Anak Sungai Derhaka |
- Sekarang, apa beza Utusan dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi?
- Facebook Cuti-Cuti Malaysia RM1.8Juta.. tapi yang ini percuma saja...
- Lagi Ahli PKR kena saman..
Sekarang, apa beza Utusan dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi? Posted: 15 Jun 2011 09:32 AM PDT Hari ini Media yang menjadi Lidah Rasmi sebuah Parti yang majority Ahlinya berbangsa Melayu dan berugama Islam telah menyiarkan satu kartun yang jelas menghina hukum Allah.. Pada 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema "The Dog in Art" (Anjing dalam Seni) yang telaj diadakan di pecan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulatan jalan(roundabout dog). Lars Endel Roger Vilks (lahir 20 Jun 1946) ialah seorang seniman dari negara Sweden. Beliau dilahirkan di Helsingborg, Sweden dan beliau adalah seorang kafir yang tidak kenal apa itu dosa dan apa itu pahala sebagaimana yang diajarkan didalam Islam atau dalam lain ayat beliau Jahil.. Kerana kekafirannya itu bagi beliau apa yang dilukisnya itu adalah satu karya seni yang perlu dihargai.. Tetapi apakah pula yang boleh kita sifatkan tentang seorang kartunis mungkin beragama Islam dari Malaysia yang Islam adalah agama rasminya, melukis satu karikatur yang jelas menghina hukum Islam dan dibenarkan pula penerbitannya oleh sebuah Akhbar yang dimonopoli oleh Melayu yang berugama Islam? Pada Ogos 2009 pula , apabila Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam." Maka riuh rendahlah para pemimpin UMNO menghentam tindakan Tok Guru itu dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa mereka amat sayangkan Islam. Baca apa kritikan mereka terhadap Tok Guru seperti yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO dibawah ini.. Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi? Sekarang apabila Media yang menjadi Lidah Rasmi mereka pula menghina syariat Islam dimana mereka? Dimana Mohd Isa Abdul Samad, dimana Shahrizat, mana Jamil Khir Baharom dan juga dimana Noh Omar? Mereka tidak mungkin akan membidas Lidah Rasmi UMNO itu kerana ianya alat untuk memperbodohkan masyarakat yang berkuasa bagi mereka. Mereka juga menunjukkan kepada kita bahawa Islam bagi mereka hanyalah alat untuk mengekalkan kuasa mereka sahaja... kerana bilamana ada hukumnya yang bercanggah dengan kepentingan mereka.. Islam akan diketepikan oleh mereka.. Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam |
Facebook Cuti-Cuti Malaysia RM1.8Juta.. tapi yang ini percuma saja... Posted: 15 Jun 2011 07:08 AM PDT Semalam Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengaku kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Ng hari ini mempertahankan perbelanjaan itu sambil menegaskan skop kerja Impact Creation bukan terbatas kepada membuat laman Facebook. Agak mengkagumkan cara Kerajaan Barisan Nasional berbelanja.. ketika kita rakyat marhaen dihimpit dengan kenaikkan harga barangan akibat tindakan kurang bijak pentadbiran Najib kerana subsidi yang sepatutnya dikekalkan bagi mengurangkan bebanan rakyat dikekalkan dipotong mereka.. Menteri-menteri mereka menghabiskan sehingga RM1.8 Juta bagi membuat satu laman facebook yang pada asasnya tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.. Kenapa perlu kita membayar RM1.8Juta untuk perkara yang boleh diperolehi secara percuma? Tidakkah ini membazir namanya? Perlukah pembaziran ini dilakukan ketika Rakyat mula sengsara dengan kenaikkan harga barang?? Laman Facebook Curi-Curi Wang Malaysia dilancarkan. Susulan pendedahan Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengujudkan Facebooknya, beberapa pihak yang tidak berpuas hati membuka laman baru Facebook bertajuk Curi-Curi Wang Malaysia. Laman web yang dibuat sekitar jam 6 petang semalam telah berjaya mengumpul lebih 20 ribu orang pengikut setakat ini. Laman tersebut boleh diakses menerusi https://www.facebook.com/pages/Curi-curi-Wang-Malaysia Rata-rata pengguna Facebook mengecam jumlah yang diperuntukan Kementerian itu hanya untuk mengemaskini laman Facebook Tourism Malaysia ~ Cuti- Cuti 1Malaysia. Antara yang membidas pembaziran itu di Parlimen semalam termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Semalam Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook mendedahkan perbelanjaan itu dan memberi perakuan akaun Facebook yang mana kos penyelenggaraan dapat dilakukan dengan kos yang jauh lebih murah. Anthony yang juga Ketua Pemuda DAP berkata Facebook Curi-curi Wang Malaysia mencerminkan rasa marah komuniti siber yang menentang pembaziran wang rakyat. "Kita bersetuju bahawa sektor pelancongan meupakan antara sektor yang penting bagi negara tetapi ia tidak bermakna kerajaan boleh membelanjakan RM1.8 juta sedangkan ianya percuma. Semua orang tidak boleh menerima kenyataan sebegini," katanya. Anthony Loke mendesak supaya Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Yen menggantung kontrak Impact Creation Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyelenggara laman Facebook Tourism Malaysia ~ Cuti- cuti 1 Malaysia. "Saya mendesak Datuk Ng Yen Yen menggantung segera kontrak Impact Creation Sdn Bhd dan meminta mereka memulangkan semula wang kepada Kementerian Pelancongan," katanya. Anthony turut menyatakan beliau akan memaklumkan perkara ini kepada Perdana menteri, Najib Razak dan mendesak tindakan tegas terhadap Ng. "Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri apa yang telah dilakukan oleh Ng Yen Yen sekarang bertentangan dengan apa yang dia (Najib) lakukan di dalam mendekati komuniti online," katanya. Semalam Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengaku kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Ng hari ini mempertahankan perbelanjaan itu sambil menegaskan skop kerja Impact Creation bukan terbatas kepada membuat laman Facebook. "(RM1.8 juta) adalah untuk menjawab, memberi maklumat, interaksi dan memantau (kerja di laman Facebook) menilai semula, pengumpulan data, pembangunan kandungan dan pengiklanan di Google, Facebook. Beliau mendakwa perbelanjaan RM18 juta itu berbaloi berbanding "Pelancongan Australia membelanjakan RM150 juta untuk tiga tahun akan datang di media sosial," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur. Menurut Ng, Facebook digunakan sebagai satu platform dan menerusinya laman web Cuti-cuti Malaysia Pelancongan Malaysia telah mendapat 24,000 peminat sejak ia dilancarkan pada Mei lalu. Facebook "Curi-curi Wang Malaysia" bantah pembaziran RM1.8 juta Ekoran pendedahan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman peminat Facebooknya, satu lagi akaun laman peminat Facebook atas nama "Curi-curi wang Malaysia" diwujudkan. Menurut maklumat yang terpapar di laman peminat itu, ianya diwujudkan bertujuan membolehkan rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kementerian Pelancongan Malaysia yang membelanjakan RM1,758,432 untuk membuka dan menjaga laman peminat kementerian itu. "Facebook adalah percuma. Jangan curi duit kami dengan cara bodoh ini dan cuba buat kami seperti orang jahil. "Beri balik duit kami!", tulis pengendali laman itu. Setakat berita ini ditulis, laman peminat Curi-curi Wang Malaysia ini sudah mendapat 19,044 peminat. Jumlah itu dijangka akan terus meningkat apabila pautan ke laman peminat itu turut dipromosikan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat melalui Facebook dan Twitter mereka. Dalam beberapa respon kepada peminatnya, pengendali laman peminat ini yang diwujudkan secara percuma, menjelaskan mahu bersaing dengan laman peminat kementerian pelancongan. Mereka juga mahu membuktikan mereka boleh mendapat jumlah peminat lebih tinggi dari laman kementerian itu tanpa sebarang kos. "Ubah Sekarang untuk Selamatkan Malaysia! Kita selamat, kita jimat", seru laman itu. Sementara itu, laman peminat 'Tourism Malaysia- Cuti-cuti Malaysia' setakat berita ini ditulis juga mendapat 26,082 peminat. Persidangan Dewan Rakyat semalam 'dikejutkan' dengan penjelasan Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit bahawa kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta mewujudkan laman peminat Facebook kementerian itu. Projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013. Anthony Loke (DAP-Rasah) bagaimanapun mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma. Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau). -Harakah Daily |
Posted: 15 Jun 2011 06:12 AM PDT GEORGE TOWN: Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan PAS berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011. Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini pada kira-kira pukul 11.20 pagi ini. Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam). Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lepas defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama- sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya. Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011. Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan. Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga. Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan