Rabu, 8 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TGNA sedia tunjuk surat Mahathir tolak Hudud

Posted: 08 Jun 2011 08:16 PM PDT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

"Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan "langkah mayatnya dulu" sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Aznil Hj Nawawi selamatkan penganggur dari bunuh diri

Posted: 08 Jun 2011 05:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan. - Metro

Inilah dosa besar dua pimpinan Umno, Mahathir dan Najib

Posted: 08 Jun 2011 07:30 AM PDT

Avatar Video Seks

OLEH HASMI BIN HASHIM

"If they can make Avatar, they can make every thing". ~ Dr Mahathir Mohamad.

Kata-kata itu tak kosong. Ia adalah sebuah keyakinan hati mantan perdana menteri ke-4. Samalah ketika ditanya apa yang beliau mahu selepas melepas jawatan Perdana Menteri, dengan nada seloroh dan jenaka katanya, "saya nak jadi Agong, mereka tak kasi".

Dari kaca mata politik-kekuasaan, itu bukan jenaka—walaupun nadanya terdengar seperti mudah dan seloroh. Maka, "Avatar" yang dimaksudkan Dr Mahathir seolah-olah apa sahaja gambaran dapat dibuat—termasuk, tentu sahaja, video seks yang pelakonnya menyamai wajah sesiapa sahaja. Termasuk wajah Anwar Ibrahim.

Anwar tetap musuh nombor satu beliau. Sekali Dr Mahathir pernah coba menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri; tak ada alasan untuk beliau dengan mudah melepaskan Anwar pada mana-mana waktu. Meskipun selepas beliau berundur daripada jawatan PM, ia bukan sebab untuk tidak terus menyerang Anwar.

Kemarahan terbesar Mahathir kepada Abdullah Badawi, dalam pengamatan saya, bukanlah kerana Barisan Nasional (BN) hilang banyak kerusi di dalam Pilihanraya Umum ke-12. Di bawah kritikan mendesak Abdullah berundur, tentulah kerana Abdullah dilihat 'membebaskan' Anwar.

Apabila Anwar bebas, maka oposisi terpandu untuk kembali mengejar jejak ke Putrajaya. Inilah yang paling ditakuti Dr Mahathir. Beliau tanpa sedar atau tidak, pernah mengakui akan lari dan tinggal di luar negara kalau Anwar berjaya menjadi perdana menteri.

Ternyata, walaupun selepas Dr Mahathir berundur daripada jawatan PM, kerja politik beliau tidak terhentikan. Beliau masih coba aktif mengatur itu-ini. Orang-orangnya masih ramai. Kepentingan dan sumber ekonomi yang mahu beliau pertahan, tetap sahaja banyak. Sementara di dalam diam-diam, timbul nama Shazryl Eskay Abdullah—seorang yang pernah mempunyai kepentingan langsung terhadap projek Jambatan Bengkok.

Apakah kita lupa bagaimana projek Jambatan Bengkok adalah antara projek emas Dr Mahathir. Di sinilah hubungan antara Dr Mahathir-dengan-Eskay yang tak dapat disembunyikan. Watak-watak lain di dalam drama pendedahan video seks yang didedahkan Eskay juga punya hubungan terus dengan Dr Mahathir. Terutamanya Rahim Tamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka.

Rahim, malah di dalam satu kenyataannya menyebutkan bagaimana beliau percaya karier politiknya dahulu pernah dibinasakan oleh Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri. Rahim sendiri mengakui beliau bertanya kepada Dr Mahathir, apakah Dr Mahathir yang menyebabkan kes "rogol budak bawah umur" dibawa ke mahkamah? Khabarnya Dr Mahathir menafikan. Lalu menuduh ia disebabkan Anwar. Rahim konon-kononnya percaya sehingga ramai sekali orang percaya hal itu, langkah Rahim kali ini tak lebih hanya untuk membalas dendam terhadap Anwar.

Di dalam riuh-riuh kes video seks, terdengar pula nama Shuib Lazim. Beliau adalah orang kuat Perkasa. Jawatannya penting iaitu sebagai Bendahari Agung. Maka dengan mudah kita bisa faham bagaimana Perkasa tak lain adalah sebuah "kenderaan politik" Dr Mahathir. Tak hairan juga bagaimana Perkasa jadi antara pehak yang paling banyak membuat komen terhadap video seks berkenaan melalui presidennya, Ibrahim Ali.

Begini, konspirasi tetap konspirasi. Hal "perut boroi" jadi kantoi sehingga menimbulkan pertanyaan meluas apakah benar pelaku di dalam video berkenaan adalah tulen Anwar? Polis melalui Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hanya berani menyebutkan bahawa video itu tulen, tetapi tak berani menyatakan bahawa Anwar-lah pelaku di dalam video yang kemudiannya tersebar meluas di Youtube.

Alasannya ialah tak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan lelaki pelakunya—sedangkan beliau terlupa, apakah ada peruntukan undang-undang untuk menyatakan video itu tulen atau tidak?

Keadaan ini hanya menimbulkan satu lagi keraguan. Melihat pengalaman dua kali fitnah yang dilempar ke atas Anwar, pehak polis sebelum ini begitu tangkas untuk bertindak—meskipun banyak tindakan polis bukan sesuatu yang mengikut lunas undang-undang.

Sebagai contoh, serbuan segera yang dibuat di rumah Anwar pada malam 20 September 1998; apakah sepenuhnya mengikut undang-undang? Begitu juga tangkapan kali kedua terhadap Anwar di hadapan simpang rumah beliau di Bukit Segambut—selepas Saiful Bukhari membuat aduan konon beliau diliwat—juga sangat jauh daripada mengikut undang-undang.

Lantaran itu, 'kelembapan' polis bertindak kali ini menunjukkan bagaimana sesungguhnya Polis juga tahu apakah pelaku di dalam video berkenaan bernar-benar Anwar atau tidak. Arakian langkah tidak mengumumkan pelakunya hanya meninggalkan persepsi negatif di dalam fikiran masyarakat (khususnya orang Melayu) terhadap Anwar.

Dalam kata mudah, orang Melayu khususnya di luar bandar yang susah mendapat maklumat barangkali telah menyakini bahawa pelaku seks itu adalah Anwar. Sebab itu kes ini adalah kes politik. Sebab itu tindakan pehak polis, khususnya Khalid sendiri boleh ditafsir juga sebagai "langkah politik" yang telah memenangkan sang konspirator dan pemerintah Umno-BN.

Gelanggang politik Malaysia bukanlah sebuah gelanggang yang terlalu besar dengan para pemain utama terlalu ramai. Balik-balik orang itu, orang itu jugalah. Lantas, adalah sesuatu yang sangat mustahil apabila seorang perdana menteri, seperti Najib Razak tidak mengetahui lebih awal mengenai sebuah rakaman video seks yang dikatakan melibatkan musuh politik nombor satu beliau sendiri.

Ya, seperti kata Dr Mahathir, "kalau Amerika boleh buat [filem] Avatar," apa sahaja boleh dibuat secara visual dan filem. Untuk membentuk wajah Anwar sedang melakukan hubungan dengan seorang wanita (dikatakan pelacur) Cina, bukanlah terlalu sukar. Belanjanya juga bukanlah terlalu mahal, dan tak perlu dibuat sampai ke Hollywood.

Saya tak fikir Najib tak tahu semua ini—tapi untuk mudah-mudah lepas tangan kononnya beliau 'bersih' tak terlibat, dan kononnya Umno juga tak ada kena -mengena di dalam komplot kali ini adalah satu kenyataan hipokrit. Lebih-lebih lagi, hari pertama video itu mahu ditayang; ia ditayangkan kepada editor-editor kanan media perdana—orang yang tentu sahaja mempunyai hubungan terus dengan HP dan emel Najib.

Sejak era Dr Mahathir sebagai PM, Najib bukanlah seorang menteri yang bersarang idea yang lebih hebat daripada Dr Mahathir. Najib selalunya menurut sahaja apa kehendak Dr Mahathir. Lalu, tidak mustahil untuk Najib sekali ini memberi restu kepada sebuah rakaman video fitnah yang sudah siap dibuat untuk dipublikkan seraya apa yang beliau perlu katakan cukup mudah, iaitu "Umno tak terlibat".

Namun kata-kata sedemikian tidak semestinya dapat membersihkan Umno daripada dosa yang maha besar. Dalam arti kata lain, kerosakan selepas lebih sedekad, dengan konspirasi demi konspirasi menjadikan orang Melayu dalam tak sedar telah belajar berbohong. Melihat pembohongan sebagai sesuatu yang seakan-akan diizinkan demi mencapai matlamat apapun. Termasuklah matlamat politik.

Media milik Umno, khususnya Utusan Malaysia juga dilihat tidak memainkan isu ini cukup kuat. Andailah memang pelakunya Anwar, kita yakin Utusan akan mencetak foto petikan video berkenaan saban hari di muka surat depan, di samping tak perlu bersusah payah mengalih isu kepada isu sumpah.

Belum pernah di dalam kehidupan budaya orang Melayu, sebegini bobrok dan hodohnya digambarkan wajah tamadun bangsa Melayu. Inilah dosa besar dua pimpinan Umno, iaitu Dr Mahathir dan Najib di mana mereka boleh dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Itu mereka punya pasal. Orang Melayu sendiri sesungguhnya harus menolak amalan politik ala Mahathir-Najib ini. Kita tidak boleh lagi mendiamkan diri dan menerima fitnah sebagai satu amalan biasa politik. Memang tak ada lagi alasan untuk menerima Umno yang ternyata telah merosakkan akal-budi bangsa sampai ke tahap ini.

Menolak Umno buat sekali ini berarti menyelamatkan bukan sahaja negeri, malah menyelamatkan bangsa daripada terus binasa; tenggelam dengan fitnah—sepertimana sebelum ini Tuhan menghancurkan bangsa-bangsa yang menjadi fitnah sebagai sebahagian daripada makanan harian mereka.

Saya percaya, Melayu tidaklah selemah itu.

Ismail Sabri buat website rakyat nak semak harga barang RM1.4 juta? Tu dia mahal nya ... ishishish

Posted: 08 Jun 2011 06:38 AM PDT

Ismail sabri melalui kementerian dia telah menubuhkan satu portal baru. Portal itu mempunyai tujuan yang murni. Tujuan portal itu ialah memberikan maklumat kepada pengguna mengenai harga semasa di beberapa pasaraya besar. Aku tidak mahu mengulas isu relevantnya kewujudan portal itu. Bagi aku memang ada kebaikan nya pada portal tersebut. At least kita boleh check harga semasa barangan dapur apabila online internet. 
Cuma bukan semua pasaraya dan barang yang kita nak ada kat dalam portal tersebut. Sapa lah yang nak check harga sayur kat internet? At least orang macam aku neh.. takan kita nak check harga ikan kat internet ye tak? Apatah lagi tempat aku cuma ada giant dan tf je. Itupun aku jarang masuk pasal bosan. Heh.


Walaupun kemudahan portal neh cuma membenefitkan orang yang ada internet, aku faham tujuan ismail sabri berbuat demikian. Dia cuba mencapai kemajuan teknologi untuk mendekatkan kementerian dia dengan generasi macam aku. Yang mana internet lebih bagus daripada layan akedemik fantasia. Internet juga lebih bagus daripada tonton mentor. Internet malahan berkali2 bagus daripada bn itu sendiri. Heh

Tapi yang buat aku rasa nak TERANJANG.. ya betul TERANJANG kerajaan ialah bilamana aku baca ungkapan kat bawah neh ;


Apa dia ismail sabri? Aku tak berapa nak dengar lah apa yang ko cakapkan pasal kos website neh.. ce ko ulang betul2 ismail bapak dafi oii..




APA? ULANG BALIK PLEASE!!!!


Owh okey... bila agak2nya barisan nasional boleh mampos dari malaysia neh ismail sabri? Ko dengar tak soklan aku? Ko jangan nak buat2 pekak pula. Yang ko lari tue apsal hah? Bangang!

Aku sejujurnya sokong usaha neh. Tapi kurang setuju bila aku ternampak kos website tue. Sebenarnya melalui satu group facebook ==> saya benci harga barang naik yang dibangunkan secara percuma boleh update puluhan malahan ratusan pelbagai kenaikan harga barang daripada pelbagai tempat sehingga kami pengguna facebook boleh alert barang apa yang semakin mahal. Ia tak melibatkan kos yang mahal. Ianya percuma dikendalikan oleh admin yang prihatin. Macam mana website 1pengguna.com neh boleh mencecahkan peruntukkan 1.4juta? Sebegini mahal? Website aje pun. Adakah kerajaan fack kan kita buta2 kat sini? Ya, betul mungkin alasan dana swasta bakal dikeluarkan kelak. Takpelah. Kalau itu alasan nya baik aku tidur lagi bagus.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/06/website-ismail-sabri-14juta-jer.html#ixzz1OguzdQEc

Hannah Yeoh nak daftar anak sebagai bangsa Malaysia?

Posted: 08 Jun 2011 05:16 AM PDT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

Bagaimanapun, JPN menolak permohonan itu dengan mengatakan yang pasangan itu hanya dibenarkan memilih sama ada Cina atau India. Hannah (kanan) akhirnya terpaksa memilih Cina dan memutuskan untuk menulis surat rayuan kepada Najib dan JPN.

Bawa ke mahkamah

Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.

"Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.

"Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.

"Pendirian mereka mengingatkan kita tentang identiti umum sebagai manusia biasa, dan sebagai ahli kolektif yang dipanggil Malaysia, layak untuk mendapat penghormatan paling tinggi," kata SABM dalam satu kenyataan hari ini.

Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.

Dianggap tempang

"Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.

"Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang," kata kenyataan itu.

SABM berkata Najib dan kabinet perlu mengambil tindakan serta-merta bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia.

"Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya". Kata SABM

"Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'" mengulas kenyataan - mkini

Umno bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu : Prof Aziz Bari

Posted: 08 Jun 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Malah menurut Aziz, orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara.

"Kita sudah lihat bagaimana pelaksanaan perlembagaan disabotaj oleh Umno. Dan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mempunyai parti lain yang boleh menyemak dan imbang Umno.

"Mereka perlu ubah ini; orang Melayu kena tinggalkan Umno dan perkasakan parti-parti yang komited dengan perlembagaan kerana di sana ada formula yang adil; bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain," katanya lagi.

Beliau dalam masa yang sama turut mengulas sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat, terutama Pas dan penyertaan di kalangan profesional Melayu muda dalam KEADILAN.

"Pada saya itu menunjukkan perubahan minda di kalangan orang Melayu khususnya generasi sekarang yang tidak lagi melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan mereka.

"Ertinya politik orang Melayu lebih kompleks sekarang dan Umno akan tenggelam jika tidak berubah. Kita juga harus ingat bahawa sebahagian besar mereka yang meninggalkan negara adalah generasi muda Melayu. Ini satu lagi fenomena yang menjelaskan anjakan politik yang kita lihat itu," kata pakar perlembagaan itu.

Muktamar Pas ke 57 minggu lalu menyaksikan Umno kembali menimbulkan isu perpaduan Melayu Islam dengan menawarkan kerjasama dengan Pas, di saat sokongan Melayu terhadap parti itu semakin terhakis.

Laporan EIU, Sebuah pusat kajian antara bangsa baru-baru ini mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan, khususnya di kalangan kumpulan Melayu pertengahan disebabkan amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu.

Ketika ditanya, apakah kuasa Melayu akan terhakis sekiranya pakatan memerintah, Aziz berkata ia hanya lah teori yang digunakan Umno untuk memastikan survival politik mereka.

"Soal itu hanya teori sahaja; ia tidak boleh menjadi kenyataan. Umno-BN sendiri berkuasa selama ini dengan sokongan bukan Melayu. Dalam PRU 1999 selepas reformasi orang bukan Melayu yang menyelamatkan mereka.

"Kemenangan besar 2004 juga sebahagiannya kerana undi bukan Melayu. Memang ada orang Melayu yang dangkal akalnya yang percaya dengan gula-gula itu. Dan Umno-BN ada Perkasa untuk mengipas ketakutan dan mitos itu.

"Jadi kita jangan layan retorik survival Melayu di parlimen kerana orang lain juga, ertinya bukan Melayu, tidak boleh bermain dengan teori itu," katanya.

Malah, kata Aziz, selama ini pun Umno-BN menggunakan taktik pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan kini mereka mengulang putar isu ketuanan Melayu kerana tahu tidak mempu memperoleh sokongan Cina dan India.

"Isu kuasa Melayu mereka mainkan sekarang kerana mereka tahu undi bukan Melayu tidak akan kembali kepada mereka. MCA, MIC dan Gerakan sudah menjadi liabiliti kepada BN.

"Dalam keadaan sekarang; yakni selepas 54 merdeka orang Melayu kena lebih berdikari. Mereka tidak harus termakan dengan dakyah Umno yang sengaja mengipas isu-isu tadi untuk kepentingan politik mereka.

"Orang Melayu perlu memperkasa demokrasi di negara ini kerana inilah sebenarnya jaminan masa depan mereka," ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14980

Peguam Syarie bidas 'Kelab Taat Suami'

Posted: 08 Jun 2011 12:58 AM PDT

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam. - malaysiakini

Tiada ulasan: