Sabtu, 11 Jun 2011

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Aik, Surat ini Lebih Dahsyat dari Video Seks ...?

Posted: 11 Jun 2011 01:11 AM PDT

"Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.

"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.

Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.

Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut."

Sepenuhnya di sini ...

Wow, gambar dan berita dari Turki ...?

Posted: 10 Jun 2011 08:53 PM PDT

"ISTANBUL, 11 Jun: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.

Pendekatan kempen nampaknya lebih kepada medium TV dan akhbar melalui liputan media terhadap program yang diadakan.

Untuk penglihatan umum pula, banner besar yang memaparkan wajah Reccip Toyyeb Erdogan bersama slogan pilihan raya ini dipasang di banyak tempat.

Sedikit sahaja poster kecil yang dipasang iaitu di pejabat-pejabat parti sahaja bukannya memenuhi kawasan. Ini telah ditetapkan oleh undang di Turki untuk menjaga alam sekitar mereka. Poster-poster kecil sebagaimana yang sangat popular di Malaysia tidak dibenarkan di sini atas alasan ia merosakkan permandangan.

Apabila masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Atarturk di sini tidak terasa langsung pilihanraya umum berjalan.

Begitu juga apabila masuk ke bandaraya Istanbul dari lapangan terbang ke hotel Green Park tidak terasa PRU sedang berlangsung di Turki."

Sepenuhnya di sini ...

Tiada ulasan: