Kopitiam Bang Nan |
- Tang chorus tu yang aku tak tahan...Hehe..!!
- Aiiya...!! Polis pun pakai vest kuning ma???
- Akhirnya, SPR pecah tembelang. Depa sah dok sebelah BN...Hehe!! Betullah kata Joseph Stalin.
Tang chorus tu yang aku tak tahan...Hehe..!! Posted: 30 Jun 2011 08:25 PM PDT Kulitnya BERSIH, hatipun BERSIH Budi yang baik hatinya pengasih kulitnya BERSIH, hatipun BERSIH memikul belati tiada yang memilih ...Jadikan BERSIH, hatipun putih Berkata benar bermulut fasih Jadikan BERSIH, hatipun putih Biarlah khazanah pintu terpilih |
Aiiya...!! Polis pun pakai vest kuning ma??? Posted: 30 Jun 2011 08:06 PM PDT |
Akhirnya, SPR pecah tembelang. Depa sah dok sebelah BN...Hehe!! Betullah kata Joseph Stalin. Posted: 30 Jun 2011 12:52 AM PDT Those who vote decide nothing; those who count the votes decide everything. - Joseph Stalin Timbalan pengerusi SPR dakwa Pakatan sudah risau kebangkitan BN June 30, 2011 KUALA LUMPUR, 30 Jun — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu. Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009. "BN sudah mula menang... (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN)," kata beliau pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini. Sehubungan itu kata beliau rakyat Malaysia perlu faham "apa agenda mereka", dilihat merujuk kepada perkembangan semasa menyaksikan sokongan penyertaan komponen Pakatan Rakyat ke atas Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini. Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, bermula dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir ialah pilihan raya kecil serentak kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau. Sementara Himpunan Bersih 2.0 mendapat sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas memprotes perhimpunan tersebut. Seorang peserta forum mengemukakan soalan tentang pendirian SPR ekoran kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan jalanan untuk menang pilihan raya umum dan menguasai Putrajaya. Pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menggunakan pilihan raya untuk menewaskan BN, bukannya cara lain. Wan Ahmad juga mendakwa isu-isu yang dibawa Bersih dan parti-parti sokongan mereka bertujuan menimbulkan kebencian ke atas SPR dan institusi kerajaan, yang mana suasana itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi ketika pilihan raya umum. Kata Wan Ahmad, mereka akan pergi ke kawasan-kawasan kampung menyebarkan isu-isu yang tidak tepat untuk mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar. "Sampai kakak saya pun kata apa yang dikatakan mereka itu betul," katanya lagi. Menjawab soalan mengenai status Pakatan Rakyat, Wan Ahmad mengakui ia bukan satu badan formal tetapi perikatan longgar. Sehubungan itu katanya, beliau berharap Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai perikatan yang sah bagi memudahkan perjalanan pilihan raya. "Nasihat saya eloklah didaftar... baik untuk negara jika ada dua parti politik, untuk rakyat membuat pilihan," katanya lagi |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan