis tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

Menurutnya, namun ketika Umno dan pihak polis sendiri telah melakukan pelbagai provokasi untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini, pihak polis juga turut bersikap sebaliknya pula terhadap perarakan yang diadakan oleh Umno.

Katanya, sikap double standard pihak polis itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai hari ini apabila mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada Pemuda Umno Malaysia yang mengadakan perarakan ke Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis.

"Walaupun tindakan Pemuda Umno itu sendiri jelas merupakan provokasi, tetapi pihak polis tetap juga memberikan kerjasama yang baik kepada mereka dari awal hingga akhir sehingga mereka bukan sahaja boleh melakukan perarakan dengan baik, tetapi juga boleh melaksanakan agenda mereka dengan sempurna," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sebelum itu, sekitar 40 orang Pemuda Umno Malaysia telah melaksanakan agenda provokasi mereka dengan membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, berhubung dakwaan yang dikatakan oleh mereka sebagai tidak berasas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution baru-baru ini.

Mereka yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Nizar Marican dan Exconya, Lokman Adam serta Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizal Man pada awalnya dijangka tiba di Balai Polis Tropicana sekitar jam 11.00 pagi tetapi terlewat sehingga jam 12.00 tengah hari.

Pada awalnya, mereka didakwa akan benar-benar bertindak di luar batas dengan membakar ibu pejabat PKR ekoran kenyataan mereka sendiri mengenai perkara itu, tetapi sebenarnya hanya sekadar hadir untuk membuat laporan polis.

Ekoran dakwaan itu, seramai tidak kurang 30 orang ahli AMK telah berkawal di ibu pejabat PKR sejak sekitar jam 11.00 pagi ini bagi menyelamatkan ibu pejabat parti mereka dari menjadi mangsa provokasi pemuda Umno.

Setelah sejam menunggu, Nizar, Lokman, Rizal dan rakan-rakannya akhirnya muncul juga dengan berpakaian baju merah bertulis Patriot dengan membentuk satu perarakan, sesetelah memberhentikan kereta mereka di tepi jalan raya sekitar 300 meter dari balai polis tersebut.

Perarakan mereka ternyata mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis sehingga mereka terselamat dari sebarang ancaman dari pihak AMK yang ternyata mampu mengawal perasaan dengan baik, walaupun tindakan pemuda Umno itu sendiri telah dirasakan sebagai tindakan provokasi yang jelas terhadap mereka.

Setelah laporan polis dibuat, Nizar dan Lokman pada sidang media mereka menegaskan, dakwaan pihak PKR bahawa mereka ingin membakar ibu pejabat PKR disifatkan sebagai satu tuduhan liar, malah mereka mendakwa tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian dan melakukan sebarang provokasi.

Sehubungan itu, mereka ingin mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin berhubung dakwaan itu.

Pada sidang media itu, mereka juga menegaskan, Pemuda Umno tetap akan turun untuk mengadakan perarakan pada 9 Julai ini sekiranya Bersih tetap meneruskan perancangannya untuk mengadakan perhimpunan pada hari itu.

Menurut Khai Loon, dakwaan Pemuda Umno yang mereka tidak mempunyai niat untuk melakukan provokasi ternyata tidak berasas kerana sebelum ini mereka sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk membakar ibu pejabat PKR.

Beliau mendakwa, kenyataan Lokman untuk membakar ibu pejabat PKR itu bukan sekadar didengar oleh pihak tertentu, tetapi juga turut dirakam oleh pihak tertentu dan rakaman itu juga turut berada dalam simpanan PKR.

"Begitu juga dengan dakwaan mereka yang mereka sekadar ingin membuat laporan polis dengan aman, ternyata tidak berasas kerana Balai Polis Tropicana terletak amat dekat dengan ibu pejabat PKR.

"Jadi, kalau tidak kerana hendak membuat provokasi, kenapa mereka memilih Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis, sedang masih banyak lagi balai-balai polis lain yang mereka boleh kunjungi untuk membuat laporan?

"Dalam masa yang sama, pihak polis pula memberikan kerjasama yang baik kepada mereka. Tindakan pihak polis itu amat berbeza ke atas pihak Pakatan Rakyat sehingga mereka menentang keras rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Jadi sekarang kepada pihak polis, kita minta mereka bertindak adil. Jika mereka boleh memberikan kerjasama dan layanan yang cukup baik kepada Pemuda Umno, pihak polis juga diharap turut bersikap sedemikian kepada pihak Pakatan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini," katanya.

Beliau turut lega apabila kunjungan Pemuda Umno ke kawasan itu hari ini tidak disambut dengan kekasaran oleh ahli AMK, walaupun mereka mendakwa cuba diprovokasikan dengan beberapa tindakan, termasuk menerusi cabaran agar mereka ditumbuk oleh AMK jika AMK berani.

Kunjungan Pemuda Umno ke kawasan itu dikawal dan diberikan kerjasama baik oleh kira-kira 20 anggota polis. Selain mengawal keadaan, pihak polis turut mengadakan dua sekatan jalan raya di kawasan itu bagi menghalang kedua-dua pihak mengadakan perhimpunan lebih besar.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) kesal dan kecewa di atas tindakan segerombolan Pemuda Umno yang diketuai oleh exco pergerakan pemudanya, Lokman Nor Adam kerana cuba untuk mencetuskan provokasi dan huru-hara di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana, di sini, semalam.

Tindakan tersebut dilakukan oleh mereka dengan mengadakan perhimpunan khas yang ternyata satu perhimpunan tidak sah serta disulami dengan pelbagai ugutan, ancaman dan kata-kata berbaur hasutan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, lebih dikesali oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor apabila himpunan tersebut berlaku berhampiran dengan Balai Polis Tropicana.

Menurut beliau, bagaimanapun, anggota polis di situ hanya menjadi penonton dengan tiada sebarang tindakan dan tangkapan dibuat ke atas mereka.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan memantau dan mengharapkan penjelasan daripada pihak polis tentang tindakan mereka terhadap perkara itu.

"Ini kerana terdapat 2 versi yang berbeza berkenaan tindakan polis untuk menangani perhimpunan yang membabitkan orang ramai.

"Sekiranya pihak Umno/BN ataupun pihak yang pro kepada mereka, maka pihak polis akan memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang baik untuk mempastikan perhimpunan berjalan lancar," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Namun, menurut beliau, sikap pihak polis ternyata berbeza pula apabila pihak NGO dan parti pembangkang yang pro Bersih cuba untuk mengadakan himpunan aman.

"Pada hal, himpunan yang diadakan oleh NGO dan parti pembangkang yang pro Bersih itu tanpa ada sebarang unsur-unsur provokasi, kecaman, ugutan dan kata-kata berbaur hasutan, tetapi tidak pula mendapat kerjasama pihak polis, malahan ada yang ditangkap di atas sebab-sebab keselamatan.

Katanya, pihak polis sepatutnya tidak bersikap "double standard" di dalam menangani persoalan itu kerana ini akan menjatuhkan maruah dan integriti pihak polis sebagai pasukan yang dihormati pada pandangan masyarakat sekiranya terus dipergunakan sebagai alat untuk meneruskan kesinambungan penguasaan kuasa pihak tertentu.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan pihak polis agar berlaku adil, telus dan berwibawa di dalam menangani isu yang membabitkan hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," tegasnya.

Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari

Posted: 30 Jun 2011 06:01 AM PDT

SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.
"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.
Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.
Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.
Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.
Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.
Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".
"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

Video - Umno Youth exco member to sue PKR sec-gen

Posted: 30 Jun 2011 05:47 AM PDT

Video - 23 Kajang councillors hauled up over Bersih T-shirts

Posted: 30 Jun 2011 05:46 AM PDT

Video - Bersih to cops: Name route, we will follow

Posted: 30 Jun 2011 05:45 AM PDT

Tiada ulasan: