Senyum Tangis Sendu |
- Kasihan Awang Adek Menipu Utusan dan Bernama
- Perkosa Kekasih Depan Ibu
- Tetak Tangan Isteri
- E.Coli Bakteria Ganas dan Pembunuh
Kasihan Awang Adek Menipu Utusan dan Bernama Posted: 04 Jun 2011 03:16 AM PDT Bekas Menteri Besar Kelantan 'Baru' pada pilihanraya umum 2008, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendakwa kira-kira 10,000 anggota Pas, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai UMNO selepas pilihan raya umum 2008. Awang Adek berkata ada yang protes kerana tiada pembangunan di Kelantan. awang adek sebenarnya ingin menyatakan bahawa ramai ahli UMNO di Kelantan telah keluar UMNO semenjak tahun 2008 tetapi beliau telah membuka rahsia bahawa ahli PAS telah masuk UMNO. Di kawasan Anuar Musa sahaja telah ramai yang keluar dari UMNO dan menyertai PAS. Tiga cawangan di kawasan tersebut telah dibubar ekoran 'orang kuat' kawasan itu telah menyerahkan borang menyertai PAS baru-baru ini. Gelombang Merah yang terkumpul setakat ini ial;ah berjumlah 7820 orang mengikut sumber dalaman UMNO. Program Gelombang Merah itu telah mendapat sambutan hanya di Pasir Puteh sahaja dan di kawasan lain telah ditolak kewujudannya. Ramai yang tidak bersetuju dengan Gelombang Merah ini akan turun ke Bukit Jalil untuk menunjukkan bantahan pada perlawanan bola sepak Piala F.A terhadap kezaliman UMNO. |
Posted: 03 Jun 2011 10:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan. Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya. "Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. |
Posted: 03 Jun 2011 08:33 PM PDT IPOH: Berang kerana isterinya enggan menyerahkan wang gaji, seorang lelaki mengamuk dan menetak kedua-dua tangan isterinya dengan parang hingga hampir putus di rumah mereka di Padang Tembak di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu turut mengamuk di luar rumah dan menyerang jirannya dikenali sebagai Visvanathan, menyebabkan remaja lelaki berusia 18 tahun itu cedera parah di kaki, perut dan tangan. Suspek dikatakan seorang kaki botol dan sikapnya itu menyebabkan isterinya, R Revethi, 21, enggan menyerahkan wang apabila diminta kerana tahu suaminya akan menggunakan wang itu untuk minum arak. Apabila permintaannya tidak dipenuhi, suspek dikatakan meluru ke dapur mengambil parang lalu menetak mangsa di depan tiga daripada empat anak mereka yang berusia lima, tiga dan setahun. Sejurus melihat isterinya terbaring berlumuran darah dan menjerit kesakitan, lelaki itu keluar rumah dan meluru ke arah Visvanathan, jiran yang tinggal selang tiga rumah dari kediamannya. |
E.Coli Bakteria Ganas dan Pembunuh Posted: 03 Jun 2011 06:29 PM PDT BERLIN/LONDON - Dilaporkan lebih 1,600 orang mangsa telah dijangkiti oleh bakteria E. coli yang telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan mungkin menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia. Jerman dikatakan menjadi pusat kepada wabak tersebut. Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan. Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Angka kematian juga dijangka meningkat apabila Jerman mengemaskini jumlah pesakit. Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya. Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC). Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut. Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian. Di Berlin, Canselor Jerman, Angela Markel telah mengarahkan satu satu pasukan khas untuk mengesan punca E. coli ditubuhkan. Para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baharu itu. Mengulangi amaran supaya rakyatnya tidak memakan sayur-sayuran mentah, para pegawai kesihatan Jerman menyatakan mereka telah merekodkan 199 kes terbaharu wabak tersebut dalam tempoh dua hari. Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti kepada 1,733 orang. Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang. Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut. Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. Agensi |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan