PERAKITE |
- Stadium Nasional Bukit Jalil kini berwarna Merah
- Ramai weh pok katak kumpul di Pasir Mas:
- Umno yang patut minta maaf
Stadium Nasional Bukit Jalil kini berwarna Merah Posted: 10 Jun 2011 07:32 PM PDT Stadium Nasional Bukit Jalil mula kini berwarna merah Gelombang Merah disertai lebih 10,000 penyokong The Red Warriors mulai tiba di perkarangan stadium itu (pagi ini) yang menjadi pentas final Piala FA vs Terengganu. Begitulah peryataan sokongan hebat dari Kelantan. Bermula semalam, sebanyak 150 kereta dengan 600 peminat dari kawasan Parlimen Kota Bharu, bergerak ke stadium berkenaan, bagi menyemarakkan semangat pasukan Kelantan dalam perlawanan yang bermula beberapa jam lagi. Malam tadi, lebih 10,000 penyokong The Red Warriors bertolak dengan 233 bas. Mereka telahpun tiba awal pagi ini. Rombongan itu bergerak secara berjadual dari kawasan Wisma Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Wisma Tabung Haji dan Stadium Sultan Muhammad IV. Sebanyak, 33 bas disediakan untuk ahli kelab manakala 200 bas untuk penyokong yang membeli tiket melalui kelab. "Kesemua bas tidak bergerak secara konvoi bagi mengelak kesesakan. Bas bergerak mengikut jadual ditetapkan. Kelab itu juga akan membuat persembahan dikir barat di perkarangan Stadium. |
Ramai weh pok katak kumpul di Pasir Mas: Posted: 10 Jun 2011 05:45 PM PDT Melihat pada foto yang dipaparkan ini, memang ramai sungguh adik kakak pakat dengar ceramah ustaz2 jul dan jahrin yang syok sendiri untuk membantu tok ketua aka maharaja lawak aka grup perkosa Tok Him.Tengoklah sendiri.. Ada kot dalam 10k yang hadir, mengikut dpppp yang dok kawasan itu.Zahrain sampai 10.15pm, kena tunggu ore kampung ramai weh Jul Kulim tiba 11.00pm..tak jumpa Dataran Tok Him. Rupernya takde dalam GPS apa tah lagi Google maps. kerusi semakin ramai.... yang adepun kat anjung rumah je... Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... To Him sendiri tak muncul2 .. kalau ikut hari ini dalam sejarah sebelum isytihar Dataran Diri sendiri (Tok Him)... takda sapa dah nok ceramah tok him. Itulah import rakan2 seangkatan.. jura lompat dari Kedah ngan Penang.. But still xde orang... apa pun tahniah sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka/dppwm.blog |
Posted: 10 Jun 2011 05:04 PM PDT Umno akhir-akhir ini mengubah rentak menjadi tersangat apolegetik...terbaru mendesak PAS agar minta maaf pulak. Apa kata PAS pulak desak Umno minta maaf kerana desak PAS minta maaf. Bermula dari DS Najib Razak sehinggalah ke Khaled Nordin.. semuanya skema je hentam gagasan negara berkebajikan oleh PAS... sambil mendakwa depa dah lama laksanakan gagasan itu sehingga hampir tenggelam irama 1Malaysia yang dilaung2kan. Umno n Najib benar-benar ketakutan dengan gagasan PAS ini. Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub berkata PAS akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu terhakis lagi. "Tidak ada isu mengapa PAS perlu minta maaf atas kenyataan itu dan kita akan teruskan konsep ini dan akan jadikannya sebagai manifesto kami pada pilihan raya akan datang," tegasnya kepada Tv Selangor. "PAS tiada sebab untuk minta maaf dengan UMNO kerana Pas tidak pernah lari daripada dasar perjuangan dan konsep gagasan negara berkebajikan ialah intipati daripada sebuah negara yang diidamkan oleh rakyat dan mengandungi prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan yang kita perjuangkan." tambah beliau. Sallahuddin berkata tuntutan maaf oleh Khaled Nordin mencerminkan Umno semakin terdesak dan tidak memahami konsep negara berkebajikan yang di perjuangkan PAS serta Pakatan Rakyat. "Umno terdesak, amat gentar, amat risau dengan kepimpinan baru PAS yang baru sahaja dipilih dalam muktamar minggu lepas dan mereka juga sangat tertekan dengan keupayaan PAS dalam menjayakan Negara Berkebajikan," kata beliau. Sallahuddin berkata komen-komen pemimpin Umno menunjukkan mereka tidak dapat menerima keputusan pemilihan PAS sehingga sanggup menabur fitnah. "Mereka sebenarnya sangat kecewa dengan kepimpinan baru PAS, mereka seperti orang yang hilang pemikiran serta panik dengan pemillihan itu dan sebab itu mereka membuat pelbagai tuduhan tidak berasas dengan kepimpinan barui yang ada pada hari ini. Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pimpinan UMNO-BN sepatutnya yang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menindas rakyat Malaysia dan mengabaikan kebajikan mereka sekian lama. Jelasnya lagi, apa juga dasar yang dibawa dan diperjuangkan PAS tiada kaitan dengan UMNO-BN dan apa yang lebih penting ketika ini PAS mesti mengambil alih peranan UMNO untuk menjaga Islam dan rakyat di negara ini. Dasar Pas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO dan UMNO tidak perlu campur tangan dalam urusan parti PAS." tambahnya lagi. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan