MiLo SuaM |
Tangkapan lucu pertama untuk menghalang BERSIH 2.0 Posted: 24 Jun 2011 02:11 PM PDT APA yang ReJaM© nak kongsi hari ini adalah beberapa keping gambar yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam. Apa yang menariknya, pemuda ini dilihat begitu ceria malah bangga ditangkap oleh Polis (siap angkat tangan sambil tersenyum). Menurut maklumat yang dikirim, pemuda ini tahu bahawa dia akan dilepaskan kerana tiada mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan Polis menangkap seseorang hanya kerana memakai baju kuning yang mempunyai tulisan BERSIH 2.0. Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini. Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Di bawah ini gambar Khairul Anuar Zainuddin, selepas dibebaskan kerana tiada sebab untuk pihak Polis menahannya di dalam lokap malam tadi. ReJaM© "Polis pun terpaksa jadi alat propaganda United Malays No Otak, kesian..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan