Kopitiam Bang Nan |
- 7 pemuda PAS sudah dibebaskan...
- Huh...dah habis modal Hishamuddin ni.!!
- Sudah sampai masanya Najib jelaskan apa yang berlaku di Port Dickson? Rakyat nak tau...
- X tau lah ye ke idak. Aku macam tak percaya...Maklumlah. Nak ugut diri bukan susah sangat..hehe!!
7 pemuda PAS sudah dibebaskan... Posted: 26 Jun 2011 04:49 PM PDT Alhamdulillah kesemua 7 org Pemuda Pas Ampang telah dibebaskan dari IPD Ampang lebih kurang jam 2 pagi. Penangkapan mereka tidak akan melunturkan semangat juang kita, Insya'Allah. Seorang agen provokasi Umno yang turut ditangkap, tidak diketahui apa nasibnya. Mungkin dapatlah upah makan chicken chop dari Mail Kijo hari ni. Dalam masa kita berusaha membebaskan pemuda kita, Mail Kijo rupanya dok pantau dari Restoran Selera Bonda. Aku nampak ko Mail... |
Huh...dah habis modal Hishamuddin ni.!! Posted: 26 Jun 2011 04:52 AM PDT Bersih 2.0: KDN akan guna ISA, kerah tentera jika situasi tak terkawal KUALA KUBU BARU, 26 Jun — Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang. Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai. Awal hari ini polis Pulau Pinang berkata akan mendapatkan perintah reman untuk menyiasat 30 aktivis Bersih 2.0 dari Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Bersih 2.0 membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno pula mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0. Hishammuddin (gambar) yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa saja yang mencetuskan huru-hara pada 9 Julai. Katanya pihak polis akan bertindak berkecuali dalam isu semasa ini. "Jika ada huru-hara, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai diambil mengikut undang-undang untuk mengawal keadaan. "ISA tidak perlu (digunakan) tetapi boleh digunakan, tetapi untuk menggunakan ISA mesti ada sebab-sebab, benar-benar mengancam keselamatan," kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Hulu Selangor di sini petang ini. Katanya, akta itu hanya akan digunakan dalam situasi ekstrem, misalnya ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). "Tetapi jika kita mengambil tindakan dalam konteks yang dikaitkan dengan politik, ia boleh dieksploitasikan. "(Buat masa sekarang) undang-undang lain boleh digunakan. Kita belum sampai ke tahap itu, kami akan memantau situasi itu terlebih dahulu," katanya lagi. |
Sudah sampai masanya Najib jelaskan apa yang berlaku di Port Dickson? Rakyat nak tau... Posted: 26 Jun 2011 12:01 AM PDT Sila nafikan jika tidak benar atau buat report polis terhadap Anwar!! Anwar: Najib, I know what you did Susan Loone Jun 26, 11 Opposition leader Anwar Ibrahim has poured scorn over the prime minister's remark that 'finding the truth" was most important in determining whether the man in a sex video was indeed him. Since foreign experts had reportedly said the video - showing a couple on a sexual romp in a room - resembled Anwar 99.99 percent, Prime Minister Najib Abdul Razak had said that the people could judge for themselves as to the authenticity of the tape. Anwar said Najib and his spouse Rosmah Mansor are not fit to speak about morals, although he did not explain in detail why he made such a snide remark. "I have been challenged to reveal what I know about Port Dickson," said Anwar, at a ceramah in Pokok Sena last night. "But it is not my style to insult (cerca) or fitnah (slander) others just because I want to win," added the Permatang Pauh parliamentarian. "I want to win with good morals intact," he quipped in front of the 700-strong crowd. Najib was rumoured to have been caught in a hotel room with a celebrity in Port Dickson, Negeri Sembilan, many years ago. The incident has since become an urban legend. |
X tau lah ye ke idak. Aku macam tak percaya...Maklumlah. Nak ugut diri bukan susah sangat..hehe!! Posted: 25 Jun 2011 11:50 PM PDT Himpunan 9 Julai: Khairy pula terima SMS ancaman bunuh PETALING JAYA, 26 Jun — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan setiausahanya Datuk Megat Firdouz Megat Junid pula menerima ancaman bunuh berhubung rancangan mereka mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai ini. Khairy, yang menerima ugutan bunuh menerusi SMS kira-kira 12.18 pagi tadi, mengecam tindakan itu sebagai perbuatan pengecut. Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata beliau kecewa kerana ada pihak yang mahu memprovokasi Pergerakan Pemuda Umno. "Kami tidak akan terganggu dengan ancaman (daripada) pengecut," kata beliau dipetik The Star Online hari ini. Khairy menegaskan pihaknya akan meneruskan perhimpunan balas pada tarikh yang telah ditetapkan. Beliau kini dalam perjalanan ke Athens untuk menyertai misi kemanusiaan Gaza. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan