Isnin, 20 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anak siapa di sebalik IPP ?

Posted: 20 Jun 2011 03:52 AM PDT



KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.


"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

1MDB, kenyataan PM bercanggah

Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

"Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

"Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya.


Harakahdaily

Ibrahim Ali Pengecut kata Nurul Izzah

Posted: 20 Jun 2011 02:09 AM PDT



KUALA LUMPUR, 20 Jun — Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

"Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut," kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.


"Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.

"Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.

"Jangan kita takut untuk berdiri tegas atas apa yang kita percaya. Jangan kita tidak terhalang demi kebaikan Malaysia," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.

"Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina)," katanya lagi.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.


The Malaysian Insider

Video : Ibrahim Ali Menghasut..

Posted: 20 Jun 2011 12:35 AM PDT

Tidakkah kenyataan Presiden PERKASA ini menghasut?

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah. - Ibrahim Ali


Pelancaran BERSIH 2.0 Dapat Sambutan Hebat

Posted: 20 Jun 2011 12:14 AM PDT



KUALA LUMPUR 19 JUN : Chinese Assemble Hall Kuala Lumpur tiba- tiba bergegar dengan laungan semangat para NGO untuk mempertahankan himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti.

Laungan yang dilontarkan para NGO mendapat sambutan hampir 2500 penyokong yang hadir pada majlis Pelancaran BERSIH 2.0 malam ini.


Mereka hadir dengan memakai lilitan kain kuning dikepala bertulis perkataan BERSIH 2.

Rata- rata mereka kelihatan bersemangat dan memberikan respon yang memberangsangkan.

Sebaik sahaja majlis pelancaran bermula, sebuah rakaman video dipertontonkan kepada hadirin yang hadir bersabit kegiatan politik wang oleh parti Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu untuk membeli undi masyarakat bumiputera negeri itu.

Antara sedutan memaparkan klip sejumlah wang disusun di rumah panjang untuk diedarkan kepada pengundi selain borang 14 yang enggan diserahkan kepada wakil parti gabungan pembangkang.



Antara NGO yang hadir adalah, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT), Lawyers for Libelity, Kelab Menteri Besar Selangor, IKRAM, GAMIS, CIJ, TENAGANITA, Mahasiswa UNISEL dan banyak lagi.

Himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah mengadakan pilihan raya secara telus dan adil.

Antara empat tuntutan yang masih belum dipertimbangkan adalah bersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil.

Sempena himpunan BERSIH kali kedua ini, dua lagi tuntutan ditambah iaitu, tempoh pilihan raya 21 hari dan memulihkan kreadibiliti agensi kerajaan.



Gabungan BERSIH 2.0 berpendapat demokrasi yang telus seharusnya melalui pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

BERSIH 2.0 juga akan mengadakan siri jelajah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu- isu pengubahan sempadan pilihan raya dan lapan tuntutan BERSIH 2.0.

Siri jelajah itu kan diadakan di Shah Alam, Kuala Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, dan Perak.

Satu sesi telah pun diadakan di Kelantan pada Sabtu lepas.

BERSIH 2.0 juga menyambut baik tindakan Pemuda UMNO yang turut berhasrat mahu mengadakan perhimpunan aman dan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya.

BERSIH 2.0 juga menganggap tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tanda bahawa himpunan BERSIH 2.0 efektif dalam mempromosikan demokrasi yang dinamik dan membawa tekanan yang kuat kepada SPR untuk reformasi pilihan raya.

Penganjur himpunan ini juga cuba meyakinkan pihak polis dan pihak- pihak lain bahawa BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat yang aman dan sentiasa akan berkerjasama dengan polis.




Gambar-gambar dari FB Abah Anas

Video Ucapan Anwar dan Azmin di Konvensyen Pilihanraya Keadilan.

Posted: 19 Jun 2011 10:08 PM PDT



Video ucapan DSAI dan juga Azmin Ali dalam Konvensyen Pilihanraya Keadilan yang telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam semalam 19 June 2011, Video dari Media Rakyat.










Media Rakyat

Rakyat Bawah Dahagakan Perubahan, Akan Buktikan Pada PRU-13

Posted: 19 Jun 2011 09:50 PM PDT



SHAH ALAM 19 JUN : Pencerobohan tanah serta hak yang dinafikan ke atas mereka, malah tidak pula mendapat pembelaan sewajarnya menjadi masalah besar yang dihadapi oleh Orang Asal di negara ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga melahikan rasa terkilan apabila dianaktirikan berikutan bangsa yang tidak diiktiraf di negara ini.


Malah menurut perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili masyarakat Orang Asal di Sarawak, Fatimah a/p Bah Sin pemimpin BN pula hanya menjengukkan muka apabila tiba musim pilihan raya.

"Saya sangat rasa terkilan kerana BN yang memerintah, tanah orang Asli semua diceroboh dan pendidikan ditindas. Saya sangat-sangat rasa terkilan. Kami di Malaysia ini dianggap sebagai Bangsa Lain-Lain," katanya.

Ujarnya, masyarakat Orang Asal kini benar-benar dahagakan perubahan dan mahu Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji yang dilafazkan sekiranya berjaya merampas Putrajaya.



Ibu bertubuh kecil ini juga berjiwa besar apabila mengingatkan bahawa jangan hanya mendekati mereka tatkala pilihan raya namun sesudah itu melepaskan tanggungjawab masing-masing.

"Jika (PR) nak menang dalam PRU yang ke-13 dan seterusnya harus mendekati Orang Asal," katanya.

Sementara itu, Abun Sui dari Sarawak pula melahirkan kegembiraannya apabila PR dan PKR berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 10 baru-baru ini termasuk di beberapa kawasan pedalaman di negeri itu.

Ini katanya adalah petanda jelas Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN dan PKR perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.

Jelasnya, PKR perlu memilih pemimpin yang sesuai dan tidak bersikap seperti katak.

"Saya seru parti pilih calon yang sesuai bagi pilihan raya kali ini. Kita tidak mahu semasa belum jadi wakil rakyat, belum jadi katak tetapi bila sudah jadi wakil rakyat, terus jadi katak," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia sekarang perlukan pemimpin dan wakil rakyat yang mementingkan kebajikan rakyat dan tidak seperti pemimpin BN yang hanya mementingkan nasib dan diri sendiri.

"Rakyat mahu wakil rakyat untuk (jaga kepentingan) rakyat, bukan macam BN wakil rakyat untuk kaya diri sendiri," katanya.

Wakil masyarakat India, M Elavarasi pula mengutarakan masalah dihadapi mereka dengan memberi tumpuan terhadap kenaikan harga barang serta kemiskinan.

Katanya, masyarakat India terus menjadi masyarakat termiskin di negara ini meskipun lebih 50 tahun BN mentadbir Malaysia dengan parti komponennya, MIC gagal membela nasib masyarakat tersebut.

"Orang India masih menjadi masyarakat yang paling miskin. Jurang pendapatan di antara yang terkaya dan termiskin adalah paling ketara di kalangan orang India. Berbanding masyarakat lain, (orang India) tinggal di estet dengan gaji kurang RM400 sebulan.

"Dengan kenaikan harga barang masyarakat India tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga," katanya.

Keadaan itu, jelasnya, mendatangkan kesusahan yang berlipat ganda terhadap masyarakat India.

Sementara isu perkauman pula dibentangkan perwakilan masyarakat Cina, Lee Chean Chung ketika menyampaikan ucapannya dengan harapan masalah itu akan dapat di atasi jika PKR dan PR berjaya mengambilalih pentadibran Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti.

Katanya, semangat perkauman masih tebal di kalangan rakyat di negara ini biarpun selepas lebih 50 tahun akibat pentadbiran BN yang berteraskan perkauman.

Tegas beliau, kehadiran PKR tepat pada masanya bagi menyahut seruan rakyat yang inginkan perubahan di dalam pertadbiran negara bagi merubah landskap politik negara.

"Keadilan (PKR) perlu yakin dengan keupayaan kita bagi memiliki suasana baru. PKR pikul tanggungjawab yang berat untuk menentang habis-habisan politik perkauman dan bangkit menentang Umno dan BN," katanya.

Beliau berkata, semua pemimpin dan anggota PKR memikul peranan besar bagi merealisasikan perubahan itu demi Malaysia yang adil dengan masyarakat majmuk yang tidak lagi dibelenggu dengan isu perkauman.

"Perjuangan sebegini perlu diteruskan supaya akhirnya dapat dicapai segalanya dan yakin jalan yang dirintis PKR untuk menguburkan politik perkauman adalah jalan yang terbaik," katanya.



Carol Omera Poigi yang mewakili masyarakat Sabah pula menjelaskan angin perubahan dapat dirasai di negeri itu dengan rakyat di sana ketika ini semakin memberi sokongan kepada PKR dan PR.

Katanya, berbanding rakyat Malaysia di negeri lain, rakyat Sabah memang menggunakan peluang sebaiknya di dalam pilihan raya apabila menukar tampuk pemerintahan negeri itu sebanyak lima kali menerusi parti komponen di dalam BN.

Bagaimanapun, jelasnya, keadaan di Sabah ketika ini menunjukkan petanda amat jelas bahawa rakyat negeri itu sudah muak dengan BN dan akan sekali lagi menggunakan kesempatan di dalam pilihan raya bagi menukar kerajaan untuk kali yang ke enam.



"Di mana-manapun di Sabah semua orang bercakap tentang angin perubahan. Tambahan pula Sabah adalah negeri di bawah bayu. Sekarang ini bayu yang bertiup kencang adalah bayu perubahan.

"Kegagalan Barisan Nasional mentadbir negara sehingga merosakkan ekonomi akibat ketagihan merancang pelbagai rasuah menyebabkan rakyat naik muak dengan Barisan Nasional," katanya.

Katanya, PKR adalah alternatif terbaik bagi rakyat Sabah dan negara ini demi masa depan lebih baik dan terjamin.

Beliau menambah persiapan rapi bagi PRU ke 13 perlu dilakukan dari sekarang dengan terus mendampingi rakyat dan memahami kehendak rakyat.

"Jika PKR berupaya melakukan ini bayu dari Sabah akan bertiup kencang dan Sabah akan menukar kerajaannya buat kali yang ke enam," katanya.



Konvensyen Pilihanraya Keadilan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini berlangsung meriah dengan lebih 4,000 pemimpin, perwakilan dan anggota PKR dari seluruh negara.

Selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, turut hadir,Bendahari Agung, William Leong Jee Kee serta barisan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.


TVS News

SPR Bodoh !! - Anwar

Posted: 19 Jun 2011 08:32 PM PDT

Sebelum itu.. TAHNIAH! Buat Rafizi Pengarah Strategi Keadilan kerana berani dan berjaya mencuba sesuatu yang baru dalam Konvensyen ini..



SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan jenayah yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan apabila bersubahat dengan Umno Barisan Nasional (BN) melalui penipuan undi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Umum KEADILAN itu merujuk perbuatan SPR membenarkan pendaftaran pengundi hantu dan warga asing sebagai pemilih, selain pelbagai bentuk penyelewangan lain.



"SPR melakukan jenayah (dan) melanggar Perlembagaan Persekutuan, melakukan kemunafikan dalam terang. Dulu menipu, sekarang pun menipu," katanya dan menambah, SPR bukan Tuhan yang layak menentukan hala tuju sesebuah negara.

Perbuatan SPR itu boleh diklasifikasi mengikut Penderhakaan kerana menderhaka dan mencabul Perlembagaan Malaysia dan wajar diheret ke mahkamah.



Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN di SACC Mall di sini, petang semalam, yang dihadiri lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam ucapannya, Anwar percaya Umno BN tidak berani menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil kerana parti pemerinta itu tidak lagi mendapat sokongan rakyat dengan menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa.

Ketua Pembangkang itu turut menyindir SPR sebagai 'bodoh' kerana meletakkan pengundi hantu di rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.




"Bodoh punya SPR. Carilah rumah orang lain. Ini rumah (kepada) ibu Pengarah Pilihan raya KEADILAN (Azmin). Memang cari pasallah," sindirnya.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular jika mahu menawan Putrajaya kerana kejayaan meraih 51 peratus akan menafikan hak itu berikutan amalan penipuan undi.

Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Rakyat mampu mengubah landskap politik tanaha air jika memperoleh tambahan lima peratus undi.

Menyeru seluruh ahli menyertai Bersih 2.0, Anwar berkata, perhimpunan itu tidak perlu jika kerajaan Umno BN sanggup memberi jaminan pilihan raya dibuat secara adil.


Berita : http://www.keadilandaily.com/?p=15501
Photo : Anak Sungai Derhaka

PANAS!! Lagi Blogger Pro PR disaman Pemimpin UMNO..

Posted: 19 Jun 2011 11:14 AM PDT

Umum mengetahui seorang Blogger Pro PR iaitu Azimuddin Amhad atau lebih dikenali sebagai Din Binjai telah disaman oleh seorang Menteri dari Kerajaan Barisan Nasional yang menjaga Internet iaitu Datuk Seri Paduka Rais Yatim kerana telah menyiarkan satu artikel yang didakwa oleh Rais Yatim sebagai fitnah..

Din Binjai telah menyiarkan satu artikel yang diambilnya dari Harakahdaily yang kemudiannya diberikan tajuk baru iaitu "Hei Pak Menteri… Mana Mahu Lari?"

Kisah tersebut adalah Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri.. yang dikatakan bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.


Bagaimanapun menurut Amizudin Ahmat atau SharpShooter beliau tidak gentar untuk berhadapan tindakan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim .

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin.

Kes tersebut akan didengar semual pada 4 Julai ini..

Mungkin nasib hang malang Din.. pasal dalam ramai yang menyiarkan artikel tu, hang yang jadi sasaran Rais..

Hari ini terbaca pulak aku kisah seorang lagi Blogger Pro-PR yang telah disaman oleh seorang Pemimpin UMNO kerana menyiarkan satu artikel yang juga dikatakan berbentuk fitnah dan sudah tentulah juga berniat jahat.

Cuma yang aku sedikit hairan ialah kenapa kes ini tidak mendapat liputan media UMNO iaitu Utusan dan TV3..

Menurut Blog IkutSukaAku blogger yang telah disaman itu ialah seorang lagi Blogger Pro-PR iaitu AmenoWorld.

Dan lebih teruk lagi Blogger AmenoWorld itu juga dikatakan adalah seorang Gay oleh IkutSukaAku.

Jika tuduhan IkutSukaAku iaitu Blogger AmenoWorld itu seorang Gay itu fitnah.. aku harap AmenoWorld tidak teragak-agak untuk memfailkan tindakan Mahkamah terhadap IkutSukaAku.. saman biar sampai dia tak mampu nak pergi tengok Japan GT di Sepang lagi..

Dan jika benar pula AmenoWorld itu seorang Gay… padan muka hang!! Memang patut hang kena saman kalau boleh bukan kena saman saja.. sula sekali biar dia rasa.. nak fitnah Pemimpin sangat…

Kerana bagi aku Fitnah itu adalah budaya Blogger Pro-UMNO bukan budaya Blogger Pro-PR.. kalau nak tabur fitnah jugak sila sertai CyberTrooper UMNO..

Aku tak mahu tulis panjang-panjang pasal kes ini.. kalau nak baca lagi kisah ini korang jenguklah Blog ini.. IkutSukaAku.

Tiada ulasan: