Rabu, 15 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Penduduk Kecewa, 'ADUN Semambu' Gagal Tunai Janji Perbaiki Padang Permainan Kanak-Kanak Di Taman Atabara Perdana, Bandar Indera Mahkota

Posted: 15 Jun 2011 03:11 AM PDT

KUANTAN, 15 Jun - Para penduduk Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota dekat sini kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Semambu), Pang Tsu Ming (foto) yang gagal mengotakan bagi membaik pulih padang permainan kanak-kanak di taman terbabit. Menurut seorang penduduk, janji itu dibuat ketika kunjungan beliau ke lokasi berkenaan tahun lalu. Ketika itu, beliau hadir untuk memantau isu pencerobohan tanah rizab surau di kawasan terbabit. "YB sempat melawat ke padang permainan dan melihat sendiri begitu daif keadaannya. Dia berjanji mulut untuk mendapatkan peruntukan bagi membaik pulih. Namun, selepas lebih setahun janji hanya tingga janji. Jika yang berjanji itu adalah Wakil Rakyat pembangkang, kami tidak kisah sangat kerana tahu mereka semua disekat peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Ini janji yang dibuat sendiri oleh wakil rakyat BN", kata wakli penduduk terbabit. Tinjaun kami ke lokasi berkenaan mendapati keadaan padang permainan di situ amat daif dan sungguh mengharukan. Padang yang hanya tinggal tanah gersang dan kelihatan satu lopak air yang besar di tepi padang terbabit. Di percayai, ramai kanak-kanak yang mengalami masalah gatal-gatal dan berkudis gara-gara bermain di sekitar kawasan tersebut. Malah, bila tiba hari hujan keadaannya lebih memilukan. Bukan sahaja kotor, malah nyamuk juga bersarang dan membiak di situ. Senario ini amatlah tidak wajar, kerana Taman Atabara Perdana terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri, malahan Pengerusi Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) taman tersebut juga merupakan Ahli Majlis MPK sebenarnya. Maka, perkara sebegini tidak wajar terlepas pandang.


Lopak berair di tepi padang tersebut yang jadi lokasi mainan kanak-kanak

Bukti, keadaan padang permainan yang begitu daif dan cukup memilukan

Ramai mengalami penyakit kulit dan kudis akibat bermain di kawasan ini

Menjijikkan, inilah lokasi yang menempatkan padang permainan tersebut
[Soalnya, kenapa mereka bersikap lepas tangan dan tidak mahu memahami keperluan penduduk di kawasan itu. Sepatutnya sebuah taman permainan kanak-kanak yang lengkap dengan kemudahan alat permainan perlu didirikan bagi memudahkan kanak-kanak menggunakannya. Namun, ini tidak berlaku di kawasan lain sekitar kawasan berhampiran. Cuma di kawaan terbabit sahaja keadaan ini berlaku. Oleh itu, diharapkan agar ADUN terbabit dapat turun padang dan menyelesaikan janji-janjinya itu dengan segera. Jika tidak, rakyat di kawasan ini akan bangkit untuk menolak beliau dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tunaikan janji, kerana mereka punyai peruntukan untuk memulihkannya].

Pergaduhan Dekat 'HTAA Kuantan', Orang Ramai Terkilan Polis Serta Pengawal Keselamatan Gagal Bertindak Menteramkan Kekecohan Yang Berlaku

Posted: 15 Jun 2011 12:45 AM PDT

KUANTAN, 15 Jun - Orang ramai yang berkunjung ke Hospital Tg. Ampaun Afzan (HTAA) awal pagi tadi dekat sini gempar apabila melihat kekecohan berlaku akibat pergaduhan di kawasan Ruang Menunggu Wad Kecemasan hospital berkenaan awal pagi tadi. Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3.00 pagi antara dua buah kumpulan terdiri daripada kira-kira 50 orang ahli. Semasa kejadian kelihatan lebih 20 orang pengawal keselamatan HTAA menyaksikannya, namun amat mengecewakan dan menghairankan bila mereka hanya sekadar memerhatikan perbuatan kumpulan tersebut tanpa ada apa-apa usaha meleraikannya. Ini menimbulkan rasa hairan dikalangan orang ramai yang menyaksikan adengan tersebut. Sepatutnya pihak pengawal yang bertugas wajar memainkan peranan untuk memastikan tahap keselamatan di kawasan berkenaan. Namun, sikap hanya melihat dan gagal berbuat apa-apa itu jelas sekali sesuatu yang tidak wajar ditunjukkan. Difahamkan, pergaduhan berlaku sekitar setengah jam (30 minit), dan pihak polis dengan dua buah kereta peronda hanya tiba di lokasi selepas itu. Difahamkan pihak polis telah pun mengadakan perbincangan dengan kedua-dua kumpulan terbabit di luar bangunan hospital. Anehnya, selepas selesai berbincang kedua-dua kumpulan itu dipercayai masuk semula di ruangan menunggu pesakit dan mencetuskan huru-hara. Keadaan ini amat mengecewakan pelanggan dan petugas hospital itu. Bayangkan dengan kehadiran puluhan anggota keselamatan, empat orang polis dan dua kereta polis tidak dapat mengembalikan ketenteraman awam.

[Persoalannya, dimanakah kewibawaan puluhan anggota keselamatan ditugaskan menjaga keselamatan dan mengelak kekacauan dalam bangunan HTAA, Sehingga ke jam 4.00 pagi (sejam selepas itu), anggota kumpulan yang mencetuskan pergaduhan itu dipercayai masih berada diperkarangan HTAA walaupun polis telah beredar. Apa peranan polis yang hadir setelah oang awam menghubungi mereka? Sebagai orang awam, sudah pasti mereka mengharapkan pihak polis dapat menyelesaikan kekecohan yang berlaku. Namun, anehnya pihak polis hanya sekadar memenuhi panggilan "999". Malah, tiada tangkapan dilakukan sedangkan kejadian berlaku di tempat awam. Malah, turut dipersoalkan ialah, petugas keselamatan yang sangat lemah dan gagal berfungsi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di dalam hospital terbabit. Mereka hanya bertindak ganas dan serius apabila berlaku kekecohan dengan orang awam dan pelawat yang berkunjung ke situ. Mereka sanggup bertumbuk dengan orang ramai yang mahu masuk melawat saudara mara mereka diluar waktu, sebaliknya menikus dalam isu-isu yang lebih serius seperti ini. Adalah diharapkan agar pihak pengurusan HTAA mengkaji semula kontrak syarikat kawalan kesemalatan di hospital berkenaan, jika ini keadaannya maka adalah lebih elok petugas HTAA yang menjaga sendiri tahap keselamatan di kawasan hospital berkenaan].

Eksklusif: Syed Ali SGM, Lancarkan Buku "Report Card MB Pahang" Si Guru Besar Kini Jadi Menteri Besar Yang Wajar Di Miliki Oleh Rakyat Negeri Ini

Posted: 14 Jun 2011 11:30 AM PDT

KUANTAN, 15 Jun - Pengarah syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM) Syed Ali Badaruddin Syed Osman (foto) yang pernah menggemparkan kita dengan isu saman puluhan juta ringgit terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob melancarkan buku yang bertajuk "Report Card MB Pahang". Beliau yang mewakili Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRK) bertindak demikian selepas tidak tahan dan menyedari ekonomi negeri terus merudum dibawah kepimpinan Adnan khasnya dan UMNO amnya. Buku yang telah berada di pasaran itu, kini mendapat sambutan hangat rakyat Pahang. Menurut Syed Ali, beliau menulis berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalamannya yang banyak berurusan dengan agensi kerajaan selama ini. "Saya mahu semua rakyat Pahang memiliki buku ini, kerana didalamnya banyak info yang berguna dan bermanfaat untuk disebarkan kepada rakyat", kata Syed Ali. Antara lain kandungan buku tersebut mendedahkan tentang realiti sebenar pentadbiran Kerajaan BN Pahang terutamnya dibawah pimpinan Adnan Yaakob selaku "Guru Besar Yang Menjadi Menteri Besar". Ia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Banyak pendedahan panas yang telah dibuat oleh Syed Ali termasuk hal-hal berkaitan dengan tanah, balak, pertanian, prestasi anak-anak syarikat kerajaan Pahang termasuklah isu Lynas. Banyak lagi isu menarik yang dikupas oleh beliau terutamanya tentang strategi meningkatkan ekonomi Negeri Pahang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri ini kelak.

[Justeru itu rakyat Pahang seantero dunia bolehlah membuat tempahan buku ini yang dijual sekarang. Kepada anda yang berminat untuk membuat tempahan dengan jumlah yang besar sila hubungi talian hotline beliau 016-9213421. Harga sebuah buku ialah RM5 (tidak termasuk urusan pos). Apapun kami ucapkan syabas dan tahniah kepada Syed Ali atas keberanian beliau membongkarkan kebobrokan pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang melalui sebuah buku khas itu. Adalah diharapkan rakyat negeri Pahang terutamanya mereka yang mahukan perubahan dapat memiliki buku tersebut sebagai bahan bacaan berinformasi untuk dijadikan modal berguna dalam kempen Pilihanraya Umum akan datang. Difahamkan, pelancaran rasmi buku tersebut akan dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam masa terdekat ini. Pendedahan yang dibuat oleh Syed Ali itu sedikit sebanyak diharap dapat membantu Pakatan Rakyat rancakkan usaha untuk menakluki negeri ini dalam PRU-13 nanti].

Terkini 'Kes Khalwat Setiausaha MUIP', Tertuduh Mengaku 'Tidak Bersalah' Di 'Mahkamah Syariah' Dan Kes Di Tangguhkan Ke 1 November 2011 Nanti

Posted: 14 Jun 2011 08:02 AM PDT

KUANTAN, 15 Jun - Sebelum ini kami pernah mendedahkan isu seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang berpangkat Setiausaha itu telah ditangkap khalwat di sebuah hotel terkemuka di bandar ini. Susulan laporan tersebut, pegawai terbabit telah dikenakan tindakan displin oleh pihak terbabit dan beliau dipercayai telah "dibuang daerah" ke Jerantut. Tidak dapat dipastikan apakah jawatan beliau di sana. Namun difahamkan beliau telah "turun pangkat" tidak lagi bergelar Setiuasaha di sana. Persoalannya sekarang ialah bagaimana dengan fail kes khalwatnya yang telah tertangguh untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah Kuantan?. Menurut sumber, pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyiapkan kertas pendakwaan sejak awal lagi. Namun, atas beberapa masalah teknikal termasuk campur tangan pihak tertentu maka kes ini tertangguh. Paling mengejutkan tempahan bilik hotel dibuat atas nama jabatan agama dan pegawai terbabit dipercayai sering menggunakan kenderaan jabatan untuk membawa "teman wanitanya" ke hotel terbabit sebelum ini. Sebenarnya kes tersebut mempunyai bukti-bukti yang cukup jelas dan nyata. Namun, dek kerana ada unsur-unsur campurtangan pihak atasan makanya usaha untuk membebaskan pegawai terbabit daripada pertuduhan yang memalukan itu telah dilakukan. Antaranya termasuk alasan "berkahwin diluar kawasan", kononnya pasangan terbabit telah berkahwin secara diam-diam sebelum ditangkap. Alasan ini adalah, satu taktik biasa yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang mempunyai "nama" untuk melepaskan diri daripada hukuman asal seperti yang telah pun ditetapkan.

[Setelah agak lama menyepi, info terkini yang kami terima mengesahkan bekas Setiausaha MUIP itu telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuantan pada 31 Mei 2011 yang lalu. Difahamkan, beliau dan pasangannya mengaku "tidak bersalah" dan dikenakan ikan jamin sebanyak RM1,000 setiap seorang. Kes berkenaan bakal disebut semula pada 1 November 2011 nanti. Apapun keputusan yang bakal dibuat, sudah pasti akan menyebelahi pegawai terbabit kerana dipercayai beliau juga mempunyai "kabel besar" untuk melepaskan diri daripada hukuman ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana akhirnya berani membuat tindakan selepas isu kontroversi ini didedahkan secara eksklusif oleh pihak kami dulu. Cuma pesanan ikhlas daripada seluruh umat Islam, lakukanlah kerja dengan amanah tanpa memikirkan status seseorang. Jangan bertangguh dalam isu menegakkan syiar Islam, kerana ia akan mencemarkan maruah agama itu sendiri di mata orang bukan Islam. Laksanakanlah hukuman kerana Allah].

Tiada ulasan: