Rabu, 8 Jun 2011

bumiperak

bumiperak


Negara kebajikan cemaskan Umno-BN

Posted: 08 Jun 2011 07:42 AM PDT

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman. Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13. Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja. "Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib. Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di atas  'BN telah laksanakan negara kebajikan' wajar diberikan ucapan tahniah kerana ia memperjelaskan lagi imej sebenar di mata rakyat.

Dengan kenyataan itu, Najib ternyata mengakui negara kebajikan bagi Umno BN adalah dengan menaikkan harga petrol, barangan keperluan utama, elektrik dan pelbagai keperluan lain yang ternyata amat menekan rakyat dan di samping itu, negara kebajikan Umno juga adalah negara yang di dalamnya penuh dengan amalan rasuah, fitnah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan di kalangan pemimpinnya, sehingga turut mempengaruhi rakyat hidup dalam keadaan tidak bersih.

Menurut beliau, perkara itu amat berbeza dengan konsep negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS kerana negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS sememangnya selaras dengan tuntutan Islam. Katanya, dalam negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS, para pemimpinnya mestilah bersih, jujur, ikhlas, tidak mengamalkan rasuah dan tidak mengambil kesempatan ke atas rakyat, sehingga akan melahirkan keberkatan dari Allah.

"Apabila pemimpin bersih, jujur, ikhlas, rakyat juga akan menjadi bersih, jujur dan ikhlas seperti juga para pemimpinnya sehingga membolehkan negara turut bersih dari amalan rasuah dan jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Kalau tak menang pilihanraya bererti tak dapatlah nak memerintah. Kalau tak dapat memerintah, macam mana PAS nak melaksanakan negara kebajikan yang diperjuangkan?" katanya. Matlamat PAS menekankan pilihanraya, tegasnya, adalah untuk membolehkan PAS melakukan perubahan terhadap pemerintahan negara dengan beralaskan landasan yang betul selaras dengan tuntutan Islam. 

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man: Mengapa Umno menggelupor dengan 'negara kebajikan'? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat  di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen. Demikian kata  ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka. "Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim. Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka. "Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," terang beliau.

Tiada ulasan: