Selasa, 14 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Mat Sabu vs gua.

Posted: 13 Jun 2011 09:30 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Malaysiakini

Kali ni punya tajuk boleh bikin lu orang muntah. Kompom. Haha.. tapi, just gua nak share kepada orang2 yang tak muntah. Ngeee...

1. Tanpa disangka, individu yang melangkah keluar daripada kenderaan Proton Savvy berwarna hijau muda itu merupakan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Masa gua dibawa berjumpa dengan Mat Sabu tidak lama dulu, Mat Sabu guna Naza Ria. Gua tak tau kete siapa Naza dan kete siapa Savy. Cuma VSnya ialah Savy Mat Sabu hijau. Mazda gua biru. Hua3... Harap2 dengan birunya Mazda gua, gua diberi layanan spesel demo Bersih ni berbanding Mat Sabu berSavy hijau.

2. Walau tidak berkereta mewah, beliau tetap kelihatan segak dengan jaket gelap dan rambut tersikat rapi serta senyum yang jarang lekang dari bibirnya.

Naza Ria dulu, tak silap gua, no plate nya mencarut. Bersepah2. Takda la mewah macam PAS12 dan PAS17. Ramai orang PAS gila kasta dan sifat2 eletis mewah dan jenama. Gila Datuk, gila no plate, gila bini ramai, etc. Terbaru, ada plak melompat dengan kenyataan itu. Gua ingat timur yang melompat, tapi utara.

3. "Ini sebab nak jumpa duta Syria, kalau tidak saya pakai T-shirt saja," kata bekas ahli parlimen itu yang kelihatan agak malu-malu dengan pakaiannya hari itu.

Haha.. ingatkan gua dengan MSK jer segan pakai kot n kemeja. Langgar Hadi pun pakai t shirt tanpa lengan (tak nampak sebab ada jaket). Hadir usrah PAS first time pun jeans. Cuma MSK lagi gila. Pakai selipar jepun always. Kalaulah MSK jadi ahli parlimen, gua ingat mau kontroversi kalau dia pakai pagoda + selipar masuk parlimen. Kalau tunduk pakai kot, gua gelak 8 hari siap bogel depan KB Mall.

4. Begitu juga halnya apabila beliau terpaksa menjelaskan pendiriannya untuk tidak menerima gelaran 'Datuk' daripada Istana. "Tapi saya tak paksa pandangan saya pada orang lain. Ini hal peribadi saya," katanya yang turut mengaitkan penganugerahan pingat seperti itu dengan sistem kelas dan "pemujaan feudalisme." 

Bab ni memang ada persamaan dengan idealogi gua. Cuma  Mat Sabu dah terbukti. Gua belum lagi. Setakat ni, hanya terbukti enggan menadah tangan dan mengamin doa2 kasta dalam setiap kutbah Jumaat sahaja. Kalau masa akan datang ditawarkan anugerah kasta, belum tentu lagi gua tolak atau terima. Wallahualam.

5. Bagaimanapun, hubungannya dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula nampaknya tidaklah sebaik hubungannya dengan Lim.

Ini pun ada persamaan. Cuma, gua tak suka Anwar Ibrahim atas beberapa tajuk. Tapi bertuah dapat Anwar Ibrahim dalam beberapa tajuk. Terutama manifesto.

Wallahualam.


Ulasan lewat : Pembaharuan dalam PAS.

Posted: 13 Jun 2011 08:35 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Lu agak2la.. kalau kita semua tidak bergabung dalam satu titik temu secara konsisten, mampukah bunga2 perubahan bercambah dalam PAS? Asbablah.

Memang banyak idealogi yang berada dalam kehendak pembaharuan PAS itu sendiri. Gua mahukan perubahan adalah kerana A, , bloggers lain mahukan perubahan adalah kerana B; ahli2 anak muda pun lain2. Tapi dengan bergabung dalam satu titik temu secara konsisten, alhamdulillah, Allah izinkan asbab itu.

Kemudian, dengan perubahan ini, dapatlah kita dengan matangnya membentangkan A, B dan seterusnya bagi memberifaham dan memberitahu kepada yang lainnya manakah yang terbaik. Wallahualam.

[2]

Begitu juga dengan kehendak demokrasi yang bebas dan adil. PAS mahukan demokrasi bebas sebab A. PKR mahukan demokrasi adil sebab B. DAP mahukan demokrasi bebas sebab C. Hanya UMNO sahaja yang tidak mahu demokrasi bebas dan adil. Najib sendiri mengatakan demokrasi terbuka sukarkan kemenangan. Sukar menang makna sukar rompak khazanah negara. Sukar serahkan kedaulatan dan maruah kepada Lee Kuan Yew.

Kita boleh melihat bagaimana UMNO takutkan gabungan dalam titik bersama, sama seperti Hadi Awang dan kumpulan terengganu takutkan gabungan dalam titik bersama.

Sedar tidak sedar sebenarnya, kita telah berjaya memperbetulkan semula falsafah politik orang Melayu. Yakni pemerintah, kumpulan yang diberi kuasa mengubah polisi harus takut kepada rakyat. Bukan seperti beribu tahun sebelum ini di Tanah Melayu. Rakyat takut pada pengubah polisi.

Ketakutan Hadi Awang telah :

a. Pertama kali membetulkan falsafah Kepimpinan Ulama. Yakni dengan takrifan ulama dan profesional bagi kerusi2. Sebelum ini hanya Fadhil Noor dan Nik Aziz sahaja yang sanggup menjaga akidah dari memilih sebuah falsafah yang menjamin kedudukan pangkat.

Sebelum ini Hadi Awang, Harun Taib, Abu Bakar Chik adalah antara orang yang enggan membetulkan akidah dalam salah faham Kepimpinan Ulama. Kerana pangkat dan survival gaji mereka bergantung kepada akidah sesat ini.

b. Penukaran PJ yang menghapuskan kesesatan Kepimpinan Ulama dan menegakkan Kepimpinan Islam. Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya.

Sebelum ini, bertahun dulu, ketika gua menentang arus secara keseorangan, gua maki Hadi Awang dengan artikel ini :

Bukti hipokritnya ulama Hadi Awang dan Mustapha Ali.  45 makian yang berjaya gua dapat dalam fasa awal.

Menyedari Hadi Awang mempunyai ID di TKO, dan membaca setiap malam, gua fight di TKO dengan artikel ini. Ghaib, publish semula. Ghaib, publish semula. Akhirnya, Hadi Awang up Mustapa Ali ke pusat, dan menyerahkan PJ Ganu kepada Kepimpinan Ulama. Harun Taib.


Kini, alhamdulillah, Allah mentakdirkan Hadi Awang tersepit dalam kesesatan yang membantu kerusinya selama ini. PJ negeri2 dilantik oleh Presiden. Terengganu dari Kepimpinan Ulama bertukar kepada Kepimpinan Islam yang menuntut diletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Diserahkan sesuatu bidang itu kepada ahlinya.


PJ Terengganu - Wahid Endut.

[3]

Maka berkatalah Hadi Awang sebenarnya masih tidak mampu melepaskan diri dari Mustapa Ali. Pada gua, ya dan tidak. Pendapat gua, Allah tidak mengurniakan Hadi Awang kemampuan dalam menguruskan rakyat berbilang agama dan bangsa. Allah sekadar mengurniakan Hadi Awang kemampuan untuk menguruskan sebuah sekolah agama yang satu gamanya dan satu bangsanya.

Tetapi, Allah mengizinkan keputusan golongan bodoh yang membentuk kumpulan terbesar dalam satu2 ekosistem, dalam satu2 habibat dengan Hadi Awang menjadi Presiden secara adat kebiasaan Melayu PAS. Yakni ketua meninggal dunia, automatik penolong ketua menjadi ketua. Tidak boleh menentang adat. Pelik dan keji.

Kejadian yang Allah benarkan berlaku hanya untuk golongan berfikir. Manusia yang bermati2an mempertahankan amanah sedangkan dia tidak layak Allah janjikan sejarah kehinaan. Ianya akan menjadi sirah rujukan umat manusia masa hadapan.

Balik semula kepada Mustapa Ali, pada gua, Mustapa Ali ibarat pedang yang tajam. Tapi malangnya habitat PAS menyerahkan pedang tajam itu dikendalikan oleh manusia sebodoh Hadi Awang. Ianya melukakan pihak sendiri, termasuk owner yang mengendalikan.

Banyak isu yang mendamagekan pihak sendiri hasil kendalian si pedang terhadap owner. Dan lebih banyak gerakan yang menguntungkan pihak sendiri hasil gerakan si pedang terhadap parti. Sejujurnya, jika gua adalah Presiden PAS, gua sendiri melantik Mustapa Ali sebagai SU atau think tank gua. Sebab gua percaya gua yang mengawal Mustapa Ali dan Mustapa Ali pasti tidak boleh mengawal gua.

Jadi, senario terkini yang Allah beri ini, dengan kelibat Mahfuz yang tegas dengan integriti, dibuktikan meletak jawatan dalam pihak sendiri; dengan kelicikan Husam yang digeruni lawan dan kawan, dengan neutral Salahuddin, gua fikir, Mustapa Ali bermanfaat sepenuhnya tepat berada dalam landasan. Mustapa Ali tidak mungkin kawal Hadi Awang yang bodoh itu dengan bebas lagi. Terdapat beberapa penapisan yang perlu diambil kira.

[4]

Pertukaran PJ Selangor juga diberlaku dalam keadaan Hadi tersepit. Ini adalah sejarah yang tidak boleh dinafikan. Jika Hadi tidak tersepit seperti pemilihan lepas, dengan selambanya dia buat sidang media upkan semula idea UG selepas menutupnya dengan menuduh ahli PAS malas membaca. 10 ahli parlimen PAS digelar budak hitam apabila membantah. Kesemua blogger digelar munafik apabila melawan.

Di harapkan dengan pemilihan PJ Selangor yang baru ini, dapatlah PAS Selangor bergerak dengan bijak di celah2 kepelbagaian kefahaman dan kadar intelektual.

Munafik pemerintah tentera Syiria telah merasai sendiri bagaimana khianat dibalas khianat. Dia khianat kepada Israel dengan maklumat, dan Israel khianat dia dengan mencampakkannya ke laut ketika dia larikan diri dari Syiria ke Israel bagi mendapatkan suaka politik.

Nasha telah merasai sendiri bagaimana dia khianat kepada PAS dengan perjumpaan gelap. Dan Allah takdirkan dia dikhianati Terengganu sendiri yang meletakkan Tuan Ibrahim. Dikhabarkan Nasha gembira dalam luka apabila T Ibrahim kalah. Kini Allah takdirkan Hasan Ali pula menjalani sunnah yang sama dan berulang2. Tidakkah golongan manusia yang berfikir itu sedikit dalam satu2 habitat?

Arahan siapa yang membuatkan Nash bertemu UMNO, bukan UMNO bertemu Nash? Dan arahan siapa T Ibrahim U turn bertanding menentang Mat Sabu? Dan arahan siapa yang meminta Nash menarik diri? Sunnah itu berulang2, bukan?

Arahan siapa yang membuatkan Hasan Ali bertemu UMNO, bukan UMNO bertemu Hasan Ali? Dan arahan siapa Hasan Ali digugurkan? Sunnah itu berulang2, bukan?

[5]

PJ N9 juga adalah bunga2 pembaharuan yang diperolehi apabila Hadi tersepit. Gua ucapkan tahniah kerana pada gua ini adalah pemilihan yang tepat. Gua telah gambarkan Taufek sebagai cemerlang dalam N3 bertahun dulu. Gua tahu sebab gua berada dalam kawasannya.

http://adukataruna.blogspot.com/2009/01/adun-paroi-pas-bagus.html Lihat tarikh N3 tersebut. Allah yang mentakdirkan sejarah.

Kali pertama gua berjumpa dengan Taufek ialah ketika Usen TKO menyuruh gua hadir usrah PAS melalui rakannya dari Taman Tasik Jaya. Ketika itu Usen TKO terkejut gua mengkritik Hadi Awang. Dia suruh gua hadir usrah dulu, baru boleh kritik. Macam biasa, gua sahut.

Gua hadir usrah rumah Faiz. Lawyer anak kepada Ustaz Fadhil Noor. Itulah pertama kali gua hadir usrah PAS. Dengan rambut panjang, baju Melayu dan seluar jeans.

Tapi berbeza dengan gua, kali pertama Taufek jumpa gua bukan di situ. Tapi di kampung. Ayah dia dengan abah gua kawan rapat. Nama pun sama2 Ghani. Gua kecik lagi, dia dah remaja. Gua tak kenal dia, tapi dia kenal gua, adik-beradik gua, mak-abah gua, termasuk perangai gua kat kampung. So, maybe sebab tu, kalau seandainya dia salah esok2, gua tak bleh kritik sgt. Sebab perangai gua dalam poket dia. Hua3..

Sebelum PJ bagi negeri2 dilantik dan dikekalkan, gua menerima permintaan dari PAS N9 untuk menekan Hadi Awang atau melobi atau berkempen bagi Taufek. Lihat tarikh pada print screen email. Alhamdulillah, jika pembaharuan itu menekan kekaratan, kerjanya lebih mudah. Gua tak sempat buat apa2 kecuali sibuk dengan agenda kapitalis. Allah anugerahkan N9 dengan PJ yang setakat ini memang cemerlang dan rasional dalam menghadapi puak2 PAS N9 yang berbalah dalam cawan.



Tiada ulasan: