WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- UMNO - BENCI NAMA ISLAM TAPI MAHU NEGARA ISLAM ?
- PERHIMPUNAN BERSIH, KITA ALU-ALUKAN KUMPULAN RAJA KATAK
- TULANG BESI JANGAN JALANKAN TUGAS MEDIA PENCACAI UMNO
UMNO - BENCI NAMA ISLAM TAPI MAHU NEGARA ISLAM ? Posted: 13 Jun 2011 07:50 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi kelmarin mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain. Terfikir juga dibenak hati ini mengapa terlalu bencinya pemimpin Umno ini kepada nama `Islam'. Pemimpin Umno semenjak dahulu hingga kini masih gagal mengemukakan hujah apakah kesalahan PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut. Kita tahu di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM, sudah ada usaha untuk mengharamkan nama `Islam' di dalam parti. Alhamdulillah, ketika itu Majlis Fatwa tegas menyebut bahawa tiada salahnya nama `Islam' dimartabatkan. Sekiranya Umno yang memartabatkan nama bangsa Melayu dan semangat kebangsaannya di dalam parti mereka, apakah dosa besar bagi PAS untuk memartabatkan nama `Islam'? Jika mahu disebut dengan hujah betapa Umno lah sebenarnya `menjual' nama bangsa di dalam parti berkenaan, tidak cukup halaman untuk kita membuktikannya. Paling mudah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal mengangkat bangsa Melayu walaupun telah berpuluh tahun ianya dilaksanakan sehingga dasar tersebut tenggelam begitu sahaja. Di mana salahnya PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut? Adakah PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam? Adakah PAS merestui amalan rasuah dengan melantik kaki rasuah menjadi Ketua Menteri/MB Negeri atau Ketua Pemuda? Mungkin Ali Rustam dan KJ boleh menjawab hujah ini. Adakah PAS juga memilih kaki rasuah sebagai Wakil Rakyat? Mungkin Isa Samad tahu hal ini. Pernahkah PAS bercita-cita untuk meluluskan judi bola sepak Piala Dunia? Atau, pemimpin PAS terlibat dengan tragedi pembunuhan Altantuya? Mungkin Najib boleh terangkan jawapannya. Pernahkan PAS merestui akta zalim Akta ISA yang diharamkan oleh Islam itu? Cuba buktikan siapa pemimpin PAS yang tidak bermoral dan isterinya tidak menutup aurat? Hal ini boleh ditanya kepada Najib dan Rosmah atau pun Shahrizat Jalil. Cuba pemimpin Umno berani sedikit untuk berhujah bagi menyatakan betapa PAS perlu membuang nama Islam di dalam parti tersebut kerana PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Adakah dengan Konsep Negara Berkebajikan, bersahabat dengan DAP dan PKR boleh dianggap bertentangan dengan Islam? Adakah bersubahat dengan Umno yang menjadi sekutu Apco serta terus mengekalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, menyalahgunakan kuasa, mempertahankan kroni dan banyak lagi dasar Umno yang bertentangan dengan moral, akhlak serta Islam itu boleh dianggap bersesuaian dengan Islam? Nampaknya Umno semakin tidak menentu apabila PAS kini membuka lebih luas ruang untuk rakyat menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Jika sebelum ini Umno terlalu gilakan DNA atau sumpah laknat DS Anwar, kini Umno mula tergila-gilakan `Negara Islam dan Hukum Hudud' pula. Setiap hari media pencacai mereka menyebut tentang Negara Islam yang kununnya telah ditinggalkan oleh PAS. Jika benar ikhlas, kuasa kini berada di tangan mereka, Nah, laksanakan lah jika benar-benar ikhlas. Sehingga saya selesai menulis artikel ini, saya masih belum mendapat jawapan mengapa pemimpin Umno terlalu benci kepada nama `Islam' tetapi mahu kepada Negara Islam. Mungkinkah tahap meroyan Umno kini semakin kritikal?/wfauzdin.blogspot.com |
PERHIMPUNAN BERSIH, KITA ALU-ALUKAN KUMPULAN RAJA KATAK Posted: 13 Jun 2011 02:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SELAMAT datang kita ucapkan kepada PERKASA di bawah `Panglima Perang Salib' nya iaitu Ibrahim Alkataki ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Bukan sahaja PERKASA, malahan sesiapa pun boleh datang berhimpun asalkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam, itu pokoknya. Jika PERKASA berhajat untuk datang bagi mencetuskan provokasi, lebih baik lupakan sahaja niat buruk itu. Jika sekadar hadir untuk mengangkat sepanduk yang tertera `KAMI MENYOKONG PENGUNDI HANTU DAN UNDI POS' itu lebih baik daripada puak-puak PERKASA melompat-lompat macam `katak' walaupun pemimpin mereka dikenali sebagai `raja katak'. Baca sini. Helah PERKASA yang menyebut akan turut serta berhimpun tidak lain tidak bukan hanyalah satu taktik agar pihak berkuasa melarang perhimpunan BERSIH yang telah dirancang. Atas alasan, jika PERKASA berhimpun akan berlaku provokasi dan berlaku pergaduhan. Ertinya, jika PERKASA tidak hadir perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur. Maka, apa pihak berkuasa perlu buat? Jika mereka bijak, sudah tentu sekumpulan yang datang ke program orang lain perlu dihalang. Demontrasi PERKASA yang diadakan serentak diseluruh negeri meminta DNA Anwar dahulu pun kita tidak ganggu. Mengapa mereka ingin menganggu program kita? Terserlah sekarang bahawa PERKASA adalah alat Umno. Kita tidak harus peduli dengan ugutan PERKASA yang sentiasa berhati busuk itu. Adakah kerana ingin mengikut kehendak PERKASA yang tidak berapa kerat ahlinya itu, kita sanggup mengecewakan majoriti rakyat yang mahukan negara ini melaksanakan sistem, pilihanraya yang adil? Alasan PERKASA kununnya akan berlaku pecah bangunan, bakar kereta dan sebagainya adalah alasan dari mereka yang tidak bertamaddun. Perhimpunan sebelum ini berlakukah seperti itu? Berapa biji kereta dibakar? Yang ada cuma air dari Water Canon. Kesimpulannya, pedulikan PERKASA beserta dengan `katak-katak'nya./wfauzdin.blogspot.com |
TULANG BESI JANGAN JALANKAN TUGAS MEDIA PENCACAI UMNO Posted: 12 Jun 2011 10:55 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PEMILIHAN pimpinan di dalam PAS telah berakhir, dan ahli-ahli PAS diarahkan untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Namun, masih ada yang mahu bercakap dan ingin menjadi `batu api' untuk melepaskan dendam dan geram kepada puak yang mereka tidak berkenan. Membaca tulisan Tulang Besi di sini, saya tidak nampak beliau ingin melihat PAS berada di dalam keadaan harmoni. Kekalahan Us Nasha dan Tuan Ibrahim di dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS digunakan oleh Tulang Besi semahu-mahunya. Beliau menggunakan perkataan `dari sumber-sumber' untuk menunjukkan bahawa Us Nasha gembira apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tewas. Sikap untuk melaga-lagakan Us Nasha dan Tuan Ibrahim adalah salah satu sifat yang ada pada Pengarang Utusan Meloya atau TV 3 suku. Tulang Besi memainkan peranan ini. Kekalahan Dr Hasan Ali juga menjadi modal besar buat Tulang Besi membalas dendamnya. Apabila perwakilan PAS telah membuat pilihan, kita perlu akur dengan siapa jua yang menang tetapi jangan kita cuba melaga-lagakan pula yang telah tewas. Saya juga mulanya menyokong Mat Sabu, tetapi apabila Us Tuan Ibrahim tawarkan diri saya beralih sokongan kepada beliau. Akhirnya, perwakilan memilih Mat Sabu. Itu biasa di dalam demokrasi seperti ini. Kita terima dan akur dengan pemilihan. Mengapa perlu kita `lanyak' orang yang sudah tewas? Apatah lagi melaga-lagakan mereka? Bukankah mereka di antara pemimpin di dalam parti ini? Tidakkah terasa di sanubari Tulang Besi perasaan Us Nasha dan Us Tuan Ibrahim dengan apa yang beliau tuliskan itu? Mengapa perlu dikaitkan dengan Us Dr Haron Din? Saya tahu, isu `Kerajaan Perpaduan' menjadi punca Tulang Besi melakukan tuduhan demi tuduhan seperti ini. Memang benar, isu ini melanda PAS beberapa tahun dahulu, tapi PAS telah memadamkan isu ini dan perwakilan telah pun memahami isu ini. Mengapa perlu dinyalakan api yang telah padam? Bukankah itu kerja media pencacai Umno? Cukuplah Tulang Besi, terimalah hakikat bahawa semua ahli PAS tidak mahu pecah belah berlaku di dalam PAS. Mereka mahu PAS bersatu untuk tumbangkan Umno. Semua pemimpin yang tewas di dalam pemilihan ini menerima takdir yang ditetapkan untuk mereka, mengapa perlu kita mengada-adakan cerita seburuk ini?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan