PERAKITE |
Katak Lompat DAP Bersalah Sembur Lada Posted: 14 Jun 2011 01:44 AM PDT Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan katak lompat DAP iaitu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009. Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya. Mahkamah belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew. Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee. Sidang Dun itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan. Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada. Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan. Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan "dimalukan di khalayak ramai" akibat insiden itu. |
Kementerian Pelancongan belanja RM1.8juta laman FB yang bebudak buat free je Posted: 14 Jun 2011 01:18 AM PDT Facebook memang free. Tapi Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggar laman Facebooknya. Menterinya DS Ng Yen2 patut jawab ni.. banyak sangat projek dia membazir termasuklah projek ketapi Bukit bendera yang kerap kali rosak dan kini dilaporkan kena ambik pakar luar negara untuk kendalikannya. Alahai bebedak umur lima tahun pun dah reti kendali FB.. ini sampai kena belanja RM1.8 juta. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. "Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat ?" soalnya. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga. Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar adalah pengguna rangkaian laman sosial yang aktif. "Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan