Ahad, 26 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perangai Setan.............!!!!!!!!!!!!

Posted: 26 Jun 2011 08:03 PM PDT

Propaganda dan tuduhan puak2 Iblis umPORno/beEnd terhadap Perhimpunan Bersih..;

1. Dikuasai puak Hindu anti Islam

2. Dikuasai puak yang mahu murtadkan umat Islam.

3. Menakut-nakutkan Pelancong.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Tindakan A Samad Said terhormat, dipuji

Posted: 26 Jun 2011 07:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Tindakan Datuk A Samad Said (gambar) hadir pada majlis Bersih adalah satu tindakan terhormat oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara dan ia wajar dipuji, kata kartunis, Zunar.
A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang, hari ini.
Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.
Menurut Zunar, kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.
Read More / Baca Lagi >>

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

Posted: 26 Jun 2011 07:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)
Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.
Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.
Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.
Read More / Baca Lagi >>

Program 100 hari Pakatan Rakyat mufliskan negara?

Posted: 26 Jun 2011 07:39 PM PDT

Antara tawaran Program 100 Hari Pakatan rakyat yang agak kontroversi adalah membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. Apa maksudnya dan bagaimana ia boleh dilaksanakan?
Felda kini sudah tidak ubah seperti syarikat-syarikat perladangan yang lain. Felda Plantations itu hanyalah sebuah syarikat perladangan, mereka ambil tanah, bawa masuk hingga 60 peratus ekerja asing dan ia diusahakan secara ladang komersil, bukan secara tanah persekutuan dan untungnya tak sampai kepada peneroka walau pun mereka kata keuntungan itu akan diagih-agihkan. Ini yang jadi kemarahan dan kemelut generasi kedua dan ketiga Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh Felda Plantations, peneroka kaut untung

Posted: 26 Jun 2011 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 JUN – Mengapa Pakatan Rakyat mahu memansuhkan Felda Plantations?
"Felda Plantations berpusing-pusing mencari tanah di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dengan menggunakan nama Felda. Bila dapat tanah beribu-ribu ekar, mereka tidak guna sebagai rancangan tanah persekutuan, sebaliknya dijadikan tanah perladangan swasta biasa.
"Felda Plantations sebagai syarikat telah membeli tanah, memasukkan 60 peratus pekerja asing dan tanah itu diusahakan secara ladang biasa. (Felda Plantations mempunyai 87,000 hektar tanah di Sabah).
Read More / Baca Lagi >>

Bersih uji imej Najib dan sokongan untuk pembangkang

Posted: 26 Jun 2011 07:35 PM PDT

Perhimpunan besar-besaran Bersih pertama pada 2007 telah menjejaskan dengan teruk imej kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Liputan media dalam dan luar negara yang meluas telah meletakkan kerajaan pada masa itu dalam keadaan defensif, terutama dengan munculnya rakaman-rakaman tindakan keras pihak berkuasa terhadap peserta demonstrasi.

Media antarabangsa dari Australia ke Amerika Syarikat membuat liputan yang memalukan kepada kerajaan Abdullah.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pemimpin gerakan itu menyaksikan peningkatan imej ekoran kejayaan himpunan besar-besaran itu.

Kali ini, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak sekali lagi berdepan ujian imej yang besar, pada masa sama isu seperti kapal selam Perancis dan hal berkaitan turut mendapat liputan media antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Nilai eksport LYNAS cecah RM10.2b: PKR ragu Curtis iginkan kilang beroperasi tepat masa

Posted: 26 Jun 2011 07:32 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berpendapat bahawa pengakuan Pengurus LYNAS Nicholas Curtis baru-baru in bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan besar kerana gagal memberikan penjelasan secukupnya kepada penduduk Kuantan adalah merupakan satu kelakuan yang mencurigakan ramai pihak.

AJK KEADILAN Pahang Lee Chean Chung menganggap penjelasan ini adalah berpunca daripada kenaikan harga tanah nadir baru-baru ini yang telah mendesak syarikat tersebut supaya memastikan kilang LYNAS beroperasi mulai Sepetember 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Arutchelvan: Tohmahan KDN dan polis terhadap PSM adalah tindakan terdesak

Posted: 26 Jun 2011 07:31 PM PDT

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengkutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang cuba melabel PSM sebagai mempunyai agenda untuk melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).
Pembohongan besar ini turut digunakan ke atas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah- Bersaralah - sebuah kempen kesedaran Nasional PSM yang berjalan dari 24 sehingga 26 Jun 2011.  Mereka yang sepatutnya dibebaskan kini direman selama tujuh hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi di mana seksyen yang digunakan ke atas mereka adalah seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang Dipertuan Agung.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS: Konsep negara berkebajikan, istilah ‘welfare state’ beza

Posted: 26 Jun 2011 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengetengahkan konsep negara berkebajikan ketika muktamar parti itu awal bulan ini berkata, perkataan berkebajikan berbeza dengan istilah "welfare state".
Menurut Hadi, apa yang pihaknya membentangkan tidak bercanggah dengan Islam dan diterima oleh masyarakat majmuk kerana Islam adalah agama rahmat kepada seluruh alam.
"Perkataan berkebajikan berbeza dengan 'welfare state'. Berbeza dengan kebajikan difahami oleh beberapa teori politik.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan dakwa Bersih 2.0 ditaja NGO Kristian, sembilan negara

Posted: 26 Jun 2011 06:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Akhbar Utusan, milik Umno mendakwa gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian, yang berpangkalan di luar negara, dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Laporan akhbar itu hari ini mendakwa gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.
Awal Mei lalu, akhbar itu ada menyiarkan laporan muka depan bahawa ada usaha pihak tertentu di kalangan penganut Kristian negara ini mahu menjadikan Malaysia negara Kristian dengan mengambil alih status agama rasmi.
Read More / Baca Lagi >>

Menulis ‘kebenaran’ di Malaysia

Posted: 26 Jun 2011 06:33 PM PDT

27 JUN — Peluang menyertai "Writers Unlimited Tour" di Kuala Lumpur pada 10-12 Jun 2011 memberi saya pelbagai pengalaman, ilmu dan kisah menarik untuk didokumentasikan. Apatah lagi apabila berpeluang bertemu dan bertukar pandangan bersama beberapa pengarang dari luar negara.
Walaupun kami hanya bertemu bagi kali pertama pada 10 Jun di Universiti Taylor's bagi sesi bacaan dan perbincangan, saya merasakan seperti sudah mengenali Abeer Soliman, Rodaan Al Galidi, Gunduz Vassaf, Maaza Mengiste dan Dipika Mukherjee sejak sekian lama.
Manakala kemesraan, keintiman dan persefahaman bersama-sama tokoh tempatan seperti Dain Said, Kee Thuan Chye, Chuah Guat Eng, Bernice Chauly, Amir Muhammad dan Umapagan Ampikaipakan semakin meningkat.
Dipika yang mengajar di Universiti Pengajian Antarabangsa Shanghai pada mulanya bimbang memikirkan reaksi terhadap petikan novel "Thunder Demons" yang dibacakannya pada sesi diskusi panel di The Annexe Gallery, Pasar Seni pada 11 Jun.
Novel berkenaan yang ditulis berdasarkan kisah sebuah keluarga kaum India di Malaysia termasuk dalam senarai panjang Man Asian Literary Prize 2009 dan akan diterbitkan di India oleh Gyaana Books pada Julai ini.
Read More / Baca Lagi >>

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan"

Posted: 26 Jun 2011 06:32 PM PDT

SHAH ALAM 27 JUN : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.  

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.  

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil. 

" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).    
Read More / Baca Lagi >>

SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0, Kata Dr Haron Din

Posted: 26 Jun 2011 06:29 PM PDT

KUBANG PASU 27 JUN : Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini.

Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.

Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak. 

"Undang-undang pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos, mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Apa ada dengan UMNO, BN?

Posted: 26 Jun 2011 06:21 PM PDT

Apabila PAS laksanakan usaha negara berkebajikan, UMNO kata ia sudah lama amhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOGkUVDNpAgUTcjSoQsQMXKq57I8rXTkkuBpEu75gH7o49R0acWb0TbVHCN0EjOXcNDl3EdsZuHTUDjniDrhb8NvJwyZ3vvjSjFXNITZS7UIxuiJDwBP6ruQ4cS_HGFDn7FZN6i81SIxI/s1600/dont+vote+BN.jpgal konsep itu.Apabila PKR laksanakan usaha reformasi, UMNO kata ia sudah ada transformasi.
Apabila DAP laksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT), UMNO tak kata apa-apa kecuali menyumpah seranah DAP.Apabila Pakatan Rakyat lahirkan Buku Jingga, UMNO keluarkan video seks.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasa dan Keamanan

Posted: 26 Jun 2011 06:20 PM PDT

Oleh Mohamad Sabu
Merebut kekuasaan adalah satu perkara lumrah sejak wujudnya manusia di atas muka buhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcbimqglVpcyInfihFcx3OW7qzDwniGDaJO3N8A2qicYuXvgRhWeTj2ql3v-Od7PGK64i4Sck91KWgf7IHeyoAqWYOq3ks_o9jBnS32aianls2ooVcCPxi7aZRwLIdAMxQtclmyNp4PkU/s400/mat+sabu.jpgmi. Habil dan Qabil pertarungan antara golongan tauhid dan kemanusiaan dengan golongan kebendaan dan kepercayaan.Peperangan sering berlaku di sepanjang zaman, daripada generasi selepas Nabi Adam sehinggalah ke hari ini. 


Di antaranya kerana untuk mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melebarkan pengaruh kuasa. Manusia sering berbunuhan semata-mata untuk berkuasa dan mempertahankan kekuasaan dan juga merampas kuasa.
Peperangan berlaku semata-mata di atas nama mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melahirkan kuasa keegoan pihak yang berkuasa. Firaun melambangkan kuasanya sehingga menyama tarafkan dirinya sebagai tuhan. "Ana Rabbukumul A'ala" bermaksud Akulah Tuhan yang paling tinggi. Nabi-nabi yang dibekalkan dengan senjata keimanan mencabar kuasa Firaun dengan berbagai cara untuk menundukkan keegoan Firaun, samada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf dan beberapa Nabi dan Rasul yang lain menghadapi pihak yang berkuasa, samada melalui peperangan, penyeruan dakwah untuk menamatkan Hegamoni kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan Yang Menamatkan Dominasi BN

Posted: 26 Jun 2011 06:17 PM PDT

Oleh DR. MUHAIMIN SULAM
Dengan siaran berulang kali di kaca tivi dan media tentang himpunan Bersih 2.0, mauduk perhimpunan akan terus berada pada carta teratas perbualan masyarakat.Jumlah undian lebih 1 juta sokongan pada perhimpunan Bersih 2.0 membayangkan bahawa perhimpunan itu akan lebih berskala besar.


Langkah mengadakan perhimpunan di Kuching dan Kota Kinabalu menambah-nambahkan lagi tekanan kepada kerajaan sedia ada.Sokongan terbuka oleh SN Dato' A. Samad Said dan Aziz Bari sememangnya tersedia merungsingkan.
 Pasukan peguam yang bersedia berkhidmat dan menghadapi risiko kena tangkap.....wow!
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain turun ke jalan raya.
Era memperayai sistem pilihanraya semakin mereput.
Inilah saatnya untuk menamatkan satu marathon lebih setengah abad hegemoni kuasa.

BN's patriot games but who are the real enemies of the State

Posted: 26 Jun 2011 06:15 PM PDT

14th July 1789 is the date of the storming of the Bastille, the great event that was the signal of the beginning of the French Revolution. The Bastille is a medieval fortress and prison symbolising royal authority and it was located in the centre of Paris.
At that material time, France was facing a major economic crisis exacerbated by a regressive system of taxation. The storming of the Bastille was the spark that lit the French Revolution with its famous slogan of Liberty, Equality and Fraternity.
Epoch-setting date?
Now, in the month of July in Malaysia, a historic date is coming up too. July 9 - the date of the Bersih 2.0 Rally. Although the UMNO Youth and the Perkasa rallies are also going to take place on that same day, it is the Bersih that is most feared by the government of Prime Minister Najib Razak.
To Najib and his BN coalition, the Bersih Rally is a revolution that will topple their 5 decades-old political hegemony. But with or without Bersih, that course has already been set and will materialize with or without Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Are activists more dangerous than criminals?

Posted: 26 Jun 2011 06:09 PM PDT

Are activists more dangerous than criminals? The way the police hound and harass activists engaged in social issues gives the impression that they are more dangerous than the criminals who cause hell for peace-loving citizens.
The number of police engaged in this activity makes one wonder why the police are running after these activists instead of the criminals who are lurking among our midst committing all kinds of crimes, some even resulting in death.
More and more Malaysians are beginning to believe that the police are no longer what they used to be in the past when they were professional in their duty and were not seen as political tools of the ruling party.
The change in perception occurred during the Mahathir years as witnessed during the Refomasi days and while Anwar's first sodomy trial dragged on when the police were harsh and brutal in dealing with the crowd who stood up against a cruel regime.
Read More / Baca Lagi >>

Who do Malaysians need: Captain Malaysia or Captain Malay

Posted: 26 Jun 2011 06:08 PM PDT

Who do Malaysians need: Captain Malaysia or Captain MalayThe Marvel comic book superhero, Captain America is one of the most popular American icons.
He is the honest-to-goodness typical American-guy-next-door with noble values such as standing up for the underdog, fighting for truth and justice and fighting against tyranny and oppression.  He was given the powers of speed and super agility to fight against the bad guys of his time, i.e. the Nazis.  And the trailer for this movie is pretty good too!
As for Malaysia, we need a superhero as well, namely, (drum-roll please), Captain Malaysia, defender of truth and justice and with the same noble values as Captain America too.  We need an icon who can make the great Malaysian dream come true.
But what we have now is Captain Malay! Dull! Who is Captain Malay?  Why, it is none other than Ibrahim Ali, of course.  The Perkasa chief is Captain Malay because he champions the causes of the Malays and much more than that, he is constantly spouting racist comments against the Chinese.
Read More / Baca Lagi >>

Seems everyone else has an ulterior motive except BN and PDRM

Posted: 26 Jun 2011 06:07 PM PDT

Seems everyone else has an ulterior motive except BN and PDRMAs the days keep tolling away for the momentous 'Moment of Truth' - July 9, 2011, the powers that be are already clawing and gnarling their grip in office. What nightmare awaits us tomorrow is anyone's guess.
The daily ration of all kinds of attacks on Bersih 2.0 is certainly the order of the day. The powers-that-be are already not only breathing down all sorts of threats on the rakyat, but the unfounded blatant arrests of some 30 citizens and the unfinished police order for the Bersih organizing team to report at Bukit Aman is again deliberately to put even more intimidating pressure on citizens.
The Home Minister is already barking up more threats and warnings of invoking the ISA on rally goers.
The Prime Minister of BN has also called for a fight. He prefers that the opposition have the "guts" to fight his army in the elections and not opt to 'demonstrate' in the streets.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih disappointed with Najib: Renews invite to BN to walk with the people

Posted: 26 Jun 2011 06:06 PM PDT

Bersih disappointed with Najib: Renews invite to BN to walk with the peopleThe Bersih steering committee has expressed disappointed over Prime Minister Najib Razak's warning that he held them responsible for any untoward incident that might occur on July 9 if they insisted on proceeding with the rally.
In a hard-hitting statement, Bersih reminded Najib that it was the government's responsibility to ensure the safety of all citizens regardless of race, religion or political affiliation.
"In gathering peacefully on July 9, Malaysians from all ethnic, religious and political backgrounds are exercising their constitutional right to have their voices heard in a democratic, non-violent manner," Bersih said in its statement issued late on Sunday.
"Guaranteeing the safety of these patriotic citizens is in fact the responsibility of the government that the prime minister himself leads. We are glad that the prime minister has finally broken his silence regarding July 9, but are disappointed that instead of fulfilling his government's role as the protector of the constitutional rights and safety of peace loving Malaysians, he has chosen instead to misrepresent our intentions and wield the dark sceptre of unwarranted repressive 'consequences'."
Read More / Baca Lagi >>

"Anak Jantan" Dan Najib Altantuya

Posted: 26 Jun 2011 06:04 PM PDT


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Anak jantan apa kalau tipu-tipu pilihanraya kah kah kah...

Anak jantan apa kalau ada krisis sikit terus petik nama Agong kah kah kah...

Anak jantan apa kalau ada cubaan nak tumbangkan Barisan Najis, terus pakai ISA ugut pemimpin Pakatan Rakyat kah kah kah...

Anak jantan apa kalau perkuda institusi rakyat macam SPR, PDRM, JPM, SPRM kah kah kah...Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0: Sasterawan Negara Samad Said juga dipanggil polis

Posted: 26 Jun 2011 06:03 PM PDT

Penyokong-penyokong Bersih bersorak sewaktu Ambiga (kiri) membuat ucapannya semalam di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Sasterawan Negara Datuk A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini. The Malaysian Insider difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.
Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul "Unggun Bersih".
Dalam akaun Twitternya lewat malam tadi juga dihantar mesej merujuk kepada puisinya itu dan blognya di bawah alamat "Hujan Pagi http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/".
Ia seterusnya membawa pengunjung kepada teks ucapan ringkas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

PM Bisu Pandai Melalak...

Posted: 26 Jun 2011 10:09 AM PDT

Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video ; BERSIH the MOVIE

Posted: 26 Jun 2011 09:35 AM PDT

Tiada ulasan: