Blog-list Malaysia |
- Polis ambil kenyataan pemimpin AMK kerana ajak peneroka sertai Bersih 2
- Najib: Umno tak boleh menang PRU jika masih guna senjata lama
- HA HA HA....
- 'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'
- BERSIH 2.0 - Polis Kepung Lokasi Anak Muda Di Shah Alam
- Pesta Serang Anwar
- Di Sebalik PENDAKWAAN Terhadap Datuk T
- Video seks: Anwar tak gentar pendedahan trio Datuk T
- Kronologi skandal pendedahan video seks Datuk T
- Versi Video Johari Abdul - Eskay Marah Anwar Tak Bantu
- PKR terbit video 'versi Johari'
Polis ambil kenyataan pemimpin AMK kerana ajak peneroka sertai Bersih 2 Posted: 25 Jun 2011 01:09 AM PDT PETALING JAYA: Lima anggota AMK dipanggil polis untuk diambil kenyataan berikutan satu ceramah di Felda Gedangsa, tengah hari Selasa lalu. Dalam ceramah itu, Naib Ketua AMK Hulu Selangor Mohd Hafiz Abdul Rahman dikatakan mengajak masyarakat peneroka menyertai perhimpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur, 9 Julai depan. Akibatnya, Mohd Hafiz terpaksa ke balai polis Felda Gedangsa malam tadi untuk memberi kenyataan setelah satu laporan polis dibuat terhadap ucapannya itu. Manakala empat ahli AMK diambil kenyataan di balai polis sama siang semalam. "Saya disiasat antara 45 minit hingga sejam malam tadi sebelum dibebaskan," katanya. Mohd Hafiz berkata, ceramah di Felda Gedangsa itu bukan anjuran AMK tetapi pasukan khas kerajaan negeri Selangor. Elizabeth Wong tidak hadir Tetapi, Exco Elizabeth Wong tidak hadir, tetapi pemimpin PKR dari Pahang, Suhaimi Said menyampaikan ucapan mengenai peneroka Felda. Mohd Hafiz merupakan penceramah terakhir yang menurutnya tidak ramai peneroka hadir kerana ada khabar angin mengatakan program itu dibatalkan. "Dalam ucapan terakhir saya meminta peneroka yang hadir di program tersebut menghadiri perhimpunan Bersih 9 Julai depan. "Seorang anggota yang hadir di program telah membuat laporan terhadap ucapan saya itu," katanya yang dihubungi hari ini. Polis menurut Mohd Hafiz mendakwa ucapan saya meminta peneroka hadir perhimpunan Bersih itu sebagai menghasut. Bersih akan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menuntuk pilihan raay bersih dan adil. - Free Malaysia Today |
Najib: Umno tak boleh menang PRU jika masih guna senjata lama Posted: 25 Jun 2011 12:07 AM PDT Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kepimpinan Umno agar melakukan lebih banyak perubahan sambil menegaskan "senjata lama" tidak lagi boleh digunakan dalam era politik masa kini. Bercakap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Selayang, Najib berkata sekiranya parti Melayu itu masih menggunakan senjata lama belum tentu akan menang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. "Semua ini menuntut kita buat perubahan, kalau kita buat cara lama, kaedah lama dan senjata lama kita boleh menang perang lama... perang baru belum tentu lagi. "Jangan kita jadi macam zaman Kesultanan Melaka tahun 1511, Portugis datang dengan 400 orang tapi kita berdepan dengan tombak, keris dan anak panah. "Memang senjata itu melambangkan pahlawan Melayu... segak, orang Melaka segak dengan keris, tombak tapi Portugis datang dengan senjata lebih moden... dengan senapang dan meriam, setakat segak tak cukup bila kita berdepan dengan orang yang lebih berkemampuan," kata Perdana Menteri. Dalam ucapan di hadapan kira-kira 739 perwakilan Umno Selayang, Najib (gambar) juga menegaskan hanya "johan" yang akan memberi makna bagi mana-mana parti politik. "Jika kita dikehendaki melihat lebih jauh sudah tentu sebagai sebuah parti politik yang paling penting untuk berjaya dalam pilihan raya kerana dalam pilihan raya tiada istilah naib johan. "Dalam pertandingan biasa ada hadiah untuk naib johan tapi untuk pilihan raya hanya johan ada erti dan kita perlu sedar bahawa naib johan bererti kita kalah pada pilihan raya," katanya. Kata Presiden Umno ini, parti yang kalah dalam pilihan raya merupakan satu tamparan dan bagi memastikan Umno terus kekal beliau mahu "sejarah lama" dijadikan panduan untuk bangkit semula menghadapi Pakatan Rakyat. "Kita tahu erti parti yang kalah, kita sudah rasa pahit bila kita kalah, maruah kita, imej kita dalam keadaan tak menentu... kalau sudah mengalami perjalanan pahit ini sebagai sebuah parti yang kalah, kita lihat dari segi kejayaan, rekod dalam amalan demokrasi berparlimen tiada parti yang lebih cemerlang daripada kita. "Namun kita sedar kehebatan silam dan lipatan sejarah, sehebat mana bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa akan datang," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) tewas besar di mana Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen. Jelas Najib, landskap politik masa kini memerlukan lebih banyak perubahan terutamanya revolusi maklumat yang membolehkan rakyat mengetahui segalanya melalui Internet. "Kita tidak boleh kaku sebab kalau kita takut melakukan perubahan orang lain akan mengatasi kita... kita tidak boleh bangga dengan simbol, imej tapi pengisian kurang, sejarah sudah mengajar kita yang patut menjadi guru yang paling besar. "Bila sudah alami pengalaman ini, kita perlu bangun, buat perubahan... bukan sahaja kepimpinan atasan tapi semua Umno-BN di semua peringkat sebab pengundi akan menilai kita," katanya. Beliau juga mengingatkan kepada kepimpinan Umno agar memberikan tumpuan utama kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri. "Yang lebih penting kita mesti dekat dengan pengundi, usah main lobi sahaja, main dengan rakyat. "Bilangan ahli kita tidak boleh menjamin kemenangan kita tapi orang di luar itu kita mesti jaga dan kita mesti ada hubungan ikatan dengan mereka," katanya. Sebelum ini Najib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun depan. Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013. |
Posted: 25 Jun 2011 12:06 AM PDT |
'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan' Posted: 24 Jun 2011 11:02 PM PDT Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan. "Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit. "Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini. Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar. Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang. Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan. Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. |
BERSIH 2.0 - Polis Kepung Lokasi Anak Muda Di Shah Alam Posted: 24 Jun 2011 05:09 PM PDT Abang Long Kena Tangkap Pakai Baju BERSIH? SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini. Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu. Jonah (T-shirt kuning) dibawa ke balai polis Shah Alam Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam. Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu. "Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu," kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini. Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu. "Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…" katanya. Terdahulu, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan. Sumber disini |
Posted: 24 Jun 2011 07:25 AM PDT Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu ? Atau, adakah memadai untuk Peguam Negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar. Tidak ada peluang untuk peguam- peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan 'Datuk T'. Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh Peguam Negara, Polis dan peguam 'Datuk T' untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka. Pada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan "pakar" dan bukti- bukti lain yang dikemukakan semalam. Justeru persoalan yang amat relevan adalah : Adakah Peguam Negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau ? Jika jawapan Gani adalah "Ya", maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji "bukti- bukti" pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinci "semangat patriotik' gandingan 'Datuk T' dalam menayangkan video lucah berkenaan. Sayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay Abdullah tidak pula mengaku TIDAK bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri. Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam- peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas "pakar- pakar" pendakwaraya. Namun ini tidak berlaku. Gandingan 'Datuk T' sebaliknya cepat- cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan. Sebaik sahaja keluar mahkamah, 'Datuk T' dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar. Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah 'Datuk T' adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah, memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis ? Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar. Yang menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang memberikan peratusan sedemikian. Satu carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk siswa ijazah pertama sahaja. Kewibawaannya dalam bidang penyelidikan ala- CSI ini perlu disahkan terlebih dahulu. Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika itu di mahkamah terbuka, peguam 'Datuk T' pula menyimpan dokumen itu untuk ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan. Rahim, Shuib dan Eskay kemudian "dilepaskan" dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup "mengorbankan diri" dengan menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia. Jika itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka. Denda beberapa ribu ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang. Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan 'Datuk T', oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya; - Eskay mendakwa kejadian berlaku di hotel, kertas tuduhan mengatakan ia berlaku di sebuah pangsapuri. - Eskay mengaku beliau berada dalam rakaman lucah itu dan camcorder yang mengandungi rakaman itu dirampas dari beliau oleh polis. - Justeru, bukankah Eskay mempunyai peranan yang jauh lebih berat dalam rakaman video itu ? Kenapa dibataskan dakwaan terhadap Eskay hanya dalam peranan menayangkan video lucah dan bukan sebagai pihak yang mendalangi rakaman itu sendiri ? Malah, mungkin membekalkan pelacur Cina yang dimaksudkan ? - Dan, ini persoalan yang sering ditanya oleh media arus perdana – apa jadi dengan isu jam Omega yang diserahkan oleh Eskay kepada polis ? Tiba- tiba isu jam itu "dilenyapkan' daripada paparan orang ramai. Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada aspek- aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya. Segala pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau pertuduhan. Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya, peguam 'Datuk T' "melanyak" beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di mahkamah. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan kepada Anwar. Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam Negara di dalam mahkamah terbuka ? Semua ini dibuat tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri. Rasanya Khairy tahu maksud pepatah "lontar batu sembunyi tangan" |
Di Sebalik PENDAKWAAN Terhadap Datuk T Posted: 24 Jun 2011 07:04 AM PDT Anda jangan silap, walaupun kita boleh bergembira kerana akhirnya trio Datuk T - bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Shuaib Lazim - akan dikenakan pertuduhan, tetapi orang sebenar yang akan dibicarakan ialah Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak akan dipanggil ke mahkamah untuk membela diri terhadap skandal ini video seks ini. Namun perbicaraan oleh 'media' terhadapnya akan berterusan. Tuduhan paling besar yang mungkin akan dikenakan terhadap ketiga-tiga mereka ini ialah kerana memiliki dan mengedar bahan lucah. Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka mungkin akan membela diri mereka "tidak bersalah" dan akan memakan masa berhari-hari di mahkamah. Malah jikapun mereka mengaku bersalah, kempen mereka untuk mencemarkan nama Anwar tidak akan terhenti demi untuk tuan mereka. Tujuan sebenar Di dalam mahkamah nanti kita akan dapat lihat apakah tujuan sebenar mengapa ketiga-tiga lelaki ini kekal dengan pendirian mereka (menayangkan video lucah secara terbuka). Jika mereka memilih untuk mengaku tidak bersalah, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa ketiga-tiga mereka memang bersalah kerana memiliki dan mengedarkan bahan lucah. Untuk membuktikan perkara ini, mereka perlu menjelaskan bagaimana, di mana dan kenapa mereka memiliki video seks ini. Butiran yang buruk pasti akan ditonjolkan di dalam semua saluran media dan melalui akhbar-akhbar aliran perdana . Kita akan dihidangkan dengan pelbagai perkara yang buruk tentang Anwar Ibrahim, sedangkan identiti pelakon itu tidak dibincangkan sama sekali di dalam perbicaraan itu. Lebih menyedihkan daripada semua itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipanggil ke mahkamah untuk membela diri. Perbicaraan yang baru ini akan mewujudkan persepsi bahawa lelaki di dalam video itu ialah Anwar Ibrahim. Ini adalah permainan persepsi yang UMNO dan orang bawahan mereka mainkan sehingga kini. Kebenaran tidak penting, yang penting ialah apa yang anda dan saya percaya - walaupun hakikatnya ia tidak benar sama sekali. Pembunuhan watak Jika tuan boneka mereka memutuskan untuk berbuat demikian (mengaku tidak bersalah) ia akan memperlihatkan kredibiliti mereka terlalu tipis, mereka mungkin memilih untuk mengaku bersalah. Sudah tentu, mereka akan diberikan hukuman yang minimum - mungkin dikenakan denda sahaja. Kemudian akan diadakan sidangan media, temu bual dengan akhbar, keluar di dalam majalah-majalah di mana media yang dikawal oleh kerajaan akan menonjolkan mereka sebagai wira, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah satu jenayah dan dosa kezaliman yang paling besar. Secara logiknya, keseluruhan perkara ini sangat jelas. Trio Datuk T malah kemudiannya mengakui segala tindakan mereka memiliki dan mengedarkan video seks. Malah mereka sendiri memanggil dan mengumpulkan wartawan untuk menonton video ini. Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thambi Chik sendiri menerangkan bagaimana mereka mendapat video seks, dan memberitahu bahawa tindakan menayangkan video itu adalah wajar dan untuk memberitahu kepada negara siapakah Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga lelaki kemudian menuntut kepada Anwar Ibrahim dan isterinya supaya berhenti daripada aktif di dalam politik. Anwar telahpun membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka.. Dengan pengakuan sahaja, ketiga-tiga pesalah ini akan diberi ruang untuk membela diri di dalam mahkamah, jika mereka mahu. Ini merupakan satu kes yang jelas dicipta UMNO untuk pembunuhan watak dengan menggunakan badan kehakiman dan duit pembayar cukai semata-mata 'untuk menjatuhkan musuh besar mereka'. Ia agak memalukan apabila tiga lelaki ini dan UMNO menggunakan mahkamah untuk melemparkan lumpur ke muka Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar tidak mempunyai peluang untuk membela diri atau menjawab di dalam mahkamah kerana pertuduhan ini tidak memerlukan dirinya. Malah, pertuduhan kerana memiliki dan mengedar ini tidak memerlukan untuk menentukan siapakah pelakon lelaki dan pelakon perempuan di dalam video itu. Trio Datuk T akan melalui hari-hari mereka di dalam mahkamah tetapi ia tidak akan membawa kebenaran. Sebaliknya kes mahkamah akan digunakan sebagai pentas untuk menyebarkan lagi pembohongan ini. Semuanya adalah untuk tujuan yang jelas, memalitkan pertuduhan elit UMNO terhadap Anwar Ibrahim dan menolaknya jauh daripada arena politik Malaysia. Sumber disini |
Video seks: Anwar tak gentar pendedahan trio Datuk T Posted: 24 Jun 2011 06:15 AM PDT SHAH ALAM, 24 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tidak risau dengan pendedahan di Mahkamah Majistret hari ini bahawa pakar-pakar Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T adalah beliau. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ketika ditemui pada forum ekonomi di Hotel Quality di sini kelihatan tenang apabila ditanya mengenai tindakan susulan beliau. Anwar (gambar) berkata beliau telah menjangkakan perkembangan prosiding mahkamah hari ini dan beliau tidak terjejas dengan pendedahan itu. "Saya fikir semuanya telah diatur. Pendakwa, sebagaimana anda tahu, akan memastikan mereka akan mendapat hukuman yang ringan dan mereka sudah pastinya akan menggunakan perkara itu sebagai rujukan (selepas ini)," kata Ketua Umum PKR ini. Anwar juga berkata beliau sejak awal lagi telah mengisytiharkan bahawa mereka boleh menggunakan apa sahaja mereka mahu. "Awalnya, mereka kata seorang dari Korea dan sekarang mereka seorang dari Amerika Syarikat. Mereka boleh kata apa sahaja mereka mahu... ia hanya tindakan politik untuk mencemarkan nama saya," katanya. Anwar juga mendakwa beberapa pihak mengesahkannya semalam bahawa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, salah seorang trio Datuk T di belakang pendedahan rakaman video seks, ada bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam. "Kami menggunakan lif yang sama. Beberapa orang ada melihatnya, jadi mereka tidak beliau menafikannya. Kami tahu Abdul Rahim ada di pejabat perdana menteri di Parlimen pada pukul 11.45 pagi," katanya. Pertemuan Abdul Rahim dan Najib, kata Anwar, dengan jelas menunjukkan bahawa prosiding mahkamah hari ini telah dirancang lebih awal, kemungkinan melibatkan pembabitan Peguam Negara sendiri. "Itu sebabnya saya tidak terjejas dengan (perkembangan) itu. Ini hanya satu pertunjukan, untuk mendakwa mereka. Apa hasil urusan Abdul Rahim dengan Najib? Ini perlu dijelaskan," katanya. - Malaysia Insider |
Kronologi skandal pendedahan video seks Datuk T Posted: 24 Jun 2011 06:07 AM PDT Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan kandungan peranti tersebut KUALA LUMPUR: Berikut merupakan kronologi skandal pendedahan video seks oleh trio 'Datuk T' berdasarkan fakta kes yang dikemukakan dalam mahkamah. Akhir Februari 2011: Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah pergi berjumpa dengan Datuk Shuaib Lazim di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan warga negara China. Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif fan melibatkan kepentingan negara. Perjumpaan diadakan di Wisma UOA Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Mereka kemudiannya membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti itu dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut. Dalam perbincangan itu, Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui Shazryl dan Shuaib. 19 Mac 2011: Rahim telah menghubungi seorang individu Kamarulail Sulaiman dan meminta beliau menempah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur. 20 Mac 2011: Kamarulail pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru dan telah menempah bilik Seri Makmur atas nama Rahim bermula hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin). Shazryl meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita besar demi kepentingan negara. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini keapda beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama kepada wartawan lain. 21 Mac 2011: Ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9 pagi. Shazryl telah meminta Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut. Pada jam 10 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemudiannya dilakukan oleh Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaannya. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Shazryl juga telah memberi penerangan rakaman video tersebut. Beliau juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakamm sebelum rakaman hubungan seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China. Shuaib juga hadir pada pada sepanjang masa penayangan itu. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tanyangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya. Tayangan ini mengambil masa antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12 tengahari. 22 Mac 2011: Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Tun H S Lee (9703/11). 23 Mac 2011: Pada jam 4petang, satu sidang media dilakukan oleh Shazryl dan Rahim di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Shazryl dan Eskay mengaku mereka bersama Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut keapda wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011. 24 Mac 2011: Pada jam 5petang, Shazryl dan Rahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman video seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Ketua Pembangkang dengan seorang perempuan warganegara China. 25 Mac 2011: Shuaib telah datang ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.Keterangan mendapati rakaman tersebut telah diambil dalam sebuah bilik apartment di Ampang, Kuala Lumpur. Pihak polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl dilobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah dan persetubuhan diantara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel. Hasil analisa pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang 'tampering' dan 'super impose' serta berasal daripada satu alat perakam DVR yang dirampas daripada Shazryl. Pakar tersebut juga telah menjalankan 'Facial Recognition Analysis' terhadap pelaku seks (lelaki) dalam rakaman video dan hasilnya mendapati 99.99 peratus adalah menyerupai Anwar. Turut baca: Rahim: 'Pengorbanan' kami berbaloi Tayang video lucah: 'Datuk T' didenda mahkamah Sumber - FMT |
Versi Video Johari Abdul - Eskay Marah Anwar Tak Bantu Posted: 24 Jun 2011 04:30 AM PDT |
PKR terbit video 'versi Johari' Posted: 24 Jun 2011 04:26 AM PDT Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya. Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu. Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar. Johari (bertali leher), antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar. Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan. Lelaki X 'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini. Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut. Johari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek. Semasa perbandingan hidung dibuat juga, kelihatan gambar Tan Sri Thambi Chik diletakkan di sebelah gambar Anwar, seolah-olah ingin mencadangkan bahawa bekas ketua menteri Melaka itu sebagai lelaki X. Ditanya pemberita, Johari bagaimanapun menafikan menuduh sesiapa dan sekadar menunjukkan hidung mancung Rahim. Shamsul: Tuduh Datuk T, ulas Anwar Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu. "Saya memilih untuk menjadi P Ramlee. Wajah saya dan allayarham P Ramlee amat berbeza. "Jurusolek mengambil masa 4 jam dan inilah hasilnya," katanya sambil menunjukkan wajahnya yang seiras seniman ulung itu. Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video itu. "Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," katanya. Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan perjalanan mahkamah pagi tadi ketika trio Datuk T didakwa. "Pertuduhan terhadap tiga orang ini (Datuk T) tetapi ulasan terhadap DSAI (Anwar)," katanya yang juga seorang peguam. "Saya juga pertikaikan mengapa mereka walaupun telah dijatuhi hukuman dan dikenakan denda tetapi sebelum membayar denda lagi mereka juga telah dilepaskan. "Itu bercanggah dengan prinsip perjalanan perbicaraan," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan