Pendapat peribadi hamba. |
PEMILIHAN MUKTAMAR: TAKZIAH PADA YANG MENANG DAN TAHNIAH PADA YANG KALAH. Posted: 03 Jun 2011 07:37 PM PDT Takziah kepada semua yang menang bertanding jawatan pada Muktamar tadi. Takziah hamba ucapkan kepada Tok Guru Abdul Hadi Awang kerana masih kekal sebagai Presiden PAS untuk sesi ini. Takziah juga hamba ucapkan kepada Saudara Mohamad Sabu kerana telah berjaya memenangi untuk menanggung amanah berat dari Allah SWT memimpin sebagai Timbalan Presiden PAS. Kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayob, YB Husam Musa dan YB Mahfuz Omar, diucapkan juga takziah kerana terpaksa menanggung tanggungjawab yang besar ini. Segala amanah ini akan ditanggung oleh kesemua 5 hamba Allah ini untuk di dunia, di alam barzakh, dan di Padang Masyar kelak. Segala saat kehidupan 5 hamba Allah ini akan dihisab dengan berat kerana ianya adalah amanah yang berat, iaitu amanah memperjuangkan Islam dimuka bumi Allah ini. Tidak lupa juga hamba ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasarudin kerana telah terlepas dari menanggung amanah yang amat berat ini atas kekalahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada ustaz sekelian. Percayalah, ustaz semua akan berasa tersangat bersyukur nanti di akhirat sana kerana hisab untuk menanggung amanah ini telah diberikan kepada orang lain. Hamba secara peribadi juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Idris Ahmad, kerana beliau telah tidak berjaya untuk menanggung galas amanah berat yang melampau sebagai Naib Presiden PAS. Sebagai biras beliau, hamba sebenarnya berasa sungguh bersyukur dan sedikit gembira kerana Allah SWT telah melepaskan satu beban amanah kepada beliau untuk ditanggung di Padang Masyar nanti. Diharap, dengan kekuatan baru sekarang ini, jangan ada lagi suara puaka yang mengadu domba semangat ukhuwah jemaah Islam dengan kata-kata assobiyah didalam jemaah. Diharap kerja kita adalah kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa kitalah yang buat kerja, kita lah yang terbaik, kitalah yang memenangkan PAS. Bukan, yang memenangka dan mengalahkan kita adalah Allah SWT. Kita hanya sebagai hambaNya yang menjalankan Amanah dan tugas yang diberikan oleh Allah SWT. |
PELACUR KENA GARI. BAPAK AYAM GOYANG KAKI. Posted: 03 Jun 2011 05:55 PM PDT Hamba berada di Batu Enam sekarang. Anak saudara orang rumah menikah Sabtu ini, iaitu hari ini. Sambil-sambil menunggu untuk ke majlis kahwin, hamba membuka internet, melihat cerita Muktamar PAS dan cerita-cerita lain sekitar Malaysia. Apa yang mengusik akal hamba adalah cerita di MalaysiaKini berkenaan sebuah NGO yang mengkritik tugas polis menahan 'pelacur'. Boleh baca disini. Polis merantai dan menanda ditubuh 'pelacur'. Nampak sekali macam salah, baca 2 kali macam tidak betul, rumus kali ketiga dua-dua tak betul. Pelacur tidak betul, polis pun tidak betul. Yang untung bapa ayam. Yang seorang pun tidak kena tangkap. Terlalu kerap cerita polis menyerbu kelab malam dan menangkap 'pelacur'. Pelacur warga asing yang datang ke sini semestinya kerana mangsa pemerdangangan manusia. Masuk Malaysia kerana hendak kerja, tetapi sebenarnya tubuh mereka yang dikerjakan. Dan yang paling malang, tiap kali ada serbuan, mereka ini yang ditangkap, digari dan diconteng tubuh, bukannya bapak ayam, tokey kepada pelacur-pelacur ini. Hari ini tangkap, esok buat balik. Lusa kena tangkap, tulat beroperasi kembali. Jadi, apa yang tidak kena kepada kes-kes seperti ini? Apa yang tidak kena dengan Malaysia yang tidak sudah-sudah dengan kes-kes pelacuran warga asing dan tempatan ini? Salah Polis? Salah masyarakat? Salah kerajaan? Atau salah undang-undang itu sendiri? Jawabnya, semua salah. Kerana satu pun tidak mengikut kaedah Al-Quran dan Sunnah. Manusia ego dengan akal fikrian mereka. Sehingga lupa, akal itu Allah yang beri... |
You are subscribed to email updates from Pendapat peribadi hamba. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan