Isnin, 13 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


DSAI No. 1

Posted: 13 Jun 2011 10:02 PM PDT

KUALA LUMPUR – DAP memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng menegaskan di sebalik berbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap ketua pembangkang itu, parti-parti komponen PR telah sepakat sejak awal untuk meletakkan pemimpin PKR itu sebagai orang No.1.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika menjawab soalan pada majlis dialog dan makan tengah hari anjuran Bankers Club di sini, semalam.

Pengerusi Bankers Club, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar dan kolumnis Sinar Harian Tan Sri Abdullah Ahmad adalah antara kira-kira 100 tetamu yang hadir, termasuk tokoh korporat dan wakil-wakil kedutaan asing.

Lim telah ditanya apakah beliau akan melaksanakan formula kejayaan Kerajaan Negeri PR di Pulau Pinang, sekiranya diberi peluang untuk mentadbir di Putrajaya sebagai Perdana Menteri.

"Soal saya menjadi Perdana Menteri tidak timbul sama sekali, sebab jawatan tersebut telah kita untukkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita telah sepakat sejak awal mengenai perkara ini.

"Lagi pun saya tidak fikir saya layak memegang jawatan penting itu di peringkat Pusat, sebaliknya saya lebih selesa mengetuai pentadbiran negeri di Pulau Pinang seperti sekarang," kata beliau.

Lim menjelaskan rakyat tidak perlu bimbang untuk memilih PR dalam pilihan raya umum akan datang, "sebab saya memberi jaminan sekiranya kita berjaya menguasai Putrajaya semuanya akan menjadi lebih baik untuk rakyat."

Terdahulu dalam ucapannya beliau menarik perhatian bahawa semua negeri-negeri yang diperintah PR selepas PRU 2008 tidak menghadapi masalah untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

"Di Pulau Pinang rakyat boleh lihat bagaimana kita membawa banyak perubahan sejak hari pertama kita mengambil alih pentadbiran negeri, menerusi pelaksanaan konsep 'CAT', atau 'competency, accountability, transparency' dalam setiap urusan.

"Dalam tempoh tiga tahun ini Pulau Pinang berjaya mengalahkan negeri-negeri lain di seluruh negara dari segi pertumbuhan ekonomi, peningkatan modal asing, peningkatan kedatangan pelancong, dan belanjawan 'surplus' yang tidak dicapai di negeri lain," katanya. - SH

TGNA setuju tarik balik saman fitnah RM20 juta terhadap Utusan

Posted: 13 Jun 2011 08:42 PM PDT

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman fitnah berjumlah RM20 juta yang difailkan terhadap sebuah syarikat media arus perdana berkait isu penyiaran sebuah artikel oleh akhbar tersebut, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Yazid Mustafa mendengar kes itu merekodkan penyelesaian saman sejurus Nik Abdul Aziz selaku plaintif bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Beliau sebelum itu mengemukakan saman tuntutan RM20 juta terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawan, Rodelio Junjun Taucan berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Nasihat saya mesti didengar' pada 15 Jun 2009.

Peguam mewakili defendan, Mohana Kumar berkata, plaintif bersetuju menarik balik saman tanpa kebebasan memfailkan semula dan tanpa kos.

"Selepas penyiaran artikel 15 Jun itu, Utusan Malaysia bertindak menyiarkan artikel penafian Nik Abdul Aziz mengenai kandungan artikel 'Nasihat mesti didengar' tiga hari berikutnya.

"Manakala, pada 29 Julai tahun sama, Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan Utusan Malaysia dan laman web Utusan Online," katanya.

Menurutnya, namun demikian, plaintif dengan diwakili firma guaman Tetuan C Jegathesan, masih meneruskan tuntutannya itu.

"Walau bagaimanapun, plaintif akhirnya bersetuju menarik balik saman tersebut, semalam," katanya. - SH

Mangsa diarahkan menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.-

Posted: 13 Jun 2011 07:00 PM PDT

Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai "tidak berperikemanusiaan dan menghina" serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.

Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina," kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Ustazah apa kejadah ni? ... biar suami rogol anak

Posted: 13 Jun 2011 06:13 PM PDT

Ibu tutup mulut mangsa ketika 'dikerjakan' bapa tiri

KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.

Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.

INFO: Pertuduhan

•Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011.

•Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat dengan suaminya menyuruh mangsa masuk bilik bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011.

•Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan.

•Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - BH

STONE : Aku pasti ustazah ni ada penyakit ... penyakit bersabit seks ... kalau ia dalam keadaan normal, mustahil seorang ibu sanggup melihat anak kandungnya 'dikerjakan' ... dunia akhir zaman ...

Pelajar IPTA ditangkap khalwat di Butterworth

Posted: 13 Jun 2011 05:18 PM PDT

Siswi pulang bercuti melencong pergi khalwat

GEORGETOWN: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi 'melencong' ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

"Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

"Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan," katanya.

Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali -  myMetro

Oo pasai ni Hassan Ali disingkir ...

Posted: 13 Jun 2011 05:02 PM PDT

Hassan Disingkir Kerana Eksklusif?

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

SEMUA maklum Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dalam barisan kepimpinan baru parti yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad.

Kedudukan jawatan nombor satu dalam PAS negeri itu digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.

Banyak telahan yang berlaku ekoran 'hilangnya' Hassan dari senarai Abdul Hadi.

Banyak isu yang berbangkit sepanjang penggal Hassan memegang jawatan berkenaan yang dilihat memberi sedikit impak yang kurang disenangi di kalangan akar umbi PAS sendiri.

Dari isu rampasan arak dari kedai serbanika di Shah Alam sehingga polemik perpaduan PAS-Umno dan yang paling ketara tidak berpihak kepada kerajaan negeri dalam isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan itu dilihat menguntungkan musuh politik PAS iaitu Umno dan Barisan Naisonal (BN).

Hassan yang memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga sering kali dikritik secara terbuka oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Yang paling panas sehingga mereka berdua dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana - Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengkritik isu tata tertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).

Sementara itu Hassan turut menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.

Sekali lagi tindakannya ditafsirkan menguntungkan Umno dan BN.

Mungkin atas faktor-faktor itu menyumbang kepada keputusan Abdul Hadi menggugurkan Hassan dan menggantikannya dengan Abdul Rani.

Sehingga artikel ini ditulis, Hassan gagal dihubungi bagi mendapatkan komen beliau.

Eksklusif

Sumber pimpinan PAS negeri memberitahu, Hassan dikatakan kurang bergaul dengan pemimpin-pemimpin akar umbi sehingga mengakibatkan jurang antara mereka kian ketara.

'Kesibukan' Hassan dilihat antara faktor utama sehingga beliau semakin terasing dengan akar umbi di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat itu.

"Dari sudut penyampaian maklumat juga banyak yang dipersoalkan pemimpin-pemimpin kawasan.

"Kita mahukan pemimpin yang datangnya akar umbi, tapi jika terlalu 'eksklusif' bagaimana?" tegas pemimpin muda berkenaan kepada mStar Online.

Berbeza dengan Abdul Rani yang dilihat datanganya dari akar umbi dan gemar berterus-terang dengan ahli-ahli.

Lebih dari itu, kedudukan Hassan sebagai ADUN Gombak Setia, juga dikatakan tidak terjamin menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Hassan tidak akan dipilih semula, akan ada pengganti beliau yang lebih muda," menurut seorang pemimpin PAS Gombak yang enggan dikenali.

Beliau mendakwa, ahli-ahli parti di kawasan berkenaan kecewa dengan Hassan yang jarang turun padang menjenguk pengundi-pengundi.

Situasi seperti itu amat mengecewakan semua anggota parti yang selama ini bekerja keras memastikan kemenangan Hassan di DUN tersebut.

Bagaimanapun keputusan akhir siapa calon yang akan meneruskan kelangsungan PAS memerintah DUN berkenaan terletak di tangan Abdul Hadi, ia adalah prerogatif pemimpin nombor satu parti itu.

Dalam barisan pelantikan terbaru PAS, menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf dilantik sebagai Penolongnya.

Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Dr. Mohd. Hatta Ramli yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Calon Timbalan Presiden Pas yang kalah pada pemilihan Sabtu lalu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS yang yang dilantik pula adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Mohd. Anuar Tahir, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Bagi Pesuruhjaya Negeri pula, lima negeri mengalami perubahan iaitu Abdul Wahid Endut (Terengganu), Aminuddin Halim (Sabah) Mohd. Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Abdul Rani.

Mereka yang kekal sebagai adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor), Abu Bakar Husin (Perak), Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Salleh Man (Pulau Pinang), Hashim Jasin (Perlis), Mohd. Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan) dan Adam Ahid (Sarawak). - mStar

'KL Gangster' kutip RM5 juta dalam 3 hari ... mungkin berkat promosi Pekida

Posted: 13 Jun 2011 06:19 AM PDT

PETALING JAYA: Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa tiga hari.

Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 9 Jun hingga 11 Jun lalu.

Menurut Syamsul, dia bersyukur dengan pencapaian yang luar biasa itu dan bangga kerana mampu mencapai jumlah kutipan tiket yang sama seperti filem-filem Hollywood yang sedang rancak ditayangkan.

"Ini satu perkara yang luar biasa bagi saya dan saya menganggap ia menjadi sebuah fenomena baru apabila filem-filem Melayu kita mula diberi perhatian oleh masyarakat.

"Maklumlah, dulu agak sukar untuk para penonton mempercayai karya-karya filem Melayu yang dihasilkan. Saya percaya, jika kena dengan caranya, sesebuah filem itu pasti boleh berjaya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah Syamsul, dia berharap agar KL Gangster mampu mencapai kutipan yang lebih daripada filemnya sebelum ini, Khurafat yang telah meraih kutipan sebanyak RM8.08 juta.

"Kalau boleh saya mahu mencipta satu rekod baru dalam industri perfileman tempatan.

"Apa-apa pun, yang penting, saya mahu penonton-penonton yang hadir berpuas hati dan berbaloi mengeluarkan wang sebanyak RM10 seorang menyaksikan KL Gangster," tuturnya.

Bagaimanapun, Syamsul berkata, dia sebenarnya kurang gemar apabila membicarakan perihal jumlah kutipan filem-filemnya kepada umum kerana itu bukanlah satu perkara penting dalam penghasilan sesebuah filem.

"Terus-terang, saya kurang selesa membicarakan tentang sambutan filem yang diperoleh, walaupun kebanyakan produser suka mendedahkan perkara tersebut.

"Bagi saya, kita perlu berfikir bagaimana mahu memuaskan dan mengikuti citarasa penonton setiap kali menghasilkan filem," tegasnya.

Sementara itu, Syamsul kini sedang merancang untuk menghasilkan filem prekuel KL Gangster pula pada hujung tahun ini. - mStar

RM27 juta dibelanjakan dalam Himpunan 1 Juta Belia?

Posted: 13 Jun 2011 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 13 — Putrajaya said today it spent a total of RM27 million for the Million Youths Assembly held last month, 18 times the initial RM1.5 million budget for the National Youth Day event.

Youth And Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek stressed today that the government did not use any "additional expenditure" for the event, and said a "large" amount of the RM27 million was obtained via sponsorship from the private sector.

"The allocation which was prepared by the government to carry out the National Youth Day amounted to RM1.5 million. However, the total costs amounted to RM27 million, where most of it was obtained via sponsorship from the private sector," Ahmad Shabery said in a reply to Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang-PAS).

The Million Youth Assembly, held from May 27 to May 29 was aimed at providing a platform for youths to "showcase their talents and interests through over 200 programmes" as well as highlighting job opportunities through a Job Fair.

Today, Ahmad Shabery said the gathering was a "success", based on the number of youths who had reportedly attended the event in Putrajaya.

During the assembly, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had called on youths to "defend Putrajaya" from the opposition if they wished to see Malaysia transformed into a developed country.

His deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, had told reporters that the total visitors to the assembly surpassed the one million mark. - TMI

Tiada ulasan: