A Mum Of Three Mohd |
Posted: 20 Jun 2011 07:33 AM PDT Dia tidak mewakili majoriti Melayu tetapi dia disokong oleh majoriti Melayu-UMporNO!! Mengapa si Katak rasis ni tak ditangkap dan didakwa kerana menghasut?? Sebab.... Perkasa ialah UMporNO dan UMporNO ialah Perkasa. Ejen Perosak 2 dalam 1. Beware dan jauhi mereka. They're very toxic!! KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kenyataan bersifat 'rasis' dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini. "Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu. "Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini," kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini. Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu. "Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau. [Seterusnya di sini] |
Don't be intimidated. Jom BERSIH 2.0!! Posted: 20 Jun 2011 05:04 AM PDT Macam-macam citer negatif tentang Ambiga disebarkan. Anti-Melayu ler... Anti-Islam ler... Semuanya gara-gara dia menggerakkan satu kebangkitan rakyat bagi menuntut keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia melalui BERSIH. Bravo Ambiga!! Tentang dia anti-Melayu dan anti-Islam.... itu bab lain. Kita ada pandangan dan pendapat masing-masing tentang isu itu. Kita settle satu-satu dulu. Itu bab lain , ini bab lain. Sekarang bab BERSIH menuntut keadilan dalam sistem pilihan raya. Ini tuntutan bersama yang melibatkan majoriti rakyat Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India mau pun Islam atau bukan-Islam. Kita ada common interest... so we work together untuk mencapai hasrat bersama. One for all and all for one!! Fuhh... Kental betoi semangat dan pendirian minah India ni. Walau pun diugut dan cuba ditakut-takutkan oleh si Braheng Katak, dia buat nehen jer. Kata dia... ini bukan untuk saya tetapi untuk rakyat Malaysia. Perjuangan untuk pilihan raya yang adil adalah untuk semua tak kira BN atau pun pembangkang. Sekarang obvious... yang tak mahukan pilihan raya yang adil ialah UMporNO. Mengapa?? Ha ha ha .... sebab mereka takut kalah!! Mungkin all this while, mereka menang kerana ada hanky-panky dalam sistem pilihan raya yang diterajui SPR. Sebab tu, kini rakyat menggelar SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat. Badan yang sepatutnya bebas tetapi kini hilang integriti kerana keikhlasan mereka melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang diberi, dicurigai rakyat. Persepsi rakyat.... SPR lembu tunggangan UMporNO!! Yang syiuknya.... Perkasa terjerit terlolong mendakwa parti-parti politik pembangkang, khusunya PAS dan PKR, ditunggangi oleh Ambiga, yang mengepalai BERSIH. Weh Braheng Perkasam, mu apa kurangnya?? Mu jadi lembu barua tunggangan UMporNO. Kena tunggang jugak, kan?? So, what's the big fuss?? Mampuih pi sapa tunggang sapa. Yang penting.... ada keadilan dalam sistem pilihan raya. Kalau sistem sudah adil dan bersih, maka terpulanglah siapa yang menang atau siapa yang kalah.... rakyat akan berlapang dada menerima keputusan tersebut. Kita terima seadanya. But until then... ramai yang tak puas hati dengan SPR, yang terang lagi bersuluh bersikap bias. Lantas, Bersih menuntut agar SPR melakukan penambahbaikan. SPR berkeras tidak mahu berunding dengan BERSIH. Tutup pintu rundingan!! Jadi... salahkah jika Himpunan aman BERSIH ini diadakan?? Puak-puak lahanat ini sebenarnya sudah takut. Mereka sedar nyawa mereka kini sudah berada di hujung tanduk. Rata-rata rakyat sudah menolak mereka. Jadi, mereka cuba guna Himpunan BERSIH ini untuk timbulkan huru-hara. Jika berlaku huru-hara macam tindakan drastik yang mereka boleh ambil untuk menganiaya para pemimpin PR. Ini taktik untuk menakut-nakutkan rakyat, khususnya yang bukan-Melayu. Kita jangan takut... Makin diancam, makin kita kuatkan tekad dan semangat kita. GO BERSIH!! Malangnya, ada pulak ler pihak yang mula dah kendur sikit. Weh.... mana perginya semangat "Lawan Tetap Lawan' hang tu?? Siap minta Najib beri kepastian untuk menjamin keadilan dalam sisten pilihan raya. Adey... piiiaraahhh!! Rakyat dah tak percaya pada Najib, hang masih nak menaruh harapan?? Gilerrr..... [sini] Najib pun dah nak tersungkuq, hang ingat dia mau ikut cakap hang?? Hey.... apa sudah jadi dengan hang Anwar oiii... Kalau hang tak mau turun, hang dok diam-diam. Biaq rakyat turun. Jangan cuba padamkan semangat depa yang sedang membara. Depa turun BERSIH 2.0 pun demi rakyat!! So... mampuih pi dengan ugutan. Kepada rakyat bangsa Cina, jangan biarkan anda diugut-ugut dengan sedemikian rupa oleh Perkasa durjana yang rasis. Anda juga rakyat Malaysia. Defy their warnings and intimidation. Turun beramai-ramai ke BERSIH 2.0 9 Julai ini. [sini] Kasi ajar sama itu Perkasa!! Show them that you're brave and responsible citizens of Malaysia. |
Posted: 19 Jun 2011 05:45 PM PDT Perkasa ibarat bertepuk sebelah tangan. Pelbagai provokasi dalam bentuk ugutan, khususnya terhadap pengerusi Bersih Datuk Ambiga tetapi telah tidak diendahkan. Bolayan lu... KUALA LUMPUR 19 JUN : Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan enggan melayan provokasi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang membakar gambarnya dan memberi amaran kepada kaum lain agar menjauhi perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan. Menurut Ambiga, provokasi dekimian tidak menjejaskan perhimpunan aman itu kerana ianya adalah suara rakyat. "Kami (Bersih) ialah gerakan aman, yang mahukan pilihan raya diadakan yang bersih telus dan adil. Kami adalah suara kehendak rakyat. Kami tidak menentang sesiapa," kata beliau kepada pemberita sebelum majlis pelancaran BERSIH 2.0 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini. "Saya tidak akan memberi sebarang kenyataan bersifat peribadi. Ia (alasan) kenyataan mereka. Saya tidak mahu membalas kenyataan seperti itu," tambah beliau. [ Seterusnya di sini] Hari ini, PERKASA bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina agar menjauhi himpunan kerana "apa sahaja boleh berlaku."[Lagi di sini] Fulaamakk..... Perkasa bertindak lebih daring dengan membakar gambar Ambiga. Weh Braheng... Mampuh pi mu la!! Lu mau bakar saya punya gambar, lu suka. Gambar saja terbakar, tapi saya tarak apa-apa. Lu mau bakar.... bakarlah!! Bersih akan tetap diteruskan seperti yang telah djadualkan. Lepas tu, siap bagi amaran kepada kaum Cina agar tidak menyertai Himpunan Bersih 2.0. Fuuuh... ini sudah kes serius. Sudah ada bau perkauman. Wei.... nak mengembalikan nostalgia lama ke?? Kalau tidak, mengapa pulak ugut kaum Cina dan tak bagi mereka sertai Bersih?? Apakah ini satu strategi cuba menakut-nakutkan kaum Cina terhadap peristiwa hitam yang lampau?? Weh.... apa hal Perkasa ni?? Sapa lu.... Senang-senang nak bakar gambar, ugut-ugut dan bagi amaran pulak kepada orang. Ciiittt!!! Betul-betul perangai samseng. Eeee.... besar kepalanya!! Belum apa-apa lagi, mereka dah mulakan provokasi awal. Polis pulak boleh bisu. Dulu.... beriya-iya kata nak buat tangkapan terhadap sesiapa yang cuba menimbulkan huru-hara. Woit...!! Ngapa tak tangkap si raja katak samseng tu?? Oooppps.... terlupa pulak. Depa bukan ke satu geng. Mana boleh barua nak tangkap balaci?? Tak boleh.... Tak boleh.... Melanggar undang-undang UMporNO!! Barua dengan balaci diberi misi khas iaitu gagalkan Himpunan Bersih 2.0. Oleh itu, mereka mesti bekerjasama. Mereka ni ibarat berkasih dalam gelap. Eleh.... Perkasa usah nak tunjuk macho ler. Kalau tak dilindungi dan dapat green light daripada UMporNO, raja katak takkan berani tunjuk berani. Pada hal, sebenarnya mereka semua takut akan kebangkitan rakyat menuntut hak mereka. Itulah persepsi rakyat terhadap senario yang berlaku ini. Mampuih pi dengan ugutan depa. Jangan takut. Solidariti Melayu, Cina, India serta semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan pasti akan dapat menguburkan UMporNO. Jom turun BERSIH2.0 9 Julai ini untuk tuntut hak kita. Jika pilihan raya bersih UMporNO pasti tersisih!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan