Rabu, 8 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS SATU-SATUNYA PARTI POLITIK SOSIALIS YANG MEMPUNYAI MAJLIS SYURA ULAMAK?

Posted: 08 Jun 2011 08:57 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini seorang Penganalisa Politik, Datuk Dr Zainal Kling membuat kenyataan di dalam akhbar Sinar bahawa PAS kini menuju ke arah parti sosialis. Saya tidak tahu selama ini apa yang dianalisa oleh Penganalisa Politik yang pro Umno tersebut berkaitan dengan PAS dan adakah beliau faham dengan dasar PAS semenjak ia ditubuhkan.

Kenyataan beliau itu tidak lebih daripada untuk membantu Umno di dalam menjalankan propaganda terhadap PAS yang kini semakin mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama. Apa buktinya PAS menuju ke arah sosialis dan bukti menunjukkan PAS telah mengubah dasarnya? Adakah kerana kemenangan Mat Sabu yang bukan dari golongan Ulamak menjadikan PAS sebagai sosialis? Mat Sabu seorang sosialiskah?

Mengapa Dr Zainal Klin ini tidak mengulas tentang Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak yang masih dikekalkan di dalam PAS sebagai badan yang mempunyai kuasa tertinggi melebihi Presiden dan Mursyidul Am PAS sendiri? Cuba sebutkan di mana contoh sebuah negara sosialis atau parti sosialis yang mempunyai Majlis Syura atau Dewan Ulamak?

Beliau selanjutnya menyebut bahawa PAS telah berubah daripada ingin membentuk Negara Islam kepada sebuah Negara Berkebajikan. Mengapa terlalu cetek pemahaman Dr Zainal Kling di dalam hal ini? Adakah sebuah Negara Islam itu tidak menitikberatkan kebajikan? Apa ertinya negara yang hanya menjadikan kebajikan sebagai slogan atau retorik seperti Umno yang juga mempunyai Kementerian Kebajikan, Rumah Kebajikan termasuk loteri kebajikan? PAS meletakkan harapan untuk mewujudkan Negara Berkebajikan berpaksikan kepada Islam bukan mencontohi seperti apa yang Umno telah lakukan selama ini.

Sekiranya PAS menyebut Negara Islam sekali pun, asasnya adalah juga kebajikan dan keadilan sejagat. Umno sering mendakwa negara ini adalah Negara Islam, tetapi apa yang telah mereka lakukan banyak yang menyimpang dari Islam. Ini bukti menunjukkan mempopularkan nama Negara Islam tidak membawa apa-apa erti tanpa penghayatan sebenar. Islam hanya digunakan oleh Umno hanya untuk meneruskan kuasa mereka menindas rakyat.

Konsep Negara Berkebajikan lebih mudah difahami oleh semua termasuk yang bukan Islam. Mereka akan mengetahui betapa Islam itu bukan hanya memperjuangkan hukum Hudud semata-mata. Hukum Hudud juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya negara ini rakyatnya susah dan miskin akibat kebajikan rakyat tidak terbela. Justeru itu, pengutamaannya adalah melaksanakan kewajipan untuk membentuk negara yang adil dan berkebajikan terhadap rakyatnya./wfauzdin.blogspot.com

IBU PEJABAT PKR DILELONG HARI INI, SAAT PALING BAIK UNTUK NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA

Posted: 08 Jun 2011 10:00 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini, bermulalah lelongan terhadap Ibu Pejabat PKR di Tropicana, PJ. Satu cabaran buat PKR disaat kita menanti Najib mengumumkan bila tarikh Pilihanraya Umum. Jika Najib cerdik, inilah saat yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum kerana maklumlah PKR sudah tidak mempunyai Ibu Pejabat, maka tentunya pengurusan dan gerak kerja parti terjejas.

Tetapi Najib bukan manusia yang berani jauh sekali dari bijak. Ketakutannya terhadap bayang-bayang DS Anwar mengatasi kebijaksanaan dan percaturan politiknya. Sebab itu, memikirkan tarikh pilihanraya umum satu mimpi ngeri buat beliau. Berbalik kepada soal Ibu Pejabat PKR, saya yakin pimpinan PKR telah mempunyai alternatif lain seandainya berlaku perkara di luar jangkaan. Cadangan PKR untuk membida bangunan tersebut amat baik, tetapi kita percaya ada pihak lain yang akan berusaha agar PKR kehilangan Ibu Pejabat tersebut. Mereka ada banyak wang, tiada masalah untuk mereka membida dengan harga yang PKR sendiri tidak mampu mengatasinya.

Alangkah baiknya, Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PR melakukan sesuatu agar PKR dapat memiliki Ibu Pejabat sendiri. PKR boleh membeli tanah di Selangor atau membeli mana-mana bangunan yang bersesuaian di Selangor untuk dijadikan Ibu Pejabat. Kita bukan minta tanah atau bangunan secara percuma walaupun kita memerintah di selangor, tetapi tentu ada inisiatif dari PKR dan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin ada hikmahnya dugaan yang dihadapi oleh PKR ini. Kehilangan Ibu Pejabat di Tropicana mungkin akan diganti dengan Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Tidak mustahil, bukan?/wfauzdin.blogspot.com

ASTRO NAIKKAN HARGA, PUNCANYA ADALAH KERAJAAN JUGA

Posted: 08 Jun 2011 12:16 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK sungguh rasanya, masih ada segelintir rakyat terutamanya orang Melayu yang memandang Kerajaan Bn terlalu bijak memerintah. Walaupun rakyat semakin dihimpit kesusahan dengan kenaikan harga minyak, barang dan letrik namun masih ramai yang merasakan memang wajar rakyat menanggung semua bebanan itu kununnya itu kenaikan global. Seluruh dunia begitu.

Terbaru, Astro yang bukan hak kerajaan pun mengikut langkah kerajaan menyusahkan pelanggan mereka. Semalam, Astro mengumum untuk menaikkan harga pakej perkhimatannya nya sehingga RM15, berkuatkuasa 15 Julai ini atas alasan tidak mampu menyerap kenaikan kos. Sebab apa Astro tidak mampu tanggung kos? Sebab harga minyak naik? Letrik naik dan barang-barang juga semakin naik? Siapa yang menaikkan itu semua?

Inilah kesannya bila semuanya naik harga, kununnya bil letrik dinaikkan hanya kepada mereka yang kurang dari jumlah penggunaannya lebih kurang RM77 sebulan. Tidakkah otak kita boleh berfikir, bagi kilang-kilang atau industri dan juga kedai-kedai makan serta pasaraya, adakah bil letrik mereka di bawah jumlah tersebut? Jika mereka terpaksa menanggung kos letrik yang tinggi, maka terpaksa mereka naikkan harga barang atau produksi syarikat mereka. Kemudiannya, kos pengangkutan lori yang membawa barang juga tiada lagi subsidi, mereka terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi. Adakah harga barang semakin rendah akibat semua ini?

Tidak pelik jika Astro pun turut menaikkan harga langganan mereka disebabkan faktor utamanya kerana kerajaan sendiri tidak bertanggungjawab. Kesan atau yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri samada mereka orang kuat Umno/Bn atau Pembangkang, di felda atau luar felda, di kampung atau di pekan termasuk yang tidak berparti. Tokeh Astro semakin kaya raya, tokeh TNB pun semakin tidor lena, tetapi rakyat?

Tiada jalan lain, kita terpaksa turunkan kerajaan yang menyiksa rakyat sepanjang masa. Jika sudah harga minyak dibuat `penyelarasan', harga gula dikatakan `pengurangan subsidi', harga letrik pun begitu dengan berbagai istilah lagi, mahu tidak mahu rakyat terpaksa bertindak jika kita tidak mahu terus menjadi hamba sepanjang masa./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: