MIMPI SENJA |
- Detik-detik terakhir stesen KTM Tanjong Pagar
- Bersih haram wei ... mamat ni suruh Taubat
- BERSIH 2.0 : Bukan mahu rampas kuasa, cuma mahu pilihanraya bersih
- Ini lah antara kerja-kerja wakil rakyat umPORno ... ala biasa la tu
- Di mana akta yang melarang rakyat memakai baju kuning - Hanipa Maidin
- Ambiga diperalat Pakatan atau Wan Ahmad (Timb Pengerusi SPR) diperalat BN?
- BERSIH 2.0 : Bomoh mana yang KPN telah guna ....?
- Tangkapan YB Dr Lee dan YB Chan Ming Kai (video)
Detik-detik terakhir stesen KTM Tanjong Pagar Posted: 30 Jun 2011 09:32 PM PDT Pengunjung tangisi detik terakhir stesen kereta api Tanjong Pagar 2011/07/01 SINGAPURA: Sejurus selepas tren terakhir meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tepat pada 11 malam tadi, Mohd Ayub Embong terus bergerak ke pejabatnya yang terletak 50 meter dari situ. Di pejabatnya itu, Mohd Ayub, yang merupakan Pengurus Operasi stesen berkenaan, memastikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi menutup operasi stesen itu secara rasmi siap menjelang detik 12 tengah malam. Segala gerak-geri beliau menyiapkan dokumen terakhir itu diperhatikan dengan penuh minat oleh pengunjung dan jurugambar media yang mahu merakamkan detik-detik terakhir perkhidmatannya di situ. Walaupun sibuk menyiapkan tugasnya yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam itu, Mohd Ayub itu kerap "diganggu" oleh permintaan demi permintaan daripada pengunjung untuk mengambil gambar bersamanya. "Terima kasih tuan di atas segala-galanya," merupakan ungkapan daripada pengunjung warga Singapura yang beremosi selepas bersalaman dan berpelukan dengan pengurus stesen Tanjong Pagar yang terakhir itu. Mohd Ayub hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Ditanya oleh wartawan tentang perasaannya ketika beliau menyiapkan dokumen terakhir sebelum stesen itu ditutup selepas 80 tahun beroperasi, beliau menjawab: "Sudah pasti sedih." Sepuluh minit sebelum tengah malam, pengurus kanan operasi Stesen Keretapi Gemas, Abdul Aziz Said, memasuki pejabat Mohd Ayub yang semakin sesak dengan pengunjung ketika detik penuh bersejarah itu semakin dekat. Abdul Aziz adalah pegawai kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab memeriksa semua dokumen yang diperlukan, sebelum operasi stesen itu ditutup secara rasmi. Selepas memeriksa semua dokumen itu, beliau menurunkan tandatangannya dalam Buku Lawatan stesen berkenaan menandakan semua proses menutup operasi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar itu berjalan lancar. "Selepas 12.01 tengah malam ini, operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura ini tamat secara rasmi dan tidak akan ada lagi sebarang komunikasi dari stesen ini," kata Abdul Aziz sambil bersalaman dengan Mohd Ayub. Suasana dalam pejabat Mohd Ayub itu diselubungi perasaan emosi pengunjung yang berpusu-pusu berpelukan dengan Abdul Aziz dan Mohd Ayub ketika jam semakin hampir menunjukkan 12 tengah malam. Ramai pengunjung dan kakitangan KTMB yang berada di dalam pejabat itu tidak dapat mengawal perasaan, menangisi detik-detik terakhir operasi stesen yang merupakan antara lambang kepada usaha merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara. Tepat pada tengah malam, Mohd Ayub, Abdul Aziz dan beberapa kakitangan KTMB yang terakhir menarik pintu penutup stesen itu buat kali terakhir. - BERNAMA |
Bersih haram wei ... mamat ni suruh Taubat Posted: 30 Jun 2011 08:39 PM PDT Islam Larang Perhimpunan Haram, Peserta Harus Taubat KUALA LUMPUR: Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam. Menurut mereka, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007. Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan. "Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat tersebut kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar. "Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya kepada Bernama. Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira. "Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini," katanya. Beliau menggesa pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu agar turut mengambil kira hak dan keselamatan orang awam yang tidak mahu terlibat. Ahmad Fauzan Yahaya, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa, berkata umat Islam yang berniat menyertai perhimpunan itu perlu melakukan timbang tara terlebih dahulu. Katanya sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya. "Kalau dilihat daripada segi aspek perhimpunan ini, tak ada permit, berkumpul di jalan raya, provokasi dan memaki hamun, maka kebaikan itu lebih sikit daripada keburukan. "Kita tak boleh bayangkan macam mana jika ada provokator dalamnya. Dulu sewaktu Bersih 1.0, bayangkan ada golongan Syiah sekali angkat bendera Pas dan gambar pemimpin Syiah Ayatollah Khomeini, sedangkan gerakan Syiah diharamkan di dalam Malaysia," katanya. Ahmad Fauzan berkata beliau hairan kenapa penganjur perhimpunan yang semakin terang didalangi parti-parti politik mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak telus. "Bila mereka menang, mereka kata itulah pertolongan Tuhan, bila kalah mereka tak kata pengajaran dari Tuhan, tidak pula mereka rasa perlu muhasabah diri sendiri kerana mereka harus sedar dalam kerajaan semuanya milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil kuasa daripada dan kepada sesiapa yang Dia mahu," katanya. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menasihati mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu agar membatalkan niat mereka. Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yang boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.- BERNAMA STONE : Nak buat macamana mamat ni cari makan, kalau tak sokong Najib nanti kantrak tak disambung lagi. Jadi terpaksa lah keluar kenyataan mcm ni ... hahaha. |
BERSIH 2.0 : Bukan mahu rampas kuasa, cuma mahu pilihanraya bersih Posted: 30 Jun 2011 07:22 PM PDT Jika pilihan raya di Malaysia tidak bebas, adil dan tidak bersih, bagaimana Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri dan dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008? Jawapannya, dalam bahasa yang mudah, iaitu jika pilihan raya bebas, bersih dan adil, PAS, PKR dan DAP – Pakatan Rakyat – sudah pasti berjaya membentuk kerajaan pusat dan memenangi hampir semua kerajaan negeri dalam PRU 2008. Memang kenyataan itu boleh dipertikaikan dari segi strategi dan taktik tetapi hakikatnya amalan dan proses pilihan raya selama ini memang tidak adil. Dan kerana itu parti-parti yang bukan dari kalangan BN sukar untuk menang kerana terlalu banyak amalan tidak adil, kongkongan keras dan tekanan berat daripada BN yang menyalahgunakan segala jentera, agensi, jabatan dan apa sahaja milik kerajaan hasil wang rakyat. Apa yang tidak bebas, tidak adil dan tidak bersih dalam amalan pilihan raya hari ini? Apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubar, tidak ada "kerajaan" yang memerintah sepanjang tempoh kempen pilihan raya sehingga selepas proses pengundian berakhir. Tetapi di Malaysia, kerajaan BN terus memerintah dan menyalahgunakan kuasa "sementara" (caretaker) untuk berkempen; Kempen BN menggunakan agensi dan jabatan kerajaan yang mana semua itu dibiayai oleh hasil sumber negara dan wang cukai rakyat, dan bukannya milik poket peribadi BN; Pemimpin-pemimpin BN menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri, menteri, ketua menteri, menteri besar, timbalan menteri, setiausaha parlimen, exco-exco negeri yang semuanya bertaraf "sementara" (caretaker) untuk mengumumkan projek pembangunan serta meluluskan projek dan program; Kempen untuk BN juga mengguna pakai peralatan kerajaan seperti kereta, lori, helikopter, bot, kapal terbang dan sebagainya atas kedudukan calon-calon BN yang disalahgunakan sebagai pemimpin kerajaan; Agensi-agensi kerajaan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan secara terang-terangan berkempen untuk BN dan menghentam parti-parti lain yang bertanding – hanya BN diberi ruang untuk media massa milik wang cukai rakyat; Bagi media massa "swasta" pula, semua media arus perdana adalah milik BN, secara langsung atau tidak langsung, yang secara terang-terangan berkempen untuk BN. Mana-mana media yang tidak berbuat demikian terdedah kepada ancaman penarikan permit atau permit tidak diperbaharui mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA); Tindakan pihak-pihak berkuasa termasuk polis yang membenarkan BN mengadakan ceramah tetapi sedaya-upaya menghalang atau menyukarkan parti-parti lain untuk melakukannya; BN yang menyalahgunakan kedudukan sebagai kerajaan "sementara" mengamalkan undang-undang yang tidak adil seperti ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan dan sebagainya untuk menakut-nakutkan pengundi; Amalan undi pos yang amat meragukan; Pengundi dipindah tanpa pengetahuan mereka; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak berani menegur pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, sebaliknya menyusahkan parti-parti lain dengan amalan pelaksanaan proses pilihan raya yang berat sebelah. Sudah beberapa kali pertemuan di antara parti-parti bukan BN diadakan dengan SPR tetapi sehingga hari ini, SPR hanya mampu: 1. Berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam proses pilihan raya yang dilihat tidak penting 2. Menyerah kalah dengan mengatakan beberapa tuntutan Pakatan Rakyat memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan 3. Mengulangi kecaman UMNO, BN terhadap Pakatan Rakyat. Mesej dari SPR adalah jelas. Ia adalah badan yang tidak bebas, lemah dan tunduk kepada UMNO dan BN. Jika SPR tegas dan tidak berpihak, sudah lama ia telah kemukakan tuntutan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih kepada pemerintah pusat untuk dipinda supaya menjadi lebih baik. Atas sebab itu, kumpulan-kumpulan masyarakat madani yang sudah muak dengan sikap SPR mahu menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 untuk menuntut supaya pilihan raya yang bebas, adil dan bersih dapat diadakan. Itu saja tuntutan rakyat prihatin. Mengapa SPR, UMNO dan BN menolaknya? Kerana hanya dengan pilihan raya yang kotor dan tidak adil serta dikongkong, UMNO dan BN dapat mengekalkan kuasa selama mana yang mungkin. Oleh kerana itu lah, BN sekali lagi dengan menyalahgunakan agensi dan jabatan kerajaan, telah bermati-matian mengancam, mengugut dan bertindak zalim terhadap rakyat yang hanya mahu pilihan raya yang bebas, bersih dan adil. Kerana itu juga lah, UMNO dan BN tidak menjawab hujah dan tuntutan Bersih 2.0 secara langsung, sebaliknya membangkit perkara-perkara yang tidak berkaitan seperti kononnya perhimpunan Bersih akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, akan menakutkan pelancong, akan menimbulkan huru-hara. Barang diingat, perhimpunan aman secara besar-besaran anjuran Allahyarham Dato' Onn Jaafar di seluruh Semenanjung pada 1946 bukan sahaja dapat melahirkan UMNO tetapi juga menghancurkan rancangan penjajah British untuk menubuhkan Malayan Union. Kalau lah penjajah British yang dikatakan kejam dan zalim itu mengikut amalan UMNO dan BN hari ini, sudah tentu Dato' Onn dan para pejuang Melayu tahun 1940-an ditangkap dan dihumban ke dalam penjara kerana berhimpun secara aman menuntut hak. Maka rakyat Malaysia yang prihatin hari ini hanya menuntut hak; bukan menuntut diberi kerusi tambahan, bukan minta kuota kaum tambahan, bukan minta dirampas hak orang lain – hanya menuntut hak pilihan raya bebas, adil dan bersih yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – Roketkini.com |
Ini lah antara kerja-kerja wakil rakyat umPORno ... ala biasa la tu Posted: 30 Jun 2011 06:43 PM PDT SHAH ALAM 30 Jun - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi semua pertuduhan. Beliau menetapkan 14 dan 15 September ini untuk kedua-dua tertuduh memberi keterangan membela diri. Abdul Rahman, 46, didakwa menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar yang mengandungi butiran palsu berhubung pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan bagi lapan program dalam kawasan tersebut yang tidak dijalankan untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM80,000. Program tersebut ialah Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Jamuan Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, PMR dan UPRS. Ia turut melibatkan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Kumpulan Rukun Tetangga (RT), Program Forum Perdana, Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi serta Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Kesemua tuntutan palsu itu didakwa diserahkan kepada Mohd. Hamizar Sulaiman, Rizam Ismail dan Mohamad Fairos Johari di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari dan 12 Februari 2008. Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi. Sementara Rosli, 43, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman pula didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama. |
Di mana akta yang melarang rakyat memakai baju kuning - Hanipa Maidin Posted: 30 Jun 2011 06:15 PM PDT AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. "Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai," katanya kepada Harakahdaily. Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang. "Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya yang juga pengamal undang-undang. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih. Ini kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Kata Hanipa, bagi Umno dan Hishammuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Menurutnya, jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera PAS, kini warna kuning pula yang ditakuti. "Sampai bila Umno nak takut dengan warna?" soalnya. Mengenai hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti Bersih adalah haram, maka memakai baju kuning Bersih juga adalah haram, beliau bekata malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. "Saya mengesyorkan kepada Hishammuddin jika pun kamu benci sangat dengan Bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. "Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita," ujarnya. Beliau berkata, haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin, katanya Hishammuddin boleh tunjukkan kepada kita di bawah peruntukan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang Bersih adalah satu kesalahan. "Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning Bersih adalah haram kerana aktiviti Bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yang beliau tunggang adalah kesemuanya haram," katanya lagi |
Ambiga diperalat Pakatan atau Wan Ahmad (Timb Pengerusi SPR) diperalat BN? Posted: 30 Jun 2011 05:07 PM PDT 1 JULAI — Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, Besih kian kusut". Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak. Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas. Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali. Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada "government of the day" dengan taat kepada "governing party". Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu. Pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya. Sebaliknya, apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan Umno dan Barisan Nasional? Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil! Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos. Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011. Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR. Wan Ahmad juga sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih. Lapan (8) tuntutan Bersih iaitu (i) pembersihan senarai pengundi; (ii) reformasi undi pos; (iii) penggunaan dakwat kekal; (iv) tempoh kempen minima 21 hari; (v) memperkukuh institusi awam; (vi) menghentikan rasuah pilihan raya dan; (viii) menghentikan politik kotor; adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil. Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil. SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah. Keadilan dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil. Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR. Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik Umno dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13! - TMI * Mohamed Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR. |
BERSIH 2.0 : Bomoh mana yang KPN telah guna ....? Posted: 30 Jun 2011 10:55 AM PDT WHICH BOMOH DID THE IGP USE TO COME OUT WITH SUCH LUDICROUS ANALYSIS? IGP Tan Sri Ismail Omar has come out with this ludicrous statement, quote "based on our observation and analysis of the impending gathering, we believe that it would cause tension, chaos and destruction of property, injuries and maybe even loss of lives" unquote. I am just wondering how the analysis was derived at, and what observation methods were used to conclude the statement that the IGP had made above. If the analysis were to come from the Special Branch of yesteryears, I would tend to believe it because they are experienced and capable officers, but I doubt it now. I know some of them, and they are truly a professional lot. All along, I have not read nor heard any single statement made by the organizers' of Bersih, nor from any one of the NGO's and opposition party leaders that they are out to create chaos, destruction that can result in injuries and even loss of lives, as declared by the IGP. What I did hear are some stern warnings issued by Ibrahim Ali of Perkasa and supporters of the government, including UMNO Youth to expect trouble should the Bersih rally proceed. Wasn't UMNO Youth involved in an attempt to burn the PKR office at Petaling Jaya? What wrong has the building done to UMNO Youth that the building deserves to be raised to the ground? Tell me, was it not Ibrahim Ali who had said that he will not able to control his people if they turn violent at the rally? What violence is he talking about if the intended violence is to be instigated by the sordid and rowdy Perkasa members themselves? Did the IGP not know this, and why wasn't Ibrahim Ali arrested and kept in solitary confinement at 'Kamunting Resort' for insinuating violence? Did the IGP hear anything from Bersih or its supporters to words that there are out to create trouble? Certainly, I have not heard of any, and I am neither deaf nor blind. Bersih leaders has repeatedly said that the rally will be peaceful, and even PAS leaders has allowed the police to arrest any of its members if they are found to be trouble makers. So clearly, it is Perkasa, UMNO and its supporters that are inclined to create disorder, and not Bersih. How then did the IGP and the government come out with such negative and frightful analysis, which makes them appear that they are going to be the perpetrators of violence during the rally? We have had Bersih 1.0 prior to the GE 12 and did we see any dead bodies then? Who then created the fracas if it wasn't because of the water cannons? And what was the outcome of Bersih 1.0? I do not need to tell you - mind NO EVIL |
Tangkapan YB Dr Lee dan YB Chan Ming Kai (video) Posted: 30 Jun 2011 09:48 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan