Sabtu, 18 Jun 2011

otaiblues

otaiblues


Bersih,,,,memang nak membersih kan ape yang kotor...salah ke?

Posted: 18 Jun 2011 08:12 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. - mkini



nota kaki :

Kalau la tak ada perhimpunan bersih 2.0 ini pun...sememangnya pakatan rakyat ingin menumbangkan bn pun

Bersih...nak mencuci yang kotor,,,selama ini pun sememangnya nampak adil dan bersih pada bn,,,tetapi berat sebelah dan kotor pada pakatan rakyat..
Memang SPR kata depa betul,depa adil..tiada penipuan, tapi itu sendiri yang cakap...pada hakikat nya tak ada sape yang nak ngaku berak tengah jalan..
Rakyat bukan sebodoh mcam yang bn sangka kan..semakin hari...semakin terbukti akan penyelewengan yang telah bn dan spr laku kan lagi mau tipu ke?
Ape yang bn takutkan sangat dengan perhimpunan tu?
Takut rakyat buka mata ke?
Pepatah orang tua pun ada sebut,,,berani kerana benar,,,
kalau bn benar... apelah nak di takut kan sekadar perhimpunan menghantar memorandum tu?
Pasai banyak buat salah la tu nak bn menggelatar kepala lutut kan?
Dulu..perhimpinan hanya di lakukan di kuala lumpur...tapi yang kali ini...di adakan serentak di sabah dan serawak...kubu kuat,,, asset terbesar pengundi bn...

Teruk la kalau macam ni....


Ketua berok ajak anak buah joint perhimpunan

Posted: 18 Jun 2011 12:52 AM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini mencemuh penunjuk perasaan jalanan dan menganggap mereka sebagai beruk, dilaporkan juga akan turut berarak pada 9 Julai nanti hari dan tarikh di mana Gerakan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) berhimpun dan akan berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Nota kaki :

Terbuka hatinya untuk menjadi beruk juga,,tu la jangan hina orang...sekarang dengan rela hati kamu sendiri menjadi seperti orang yang pernah kamu hina..
Apa dah jadi sekarang? kemana perginya darjat kamu sebagai menatu bekas  pm?
Takkan orang yang bertaraf professional,, keluaran universiti boleh menganggap perhimpunan adalah satu cara menyampaikan tuntutan secara yang berkesan...
Selain anggota bersih, terdapat juga pengikut perkasa dan tak ketinggalan sekumpulan berok beruk yang telah sedia nak berhimpun,,,
mari kita tengok,,siapa yang kena,siapa yang lari dan siapa yang hanya bercakap umpama tin kosong nanti...

Bercakap biar ada bukti....kalau tak nanti di kata orang sebagai penipu...

Posted: 18 Jun 2011 12:31 AM PDT

Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0


KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais  juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda.
 

"Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak.The Malaysian Insider

Nota kaki:

Baru nak kumpul bukti, dah buat kesimpulan bahawa ia adalah bermotif politik,dan ada kaitan dengan perhimpunan bersih...akai adake....
Setakat percaya je...ape yang dia percaya  sape pun tak tahu...percaya cakap2 orang ke atau ape entah la... 
di manakah kaitan nya penggodam itu dengan perhimpunan bersih?

Tiada ulasan: