Jumaat, 3 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Terburainya propaganda Najib

Posted: 03 Jun 2011 10:35 PM PDT

Perwakilan PAS tuntut perubahan
Lim Hong Siang | Jun 04, 2011 12:41:00 pm

Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS. Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti
dalam konteks politik terkini.

Terburainya propaganda UMNO

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya. Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas. Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO.

Kini, Mohamad Sabu berjaya memahat sejarah untuk tampil sebagai Timbalan Presiden yang bukan dari latar belakang ulama, selepas konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an untuk menjatuhkan Presiden PAS ketika itu, Asri Muda. Mat Sabu, 56, pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi dan pendiriannya yang jelas dalam perjuangan politiknya.

Namun, makna yang tersirat di sebaliknya lebih jauh daripada itu. Sesungguhnya sesetengah perwakilan masih belum terkeluar dari sentimennya untuk mengekalkan ulama pada dua jawatan tertinggi dalam parti, lebih-lebih lagi diasak dengan propaganda UMNO yang mengombak. Keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding mungkin disebabkan perkiraan terhadap senario di atas, lantas menawarkan diri kepada perwakilan yang mahukan "ulama", tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi penyandang, Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mat Sabu berjaya melepasi halangan kali ini, dengan sokongan kira-kira 40% perwakilan yang menuntut agar pimpinan tinggi menunjukkan pendirian yang lebih jelas dalam perjuangan. Mat Sabu, sekurang-kurangnya menjamin hubungan yang lebih erat antara PAS dengan parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Malah, pemimpin yang terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan ini mempunyai hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang belum menyertai Pakatan Rakyat.

Mengisi kekurangan Presiden

Kemenangan Mat Sabu juga perlu dibaca dalam konteks pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang. Hadi Awang, pernah disifatkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi versi PAS", berikutan sikapnya yang tidak tegas dalam pendirian politik, misalnya isu rundingan bersama UMNO. Untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi Awang, beliau tidak melakukan "kesilapan" yang besar sehingga wujud keperluan untuk "digulingkan", dan banyak juga perubahan yang diberi lampu hijau dalam zaman pemerintahannya, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Baru-baru ini, Khalid Samad, pemimpin terserlah yang dilabel sebagai "Erdogan", membela Hadi bahawa Presiden perlu mengambil kira semua pandangan dari aliran/sekta yang berbeza, dan mungkin ada baiknya jikalau Hadi selaku orang nombor satu tidak memainkan peranan kontroversi untuk membawa perubahan mendadak.

Bagaimanapun, Mat Sabu kini diamanahkan untuk mengisi kekurangan Hadi Awang. Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran - ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini. Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Nizar tewas dengan undi terendah

Namun demikian, kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin dengan undi terendah mungkin ditafsirkan sebagai kecacatan dalam kesempurnaan keputusan pemilihan ini. Untuk masyarakat bukan Melayu/Islam yang kurang prihatin terhadap PAS, Nizar Jamaluddin mungkin satu-satu nama pemimpin PAS yang mampu disebutnya. Barangkali Nizar tewas atas sebab-sebab tertentu, antaranya senioriti beliau dalam PAS, namun ia semestinya mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu/Muslim terhadap PAS seandainya bekas MB ini menang sebagai Naib Presiden.

Secara keseluruhannya, saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan perubahan zaman. Perwakilan dianggap matang dan berani, apabila memilih empat pemimpin bukan ulama untuk mengisi lima jawatan tertinggi, sementara satu pertiga daripada 18 AJK Pusat adalah pemimpin dari latar belakang ulama.

Kemenangan pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Hanipa Maidin, Dzulkifly Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, bakal menampilkan pimpinan yang berkemampuan untuk berdebat dalam soal dasar pentadbiran (dan bukan hanya berdakwah) kepada masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, sesetengah pengamat politik masih gusar dengan saf pimpinan Dewan Pemuda PAS, yang ditunjangi Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat. Nasrudin tertonjol dengan imejnya yang konservatif dari kaca mata penduduk bandar, sementara Nik Abduh yang menang dengan 260 daripada 655 undi, dalam pertandingan empat penjuru - dilihat sebagai pemimpin yang pro-kerjasama UMNO.

Nik Abduh pernah menuduh bahawa ayahandanya menolak konsep "kerajaan perpaduan" kerana dipengaruhi "pembantu-pembantunya yang berpakaian serba tahu" - dan kenyataan ini membuatkan beliau digolong sebagai pemimpin yang masih ingin membuka pintu rundingan kepada UMNO.

Apa yang "memberangsangkan" mungkin berlaku dalam Dewan Muslimat, apabila pemilihannya menyaksikan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Dewan Muslimat dan Siti Mariah Mahmud sebagai Timbalannya. Kedua-dua orang pemimpin wanita ini mungkin menggilap semula pimpinan muslimat, untuk menyuntik elemen baru dalam perjuangan PAS.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

Saya akan penuhi harapan rakyat - Mat Sabu

Posted: 03 Jun 2011 10:03 PM PDT

Oleh G Manimaran dan Latifah Kasmuri
June 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).

Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.

Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.

"Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS," kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.

Mohamad, 56, yang mesra dikenali "Mat Sabu" menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.

Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.



Mohamad Sabu (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS. — Foto oleh Choo Choy MayDua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.

Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.

Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.

"Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa)," kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, "saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi."

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

"Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

"Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

"Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya.

"Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS," kata beliau.

Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.

"Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan," katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.

Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, "saya tidak komen."

Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau "bernasib baik" kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif," katanya lagi - TMI

'Tsunami' landa PAS

Posted: 03 Jun 2011 08:52 PM PDT


Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa 'tsunami' kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam itu.

Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, pemidato terkenal Mohamad Sabu - yang dilihat tidak memihak kepada mana-mana - disokong kuat oleh kumpulan itu.

Kemenangan Mohamad yang bukan daripada golongan ulama juga pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan oleh parti Islam itu sekitar tahun 1980-an.

Manakala bagi tiga naib presiden yang baru dipilih pula, dua daripadanya - exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan ahli parlimen Datuk Mahfuz Omar - daripada kumpulan itu.

Manakala anggota parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub pula walaupun diletakkan dalam 'chai' (senarai) kumpulan ulama, pendekatannya tidak jelas kelihatan memihak kepada mana-mana pihak.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu manakala Husam pula pernah menjawatnya sebelum sebelum itu.

Asakan padu Erdogan turut menyingkirkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai selebriti PAS dan calon pilihan kumpulan ulama, Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Di peringkat jawatankuasa pusat pula, sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok Erdogan atau cenderung kepada kepimpinan Mohamad.

Tsunami besar ini selari dengan trend pemilihan dalam pemilihan muktamar di mana hampir semuanya dimenangi golongan wakil rakyat dan profesional.

Walaupun kemenangan Mohamad boleh dikatakan bukan mutlak kerana beliau hanya mendapat kira-kira satu pertiga sokongan perwakilan, keputusan ini masih boleh dilihat sebagai isyarat penting bahawa akar umbi PAS mahukan perubahan.

Ia juga sejajar dengan penegasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam supaya anggota parti itu bersedia "sepenuh kudrat" bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung dipercayai yang terakhir sebelum parlimen dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Mohamad juga akan menghadapi tugas pertamanya sebagai orang nombor dua dalam parti dengan menjayakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil bulan depan. -mkini

Remaja perkosa kekasih depan ibu

Posted: 03 Jun 2011 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

"Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman

Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami

Posted: 03 Jun 2011 06:58 PM PDT

KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

"Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

"Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah," katanya.

Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.

"Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu," katanya. - myMetro

Ruang kebebasan hilang selepas Najib memerintah - Hata

Posted: 03 Jun 2011 08:32 AM PDT

Bekas wartawan veteran Utusan Malaysia merangkap bekas Presiden National Union of Journalists (NUJ), Hata Wahari berkongsi pengamatannya bahawa ruang kebebasan untuk mengkritik kerajaan dalam Utusan Malaysia lenyap selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

"Hanya boleh kritik pembangkang, atau memuji kerajaan, itu sahaja," kata Hata Wahari (gambar kanan) yang berpendapat bahawa Utusan Malaysia masih mempunyai sedikit ruang untuk mengkritik kerajaan sebelum Najib menyandang jawatan Perdana Menteri.

Malah, beliau mengulangi bahawa agenda Utusan Malaysia ditetapkan Biro Politik UMNO, dan diserahkan kepada sekumpulan elit media dan politik yang bekerja untuk pejabat PM untuk memberi arahan kepada Utusan.

Hata Wahari berkata, Utusan Malaysia diarahkan untuk memainkan isu perkauman dan agama, menyerang Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan DAP; untuk PAS pula, Utusan Malaysia akan berbaik-baik dengan Presiden PAS Hadi Awang, sebaliknya menyerang Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara sehabis-habisnya.

Utusan Malaysia telah memiliki satu modul tersendirinya untuk memainkan sesuatu isu, iaitu melontarkan isu pada hari pertamanya, mendapatkan reaksi menteri atau pemimpin politik pada hari keduanya, dan membuat ulasan dalam ruang komentar pada hari ketiga, kata Hata Wahari.

Beliau mendedahkan apa yang berlaku dalam operasi institusi yang sudah 16 tahun beliau curahkan perkhidmatan, dalam satu forum berjudul "What price, media freedom?" (Apa harganya kebebasan media?) anjuran Centre for Independent Journalism (CIJ) pada 1 Jun 2011.

Agenda Utusan ditetapkan UMNO

Hata berkata, Utusan Malaysia melaksanakan agenda yang ditetapkan biro politik UMNO, yang bermesyuarat setiap minggu untuk menetapkan agenda Utusan Malaysia. Anggota Biro Politik UMNO termasuklah Presiden UMNO Najib, Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, tiga orang Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Safie Apdal, Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Ahmad Mazlan.

Selain Biro Polituk UMNO, mereka yang terlibat untuk menentukan agenda Utusan Malaysia termasuk sekumpulan elit yang bekerja untuk pejabat Perdana Menteri, termasuk bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, orang kanan Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bekas editor New Straits Times merangkap wartawan agensi asing, bekas pegawai atasan Security Commission dan Media Prima.

Hata Wahari berkata, kumpulan orang ini akan memberi arahan kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia untuk melaksanakan agenda UMNO, misalnya menyerang buku jingga yang diketengahkan Pakatan Rakyat.

Bekas Presiden NUJ yang baru meletak jawatan ini berkata, perkara pertama yang dilakukan dirinya selepas menerajui NUJ adalah mengkritik Utusan Malaysia, agar tidak dimainkan lagi isu perkauman.

Seorang hadirin melontarkan persoalan, sama ada "orang itu" yang memberi arahan secara langsung, kerana sesetengah hujah Utusan Malaysia dianggap bercanggah dengan gagasan "1Malaysia"? Malah ia mencungkil kecurigaan sama ada fraksi tertentu dalam UMNO cuba menggulingkan "orang itu"?

Hata Wahari menjawab, "Mereka telah menetapkan agenda, iaitu isu perkauman dan agama. Suka hati andalah untuk nak buat apa-apa."

Beliau menambah, mereka telah menetapkan agenda, dan isu ini akan menjurus kepada sokongan pengundi Melayu kepada UMNO. Hata Wahari berkata, isu ini dimainkan Utusan Malaysia kerana pembacanya kebanyakannya tinggal di kawasan kampung.

*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Umno perang sesama sendiri berebut harta pusaka di BBCC UDA, ... hahaha berebut la hangpa

Posted: 03 Jun 2011 07:35 AM PDT

KUALA UMPUR: UMNO sedang berperang sesama sendiri untuk membolot sisa harta pusaka yang masih tinggal di negara ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ini dibuktikan melalui perang mulut sesama mereka dalam isu pemberian kontrak pembangunan di tapak bekas penjara Pudu, Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

"Sebenarnya mereka berperang sesama sendiri untuk merebut harta. Tetapi sekiranya yang 'kaki bising' itu mendapat habuan, saya rasa mereka pun akan senyap," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

"Umno kononnya berjuang untuk mempertahankan kepentingan ekonomi orang Melayu. Persoalannya, apakah pembangunan BBCC itu benar-benar memberi manfaat kepada orang Melayu?

"Adakah jaminan sekiranya kontraktor bumiputera mendapat bahagian, maka keseluruhan orang Melayu di negara ini terbela? Apakah ia diwartakan sebagai undang-undang?" soal Mahfuz.

Terdahulu, Pengerusi Uda Holdings Bhd (UDA), Nur Jazlan Mohammed dikritik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir bahawa agensi itu meminggirkan syarikat bumiputera dalam pembangunan hartanah berjumlah RM 6.7 bilion itu.

Uda Holdings Bhd (UDA) yang merupakan syarikat milikan penuh Kementerian Kewangan dilaporkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah dari China bagi memajukan projek berkenaan atas alasan tiada syarikat Bumiputera yang layak.

Dalam masa yang sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai opurtunis untuk popular di kalangan ahli Umno dengan mengarahkan UDA menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar projek terbabit.

"Ini adalah politik dalaman. Muhyiddin mengambil kesempatan dengan menguasai sentimen orang Umno. Perkara ini memberikan tekanan kepada Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan," jelas Mahfuz yang turut mencabar pemimpin Umno untuk mendedahkan butiran tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican mengkritik tindakan Nur Jazlan yang bercadang menjual tanah milik UDA seluas 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Development Bhd (Mutiara) pada harga RM215.5 juta.

Alasan mereka bahawa penjualan itu merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah orang Melayu.

"Persoalannya, mengapa mereka hanya cenderung mengkritik isu pembangunan yang berkaitan dengan agensi seperti UDA atau pun Kementerian?

"Bagaimana dengan isu pemilikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru? Mengapa pembelaan tidak dilakukan? soal Mahfuz.

Dalam masa yang sama, Mahfuz turut mempersoalkan khilangan RM52 bilion saham yang sepatutnya diagih kepada Bumiputera, sejak ia diperkenalkan pada 1980 an.

"Isu saham bumiputera yang berjumlah RM 52 bilion yang kini hanya tinggal RM2 bilion, ke mana saham ini?," soalnya.

Justeru, katanya, tindakan lucu pemimpin Umno telah diduga rakyat, iaitu sebenarnya mereka cemburu kepada kelompok lain yang menikmati kekayaan tersebut.

"Yang kekal terpinggir adalah orang Melayu bawahan. Kekayaan negara tidak sampai kepada mereka, tetapi dirampas pimpinan Umno," jelas Mahfuz

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14711

EPU - 'Unit Penyamun Ekonomi' kata Ani Arope

Posted: 03 Jun 2011 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.

Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) dan bukan 12 sen seperti yang ditawar sebelumnya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

"Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP," kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

"Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

"Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Nampak tidak punca masalahnya," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14717

Boleh blah.....

Posted: 03 Jun 2011 03:59 AM PDT

Gagal tangani video seks: KPN digesa berundur

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa melepaskan jawatannya kerana tidak mampu menangani penyebaran video seks fitnah, tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Terbaru, versi hampir lengkap klip video seks tersebut sekali lagi diedar di internet. Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv.

"Ia menggambarkan kelemahan pihak polis yang menunjukkan penekanan tidak diberikan kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah yang menyebarkan video ini. Ini menunjukkan bukti bahawa ia merupakan satu jenayah terancang.

"Justeru, Tan Sri Ismail Omar wajar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal menangani penyebaran video seks ini dan menangkap dalang di sebaliknya," ujarnya.

Menurutnya, video itu bukan sahaja memalukan Malaysia di mata umum, malah memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama kanak-kanak.

Namun sehingga hari ini, katanya, tidak ada seorang pun yang ditangkap kerana mengedar dan menayangkannya kepada umum, meskipun ia terang-terang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

"Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil, tetapi sehingga hari ini, pihak polis termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi Media (SKMM) gagal mengambil sebarang tindakan kepada penjenayah terbabit," ujar Yusmadi.

Katanya lagi, tindakan polis yang berdiam diri dengan penyebaran klip itu di internet dan sebaran video yang meluas termasuk di kampung-kampung, seolah-olah merestui perbuatan itu.

"Ini juga menunjukkan kecuaian pihak polis yang gagal untuk meyakinkan rakyat dalam membanteras jenayah," ujarnya.

Video tersebut sebelum ini ditayang kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, Mac lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar. Salah seorang Ahli parlimen Pakatan yang dibawa menonton rakaman itu, Datuk Johari Abdul menafikan perkara itu berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok lelaki terbabit.

KEADILAN juga mengeluarkan bukti seperti potongan rambut lelaki berkenaan, bahagian dada dan perut lelaki itu yang jauh berbeza dengan Anwar.

Sebelum ini, trio berkenaan dan pihak polis juga membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

Shazryl Eskay menyatakan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelacur China manakala polis pula mendakwa wanita itu adalah seorang penuntut salah sebuah kolej swasta. Eskay juga menyatakan video itu dirakam di sebuah hotel manakala polis pula menyatakan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14685

STONE :  Ya la apa tidak nya ... 3 boroi yang tayang video sex sampai hari ni bebas sebebas-bebasnya tak pun depa pi tangkap, pada hal satu dunia dah tau 3 mat-mat boroi ni yang buat kerja tu. Nak kata tak boleh bertindak sebab tak ada laporan, laporan telah dibuat.
Macam tu juga dengan blogger pencacai UmporNO yang muat naik video tu kat youtube dah tu muat turun pula kat blog masing-masing sampai hari ni sekoq pun depa tak tangkap.
So apa kejadah kerja depa? Kerja cari salah orang Pakatan Rakyat? Ha yang tu depa cepat bertindak.
Cuba kalau samada baik peminpin atau orang bawahan dari PR, amboi bukan cepat depa ambil tindakan.

Suami isteri dibogelkan sebelum isteri dilarikan

Posted: 03 Jun 2011 12:02 AM PDT

GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.

Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.

Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.

"Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami," katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.

Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya. - HM

PAS terus jarakkan diri dari Umno ... alhamdulillah!

Posted: 02 Jun 2011 11:17 PM PDT

Untuk tiga tahun berturut-turut, muktamar PAS terus mengulangi penegasan mereka bersama Pakatan Rakyat dan berusaha menjarakkan diri mereka dengan Umno sebagai sebuah lagi parti Melayu-Islam.

"Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang diamalkan oleh PAS ini telah menjadi sebahagian daripada fekah politik Islam yang wajib dipelajari oleh pimpinan PAS dan diperkenalkannya kepada masyarakat supaya mereka memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala antara Umno dalam BN..." kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ucapan itu dilihat sebagai respons kepada pelawaan berterusan Umno dalam isu kerajaan perpaduan yang mula diperkatakan sejurus selepas berlakunya 'tsunami politik' selepas 8 Mac 2008.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Abdul Hadi juga mendakwa kerjasama dengan Umno dan BN hanya menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu.

Menurutnya, sebagai parti yang paling berpengalaman - sama ada sebagai pembangkang atau dalam kerajaan - PAS harus sedar tentang perkara itu.

Turut hadir sebagai tetamu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang.

Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan, Abdul Hadi terus mengkritik Umno yang didakwanya gagal membersihkan politik dalam negara yang memisahkan ajaran agama daripadanya.

"Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya.

Beliau terus mengulangi kritikan kerasnya pada Umno yang disifatkannya sebagai "dibarahi penyakit warisan penjajah" serta membutakan dan memekakkan orang Melayu dengan politik wang serta hiburan yang membodohkan.

"Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah," katanya. - Malaysiakini

Tiada ulasan: