Aku Budak Balun |
BERSIh 2.0 - Inikah senjata 'terakhir' UMNO-BN? Posted: 20 Jun 2011 04:58 AM PDT Hok aloh.. Sampai tahap ni usaha UMNO-BN nak gagalkan himpunan terbesar dalam sejarah Malaysia 2.0 ni? Dah sampai tahap nak kena batalkan demo baru boleh jumpa SPR? Hok aloh? cemane leh jadi cenggini? Hari siap nak guna ISA.. Habis semua persatuan dan pertubuhan yang ada diMalaysia ni diarahkan oleh UMNO untuk buat report polis terhadap penganjuran BERSIH 2.0 tuuu.. Mana punya idea plak yang kalau nak jumpa SPR kena batalkan demo neh? Demokrasi bapak siapa UMNO-BN guna neh? Bukan dah beratus pertemuan ke antara SPR dan pihak-pihak yang tak berpuas hati dengannya diadakan sebelum ni menemui jalan buntu? Mana tak buntu? Lepas pertemuan-pertemuan tersebut, SPR kompom kena tanya balik kat UMNO "boleh ke tak boleh duhai UMNOku sayangggg".. kompom lah UMNO kata tak boleh! Aduhhhh!!! takut bebenor UMNO-BN dengan BERSIH 2.0 ni ye? Cer UMNO-BN buat tak tau je dengan himpunan ni.. kompom taklah rakyat kampung-kampung tahu apebendenya BERSIH nih! La ni.. orang kampung dah tahu nama 'BERSIH' nih! Siap bertanya pulak pada anak-anak deme yang balik dari bandar.. Hmmm.. apa lagi... bertambah lah pencerahan mereka! InsyaAllah... Jom turun 9 Julai wehhhhh!!! budakbalun 20062011 SPR sedia jumpa BERSIH jika batal perhimpunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. "Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah. "Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang tetap mahu mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini-mkini |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan