MiLo SuaM |
- Anonymous menang Rais Yatim kalah teruk!
- "Khir Toyo suruh saya tipu SPRM"
- Pemuda Umno sertai perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai ini
Anonymous menang Rais Yatim kalah teruk! Posted: 16 Jun 2011 11:20 AM PDT GUA pun malas nak cerita banyak tentang isu Anonymous lawan Rais Yatim ni. Apa yang jelas, sebelum ini Utusan Melaysia melaporkan dengan yakin kononnya kerajaan sudah bersedia menghadapi serangan penggodam [Utusan]. Pung pang pung pang cerita macam bagus, konon dah bersedia menghadapi serangan cyber. Tapi kesudahannya, 41 buah website telah berjaya dikerjakan oleh Anonymous daripada 51 jumlah serangan yang dilakukan. Keputusan keseluruhan, Anonymous menang dan Rais Yatim kalah teruk. Dengan kata lainnya jutaan ringgit duit gua dan duit lu orang semua digunakan untuk membina website-website bodoh yang dapat digodam dengan mudah [Msian Insider]. Kumpulan anak muda yang berang dengan Rais Yatim telah memberi amaran untuk menyepak lubang hidung kiri Rais Yatim pada 17 Jun 2011 bermula pada pukul 3:30 pagi. Rais Yatim kononnya telah belajar ilmu silat, Kung fu, Tai Chi dan Kalari Payat rupanya hanya mampu menghulurkan lubang hidung kirinya untuk disepak bertalu-talu sebanyak 41 kali oleh Anonymous kah kah kah. Apa yang gua nak lu orang tau, keselamatan website-website kerajaan malaysia yang dibina dengan berjuta-juta duit rakyat rupanya berada pada tahap "sayur" berhadapan dengan Anonymous. Nasib baik cuma perang cyber, kalaulah perang betul, gua rasa Rais Yatim dah kena cincang-cincang jadi satay. RentaP© "Menteri UMporNO cuma ingat seks, seks, seks, dan seks baik lu letak jawatan..." |
"Khir Toyo suruh saya tipu SPRM" Posted: 16 Jun 2011 07:01 AM PDT SEMAKIN hari semakin dekat Khir Toyol dengan penjara berhubung kes perbicaraan rasuah (sebut curi duit rakyat) yang sedang dihadapi [Malaysiakini]. Gua yakin pintu penjara sentiasa terbayang-bayang di benak Khir Toyol sejak kebelakangan ni. Mana tidaknya, satu persatu tembelangnya sudah kantoi. Kalau lu orang nak tau, Khir Toyol bakal masuk penjara bukan sebab dia bersalah atau tidak, bukan sebab kesalahannya sudah terbongkar, juga bukan sebab keadilan sudah terbukti, tapi sebab UMporNO sudah tak mau lagi dengan Khir Toyol. Khir Toyol sudah tidak ada guna lagi kepada UMporNO. Gua masih ingat kata-kata Khir Toyol di dalam blognya semasa kes curi duit rakyat ini baru dibangkitkan. "Bila pokok sudah tumbang, kura-kura pun boleh panjat" Memang tepat sangat kenyataan tu dengan keadaan Khir Toyol sekarang. Selagi pemimpin gerombolan video lucah masih memegang kuasa, lu orang jangan haraplah diorang nak kena dakwa. SPRM, BOMBA, POLIS, semua diorang boleh kawal bhai. Kalau lu orang tak percaya, jom kita undi Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti, kita tengok satu persatu menteri dan orang besar-besar akan masuk penjara. Masa tu lu orang akan tahu, siapa orang besar yang curi duit rakyat, yang bunuh orang, yang rogol amah dan lain-lain. RentaP© "Suis pintu penjara untuk menteri-menteri di tangan lu orang chow!" |
Pemuda Umno sertai perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai ini Posted: 16 Jun 2011 06:24 AM PDT MESYUARAT Pergerakan Pemuda Umno hari ini telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan yang sama di tempat yang sama dan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan "walk for demokrasi BERSIH 2.0" pada 9 Julai ini [Malaysiakini]. Sekali imbas sepertinya pemuda Umno mahu membuat satu perhimpunan bagi menentang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, tapi apa yang jelas mereka akan turun bersama-sama untuk berarak dan pastinya akan membuatkan perhimpunan ini menjadi bertambah meriah. 1- Pemuda Umno sengaja membuat keputusan begini sebagai satu tindakan sabotaj kepada "walk for democracy BERSIH 2.0". Mereka mahu menggambarkan perhimpunan berganda yang bakal dianjurkan oleh tiga pihak iaitu BERSIH 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno ini akan mengundang keganasan akibat pertembungan tiga pihak yang tidak sehaluan. Maka pihak Polis mempunyai lebih alasan untuk mengharamkan perhimpunan ini selain melakukan tangkapan kepada rakyat yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai itu nanti. 2- Pemuda Umno sememangnya ingin memeriahkan lagi perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini nanti. Seperti yang kita sedia maklum, Khairy Jamaludin yang juga ketua pergerakan pemuda Umno Malaysia sudah menyatakan bahawa beliau mahu bersara daripada politik dan tidak akan bertanding pada PRU 13 nanti [Khairy bersara]. Dengan kata lainnya, ini sahajalah peluang untuknya memberikan satu tamparan terakhir kepada Barisan Nasional dan Najib yang tidak memberikannya sebarang jawatan menteri walaupun beliau seorang Ketua Pemuda. ReJaM© "Sebelum mati biasanya tikus akan mengeluarkan kentut yang paling busuk kah kah kah..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan