otaiblues |
Makcik...ni bukan pasal dengki... Posted: 10 Jun 2011 11:50 AM PDT hahrizat: Tiada majlis perkahwinan anak PM di Kazakhstan10/06/2011 8:45pm KUALA LUMPUR 10 Jun — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan antara menteri pengiring dalam lawatan rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan, hari ini mengesahkan bahawa tiada majlis perkahwinan anak Perdana Menteri berlangsung di negara tersebut. "Mungkin pihak pembangkang berasa amat cemburu dan dengki atas kejayaan lawatan Perdana Menteri dan isteri sebab itu mereka menyebarkan fitnah yang dahsyat ini," katanya. — Bernama Awat la makcik ni tak boleh nak pikiaq...tak ada sape nak dengki atas kejayaan lawatan tu...masaalah nya...pergi kesana tu mengunakan duit rakyat.. salah ke rakyat bertanya? Selama ni pun dah beratus kali malah beribu lawatan menteri menteri keluar negara,konon nya semua berjaya...nak tanya juga..ape yang berjaya tu? Berjaya ngabih kan duit rakyat tu adalah,,rakyat masih macam tu juga... Berikan satu alasan yang kukuh apa yang rakyat dapat dengan berjaya nya lawatan makcik juga menteri2 yang lain? Ape yang makcik bawa untuk pembangunan wanita keluarga dan masyakat? Dah tentu tentu anaknya dak kawin orang sana secara kebetulan ke lawatan tu kesana..atau sebenarnya memang ada kena ngena dengan urusan perkahwinan? Agak agak makcik...siapa yang nak percaya alasan makcik tu? |
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan