Kopitiam Bang Nan |
KARNIVAL MESRA RAKYAT TAMAN BUKIT INDAH AHAD INI. SEMUA DIJEMPUT HADIR... Posted: 13 Jun 2011 08:39 PM PDT JKP Zon 11 dan DUN Lembah Jaya akan menganjurkan Karnival Mesra Rakyat pada 19hb. Jun, 2011 @ Ahad akan datang di Taman Rekreasi Taman Bukit Indah (bersebelahan padang helikopter). Program sehari ini akan bermula pada jam 8.00 pagi. Berbagai program akan diadakan termasuk Futsal Padang, Jogathon, Pertandingan Memasak dan Gubahan Bunga, Sukaneka, Sepakraga Bulatan, Tarik Tali serta permainan khas (bouncing castle dan memanah). Semua lapisan masyarakat tidak kira agama, bangsa dan peringkat umur dijemput hadir untuk mengambil bahagian. Bagi sesiapa jua yang berminat untuk turut serta di dalam berbagai program yang telah diatur tersebut, sila hubungi petugas-petugas berikut untuk tujuan pendaftaran: 1. Rosman Bin Ismail @ 019-219 3024 2. Sdra. Zakaria @ 019-285 1026 3. Sdra. Zainal @ 012-924 4925 Tapak gerai makanan dan pameran juga akan dibuka untuk disewa. |
9 Julai, 2011: Jom kita pakat pijak2 spesis katak2 ni bagi leper....lebih2 pulak!! Posted: 13 Jun 2011 12:10 AM PDT BERSIH 2.0: PERKASA lawan habis-habisan Joseph Sipalan Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai "mengacau". Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. "(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor". Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran "Datuk" oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi. "Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH)," katanya. BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara. •Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan: •Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan: •Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21 •Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar •Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali •Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang •Tempoh kempen minimum 21 hari •Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya •Menghapuskan rasuah pilihan raya |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan