Kelab Greenboc |
- Baru Menang AJK Pemuda Dah Tak Mengaku Ada Pengaruh Bapa?
- Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti
- RASMI : Mohd Sabu Menang Timbalan Presiden PAS, Senarai Penuh [updated]
- Tak rasmi: Mat Sabu Menang Timbalan Presiden PAS
- 15 Anak Kapal MV Akhirnya Diselamatkan
- Sengaja Mengundang Kemurkaan Ilahi: Illinois Nikahkan 36 Pasangan Sejenis
- Kalah Menang Tetap Setia Pada Parti
- E.coli Toksik Cetus Wabak Baru
- [Video] Umno Bebalkan Rakyat Islam, Kotorkan Politik Negara
- Remaja Diperkosa 11 Kali Oleh Ayah Tiri, Ibu Minta Anaknya Bersabar...
- [Bergambar] Pengundian Memilih Barisan Kepimpinan Telah Bermula
- Pasangan Dibogelkan Sebelum Isteri Diculik
Baru Menang AJK Pemuda Dah Tak Mengaku Ada Pengaruh Bapa? Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT Saya menang AJK Pemuda bukan kerana pengaruh bapa, kata anak Hadi GOMBAK, 4 Jun — Anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS pusat menolak dakwaan bahawa beliau menang kelmarin disebabkan pengaruh bapanya dalam parti Islam itu. Khalil berkata, dakwaan itu tidak benar kerana beliau merasakan perwakilan memilihnya berdasarkan kelayakan yang ada pada dirinya. "Saya tidak rasa perwakilan akan nilai saya disebabkan bapa saya. Kerana PAS telah diajar agar menyelidik dan melihat calon yang mempunyai kelayakan untuk memegang sesuatu jawatan. "Jadi saya tak rasa faktor bapa, saya menang," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider semalam. Selain itu, beliau juga berkata, kemenangan beliau merupakan satu kemenangan di luar jangkaan memandangkan beliau sebelum ini tidak disebut sebagai calon pilihan. "Saya terkejut. (Tetapi) saya akan terima tanggungjawab ini," katanya. Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Marang berkata, setelah dipilih menjadi exco Pemuda PAS pusat, beliau akan bersama-sama Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan dan rakannya yang lain akan mengukuhkan lagi Dewan Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan bila-bila masa. "Saya akan bersama-sama Dewan Pemuda membawa gagasan yang dibawa ketua saya untuk memimpin Pemuda PAS dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13. Saya akan bawa gagasan itu sebaik mungkin," kata Khalil, 34, anak sulung daripada 14 adik-beradik. Ayah kepada dua orang anak ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Yemen dan kini dalam proses untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Beliau bersama Nik Mohd Abduh Nik Aziz iaitu anak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS pusat, kelmarin. Nik Mohd Abduh yang sebelum ini merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS pusat dipilih sebagai timbalan ketua pergerakan itu. Nik Mohd Abduh juga menganggap faktor kemenangan sebagai timbalan ketua bukan semata-mata kerana pengaruh daripada bapanya, tetapi disebabkan rekod pencapaian sendiri. Katanya, beliau menang kerana pengalaman sendiri sebelum ini yang memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda PAS pusat sendiri dan juga di peringkat negeri Kelantan. "Perwakilan sudah lihat pengalaman saya. Jadi, mereka yakin untuk undi saya," ujarnya. Bagaimanapun beliau berkata, undi bonus juga datang disebabkan pengaruh ayah beliau sendiri. "Mereka masih sayang ayah saya. Kasih sayang itu tumpah kepada undi kemenangan saya sebagai timbalan ketua," katanya lagi. Jelas Nik Mohd Abduh, beliau akan memfokus untuk menyempurnakan hasrat Nasrudin dalam ucaptamanya pada Muktamar Dewan Pemuda. "Saya sekarang ini ambil sikap membayangkan apa yang hendak dibuat untuk PAS. "Perubahan atau pembaharuan untuk PAS, saya akan fikir dulu. Apa yang pasti, saya fokus untuk ucaptama Nasrudin dulu," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam. Nik Mohd Abduh, 41, sebenarnya berhasrat mahu bersara daripada Pemuda PAS. tetapi kembali ke pangkuan pergerakan itu sebagai timbalan ketuanya. Ayah kepada lapan orang anak ini kini bekerja sebagai pengetua Mahad Tahfiz Nikmatillah di Pulau Melaka, Kelantan. Ulasan GB Apalah punya dasyat anak TuanGuru ini. Baru menang jadi AJK Pemuda dah nafikan pengaruh bapanya. Semasa GB pernah bertandang ke rumah TGHH sekitar tahun 90an dahulu, pemuda yang bernama Khalil ini baru berusia belasan tahun. Sekarang dah ada ijazah. Handsome, bergaya malangnya sombong dan angkuh. Sdra perlu sedar bahawa tidak semua perwakilan pemuda memilih sdra kerana kelayakan yang ada pada diri sdra. Lagipun tinggi mana kelayakan sdra? Dah dapat 3-4 PhD kah sampai begitu sombong sekali jawapan sdra? Sdra mesti mengakui bahawa memang ada beberapa perwakilam memilih sdra kerana sdra anak Presiden. Setidak-tidaknya sdra perlu akur, ayah sdra mempunyai karisma dan nilai kepimpinan yang dihormati oleh ahli-ahli parti. Kalau sekadar kalayakan yang ada pada sdra, berlambak yang lebih baik kelayakan mereka daripada sdra. Di dalam hal ini pula, sikap Nik Abduh Nik Aziz yang menang sebagai Timbalan Ketua Pemuda lebih baik (walapun GB tak berapa berkenaan dengannya kerana kuatnya beliau menyokong gagasan UG), setidak-tidaknya beliau mengakui kemenangannya disebabkan oleh adanya pengaruh dari bapanya.
Begitu kontras. Kedua, GB hairan kenapakah Tuan-tuan guru kita tidak menghalang anak-anak mereka dari bergiat di dalam politik? Memang tidak salah tetapi, ia tidak manis dan tidak beretika apabila nanti dikaitkan dengan kronisma. Bukankah di dalam Islam sudah ada pengajarannya? Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..." Susahnya ialah apabila kita menyelar adanya unsur kroni apabila Mahathir mempunyai Mukhriz, Pak Lah ada Khairy, sekarang rupa-rupanya di dalam PAS saling tak tumpah juga seperti mereka. Mahu saja GB menyuruh seorang perwakilan menuju ke rostrum muktamar untuk membuat usul tergempar supaya dihalang anak-anak menantu pemimpin PAS ini dari bertanding untuk merebut apa-apa jawatan di dalam parti. Dah ler tu, sombong bukan main lagi. Menyusahkan parti. |
Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti Posted: 03 Jun 2011 10:30 PM PDT Seperti yang GB jangkakan sebelum ini, Mohd Sabu MENANG! Sekalipun gagasan "Kepimpinan Ulamak" dijadikan slogan dan motto oleh pihak tertentu di dalam PAS untuk mengenepikan dan menumpaskan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden, namun Allah menetapkan perencanaannya mengatasi perancangan pihak tertentu yang cuba menghalang Mohd Sabu dari memenangi jawatan tersebut. The Malaysian Insider mengungkapkan kemenangan itu dengan tajuk "Mat Sabu sah No 2 PAS, kumpulan profesional sapu bersih". Walaupun pengkelasan itu dinafikan oleh beberapa pihak namun memang jelas, golongan profesyenal menjadi pilihan perwakilan. Selain Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden, ketiga-tiga Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar adalah terdiri dari kumpulan profesyenal. Di dalam senarai AJK PAS Pusat pula, kecuali nama MB Kedah, yang terpilih 10 nama memperolehi undi tertinggi adalah dari kumpulan profesyional. Mazlan Aliman (884) Dr Hatta Ramli (765) Kamarudin Jaffar (739) Hanipa Maidin (735) Azizan Abdul Razak (721) Dzulkefly Ahmad (702) Mujahid Yusuf Rawa (651) Khalid Samad (643) Ghani Shamsuddin (579) Amiruddin Hamzah (576) Kekalahan Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin memeranjatkan sesetengah pihak setelah usaha untuk melobi beliau dilakukan begitu bersungguh-sungguh oleh beberapa pihak tententu sejak sebelum pemilihan berlansung. Namun GB sebelum ini membayangkan kemenangan Mohd Sabu di dalam tulisan ini walaupun ramai yang tidak atau sukar mempercayainya. Petikan:
Terbukti benar bukan perkataan GB? Pada awalnya, GB tidak begitu berminat untuk meletakkan Mohd Sabu sebagai orang yang perlu dipilih sebagai Timbalan Presiden. Sebab bagi GB, ada calon yang lebih baik dari beliau. Boleh baca di sini. Tetapi apabila Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengisytiharkan membuat pusing U, dan yang bertanding cuma tiga orang, iaitu Ust Nasharuddin Mat isa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohd Sabu, maka GB melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena di situ. Perancangan pihak tertentu untuk menonjolkan Tuan Ibrahim, semata-mata untuk mengenepikan Mohd Sabu adalah satu tindakan jahat dan amat keterlaluan. Ini menyebabkan GB menyeru ahli-ahli supaya menadah tangan kepada Allah masa itu: Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini. Akhirnya Allah memperkenankan doa kita. Komplot Geng Terengganu didedahkan: beberapa pemimpin penting PAS, antaranya Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib diutuskan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding. "Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan," jelasnya. 'Geng Terengganu' -- istilah yang muncul menjelang pemilihan dua tahun lalu -- merujuk kepada penguasaan 'strategik' terhadap tindakan politik Abdul Hadi. Selain Harun dan Nasrudin, turut dikaitkan dengan kelompok ini ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Abu Bakar Chik. Malah, pejabat presiden sendiri dikatakan dikuasai kelompok ini. malaysiakini, Jun 1, 11. Cuma tak disebutkan nama Mustapha Ali, Ketua konspirasi itu. Menurut "pemerhatian" dan "kajian" GB, Mustapha Ali inilah akitek di belakang semua kospirasi. Malah beliau merupakan orang yang mempengaruhi setiap tindakan presiden parti sehingga beliau berjaya mengangkat dirinya supaya dipilih sebagai Setiausaha Agong. Keputusan-keputusan Presiden seperti melantik Pengerusi J/K Pemilihan, Pengerusi J/K Disiplin, penyingkiran Ustadz Ahmad Awang sebagai Pesuruh jaya PAS Perak semuanya adalah didalangi oleh Mustapha Ali. GB dimaklumkan oleh beberapa orang-orang kuat parti juga, kuku Mustapha Ali kuat mencengkam di dalam setiap mesyuarat dewan harian. Malah beliau masih menguasai Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut dengan meletak petugas-petugas yang terdiri dari orang suruhannya disamping mempunyai "lembu-lembu"nya sendiri yang makan gaji di dalam harakahdaily, Unit I.T. dan seorang webmaster sebuah portal yang menggunakan pelbagai nama samaran yang menulis komen-komen di artikel-artikel di sana sini yang menjadi batu-api. Allah melingkupkan Geng Terengganu pertamanya dengan kegagalan Azman Shapawi mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda hasil dari percaturan "terlalu berlagak dan terlalu pandai" dari Geng Terenganu ini. Dan Geng Terengganu dan UG hanya memenangi dua kerusi itupun di penghujung jawatankuasa PAS Pusat yang menang tadi. GB memfitnah? TIDAK. Bawa GB ke hadapan J/K Disiplin parti. Nanti GB bakal buka lagi satu per satu. Tapi sebelum itu, buktikan dulu Jawatankuasa Disiplin itu berintegriti, bukan dilantik macam dulu stail kedai kopi sehingga dalam kes UG, Khalid Samad yang dihukum, dilepaskannya Hassan Ali. GB tidak akan terima Jawatankuasa sedemikian dan lebih rela dipecat dari memberi kerjasama kepada Jawatankuasa yang penuh dengan konspirasi sedemikian rupa. Kembali kita kepada kemenangan Mohd Sabu. Sebenarnya, Mohd Sabu sudah cukup merasa dirinya diperkotak-katikkan oleh geng Terengganu ini yang mempergunakan dirinya selama ini. Beliau telah diarahkan oleh parti untuk bertanding di Kuala Terengganu pada PRU yang lalu, semata-mata untuk memperalatkan populariti beliau bagi memenangi kerusi di situ. Tetapi Allah tidak mengizinkan ia berlaku, maka kalahlah Mohd Sabu. Jika Mohd Sabu bertanding di negerinya sendiri ketika itu, besar kemungkinan Mohd Sabu sudah menjadi YB di parlimen hari ini. Maka kemenangan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden sepastinya akan meletakkan beliau lebih tinggi dalam hirarki parti dari Mustapha Ali dan Mohd Sabu berhak untuk menentukan sendiri kerusi mana yang beliau hendak tandingi. Kemenangan Mohd Sabu adalah suara dan kehendak dari akar umbi. Apa selepas ini? GB dan lain-lain pejuang siber akan membantu barisan kepimpinan yang baru ini dengan gembira dan sepenuh hati supaya matlamat kita menumbangkan BN akan menjadi realiti. Dan kami bekerja kerana Allah untuk parti tanpa gaji, tanpa dihargai, walaupun setiap kali muktamar, peranan dan sumbangan blogger tak pernah diingati, jauh sekali dihargai. Memang dasyat barisan pimpinan yang lalu. Walaupun kami juga berjuang separuh mati untuk kemenangan parti. Hanya Allah tempat kami mengadu dan meluahkan segala permintaan kami. Alhamdulillah, Mohd Sabu menang kali ini, kerana Allah masih menyayangi kami dan terima kasih serta syukur kami ke hadratMu Ya Ilahi kerana memperkenankan doa kami, walaupun kami bukan dari kalangan ulama dan ustadz dalam parti kami. Harap-harap barisan pimpinan kali ini menghormati dan tidak melupakan jasa blogger-blogger nanti. Jika sama juga macam dulu, kita siapkan pedang untuk penggal leher mereka, sama macam kisah sahabat di zaman Umar semasa diangkat menjadi khalifah kedua di dalam khulafa Ar-Rashidin. Sekian sekadar itu luahan hati GB. Cukup emosi? Biarkan, secukup airmata yang mengalir kerana hati yang sebak menderita sebelum ini. |
RASMI : Mohd Sabu Menang Timbalan Presiden PAS, Senarai Penuh [updated] Posted: 03 Jun 2011 08:00 PM PDT Keputusan rasmi: Timbalan Presiden Mohd Sabu 424 Nasharuddin Mat Isa 224 Tuan Ibrahim Tuan Man 398 Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum. Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. PENGERUSI TETAP Tuan Haji Ustaz Abu Kasim TIMBALAN PENGERUSI TETAP Tuan Haji Hussin Ismail PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi 2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' – 399 undi NAIB PRESIDEN 1. Husam Musa , YB Dato' - 660 undi 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi 3. Mahfuz Omar, YB Dato' – 616 undi 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' – 321 undi 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri – 217 undi 6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi AHLI JAWATANKUASA KERJA Mazlan Aliman (884) Dr Hatta Ramli (765) Kamarudin Jaffar (739) Hanipa Maidin (735) Azizan Abdul Razak (721) Dzulkefly Ahmad (702) Mujahid Yusuf Rawa (651) Khalid Samad (643) Ghani Shamsuddin (579) Amiruddin Hamzah (576) Abdul Wahid Endut (556) Abu Bakar Chik (527) Mohd Amar Abdullah (470) Mahfodz Mohamed (449) Siti Mariah Mmahmud (445) Hassan Mohamed Ali (437) Abdul Ghani Abdul Rahman (430) Nuridah Salleh (416) Ulasan GB di dalam entri berikut nanti |
Tak rasmi: Mat Sabu Menang Timbalan Presiden PAS Posted: 03 Jun 2011 06:50 PM PDT Tak rasmi: Mat Sabu menang No 2 PAS KUALA LUMPUR, 4 Jun — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohamad Sabu menang jawatan timbalan presiden PAS, dan jika disahkan, ia akan mengejutkan banyak pihak dalam parti Islam itu dan pemerhati politik negara. Keputusan rasmi akan diumumkan sekitar 10 pagi ini. Proses mengira undi selesai tengah malam tadi. Di peringkat naib presiden, Datuk Paduka Husam Musa kembali memperoleh kedudukan itu, yang dikosongkan dua tahun lalu ketika memutuskan untuk bertanding timbalan presiden. Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar kekalkan kerusi nasib presiden. "Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Mohamad yang lazimnya dirujuk sebagai "Mat Sabu" bertanding kali kedua berturut-turut jawatan timbalan presiden. Beliau bersaing dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man — yang dikategorikan sebagai pemimpin daripada kalangan ulama. "Bagaimana kita kena tunggu pengumuman rasmi, sebab kita tidak mahu apa yang berlaku dua tahun lalu, keputusan terbalik ketika pengumuman rasmi dibuat," katanya. Kali ini PAS mengadakan proses kira undi dengan menyediakan ejen calon. Jawatan naib presiden turut disaingi oleh bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad iaitu Ketua Penerangan PAS dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah. -TMI Ulasan GB Ulasan penuh GB akan menyusul selepas keputusan rasmi diumumkan. |
15 Anak Kapal MV Akhirnya Diselamatkan Posted: 03 Jun 2011 05:15 PM PDT Pelabuhan Klang: Penantian lebih setahun 15 anak kapal MV Banga Biraj yang mendakwa terkandas dan hidup susah di negara ini selepas kapal berkenaan ditahan pihak berkuasa berakhir apabila diselamatkan dalam satu operasi, semalam. Operasi bersama digelar Ops Pintas diketuai Unit Anti Pemerdagangan Orang (Atip) Bukit Aman, Pasukan Polis Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Majlis Pemerdagangan Manusia Selangor bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir 5.30 petang. Ketua Operasi Atip, Deputi Superintendan Nor Omar Sappi, berkata siasatan awal pihaknya terhadap semua kru kapal MV Banga Biraj yang terkandas kira-kira enam batu nautika dari Pelabuhan Klang itu mendapati 15 anak kapal itu hidup tertekan. "Keseluruhan pasukan operasi menyelamat bekerjasama membawa 15 kru kapal MV Banga Biraj terdiri daripada 13 warga Bangladesh dan dua warga Indonesia terbabit untuk diberi perlindungan di penempatan sementara sebelum mendapat perintah dari mahkamah bagi Perintah Perlindungan Sementara (IPO)," katanya ketika ditemui ketika Ops Pintas di atas kapal berkenaan, di sini, semalam. Hadir sama, Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam dan Penolong Pengarah Tenaga Kerja Selangor, Rhymie Mohd Ramli. Kapal MV Banga Biraj ditahan di perairan Pelabuhan Utara berikutan berlaku tuntutan Northport Sdn Bhd selepas terlanggar dan merosakkan kren di pelabuhan itu dan perintah mahkamah yang diperoleh pada 4 Mei tahun lalu membolehkan kapal ditahan. Sementara itu, kelasi, Mohd Kafiluddin Munshi, 34, yang pernah cuba terjun ke laut akibat terlalu tertekan sebelum diselamatkan kru lain, berkata dia bersyukur mendapat peluang untuk pulang ke kampung halamannya Joypur, Chagalnaiya, Bangladesh. Katanya, selama ini dia terlalu sedih mengingatkan dua anak perempuan berusia empat dan satu setengah tahun serta isteri, Semona Begum, 26. "Empat belas bulan tanpa gaji dan duduk di kapal membuatkan saya rasa macam orang gila. Ketika saya ambil keputusan nak terjun ke laut itu saya terlalu kecewa dan sedih. "Kami turut mengenangkan keluarga di kampung yang tak tahu entah makan atau tidak," katanya yang turut berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia. Selepas didaratkan di Pangkalan Polis Marin, di sini, semua anak kapal MV Banga Biraj itu dibawa dengan van untuk diberi penempatan sementara di pejabat Jabatan Tenaga Kerja, Klang. -hm |
Sengaja Mengundang Kemurkaan Ilahi: Illinois Nikahkan 36 Pasangan Sejenis Posted: 03 Jun 2011 03:50 PM PDT Empat bulan lalu, Gabernur Illinois Pat Quinn menandatangani peraturan mengenai kebebasan kaum lesbian, homoseksual, dan transgender. Hasilnya, 36 pasangan sejenis mendapat kebenaran untuk bernikah. Pasangan-pasangan itu menampilkan diri di Millenium Park Chicago. "Ini hari bersejarah. Ini hari istimewa. Satu hari dimana seluruh warga di Tanah Lincoln dapat merayakannya. Setiap orang di negeri ini amat penting artinya," demikian Pat Quinn menyampaikan pidatonya di situ. Pernyataan Quinn yang berasal dari Parti Demokrat itu disertai bersama Datuk Bandar Chicago Rahm Emanuel. Chicago adalah kota terbesar di Illinois. "Satu perjalanan panjang untuk merayakan kesempatan ini," kata Emanuel, yang juga berasal dari Partai Demokrat itu. Di Amerika Syarikat, setidak-tidaknya ada enam buah negeri yang mengesahkan pernikahan sejenis. Selain Illinois, negeri-negeri yang dimaksudkan adalah Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont, dan Washington DC.
|
Kalah Menang Tetap Setia Pada Parti Posted: 03 Jun 2011 07:50 AM PDT Pemilihan PAS yang diadakan ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 memperlihatkan keutuhan parti berusia 60 tahun itu. Malah PAS kini boleh berbangga dengan kematangan politik dan kesetiaan ahlinya dalam menjayakan demokrasi dan mendapat tempat di hati rakyat negara ini. Calon Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dilihat tenang dan bersahaja ketika menyatakan situasi itu kepada TV Selangor hari ini. "Ini tunjukkan kesepaduan yang ada dalam PAS. Walaupun ada pertandingan semua bersatu padu. "Pertandingan paling hangat ialah Timbalan Presiden. Tapi saya juga menang ikut pemilihan... perbezaan pendapat di kalangan ahli adalah untuk kebaikan kerana semua berlumba-lumba untuk beri sumbangan kepada parti," kata beliau. Seorang lagi calon jawatan tersebut Mohamad Sabu menyatakan betapa ini merupakan keistimewaan PAS yang jarang dilihat pada parti lain. Beliau turut menyatakan bahawa PAS yang mengamalkan keterbukaan dalam pemilihan calon pilihan raya mengelakkan ahli mereka dari cuba melobi dengan cara yang tidak sihat untuk menang. "Calon pilihan raya tak semestinya yang menang. Kalau rasanya boleh menang di suatu kawasan, ahli baru pun boleh bertanding. Sebaliknya walaupun jika seseorang itu Ahli Jawatankuasa Pusat, jika tempat tidak sesuai, beliau tidak dibenarkan bertanding," kata beliau. Calon Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan betapa ahli parti itu jauh lebih matang dalam politik berbanding BN. "Ini buktikan PAS ada kematangan. Soal pemilihan mesti diteruskan, Muktamar mesti diteruskan, pilihan raya mesti bersedia. "PAS tidak takut berhadapan risiko seperti Umno dan parti BN lain. Setiap mereka yang bertanding, menang atau kalah tetap setia kepada parti," kata Mahfuz. Hal ini turut dikagumi oleh mereka yang baru menyertai dan mengenali PAS dengan lebih mendalam. Bekas pelawak Bob Lokman ketika ditemui TV Selangor menyatakan beliau melihat Muktamar PAS ibarat pertemuan keluarga yang besar. "Banyak perhimpunan yang saya sertai tapi perhimpunan PAS paling 'cool'. Semua berpegang pada satu perkara. Walaupun ada pertandingan. Kita nampak semua bersatu, macam dalam keluarga yang besar," ulas beliau yang pertama kali menghadiri Muktamar PAS selepas menyertai parti itu beberapa bulan lalu. -tvsnews
|
E.coli Toksik Cetus Wabak Baru Posted: 03 Jun 2011 07:00 AM PDT Wabak maut E.coli yang berpusat di Jerman dan merebak ke seluruh Eropah dikenal pasti dicetuskan bakteria jenis baru yang bahaya, kata saintis China yang membuat analisis terhadap bakteria berkenaan. Gambar: Bakteria jenis baru ditemui di dalam mentimun Saintis berkenaan berkata wabak itu sudah membawa maut kepada 17 orang dan menyebabkan lebih 1,500 sakit di sekurang-kurangnya 10 negara Eropah, membawa gen yang menjadikan bakteria itu kebal kepada beberapa jenis antibiotik. "E.coli ini adalah bakteria jenis baru yang mudah berjangkit dan toksik," kata saintis di Institut Genomik Beijing di Shenzhen, yang bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di Jerman bagi mengenal pasti punca wabak itu. Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Aphaluck Bhatiasevi, berkata badan itu sedang menanti maklumat lanjut daripada beberapa makmal lain. "Jenis bakteria ini tidak pernah dilihat dalam wabak yang dialami sebelum ini," kata beliau. Russia semalam melarang kemasukan sayuran mentah dari Kesatuan Eropah, mencetuskan bantahan Surahanjaya Eropah. Moscow sebelum ini melarang kemasukan sayuran dari Jerman dan Sepanyol, selepas pihak berkuasa di Hamburg menyatakan timun dari Sepanyol tercemar dan mencetuskan wabak itu. Pegawai Jerman kemudian memohon maaf kepada Madrid berikutan maklumat itu tidak benar. Ketua agensi perlindungan pengguna Russia, Gennady Onishchenko berkata kematian akibat wabak itu menunjukkan undang-undang kesihatan Eropah yang didesak diikuti Moscow tidak berkesan. Agensi kawalan penyakit Jerman, Robert Koch Institute (RKI) melaporkan terdapat 365 kes baru E.Coli dan 25 peratus daripadanya membabitkan komplikasi mengancam nyawa dicetuskan sejenis E.coli yang digelar E.coli menghasilkan toksin Shiga (STEC). WHO berkata ia sudah dimaklumkan mengenai kes di Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan Britain. – Reuters |
[Video] Umno Bebalkan Rakyat Islam, Kotorkan Politik Negara Posted: 03 Jun 2011 06:10 AM PDT Dalam ucapan yang dianggap paling keras terhadap Umno, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti pemerintah itu sebagai pengotor politik negara menerusi amalan rasuah, fitnah, pembohongan dan perkauman sempit. Penegasan beliau sekaligus menzahirkan bahawa parti Islam itu tidak "termakan" dengan pelawaan-pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mendedahkan Umno menawarkan tiga jawatan Menteri jika PAS setuju meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama Umno. Namun, ucapan Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar PAS di Kuala Lumpur pagi tadi menyerlahkan pemikiran PAS mengenai pemimpin-pemimpin Umno yang membuat cadangan itu. "Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam, tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana (mereka) dijangkiti keruntuhan moral, rasuah dan menyalah guna kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," kata Hadi. "Politik seperti ini perlu dimurnikan dan sudah tentu Umno-Barisan Nasional akan gagal untuk membersihkan politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri," tambah beliau. Hadi berkata kemurnian politik negara dicemari dengan tindakan jijik menerusi pelbagai angkara dan perkara kotor sehingga memalukan anak-anak yang menjadi penonton kepada perlakuan sedemikian. Ahli parlimen Marang itu kesal kerana amanah besar yang diberikan kepada Umno untuk mengisi kemerdekaan negara sebaliknya digunakan sebagai peluang kebendaan untuk menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. "Akhirnya harta negara menjadi milik peribadi pemimpin mereka (Umno), meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini," tambah beliau. Hadi berkata cita-cita untuk membina sebuah Malaysia yang sejahtera dan aman digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang mengaut khazanah negara dan membelakangkan falsafah dan tuntutan Islam. "Hakikatnya Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan meperbodohkan mereka," kata beliau. Justeru Hadi berkata adalah tanggungjawab PAS untuk terus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam. Langkah sedemikian akan membebaskan ummah "daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah," jelas beliau. |
Remaja Diperkosa 11 Kali Oleh Ayah Tiri, Ibu Minta Anaknya Bersabar... Posted: 03 Jun 2011 04:45 AM PDT Ampang: Ibu kandung dan bapa tiri seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dijadikan hamba seks bapa tirinya itu sejak Mac lalu di rumah ditahan untuk siasatan lanjut, kelmarin. Gambar fail Lebih malang, siasatan awal polis mendapati ketika perbuatan terkutuk itu dilakukan, ibu kandung mangsa yang berusia 30-an ada di rumah, tetapi tidak melakukan sesuatu bagi menghalang perbuatan terkutuk suaminya itu. Difahamkan, ibu mangsa yang juga seorang ustazah hanya mampu mendiamkan diri kerana takut dia ditinggalkan suaminya itu. Pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah rumah di Kajang, kira-kira jam 8 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan. -HM Berita sebelumnya
Ulasan GB Jika pagi tadi ada berita seorang bapa durjana mengancam untuk bunuh anak dengan pedang samurai, yang di atas pula seorang ibu sanggup merelakan anaknya diperkosa oleh suami kerana takut ditinggalkan. Bak kata pengkomen pagi tadi, macam-macam gila ada atas dunia ni... |
[Bergambar] Pengundian Memilih Barisan Kepimpinan Telah Bermula Posted: 03 Jun 2011 03:45 AM PDT Perwakilan PAS mula undi, diramal saji barisan kanan kuat ANALISIS, 3 Jun — Sejurus selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan berlainan jurusan antara kepimpinan ulama dengan kepimpinan profesional tidak bermakna PAS dikatakan sudah berpecah. Menurut presiden PAS itu, pertembungan antara kumpulan ulama atau profesional bukan perkara baru dalam parti. "Istilah ulama dan profesional bukan benda baru. PAS menganggap kepimpinan ulama dan profesional sebagi satu kolektif. "Islam itu luas. Bukan hanya melibatkan agama semata-mata tetapi turut termasuk cara hidup dan bidang jurusan yang diambil pemimpin," katanya kira-kira empat jam menjelang proses pengundian sempena Muktamar Tahunan Ke-57. Proses pengundian yang disertai sekitar 1,000 perwakilan bermula sekitar 4 petang ini dengan keseluruhan tumpuan adalah ke atas jawatan timbalan presiden dan naib presiden. Kira-kira sejam sebelum pengundian, seorang pemimpin pusat parti memberitahu The Malaysian Insider bahawa perwakilan akan menghantar pemimpin yang kuat ke peringkat timbalan presiden dan naib presiden dengan personaliti bercampur-campur di peringkat jawatankuasa kerja pusat. Hadi juga berkata, istilah ulama dan profesional sebenarnya lebih kurang sama, yang berbeza hanya latar belakang jurusan mereka. "Dulu kita pernah ada Datuk Asri (Muda) sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga merupakan seorang ilmuan," katanya yang mempertahankan isu ini tidak sesekali memecahbelahkan PAS. Nasharudin Mat Isa yang menjadi timbalan kepada Hadi sejak 2005 berhadapan dengan cabaran Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tun Man. Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga mempertahankan kerusi naib presiden masing-masing tetapi berhadapan dengan cabaran daripada Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Idris Ahmad. Beberapa hari lalu, seorang pemimpin kanan yang bertanding menegaskan, sekiranya PAS mahu lebih kuat, maka jawatan nombor dua parti Islam itu perlu diberi kepada individu yang berani dan lantang bersuara. "PAS memerlukan kuda hitam, kita perlukan penggempur yang berani dan lantang bersuara selain boleh membantu presiden. "Dan, dalam pertandingan kali ini hanya Mat Sabu sahaja yang boleh membantu memperkuatkan PAS, kita sudah tidak boleh bergantung pada imej sahaja... kita perlu lakukan perubahan dan perlu pemimpin yang berani," katanya. Ditanya sama ada Mohamad berpeluang untuk menang selepas mencuba buat kali pertama dua tahun lalu, pemimpin itu berkata: "Kalau kita lihat undi golongan ulama akan pergi kepada Tuan Ibrahim atau mungkin akan berpecah dengan Nasharudin tapi undi golongan profesional akan kekal bersama Mat Sabu." "Ketiga-tiga ini saya akui memang banyak perbezaan dan kalau hendak dibandingkan dengan Mat Sabu, beliau jauh mengatasi calon-calon lain. "Mungkin dari segi personaliti Mat Sabu ini tidak setanding Nasharudin dan Tuan Ibrahim sebab beliau ini agak selekeh, tapi Mat Sabu ini popular dan ramai orang termasuk bukan Melayu menyukainya," katanya. Pada pemilihan kali ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002. Sejak pemilihan 2005 sehingga 2009, jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan. Pada 2005, Nasharudin menewaskan Allahyarham Datuk Hassan Shukri diikuti pada 2007 mengalahkan Datuk Harun Taib. Pada 2009, Nasharudin menempuh pertarungan sengit apabila berhadapan dengan dua pemimpin yang dikatakan 'cukup ampuh' dalam PAS iaitu Mohamad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr A Aziz Bari berkata, PAS akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya Mohamad dipilih untuk jawatan nombor dua itu dan pada masa sama dapat membantu Hadi. Ini kerana jelas beliau, Mohamad adalah seorang pemimpin yang paling layak untuk memegang jawatan itu buat masa sekarang selain telah membuktikan kemampuan diri. Justeru kata Aziz, fokus utama perwakilan yang akan memilih barisan kepimpinan PAS pada hujung minggu harus melihat lebih jauh ke hadapan iaitu kesan daripada keputusan yang bakal mereka buat. Aziz sebelum ini pernah mengatakan kepimpinan PAS perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu. Justeru tegas beliau, untuk memastikan cita-cita Pakatan Rakyat menawan Putrajaya PAS perlu meletakkan Mohamad sebagai timbalan presiden selain memilih Husam untuk jawatan nombor tiga parti itu. "Selain itu Mahfuz dan Salahuddin perlu kekal sebagai naib presiden kerana mereka telah menunjukkan prestasi amat cemerlang, baik sebagai naib presiden atau sebagai ahli Parlimen. Pada pemilihan kali ini seramai 983 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan PAS pusat manakala 750 perwakilan untuk sayap-sayap parti Islam itu. Pengarah Eksekutif dari Merdeka Center Ibrahim Suffian yang ditanya perkembangan terakhir menjelang pengundian berkata, "bagi PAS, pemilihan kali ini merupakan penentu kepada kedudukan parti itu dalam arena poliitik negara ini." Mengambil kira perkembangan keputusan kedua-dua sayap Pemuda dan Muslimat PAS semalam, kata beliau, keputusan pusat sedikit sebanyak akan ada kesan. Muslimat memperlukan penyertaan golongan profesional manakala Pemuda PAS pula masih dikuasai kumpulan konservatif dan berlatarbelakangkan agama. "PAS sebenarnya memerlukan barisan kepimpinan yang berani dalam mengetengahkan isu-isu Melayu, untuk berdepan dengan Umno yang kelihatan menonjol," kata Ibrahim yang berharap perwakilan akan mengambil kira senario politik semasa negara ini. "Kini PAS dan Pakatan Rakyat nampak lesu... jadi, PAS kena ada kepimpinan untuk mengisi ruang ini," katanya yang turut mengakui siapa antara tiga calon timbalan presiden yang dapat memenuhi keperluan itu masih tidak jelas. Dalam ucapan dasar pagi tadi, Hadi menekankan bahawa ahli-ahli PAS perlu mengambil tindakan "membersihkan politik" negara ini daripada perilaku dan gejala politik jijik fitnah dan perkauman sempit dibawa Umno-BN, dan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu perlu memainkan peranan utama ke arah itu. "Marilah kita memurni dan membersihkan siyasah atau politik sebagai satu bidang dan juzu penting dalam kehidupan umat Islam khasnya, dan rakyat seluruh rakyat amnya, dengan membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan Umno-BN di waktu ini. "PAS mesti mengambil peranan utama dalam menjayakan usaha murni ini untuk menamatkan fahaman dan amalan politik matlamat menghalalkan cara seolah-olah politik adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariat Allah," kata beliau. Pengumuman rasmi keputusan rasmi dijangka diketahui awal pagi Ahad ini. -TMI
Kredit Foto kepada Team IT |
Pasangan Dibogelkan Sebelum Isteri Diculik Posted: 03 Jun 2011 01:30 AM PDT Tiga Lelaki Larikan Isteri Di Awal Pagi GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin. Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah. Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik. "Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami," katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu. Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya. -hm |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan