BRIGED MP SEGAMBUT |
- SELESAIKAN SEGERA DILEMA MELAYU UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN POLITIK
- MOHD SABU SILAP:POLIS MALAYSIA YG TERBAIK DIDUNIA,BETULKAN?
- MAT SABU TIDAK BIJAK MEMERINTAH?
- RAIS MASIH BERSIH:BABTULA DIA TAK LUPA DENGANBERSIH BACALAH..
- PEJUANG BANGSA YG TERBUNUH AKIBAT DARURAT BRITISH DAN UMNO? MARI PERINGATINYA
- Nikah Mut'ah Bisa Sampai Seribu kali... da yg mahu?
SELESAIKAN SEGERA DILEMA MELAYU UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN POLITIK Posted: 18 Jun 2011 07:25 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini. Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu. Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik. "Orang Melayu agak berhati-hati dalam perkara ini... Tugas PAS, (perlu) banyak (memenangi) kerusi Melayu untuk (memastikan) politik stabil dan mantap. "Berjaya atau tidak, ia sukar (ditentukan).Tugas PAS adalah mendapatkan semaksimum (kemenangan) di kerusi (dari kaum) Melayu. "Berubahlah daripada mengundi BN dan mengundi Pakatan. Jika 60 kerusi parlimen (kita ambil) daripada Umno, kita boleh menggantikan Umno... Nasihat saya, kita mesti berubah," katanya. Husam berkata demikian selaku panel forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam semalam. Turut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen. Bercakap di hadapan kira-kiranya 50 hadirin, Husam berkata pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu. "Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi (parlimen) berbanding 82 kerusi (sekarang). "Dalam pilihan raya umum ke-13, kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk menubuhkan kerajaan, "Oleh itu, kita merayu kepada tuan-tuan, untuk mengundi Pakatan Rakyat (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin - yang rata-ratanya dari kaum Cina. Menurutnya lagi, jika kecenderungan itu berterusan, ia memberikan kebaikan kepada kaum Cina walapun ada pihak yang mendakwa kaum tersebut tidak mengenang jasa. Beliau juga berpendapat, golongan India Muslim yang merangkumi empat peratus daripada pengundi dilihat "kurang menyertai" parti Islam itu. Katanya, sekiranya kumpulan tersebut menyokong PAS, ia memberikan kelebihan dan memudahkan parti itu untuk merangka sesuatu polisi. Husam berkata antara cabaran parti itu adalah untuk memastikan calon yang sesuai termasuk calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, parti itu memerlukan "tokoh yang berintegriti dan mampu memikul amanah" bagi memastikan sokongan khususnya daripada bukan Islam kepada PAS. "Jadi tuan-tuan kena beri input dan tunjukkan di mana kerusinya yang boleh diwakili oleh wakil (kita)... Dasar PAS adalah semua orang tanpa kaum, bersama-sama dalam perjuangan," katanya. Menjawab soalan sama ada PAS berpeluang menang pada pilihan raya umum akan datang di Terangganu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan yakin perubahan politik akan berlaku di negeri pantai timur itu. Pada pandangannya, unjuran boleh dibuat berdasarkan kepada kehadiran dan sambutan luar biasa dalam siri-siri ceramah di negeri itu termasuk kutipan derma yang banyak diterima. Husam yang juga ADUN Salor berkata perlantikan pesuruhjaya PAS negeri baru - Mohd Abdul Wahid Endut - mampu untuk membuat perubahan politik termasuk merampas beberapa kerusi parlimen di negeri itu. Sementara itu, Lee pula berkata antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam muktamar baru-baru ini dengan menjalankan dasar yang liberal, inklusif dan progresif. Beliau berharap hasrat tersebut dapat dipenuhi oleh kepimpinan baru itu khususnya kepada masyarakat bukan Islam. Menurutnya lagi, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat dalam persada politik tanah air juga boleh menjadi pengimbang dan mengurangkan ketegangan antara kaum. "Saya berharap PAS dan Pakatan dapat mencapai satu persefahaman yang dapat mengendurkan suasana tegang dan menjadikan persahabatan antara kaum lebih teguh berasaskan prinsip demokrasi. "Melalui politik permuafakatan, maka (suasana politik) pada masa akan datang akan lebih cerah," katanya. |
MOHD SABU SILAP:POLIS MALAYSIA YG TERBAIK DIDUNIA,BETULKAN? Posted: 17 Jun 2011 11:22 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar)menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia. "Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis. Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi. Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut. Baginya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan berkata, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia. "Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya. Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil. Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini. Turut berceramah pada program tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Jasin, Kamarudin Sidek. |
MAT SABU TIDAK BIJAK MEMERINTAH? Posted: 17 Jun 2011 09:14 PM PDT ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) -- Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tentang isu penyelewengan dalam pentadbiran di Kedah dan Kelantan, dua negeri yang diperintah oleh parti itu, harus membuka mata rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Mohamed Hanipah. Beliau berkata apa yang mengejutkan ialah kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin kanan parti itu sendiri dan bukannya oleh Barisan Nasional. "Itu adalah kenyataan daripada pemimpin hebat mereka. Jadi rakyat perlu lihat dengan jelas tentang kenyataan itu dan mereka boleh menilai sendiri kepimpinan kerajaan negeri. "Dulu kita (BN) pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu tetapi dinafikan oleh PAS, dan hari ini pemimpin mereka sendiri yang keluarkan kenyataan itu, maknanya apa yang kita katakan sebelum ini adalah betul," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bagi pembinaan Dewan Umno Taman Wira Mergong di sini pada Khamis. Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Mohamad yang disiarkan dalam sebuah laman portal pada 10 Jun lepas bahawa PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti diamalkan di Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran di Kelantan dan Kedah. Mohamad Sabu turut melahirkan kebimbangan bahawa ada anggota Exco atau Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti itu yang memohon tanah, didakwa terlibat dengan penyelewengan balak dan berebut mahukan gelaran "Datuk". Dakwaan Mohamad itu dijawab oleh Muhammad Sanusi Md Nor, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah, yang berkata apa yang didakwa oleh Mohamad Sabu itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin PAS di Kedah. Ahmad Bashah memuji Mohamad Sabu kerana berani mengeluarkan kenyataan seperti itu. "Kalau tidak ada kenyataan itu, mereka (PAS) akan terus menuduh kita," katanya. |
RAIS MASIH BERSIH:BABTULA DIA TAK LUPA DENGANBERSIH BACALAH.. Posted: 17 Jun 2011 06:12 PM PDT Serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Menurut beliau serangan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara dan memberi jaminan ia hanya bersifat sementara serta ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam. Bernama juga melaporkan Rais sebagai berkata tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. "Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, semalam. Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar". Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks. Pada sidang media itu, Rais juga mengakui bahawa sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara. Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan. Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius. |
PEJUANG BANGSA YG TERBUNUH AKIBAT DARURAT BRITISH DAN UMNO? MARI PERINGATINYA Posted: 17 Jun 2011 05:02 PM PDT PAS Kawasan Batu akan mengadakan satu majlis khas pada malam esok, 18 Jun, mulai jam 9.00 malam, di Markas PAS Kawasan Batu di Taman Melewar, di sini, bagi memperingati hari mala petaka bagi rakyat Malaysia yang berlaku pada 18 Jun 1948 lalu. Sehubungan itu, para pencinta sejarah dan orang ramai dijemput hadir ke majlis itu yang akan diisi dengan pengkisahan tentang mala petaka yang melanda seluruh rakyat negara ini, ekoran kekejaman pihak British dengan kerjasama Umno. Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menjelaskan, mungkin ramai yang tidak menyedari, esok, 18 Jun, adalah hari amat malang bagi rakyat Malaysia kerana pada hari esoklah pihak British yang menjajah negara kita telah mengisytiharkan darurat di negara kita. Menurut beliau, setelah pengisytiharan darurat pada 18 Jun 1948 itu, semua parti-parti politik di negara kita telah diharamkan, tokoh-tokoh politik di seluruh negara ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh. Bagaimanapun, katanya, catatan sejarah hitam itu mungkin tidak disedari oleh sesetengah rakyat negara ini terutama generasi muda, sehingga membangkitkan kesedaran kepada beliau untuk mengadakan majlis tersebut. Katanya, selain beliau, majlis itu akan melibatkan dua lagi ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Arkib PAS, Fadli Abdul Ghani dan Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif dari Jabatan Penyelidikan PAS Pusat. "Selepas ini, saya bercadang untuk mengembangkan lagi peringatan kita terhadap hari mala petaka bagi rakyat Malaysia ini dengan menyarankan kepada PAS agar menubuhkan Badan Penyelamat Maruah Bangsa pula," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Majlis Memperingati Mala Petaka Terhadap Rakyat Malaya yang akan diadakan malam esok, menurut beliau, diharapkan akan menjadi pencetus bagi penubuhan badan tersebut untuk membolehkan PAS mengatur langkah-langkah lain yang lebih jauh, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. "Penubuhan badan itu pada saya merupakan sesuatu yang penting kerana selepas itu bolehlah kita menuntut pihak British meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekajaman yang dilakukan oleh mereka kepada kita dulu. "Permohonan maaf dari pihak British itu penting kerana mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kepada kita kerana jika tidak mereka akan dikutuk oleh sejarah," katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat. Menurutnya, majlis yang akan diadakan pada malam esok merupakan yang julung-julung kali diadakan di negara ini dan ia merupakan satu majlis yang penting bagi membolehkan rakyat negara ini mengingati kembali detik hitam sejarah negara. "Selain itu, ia akan membolehkan kita mengetahui lebih jauh tentang Umno yang sememangnya sentiasa berusaha menghalang kebangkitan rakyat. "Umno bukan sahaja bertindak seperti itu sekarang, tetapi sejak negara kita berada dalam penjajahan British dulu lagi dengan bersekongkol dengan British dalam mengatasi kebangkitan rakyat," katanya. Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat berkata, dengan persekongkolan Umno itu telah memudahkan pihak British memburu pejuang-pejuang kemerdekaan di tanah air, sehingga menyebabkan mereka teraniaya, ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh. "Sekarang Umno berkokok dengan mengatakan merekalah yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Pada hal kemerdekaan tanah air ini bukanlah dicapai kerana perjuangan para pemimpin Umno, tetapi terhasil dari perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang dizalimi dulu. "Orang ramai perlu tahu kejahatan Umno itu. Jadi tidak hairanlah jika Umno terus berusaha mengatasi kebangkitan rakyat sekarang. Sebab itulah saya hendak mengadakan majlis itu pada malam esok supaya rakyat sedar dan terus berjuang bagi melakukan perubahan terhadap politik tanah air," ujar beliau. |
Nikah Mut'ah Bisa Sampai Seribu kali... da yg mahu? Posted: 17 Jun 2011 09:48 AM PDT Kisah berikutnya tentang kawin mut'ah di negeri Persia itu. Di Iran, rupanya tidak sulit menyalurkan syahwat biologis lewat cara ini. Para pemuda Iran sudah akrab melakoni penyaluran kisah cintanya lewat jalan mut'ah. Caranya pun relatif mudah, cukup bagi kita untuk menyambangi tiap mesjid di Iran yang menyediakan fasilitas mut'ah. Berbeda seperti mesjid kita sebagai orang Islam, mesjid kaum Syiah memang menyediakan ruangan khusus untuk melakukan transaksi mut'ah. Biasanya para perempuan akan ditaruh di bilik-bilik Mesjid dan siap untuk diperlihatkan kepada laki-laki yang datang. Harga nikah mut'ah pun bervariasi. Tergantung perempuan mana yang menjadi selera kita, termasuk juga waktu. "Mau satu jam atau dua jam? Kalau satu jam harganya sekian," tukas KH. Kholil menyambung kisah seorang temannya yang pernah kuliah di Iran dan membuat para peserta menggelengkan kepalanya. Hebatnya, nikah mut'ah pun tidak mengenal ambang batas. "Tidak ada batasnya, boleh sampai seribu kali (nikah mut'ah) dalam hari yang sama dan saat yang sama," lanjutnya. Berbeda dengan nikah dalam ajaran Islam yang memakai syarat wali dan saksi, nikah mut'ah aliran Syiah tidak memerlukan keduanya, "nikah mut'ah itu tidak perlu pakai wali, tidak perlu pakai saksi. Karena pada hakikatnya mengandung adanya jual beli." tambah KH. Kholil bercampur heran. "Bagaimana kita mau mengatakan ini nikah muslim jika caranya seperti itu?" tanyanya. Jika kita mendengar kisah ini, kita jadi teringat akan berita di Iran baru-baru ini. Menurut sebuah berita, saat ini terjadi pergeseran tren di Iran dimana nikah mut'ah lebih popular ketimbang nikah secara permanen. DR Shahla I'zazi dari Lembaga Studi Ilmu-Ilmu Sosial Iran, menyatakan fenomena nikah mut'ah adalah tuntutan sejumlah pejabat Iran yang menginginkan adanya hubungan gelap antara laki-laki dan perempuan. Oleh sebab itu, mereka mencoba melegitimasi hubungan ini melalui pernikahan sementara. Namun perkembangan nikah mut'ah pun bukan semata-semata karena tingginya syahwat para pejabat Iran, karena secara statistik menunjukkan bahwa pelaku nikah mut'ah atau kawin kontrak terbesar justru berasal dari warga kota Qum. Kota yang dianggap suci dan merupakan pusat pendidikan ilmu agama, yang sebagian besar lulusannya menjadi ulama Syiah ternama. Kasus aneh dari nikah mut'ah pun tidak hanya terjadi di Iran. Bahkan yang lebih menggelikan lagi, dilakukan sekelompok pemuda Syiah di negeri ini. Majalah Panji Mas- sebelum majalah ini gulung tikar- pernah menceritakan pengalaman mut'ah sekelompok pemuda Syiah di Indonesia. Berbeda dengan di Iran yang melepaskan transaksi syahwatnya di dalam mesjid, sekelompok pemuda Indonesia ini malah melakukannya diatas hawa sejuk kawasan Puncak. Apa ada mesjid di Puncak yang melaksanakan mut'ah? Tentu tidak, karena pemuda ini mendatangi Puncak jsutru untuk menemui para pelacur. "Jadi sewa pelacur dan menyewa villa." Kata KH. Kholil. Di hadapan para pelacur ini, salah seorang perwakilan Syiah kemudian berkhotbah bahwa apa yang akan mereka lakukan tidaklah perbuatan zina asal mereka mau menjalani sebuah syarat, yakni dinikahkan secara mut'ah. "Kita ini bukan mau berzina, tapi mau mut'ah," ungkap KH. Kholil menirukan suara si pemuda. Dari kelima pelacur tadi, salah seorang diantaranya ada yang menitikkan air mata. Ia menangis tersendu-sendu. Namun ada pula yang tertawa cekikikan. Karena merasa ada yang aneh, pengkhotbah tersebut lantas bertanya kepada pelacur yang menangis itu. "Kamu kenapa menangis?" "Saya nangis karena ingat masa lalu saya, saya ini tamatan pesantren. Saya sedih kenapa saya jadi begini." jawabnya "Lah kamu yang cekikikan?" tanya sang pengkhotbah. "Saya tertawa, masak sih pak ustadz mau maen aja pakeceramah dulu. Maen mah maen aja." tutup KH. Kholil yang disambut tawa riuh para jama'ah yang hadir dalam acara Ahlussunah Bersatu Menolak Syiah, Jum'at, 10/6/2011. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan