Sabtu, 18 Jun 2011

Addin

Addin


Najib Pengecut!! Batal Pidato Dengan Mat Sabu..

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nama Mohamad Sabu ditutup pada
backdrop di pentas utama
KUALA LUMPUR, 18 Jun - Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.
Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib. Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini. Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang./Hrkh


PERKASA Pengkhianat Islam!!

Posted: 18 Jun 2011 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sebagai tindakan khianat kepada Islam. "Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk menggigit," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.


Katanya, ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tetapi tiba-tiba sahaja setiausaha agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam. Tegasnya, dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit.

"Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira.. "Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup Melayu, keris dan kepala lembu?" soalnya. 

Nampaknya, kata belau persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak apabila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar. Tambahnya, Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam. 

Sehubungan itu, ujarnya DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu. "Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf," katanya./Hrkh

PEKIDA Lonjakkan Jualan Tiket KL Gangster RM 6.2Juta

Posted: 18 Jun 2011 05:33 AM PDT

Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) – NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line". Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam. Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia. Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung. 


Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida. "Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang." Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak. 

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan. Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu. 

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial. 

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI). Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul. 

Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat. Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat. Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. 

Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme. Cinta cengeng KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara. 

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu. Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng. Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. 

Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik. Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap. 

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan. Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan.


Demo Aman Bantah Kenaikan Tarif Air Melaka

Posted: 18 Jun 2011 03:00 AM PDT

MELAKA, 17 Jun - Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) hari ini meneruskan kempen membantah kenaikan harga air negeri Melaka dengan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan masjid Al-Azim selepas solat Jumaat tadi. Sebelum ini GERAM telah membuat siri jelajah di setiap kawasan di negeri Melaka dengan mendapatkan tanda tangan rakyat Melaka selain siri-siri penerangan berbentuk ceramah dan risalah sebagai kaedah untuk memberitahu rakyat tantang kenaikan harga air yang membebankan itu.


Yuhaizad berkata kerajaan negeri sebelum ini tidak mengeluarkan notis kepada rakyat bagi memaklumkan kenaikan air tersebut pada April lepas. "Beberapa exco kerajaan negeri sebelum itu telah memberitahu untuk mengadakan perbincangan sedangkan tarif air telah di naikkan, sepatutnya perbincangan itu di lakukan sebelum mendapat maklum balas rakyat, bukan selepas harga air di naikkan" kata Yuhaizad. 

Saudara Shamsul Iskandar pula menegaskan tujuan bantahan ini adalah sebagai mesej perubahan pada rakyat. Apa guna status negeri maju andai rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai kenaikan. "Rakyat Melaka perlu berani berubah, jangan anggap kerajaan Barisan Nasional akan kekal selamanya" 

"Kita berjanji akan menurunkan harga air dan mengkaji balik segala perkara yang membebankan rakyat andai Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Melaka nanti" ujar Shamsul Demosntrasi tersebut selesai dengan lancar dan aman setelah pihak polis membenarkan demonstrasi tersebut berlangsung sehingga tamat.

Panas!! Anak MP BN Belasah Orang Tapi Menang Dalam Perbicaraan

Posted: 18 Jun 2011 02:21 AM PDT

Batang hidungnya patah, mukanya cedera parah dibelasah, nyawanya terancam, dia dan dua orang rakannya dikurung dan diugut untuk dibunuh, kad pengenalannya dirampas oleh anak Ahli Parlimen Malaysia (Labuan), Yusaini Bin Datuk Yusof Mahal; tetapi Pendakwa Raya memaklumkan kepadanya mereka kalah dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Labuan dan hanya berjanji akan membuat rayuan.

Demikianlah keterangan ringkas seorang Pengarah Urusan Utara Kita Sdn.Bhd, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, (gambar ) bekas rakan kongsi Ahli Parlimen Malaysia (Labuan) Datuk Yusof Bin Mahal yang menyerahkan sahamnya kepada anaknya, Yusaini, sebelum menubuhkan syarikat baru, Labindo Engineering Sdn.Bhd.

"Saya tidak sangka begini balasan budi Yusaini terhadap saya, sedangkan syarikat ini milik saya dan bapa saudara saya, Dato' Zainol Abidin Abdul Hamid sebelum bapanya, Yusof Mahal menyertai syarikat ini tanpa sebarang bayaran," ujar Hanizam yang mengakui pernah membantu Yusof Mahal sejumlah RM300,000 ketika Yusof menghadapi masalah kewangan.

Menurut Hanizam, seorang Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Projek Perbadanan Labuan, Ir Ahmad Khir Haji Mohammad turut bersubahat dengan Yusaini kerana berpura-pura tidak mengenali beliau dan sedangkan kehadiran beliau ke mesyuarat tersebut yang hampir menjadi 'Pintu Kubur' beliau jika polis lewat sampai adalah atas jemputan Perbadanan Labuan.

Kata Hanizam, Ahmad Khir telah menghantar surat jemputan kepada beliau melalui surat PL/BPK/300-9/304 (38) bertarikh 24 April 2009.

"Saya amat kesal kerana Yusof Mahal menggunakan lesen PKK saya tanpa pengetahuan saya untuk mendapatkan projek 'Cadangan Kerja Tanah Untuk Tapak Kompleks Komersial Bumiputera, Kompleks Letak Kereta Bertingkat Dan Esplanade Diteluk Victoria WP Labuan' yang hanya terbongkar setelah projek berkenaan tergendala enam bulan dan Perbadanan Labuan mahu menamatkan kontrak dan menyenarai hitamkan syarikat saya," ujar Hanizam yang kesal kerana lesen PKKnya telah dibatalkan akibat projek yang diperoleh tanpa pengetahuannya.

Kata Hanizam, Yusaini telah menandatangani dokumen tender berkenaan berharga RM8,199,690 dengan disaksikan isteri Yusaini, Noriza (tiada jawatan dalam Utarakita Sdn.Bhd) tanpa sebarang resolusi mesyuarat dan di luar pengetahuan Hanizam sebagai Pengarah Urusan.

Kehadiran Hanizam dan dua konsultannya menyebabkan Yusaini marah dan bertindak di luar kawalan sehingga menyerang dan mencederakan mereka tanpa belas ehsan, malah Hanizam dan rakannya hampir dibunuh semata-mata kerana 'mencampuri' urusan Yusaini.

"Saya tidak tahu apa puncanya saya kalah, tetapi kata Pendakwaraya hanya masalah teknikal, terutama laporan perubatan dan saksi," kata Hanizam yang kesal kerana Pendakwaraya, Aida Bt Jaafar Mad Ariff daripada Jabatan Peguam Negara sentiasa berdalih ketika beliau meminta salinan keputusan mahkamah dan rayuan yang kononnya difailkan.

Sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah oleh Pendakwaraya, Hanizam memaklumkan bahawa Peguamnya, Salehuddin Saidin & Associates telah mengemukakan notis tuntutan sejumlah RM5 juta kepada Yusaini terhadap serangan fizikal yang dilakukannya, tetapi diabaikan.

Akibat daripada serangan ganas tersebut, Hanizam bukan sahaja mengalami trauma, kehilangan pendapatan kerana lesen PKKnya disenarai hitam; malah memerlukan antara RM18,000 hingga RM30,000 untuk membetulkan tulang hidungnya yang patah kerana di belasah Yusaini.

"Saya tidak tahu sama ada saya diwakili Pendakwaraya atau 'Hanturaya' kerana seolah-olah berada di Mahkamah Kangaroo," kata Hanizam dengan nada kesal kerana akibat kecuaian Pendakwaraya, beliau mengalami kerugian yang besar dan menjadi mangsa birokrasi.

Hanizam kesal kerana penjenayah sebenar bebas, sedangkan beliau menanggung penderitaan dan kehilangan segala-galanya termasuk hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan gantirugi./Sabahkini


Bongkar!! Syarikat Peroleh Kontrak Facebook RM1.8 Juta Tiada Laman Web

Posted: 17 Jun 2011 10:38 PM PDT

KUALA LUMPUR - Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna. Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya 'akan datang' tidak lama lagi. Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang 'konsultan',


Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan.

Laman web Impact Creations Sdn Bhd boleh dicapai di sini.

Statement Pak Menteri Paling Bangang!!

Posted: 17 Jun 2011 09:59 PM PDT

Apa ke bangang Rais Yatim ni.. hang buat tuduhan semberono.. menteri takde kelas!! Mana buktinya yang serangan tu berkaitan dengan politik.. berkaitan dengan himpunan BERSIH.. betul-betul bangang!! Anonymous serang Malaysia ekoran sekatan SKMM terhadap website perkongsian fail seperti Pirate Bay dll. Puak-puak dah bagi warning awal-awal tapi apa persediaan hang?? Hang dah termalu.. banyak website dah masuk longkang.. nak main tuduh ikut suka hati je.. aku dah geram ni!!  Baik lah hang letak jawatan je..kalau statement macam ni budak tadika pun boleh bagi..  betul-betul tak pakai otak.. 


Bernama - Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. 

Rais juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam. Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais dipetik Bernama Online. 

Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. "Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. 

Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar." 

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan. Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius. 

Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu. 

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak.


Anak Najib Bertunang Akhirnya.. Ada Ala-Ala Orang Mongolia Tak?

Posted: 17 Jun 2011 08:23 PM PDT

Ada ala-ala orang Mongolia tak?
KUALA LUMPUR, 17 Jun - Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam. Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.


Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri. 

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah. Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud. 

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat./Bernama 

Addin :

Inilah bukti pembohongan Najib, Rosmah dan Wisma Putra terhadap rakyat Malaysia.. beria-ria menafikan yang lawatan beliau ke Kazakhstan adalah 'sambil menyelam minum air' melawat bakal besannya iaitu Presiden Nursultan Nazarbayev. Najib memang takde kelas, bak kata Dr. Zul.. jumpa besan pakai duit rakyat.. Namun yang menarik perhatian aku.. muka Daniyar Nazarbavev  ada ala-ala orang Mongolia.. 'di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'.....

Tiada ulasan: