Sabtu, 11 Jun 2011

Addin

Addin


Rahsia Ramuan KFC Terbongkar!!

Posted: 11 Jun 2011 10:00 AM PDT

NEW YORK – Siapa tak kenal ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)? Rahsia lazatnya tersimpan di 11 bumbu racikan rahsia milik Kolonel Sanders. Sayangnya bukan rahsia lagi, sebab seorang warga AS berhasil memecahkan kombinasi itu. Lelaki itu bernama Ron Douglas dan dia bukan seorang tukang masak professional. Dia terobsesi membongakar 11 bumbu dan rempah rahsia KFC yang diciptakan Kolonel Harland David Sanders pada 1935 itu dan meninggalkan pekerjaannya sebagai Manager Kewangan di JPMorgan di Wall Street pada 2007. Akhirnya, perjuangan tahunan itu membuahkan hasil. 


"Akhirnya saya menemukan kombinasi yang identik dengan racikan KFC atau Kolonel Sanders," ujar Ron gi, seperti dikutip news.com Dan kini, dia telah menerbitkan sebuah buku khas yang membongkar rahsia terdalam franchise asal AS tersebut. Eksperimen Ron tak mudah, dengan ratusan bumbu serta rempah yang dikenal dunia, dia harus mencampur jutaan kombinasi untuk mendepatkan rasa yang tepat. 

Pada suatu masa, Ron merasa sangat putus asa dengan isi Original Recipe KFC itu. "Tapi dia tak mahu mengatakannya kepada saya," lanjut Ron. Namun saat melakukannya, dia mengetahui ada banyak orang di internet yang mencuba melakukan hal sama dengannya. Sejak itulaha ia membuka sebuah web khusus yang berdedikasi untuk membongkar rahsia KFC. 

Ron membuat beberapa ereksperimen dengan bumbu-bumbu tersebut. Buku yang dia terbitkan, America's Most Wanted Recipes, yang memuat resepi rahsia KFC pun menjadi bestseller di AS./BK 


Mahafiraun Bukannya Contoh @ Teladan Tapi Penentang Islam No.1 !!

Posted: 11 Jun 2011 05:03 AM PDT

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun. Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi. 


Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong. 

"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini. Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini. 

Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut./Hrkh

Addin:

Penentang Islam no. wahid nak dijadikan contoh?


Panas!! MP Korupsi Di Lantik Sebagai Pengerusi GLC

Posted: 11 Jun 2011 04:49 AM PDT

Majoriti penduduk Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Parlimen Malaysia (Labuan) setelah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan menggantikan Dato' Ahmad Phesal Bin Talib; sekalipun dicemari dengan pelbagai Skandal. Jurucakap mereka, Arif Buang, ketika menghubungi Sabahkini.net mengalu-alukan perlantikan seorang 'pengkhianat' kepada rakyat Labuan ke jawatan penting berkenaan yang mencerminkan UMNO adalah parti yang semakin rosak dan berimej samseng. "Rakyat sudah bantah terutama kegagalan Yusof Mahal (gambar) menyiapkan dua projek penting di Labuan termasuk Pasar Labuan sehingga kes ini diseret ke mahkamah. 


Sekalipun kesnya akan ditentukan pada 9 Ogos 2011, tetapi perlantikannya dilakukan untuk menutup kes rasuah dan kes mahkamahnya," kata Arif yang kesal kerana Ketua Setiausaha Negara tidak langsung mempedulikan keluhan rakyat Labuan.

Dengan perlantikan Yusof sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, kata Arif, jelas menunjukkan bahawa BN terutama UMNO tidak lagi memerlukan undi rakyat Labuan dan beliau terpaksa menjadi pembela rakyat Labuan setelah keahlian UMNOnya digantung kerana membuat kenyataan terbuka mengecam UMNO dalam SabahkiniTV yang dimuat naik ke Youtube.

"Penggantungan jawatan saya sebagai Ketua Cawangan UMNO atau pemecatan saya kelak tidak memberikan sebarang makna kepada saya tetapi nasib rakyat Labuan akan terbela dengan tindakan kejam mereka; apatah lagi melalui perlantikan Yusof," ujar Arif yang akan menemui Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat laporan rasmi kerana meyakini ada sesuatu yang tidak kena dengan perlantikan Yusof sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Kata Arif, bagaimana dengan kes penyelewengan RM4 juta wang pendahuluan yang dilakukan oleh Yusof sedangkan sebelum ini Perbadanan Labuan bercadang untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Apakah RM4 juta tersebut sudah dilupuskira? Kenapa Ketua Audit Negara berdiam diri? Apakah beliau turut bersubahat?," tanya Arif yang berjanji akan terus bersuara bagi pihak ahli UMNO dan rakyat Labuan sekalipun dipecat daripada UMNO kelak.

Mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa pembangkang kini menggunakan media alternatif seperti Twitter dan Facebook bagi menjatuhkan pemimpin Umno; Arif berkata bahawa hanya media baru seperti Internet adalah satu-satunya jalan keluar bagi rakyat meluahkan ketidak puasan hati kerana media arus perdana telah mengamalkan dasar 'Media Black-out'.

"Media alternatif bukan sahaja senjata penting untuk pembangkang, malah pemimpin UMNO seperti Raja Nong Chik yang menumpang tuah Perdana Menteri kerana dilantik sebagai menteri harus melayan media alternatif jika masih ingin terus berpolitik," ujar Arif yang yakin Raja Nong Chik akan mengakhiri karier politiknya tidak lama lagi.

Mengenai dakwaan Raja Nong Chik bahawa beliau telah ditohmah sebagai 'Pengkhianat bangsa Melayu', Arif berkata memang ada benarnya kerana Raja Nong Chik turut menjadi pengkhianat rakyat Labuan yang 'dijual' secara pukal kepada Kerajaan Persekutuan untuk menjadi 'haiwan uji politik dengan melantik seorang 'Pengkhianat' memegang jawatan penting di institusi yang menentukan jatuh bangunnya Labuan sebagai IOFC.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada kerjaya politik Raja Nong Chik tidak lama lagi," kata Arif yang bersedia untuk berhadapan dengan apa juga penindasan daripada kerajaan BN termasuk UMNO./Sabahkini

Addin:


UMNO sudah kepupusan pemimpin dan individu yang bersih.. kalau kepala sudah busuk, sudah pasti satu badan  busuk.. UMNO makin membusuk dan memburuk..


Bongkar!! ASTRO First Untungkan Cetak Rompak

Posted: 10 Jun 2011 09:00 PM PDT

Langkah stesen televisyen berbayar Astro memperkenalkan Astro First bagi pelanggannya menonton filem tempatan terkini tanpa perlu ke pawagam dilihat dimanfaatkan sepenuhnya industri cetak rompak. Tinjauan mendapati cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) filem tempatan terbaru seperti "Kongsi" dan "Seru" yang masih ditayangkan di pawagam dan Astro First sudah memenuhi pasaran. Dijual pada harga serendah RM5 hingga RM6 bergantung kepada pakej dan juga keupayaan pembeli berunding, 'lanun' cetak rompak ini tanpa silu mengaut keuntungan berkali ganda secara mudah. 


"Ini nilai untuk wang anda lah kawan, kerana kualiti audio dan visualnya bagus dan masih ditayangkan di pawagam," kata seorang penjual VCD dan DVD cetak rompak ketika ditanya sama ada filem itu dirakam menerusi Astro First. 

Diuar-uar sebagai "yang pertama seumpamanya", Astro First dilancarkan pada 13 Januari lepas dan mengenakan caj RM15 bagi sebuah filem yang disiarkan menerusi saluran 480 dalam tempoh dua minggu filem itu ditayangkan di pawagam. Astro First dikatakan dapat membantu pelanggannya berjimat memandangkan sekeping tiket untuk menonton wayang di pawagam boleh mencecah belasan ringgit.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika dihubungi berkata penjualan DVD dan VCD sedemikian melanggar Akta Hakcipta 1987.Bagaimanapun kata beliau, usaha mengesan dalang kegiatan itu memerlukan kerjasama semua pihak.

"Terserah kepada penerbit filem, pengedar dan Astro untuk mengambil langkah seterusnya dan adalah lebih baik jika mereka membuat laporan rasmi bagi memudahkan kami mengambil tindakan," katanya.


Insiden Glenmarie : Keluarga Mangsa Tolak Inkues, Gesa Polis Di Dakwa

Posted: 10 Jun 2011 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pemimpin PKR dan aktivis peguam yang mewakili keluarga mangsa hari ini menolak langkah polis Selangor yang mahu mengesyorkan agar diadakan inkues berhubung kematian tiga remaja di Glenmarie dekat Shah Alam Disember lalu, yang mereka dakwa mati akibat 'tembakan membunuh' pasukan keselamatan itu.


Sebaliknya mereka mahu anggota polis yang terlibat dihadapkan di mahkamah. "Merujuk kepada pengumuman Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah (pagi ini) bahawa polis telah memutuskan untuk memanggil satu inkues berhubung kejadian menembak mati Mohd Shamil Hafiz, Hairul Nizam Tuah dan Mohd Hanafi Omar, bagi pihak keluarga mangsa, kami menolak keputusan memanggil pembunuhan ini," kata dua naib presiden PKR N Surendran dan Nurul Izzah Anwar serta seorang lagi peguam dari Lawyers for Liberty, Fadia Nadwa Fikri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Surendran (gambar) juga merapakan anggota Lawyers for Liberty.

Kata mereka, inkues tidak perlu diadakan kerana ada bukti yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa ketiga-tiga mangsa ditembak mati oleh polis. "Semalam, kami mendedahkan laporan bedah siasat yang secara total bertentangan dengan versi polis," katanya lagi.

Kata mereka, laporan bedah siasat itu ditandatangani oleh pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan penemuan tersebut sudah cukup dari segi perundangan untuk membawa tuduhan pembunuhan ke atas anggota polis yang terlibat dalam insiden Disember lalu itu.

"Kami melihat permintaan untuk diadakan satu inkues oleh polis sebagai satu lagi taktik melengahkan (kes) bagi mereda kemarahan orang ramai ekoran pendedahan laporan bedah siasat semalam. "Kami juga terkejut dan hairan dengan dakwaan polis bahawa siasatan masih belum lengkap lagi," kata ketiga-tiga pemimpin itu dalam kenyataan bersama mereka.

Kata mereka, memandangkan tujuh bulan sudah berlalu sejak kejadian menembak itu, maka jelas ia satu lagi alasan dan usaha untuk melengahkan tindakan ke atas anggota polis terbabit. "Kami mengulangi permintaan keluarga mangsa bahawa kesemua anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan dicaj di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata mereka lagi.

Tegas beliau, Peguam Negara seharusnya memastikan tindakan itu diambil tanpa sebarang kelewatan lagi. Terdahulu laporan media menyebut polis Selangor akan mengesyorkan agar diadakan satu inkues apabila mengemukakan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Pada pandangan kami, kami telah berlaku adil dalam mengendalikan kes ini meskipun sesetengah pihak mengatakan sebaliknya. "Jadi, kami akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan," kata Tun Hisan.

Bagaimanapun Tun Hisan menolak dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka 'dibunuh' oleh polis. "Biar saya jelaskan perkara ini, polis tidak pernah tembak untuk membunuh (sesiapa)," katanya lagi.

Semalam, Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.

Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.
Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

"Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

"Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong," kata Surendran./TMI


Dewan Ulama Sokong PAS Bertanding Kerusi Bandar

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

PETALING JAYA -  Dewan Ulama menyokong untuk meletakkan calon parti itu bertanding di kawasan campuran di kawan bandar dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfoz Mohamad berkata, kerusi majoriti Melayu bukan lagi aset kepada PAS. Dalam Pakatan Rakyat kerusi campuran ditandingi oleh PKR, kerusi majoriti Cina oleh calon DAP, manakala kawasan majoriti Melayu oleh calon PAS.


"PAS sukar menang bertanding di kawasan luar bandar, jadi boleh mencuba bertanding di kawasan bandar yang pengundinya bercampur," katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam dalam satu temuramah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mencadangkan PAS bertanding di kawasan bandar supaya parti menjadi lebih nasional. 

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Johor itu menegaskan Dewan Ulama masih berpengaruh dalam PAS walaupun tidak ramai ulama menduduki jawatan utama parti. Beliau menegaskan kekurangan ulama dalam kepimpinan tertinggi PAS bukan menandakan ahli menolak ulama.

Calon Ulama tidak ramai "Apa yang berlaku ialah, calon ulama yang bertanding tidak ramai berbanding Pemuda, Muslimah dan yang lain. "Hanya beberapa orang daripada 58 calon yang bertanding jawatan AJK. Harus diingat calon ulama pula sudah tua-tua pula. "Saya tidak nampak ulama dipinggirkan, diketepikan. 

Perwakilan memilih calon yang muda yang bekerja kuat seperti Mazlan Aliman yang mendapat tempat teratas bagi jawatan AJK PAS Pusat. "Dewan Ulama menerima keputusan pewakilan memilih pucuk pimpinan parti dalam muktamar ke 57 ini ," katanya. 

Dr Mahfoz juga menegaskan tidak ada masalah yang berlaku antara kumpulan ulama dan golongan profesional yang menang lebih banyak jawatan kali ini. Katanya, dalam amalan demokrasi adalah satu kemestian menyokong pihak yang mendapat sokongan majoriti./FMT


Tiada ulasan: