A Mum Of Three Mohd |
- Turun pulak dia weh
- Salah Orang
- Jiwa mereka sedang kacau
- Yang corot atau yang cemerlang??
- Padah kena sumpah dan kena laknat
Posted: 15 Jun 2011 06:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini. Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter. Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter. "Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu," kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider. Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini. Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia. Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter. Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia. Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.-MI Minyak yang hat ni turun... Ater nak tengok pulak kesannya. Harga barang hat lelainnya turun sama tak?? |
Posted: 15 Jun 2011 02:15 AM PDT First-first, nak ucapkan syabas kepada Dr Abdul Rani Osman kerana pelantikannya sebagai PJ PAS Selangor yang baru. Besar amanah yang telah diberikan kepadanya, tetapi insyaAllah kita yakin beliau mampu memikulnya dengan baik. Pengalaman beliau sebagai ADUN Meru memang menarik, lebih-lebih lagi apabila didatangi dua hamba Allah yang meminta agar beliau tidak bertanding semula dalam PRU13 nanti. Ia membuktikan bertapa ada pihak yang resah dan gelisah dengan adanya beliau di DUN Meru. But... walau pun disogok dengan habuan wang, tetapi beliau telah menolaknya dengan baik. [Baca sini] Syabas sekali lagi!! Begitulah sikap orang yang ada maruah dan integriti, sekali-kali tidak akan khianat, malah akan tetap berpegang kepada amanah yang telah diberikan. Jadi, nampak gayanya, mereka telah tersalah pilih orang untuk dipujuk dan dirayu bagi melakukan pengkhianatan. Harapan kita semua agar PAS Selangor di bawah kepimpinan Dr Abd Rani Osman, akan terus mendapat sokongan padu daripada rakyat Selangor, baik Melayu-Islamnya maupun yang bukan-Melayu. Kita doakan semoga Selangor kekal di bawah Pakatan Rakyat dengan mendapat lebih banyak kerusi dalam PRU13 nanti, insyaAllah. Hidup PAS!! Hidup Pakatan Rakyat!! Hidup rakyat Selangor!! |
Posted: 14 Jun 2011 11:43 PM PDT Ek ele.... paranoidnya si Raja Katak ni. Berlagak macam kelapa samseng yang nak tunjuk perkasa konon. Kena lenyek baru tahu. Ceewahhh.... 'Tunggu 9 Julai, tengok siapa yang ada sokongan terbanyak" Ya Allah.. macam budak-budak main cabar-cabar. Itulah mentaliti Raja Katak. Kalau kita tengok... pihak Bersih cool jer, tak der gelabah pun macam derang. Sebaliknya derang jer yang buat kecoh dan hingar-bingar dengan kenyataan itu ini serta tuduhan itu ini. Orang yang bangang pun boleh tahu siapa sebenarnya yang bisa mungkin menimbulkan huru-hara dan yang mahukan huru-hara berlaku. For sure, not Bersih tetapi mereka... puak-puak perasan perkasa. Pelik.... apa faedah yang Bersih dapat jika timbulkan huru-hara. Tiada motif specifik pun. Bersih hanya mahu suara mereka berkaitan tuntutan-tuntutan dalam proses pilihan raya didengari dan mohon keprihatinan Agong. Kalau SPR yang juga menjadi barua UMporNO sama seperti Perkasa... buat nehen jer pada tuntutan Bersih, maka.... kepada Agonglah tempat mereka nak mengadu bagi mendapatkan keadilan. Well.... motif Bersih baik, mahukan pilhan raya yang adil dan saksama. Unlike Perkasa... mereka takut jika pilihan raya bersih kerana ia boleh menyebabkan Tuan Politik mereka iaitu UMporNO mampus cepat. UMporNO mampus... Perkasa pun kojol!! Oleh itu, yang menyimpan niat jahat ialah Perkasa and the geng. Lebih paranoid lagi, si Raja Katak ni, tak semena-mena kaitkan pulak himbunan aman Bersih 2.0 dengan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Rawit orang tu... rawit pihak ni. Maaakkk aaaiihhh.... gila pandi betoi ler si katak ni!! Justifikasinya beribu-ribu turun untuk menyertai himpunan AMAN Bersih ini adalah untuk menunjukkan solidariti rakyat kepada Bersih kerana mereka juga mahukan keadilan dalam pilhan raya. Hanya rakyat bangang yang terpaksa menjilat UMporNO untuk hidup, yang sanggup bertindak seperti anjing gila yang menyalak dan mengancam untuk mengokak rakyat yang waras. Itulah kerja dan peranan sang balaci a.k.a sang barua. Menjilat UMporNO untuk hidup. Tak der UMporNO kalu, nak jilat siapa??? Syusyah.... syusyah.... Mati kebulor ler anjing-anjing ni!! SPR tak terkecuali. SPR yang menjadi balaci UMporNO, terang-terangan bersikap bias dan menggunakan pelbagai helah dan muslihat kotor untuk memudahkan kemenangan kepada UMporNO. Jadi, jangan nak eksen ler.... Kalau tak tipu, dah lama UMporNO terkubur. Sebab tu, semakin Perkasa and the geng buat kecoh pasal himpunan AMAN Bersih ni, semakin obvious menunjukkan mereka sebenarnya takut dan tak mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. Reasonnya.... tanpa penipuan UMporNO akan KOJOL al- GOOOAAALLL!!! Hello.... rakyat sedang memerhati dan menilai tindak tanduk malaun-malaun Perkasa di bawah pimpinan Raja Katak yang disokong oleh UmporNO. In fact, the whole world is watching senario yang berlaku ini. Weh.... malunya!! [sumber] |
Yang corot atau yang cemerlang?? Posted: 14 Jun 2011 07:30 PM PDT Banyak kotoran serta bau hancing pentadbiran UMporNO@BN mula terserlah dan dapat dihidu. Pendedahan demi pendedahan dibuat dan rakyat mula sedar bertapa jijik dan tak efisyennya mereka mentadbir negara. Selain pentadbiran negara, pentadbiran mereka di peringkat negeri juga banyak kekurangan serta kelemahan. Kebanyakan negeri yang ditadbir oleh mereka mengalami kemerosotan dalam pertumbuhan ekonomi, yang mempengaruhi pulangan kepada pendapatan negeri. Semua ini adalah kerana salah urus tadbir dan ketidakcekapan para memimpin mereka mengurus negeri dan ekonominya. Ini berbeza dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Ekonomi serta pulangan pendapat negeri semakin meningkat. Kalau tak banyak pun tetapi tetap ada peningkatan. Semuanya ini merupakan petanda kecekapan para pemimpin Pakatan Rakyat mengurus tadbir negeri masing-masing. Sekarang, rakyat sudah celik mata dan nampak perbezaan antara pentadbiran UMporNO@BN dengan Pakatan Rakyat. Laporan demi laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara serta agensi kerajaan yang lainnya, semua membuktikan kejayaan cemerlang Pakatan Rakyat dalam aspek mengurus tadbir negeri masing-masing. Salah satu negeri yang paling cemerlang kejayaannya ialah Pulau Pinang. Ini kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng pada Majlis Dialog anjuran Bankers Club. "Dalam tempoh tiga tahun ini Pulau Pinang berjaya mengalahkan negeri-negeri lain di seluruh negara dari segi pertumbuhan ekonomi, peningkatan modal asing, peningkatan kedatangan pelancong, dan belanjawan 'surplus' yang tidak dicapai di negeri lain" - Lim Guan Eng Syabas!! Aaaa.... hangpa dengaq tu. Itu bukan cakap bohong. Itu butut-butut punyia celita. Guan Eng bukan kaki kencing maciam itu olang aaa... Lia manyiak belesih punyia olang. Halum wangi lia punyia bau. Talak maciam itu olang.... Penghor yop!! Itu olang aaa... kasi belapa manyiak wang pun talak cukup oooo. Manyiak wang sudah kasi tapi masih talak cukup maa. Lagi mau minta. RM13 biliion maa... lagi mau tambah. Haiyaaa.. manyiak gila la itu olang!! Tapi aaa... lia cakap manyiak eksen maa.. Pelasan lia manyiak pandai dan hebat. Tapi.... Haiyaa, malas mau gossip maa... Kita samua sulah tahu punyia maa. Dengan itu kita patut bertanya pada diri kita. Siapa yang kita boleh harapkan untuk mengurus tadbir Malaysia berdasar perbandingan yang terselah di depan mata kita?? Di satu pihak... terbukti kehebatan dan kebijaksaan mereka mengurus tadbir negeri dan ekonomi. Manakala di satu pihak lagi..... haprak dan hopeless. Aha... oleh itu, tepuk dada tanya selera. Ketuk kepala tanya akai. nak pilih yang bangang atau yang bijak?? Harap-harap hangpa tak bangang tetapi cerdik serta bijak, insyaallah.... [sumber: sini dan sini] |
Padah kena sumpah dan kena laknat Posted: 14 Jun 2011 05:30 PM PDT Ke mana saja dia pergi, kalau orang mengenali si katak betina ini, mereka akan ludah dia, mereka akan maki dia dengan kata-kata kesat, mereka akan sidir dia dan mereka akan sumpah seranah dia dengan pelbagai sumpah seranah dan segala macam carut-marut. Walau pun kehidupannya kini mewah... tetapi dia hidup dalam trauma akibat cemuhan masyarakat terhadapnya. Fikirannya tak tenteram dan jiwanya kacau!! Dan... hari ini dia menerima padah kesan segala sumpahan ke atasnya. Haiyaaa.... manyak jahat punyia katak betina. Nah ambik lu....!! Padan lu punyia muka!! IPOH 14 JUN : Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah kerana menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu DUN bersidang pada 7 Mei, 2009. Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya. Mahkamah setakat ini belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew. Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee. Sidang itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan. Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada.Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan. Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan "dimalukan di khalayak ramai" akibat insiden itu, lapor Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan