Sabtu, 4 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Dua Calon Timbalan Presiden PAS Yang Tertewas Tidak Kecewa Dan Menerima Keputusan Dengan Hati Terbuka Demi Persiapan Menghadapi PRU13

Posted: 04 Jun 2011 03:01 AM PDT

GOMBAK 4 Jun - Calon Naib Presiden pada pemilihan PAS yang tewas, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man tidak kecewa dengan kekalahannya dan berkata perwakilan telah memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Bukan soal siapa menang, siapa kalah. Semua bekerja dalam Parti. Sahabat Nabi pun berlumba untuk berada di saf hadapan. Saya tak rasa kecewa. Ini keputusan perwakilan. Mereka pilih 'line-up' hadapi Pilihan Raya Umum. Mungkin mereka lihat daya lebih sesuai dengan keperluan," kata Tuan Ibrahim. Seorang lagi penyandang Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa pula menerima keputusan dengan hati terbuka dan berharap Jawatankuasa Pusat baru dapat memberi khidmat dan usaha terbaik mereka membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. "Harapan saya dengan jawatankuasa baru yang dipilih perwakilan akan lebih efektif dalam menangani dan mendepani isu-isu semasa apatah lagi dalam konteks persiapan kita untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat jadi dengan barisan yang ada ini akan memberi kemenangan kepada parti," kata Nasharuddin.


[Apapun, kami ucapkan syabas kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya mengadakan pemilihan secara tertib dan berhemah, bebas dari unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. Malah, PAS lebih berani dari beberapa buah parti komponen BN yang takut untuk mengadakan pemilihan gara-gara Pilihanraya Umum Ke-13. Namun, PAS dilihat berani menyahut cabaran dan yakin keputusan pemilihan bakal diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka. Itulah bezanya apabila perjuangan itu diasaskan hanya kepada Islam. Kekalahan dan kemenangan tidak menjadi sati igauan buruk buat mana-mana pemimpin yang bertanding. Mereka akhirnya bersatu padu dalam suasana harmoni. Senario ini jauh sekali berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh lain-lain parti, hatta dalam Pakatan Rakyat itu sendiri sebenarnya. Semoga mereka yang menang dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin untuk membawa arus perubahan besar buat agama, bangsa dan negara].
tvsnews

Panas: Isu Lynas Gegarkan Muktamar PAS, Wakil Pahang Ustaz Suhaimi Md Saad Mendedahkan 12 Fakta Penting Kenapa Projek Tersebut Di Bantah !

Posted: 03 Jun 2011 10:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Muktamar PAS hari ini panas apabila wakil Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) tampil dalam perbahasan dengan membawa isu Lynas. Beliau membongkarkan dua belas fakta tentang mengapa projek kilang memproses rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat Kuantan harus dibantah. Ucapan beliau telah mendapat laungan takbir daripada para perwakilan yang berada dalam dewan muktamar. Antara fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh beliau ialah soal tentang kenapa pihak kerajaan menyembunyikan maklumat sebenarnya isu tersebut. Maklumat tentang EIA dan RIA hanya dipamerkan pada hari panel antarabangsa dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) datang. Beliau juga mendedahkan terdapat percanggahan fakta tentang radioaktif yang akan dikeluarkan oleh Lynas. Mulanya tiada radiasi, kemudian radiasi rendah dan akhirnya radiasa bahaya tetapi boleh dikawal. Turut didedahkan tentang bahan mentah rare earth yang dibawa merentasi jarah sejauh 3,000 km dari Australian ke Malaysia dan penggunaan asid setengah juta tan yang berbahaya. Beliau turut membongkarkan tentang tiadanya plan pengurusan sisa buangan dalam projek tersebut sedangkan kilang lain sisa buangan bukan radioaktif tidak dibenarkan lupus di kawasan kilang tapi anehnya Lynas dibenarkan ditanam di kawasan terbabit. Beliau juga turut menyentuh soal penggunaan air 500 mp sejam, kelemahan penguatkuasaan agensi kerajaan, nilai jualan hartanah yang merosot 50% dan nilai rumah yang merosot 20% seperti yang disahkan oleh Pang Wong Piang (Pengerusi Dewan Perniagaan Cina). Beliau juga menegaskan bahawa negara China dan Amerika Syarikat pengeluar terbesar rare earth di dunia itu pun mengakui kesan serius penyakit dan kemusnahan alam akibat bahan mentah tersebut, anehnya kenapa Kerajaan Malaysia boleh menerima projek itu?.

[Malah beliau turut mendedahkan tentang sejarah hitam Bukit Merah, keenganan UMNO bersama NGO dan parti politik lain mempertahankan hak rakyat dalam isu ini dan betapa terdesaknya parti itu untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat dalam isu ini hingga mereka tergamak menjadinya sebagai isu perkauman. Kami mengucapakan syabas dan tahniah kepada wakil Pahang itu yang telah memberikan maklumat dan informasi berguna kepada semua perwakilan muktamar PAS agar memahami isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Banyak fakta-fakta tersembunyi juga kini telah didedahkan satu persatu oleh pihak-pihak tertentu. Ternyata lebih ramai rakyat yang membantak projek tersebut daripada yang menyokongnya seperti yang diwar-warkan oleh mereka. Kini rakyat lebih bijak menilai bahan berita yang mereka terima dan faham dengan isu ini. Dapatkan lain-lain info menarik tentang isu Lynas di SINI].

Mat Sabu Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PAS Dengan "Majoriti 21" Undi Menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Dan Nasharudin Mat Isa

Posted: 03 Jun 2011 07:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Barisan kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum semakin lengkap dengan pengumuman kemenangan mantan Naib Presiden, Mohamad Sabu (foto) ke jawatan Timbalan Presiden. Pemimpin akar umbi popular itu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum. Bagi barisan Naib Presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan Naib Presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan iaitu bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Exco Kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.


Mantap, kepimpinan baru PAS yang bakal menerajui arus perubahan
[Syabas dan tahniah diucapakan kepada Mat Sabu yang menang jawatan Timbalan Presiden PAS yang baru. Kemenangan beliau ini amat digeruni oleh UMNO BN sebenarnya. Ditambah pula dengan kejayaan gandingan Mahfuz Omar, Salahuddin dan Husam Musa, ia bakal memberikan sokongan yang lebih pada dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini terhadap perjuangan PAS. Semoga gandingan baru yang mantap ini akan memberikan harapan baru untuk melihat PAS berjaya dengan cemerlang menerajui arus perubahan politik di negara ini. Apapun, kita harapkan semua pihak dapat bersatu hati dan tenaga untuk terus memperkemaskan jentera parti dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang ini. Selamat bermuktamar dan salam daripada Pahang Daily Online (PDO)].

Tiada ulasan: