Blog-list Malaysia |
- Hackers: A New Malaysian Hero (Updated)
- Hackers: A New Malaysian Hero
- Akhirnya Umno Berjaya Halang Pilihanraya Masjid
- Hak berhimpun: Polis patut guna pendekatan mesra
- JKKK Umno dicekup ketika sedang leka berjudi
- Suami masih boleh ‘curi makan’ meskipun beristeri empat
- kepala butoh ahmad maslan menteri pengampu
- BERSIH 2.0 - Syafie Apdal Kata Pembangkang Takut..
- Siapa peduli RON 97 turun 10 sen
- Pergh... Cekapnya Polis Malaysia Kenalpasti Penggodam
- Pemuda UMNO Nak Join PERKASA Buat Kacau
- Pemuda PAS Berdepan Utusan Esok
- Astro tolak perbincangan, Cassa desak boikot
- Special Report: Operation Malaysia (Updated)
- Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM
- Kerajaan Ada Kuasa Untuk Tapis Internet - Muhyiddin
Hackers: A New Malaysian Hero (Updated) Posted: 17 Jun 2011 01:27 AM PDT Serangan siber: Penggodam rakyat tempatan, kata menteri Kerajaan persekutuan yakin sebahagian besar penggodam yang menyerang laman web kerajaan dan agensinya dilakukan oleh rakyat tempatan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata hasil siasatan awal menunjukkan kira-kira 90 peratus serangan dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan. Katanya daripada jumlah 200 laman web di negara ini yang diserang sejak tengah malam Rabu lalu, 60 adalah milik kerajaan dan agensinya. Dakwa Ongkili lagi sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dipulihkan. Beliau, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang terbabit dengan penggodaman itu dan berkata akan menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis untuk bertindak. |
Posted: 16 Jun 2011 11:49 PM PDT Aku hampir give-up. Dengan kepimpinan yang bangang dan sentiasa ditipu oleh SPR. Sentiasa dipermainkan oleh polis dan FRU. Yang sentiasa dibuli oleh Barisan Nasional….sapa yang boleh diharapkan?Aku tak harap dengan pemimpin politik untuk mengubah politik Malaysia. Beberapa jam sebelum kejatuhan Pakatan Rakyat Perak, aku diberitahu bahawa Sultan tak ada hak untuk menyingkir Menteri Besar. Sultan kena ikut Undang-undang tubuh Kerajaan Perak. Aku pun beli Undang-undang tubuh Kerajaan Perak tapi kerajaan Pakatan Rakyat jatuh juga. Mampuih pi la dengan Undang-Undang Tubuh. Selepas itu aku diyakinkan dengan Sidang DUN. Speaker tidak boleh disingkirkan tanpa undi majoriti. Tapi akhirnya Speaker diheret macam …aku tak tau…binatang pun orang tak heret macam tu. Come on Brader. This is Malaysia!! Kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan, sudah lama . Kalau undang-undang boleh menjatuhkan kerajaan, undang-undang itu sudah pasti dipinda. Kalau hakim boleh mengatakan Bn bersalah, sudah pasti hakim itu ditukarkan. Kalau BN boleh dijatuhkan………ooopppss ……….yang ni boleh. Dalam satu diskusi dengan pelajar-pelajar UPM beberapa bulan lalu, aku ditanya oleh seorang Pensyarah. Apakah perubahan politik akan berlaku di Malaysia? Aku jawab .."Ya" Apakah perubahan itu akan diterajui oleh Anwar Ibrahim? Aku jawab "Tidak" Siapa? Aku jawab…."Ni…budak-budak yang dikategorikan sebagai Gen-Y. Depa tak ada nama besar, bukan pemimpin politik tetapi aktivis kebebasan.". Masa tu aku tak boleh nak terangkan secara detail apakah peranan yang akan dilakukan oleh Gen-Y yang mampu merubah politik negara. Tapi hari ini cukup jelas. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada hari ini terdiri dari Gen Boomers dan mereka telah gagal. Anwar gagal melakukan perubahan dari dalam tong taik sehingga dia sendiri di campak keluar. haji Hadi dan Kit Siang juga gagal merubah senario politik walaupun sudah hampir tarikh luput. Gen X juga mencuba untuk merubah senario politik dengan reformasi dan demonstrasi. Sejak 1974 hingga 2011, demonstrasi gagal melakukan perubahan secara total. 2011 adalah era Gen-Y. Gen-Y mampu melakukan apa yang generasi sebelumnya gagal. Jangan terkejut dan jangan pandang rendah kemampuan Gen Y yang baru hendak belajar mengambil lesen kereta. Mereka mempunyai kemampuan yang masih belum diiktiraf. Apakah dengan berpuluh sidang media Azmin mendesak SPR telus dan adil akan berjaya? Kalau berjaya…BN akan bungkus. Jadi jangan harap Azmin akan berjaya dengan sidang media. Dulu kita desak supaya Pengerusi SPR ditukar, tapi apakah Pengerusi yang baru lebih baik? Lebih teruk. Jangan buang masa dengan Azmin ataupun melayan kerenah SPR. hangpa suruh budak berumur 19 tahun pi hack database SPR. Lepas tu publishkan semua maklumat pengundi dan biar semua orang tengok. Semua orang dapat tengok data yang sama. Tak perlu bising, tak perlu sidang media. Budak 19 tahun yang tidak dikenali mampu mengubah SPR tanpa sidang media atau demonstrasi. Hangpa cakap pung-pang mendesak SPR, mengutuk SPR tapi apa hasil pun tak dapat. Budak umur 19 tahun buat diam-diam…dapat hasil. Apakah dengan kembalinya Anwar keParlimen dan berhujah empat jam akan dapat mengubah pendirian kerajaan untuk mendedahkan perjanjian tol? Aku tak percaya perkara itu akan berlaku…walaupun Anwar bercakap sepuluh jam. tapi panggil budak 19 tahun, suruh dia hack komputer kerajaan…kemudian publish dalam website.Budak umur 19 tahun yang tidak dikenali mampu melakukan apa yang Anwar gagal melakukannya. Demo BERSIH nanti sudah pasti akan dihadiri oleh Gen-X. Gen-Y duduk rumah main playstation ataupun update Facebook. Apakah demo nanti mampu merubah pilihanraya yang lebih adil? No. Aku tak percaya. Bila kepala kena cekup, ekor lari berterbangan. Tengok demo Hindraf. Bila pemimpin ditangkap. organisasi berpecah. Orang India macam tu juga. Tapi Gen-Y mampu mencapai hasil yang diidamkan melalui demo ini…hanya dengan melakukannya dari bilik tidur masing-masing. Just hack the government!! Tak perlu bertempur dengan FRU. tak perlu bertempur dengan polis….tapi mereka mampu menumbangkan kerajaan. Adakah mereka penjenayah? Sebelum hangpa bagi kat depa macam-macam label…faham betul-betul. Ada perbezaan diantara Hackers dengan Crackers. Hackers adalah mereka yang bertanggung jawab dan beretika. Mereka mahukan sesuatu yang lebih baik…bukan menghancurkan atau mengambil kesempatan. Laman-laman web kerajaan digodam…untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya jangan rasuah. Laman web free pun depa charge RM1.8 juta. Laman web 1pengguna.com yang berharga RM1.4 juta juga begitu mudah digodam. Pasai apa? Sebab rasuah. Laman web 1pengguna.com yang sepatutnya bernilai RM140.00 macam Malaysiatimes.my…tapi depa claim RM1.4 juta. Hackers memberi amaran sebelum digodam. Kalau tak berubah…depa yang akan ubah. And they can do it!!! Hackers dikenali sebagai mereka yang membina sesuatu, menyelesaikan masalah dan tidak memusnahkan kod atau sistem. Mereka menggunakan kemahiran mereka dengan tujuan baik. Cuma kebanyakan orang memberikan persepsi negatif terhadap hackers. Malah, hackers jauh lebih bermoral dari ahli politik. Depa tak tipu orang, tak ambil duit orang. Crackers adalah mereka yang menceroboh dengan niat yang tidak baik. Nak mencuri data ataupun nak mencuri duit. Dengan lain perkataan…"Hackers build things, crackers break them." Apa yang berlaku kepada laman-laman web kerajaan sehari dua ini adalah amaran supaya kerajaan berubah. Kalau kerajaan tidak berubah, aku percaya juga, bahawa hackers ini akan mampu mengubah kerajaan. Mula-mula aku ingat hackers yang menggodam laman web kerajaan Malayisa ini orang luar negeri…but hey!!! Mereka adalah anak-anak kita!!! Yahoo….they're a new Malaysian hero. Tontoni video disebelah. dan kenali siapa hackers yang menggodam laman web kerajaan disini. Sumber - Malaysia Times |
Akhirnya Umno Berjaya Halang Pilihanraya Masjid Posted: 16 Jun 2011 11:27 PM PDT Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah pilihan raya dibatalkan. Menurut Berita Harian Online, perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini. Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan. Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun. Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. |
Hak berhimpun: Polis patut guna pendekatan mesra Posted: 16 Jun 2011 11:21 PM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba menakut-nakutkan rakyat agar tidak turun ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyebut pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan itu. Katanya, ugutan Khald itu sekaligus menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan itu. Perhimpunan Bersih adalah satu himpunan aman yang diketuai oleh beberapa NGO dan parti-parti politik daripada Pakatan Rakyat yang menuntut supaya pihak kerajaan melaksanakan sistem pilihanraya di Malaysia secara bersih dan adil. Inilah harapan dan kemahuan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan," katanya kepada Harakahdaily. DPPNS turut menasihatkan Khalid agar mencontohi pihak polis di United Kingdom (UK) yang membenarkan himpunan aman diadakan di negara mereka serta memberikan kawalan keselamatan secukupnya supaya himpunan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. Tambah beliau, begitu juga pihak polis di Jakarta yang lebih 'mesra' pendekatan mereka terhadap peserta himpunan aman di negara tersebut dengan memaklumkan kepada peserta himpunan aman dalam media elektronik supaya berhimpun dalam keadaan aman, mengikut jalan-jalan yang telah disediakan untuk himpunan tersebut serta bersurai dengan tertib. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan pandangan yang diutarakan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang berpendapat bahawa pihak PDRM sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang akan hadir untuk menyertai Bersih kali ini dengan menyediakan anggota polis yang mencukupi bagi mengawal selia himpunan tersebut supaya berjalan dengan baik dan sempurna, menyediakan jalan-jalan yang sesuai untuk para peserta berarak dan berhimpun dengan aman," katanya. Sehubungan itu, DPPNS berharap PDRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk berbincang dengan pihak penganjur program supaya himpunan ini dapat berlangsung dengan baik. "Janganlah disebabkan tekanan daripada pihak-pihak luar yang takut kehilangan kuasa mereka disebabkan arus kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan maka PDRM mengambil satu tindakan yang silap yang boleh menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan integriti mereka sendiri," katanya. - hrkh |
JKKK Umno dicekup ketika sedang leka berjudi Posted: 16 Jun 2011 09:10 PM PDT Semua orang tahu, Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) kalau di negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional, sudah tentu mereka adalah dari kalangan ahli Umno-BN. Jika di negeri Pakatan Rakyat (PR), depa akan panggil JKKKP. Yang pasti, berita yang dipetik dari Harian Metro ini jelas sekali melaporkan seorang wanita yang merupakan ahli JKKK di sebuah negeri yang diperintah Umno-BN. Beritanya berbunyi, seorang wanita yang juga ahli JKKK di Perlis telah dicekup sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Pelacuran (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau ketika sedang asyik bermain judi belangkas di sebuah premis kira-kira jam 10.30 malam. KANGAR: Seorang wanita yang juga ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sebuah kampung di Mata Ayer di sini, adalah antara empat kaki judi yang dicekup polis dalam serbuan pada Ahad lalu. Amat memalukan, seorang wanita yang terlibat dalam perjudian. Tambah lagi beliau adalah orang yang dianggap pemimpin kampung begitu asyik berjudi tanpa memikirkan hokum dan kesannya. Kalau depa Islam, beginilah hasilnya didikan kerajaan yang sentiasa menghina hukum Allah. Itu pemimpin Umno peringkat kampung, bagaimana pula di peringkat bahagian, negeri dan pusat. Kat bawah duk main judi, kat atas duk main rasuah juta-juta. Jika ianya dibiarkan berpanjang, nescaya negara ini akan ditimpa kegelapan di masa akan datang. Apakah nasib anak-cucu kita nanti jika masih lagi dipimpin manusia seperti ini. - WarkahDaily |
Suami masih boleh ‘curi makan’ meskipun beristeri empat Posted: 16 Jun 2011 08:46 PM PDT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dari awal lagi tidak setuju dengan idea Kelab Taat Suami menegaskan suami masih boleh berlaku curang meskipun isteri sangat taat kepada pasangannya. "Betapa taat sekalipun isteri, suami masih boleh berlaku curang. Malah, orang yang beristeri empat pun masih lagi curi makan!" kata beliau dalam ruangannya di Sinar Harian hari ini, di bawah tajuk "Taat sehingga boleh diliwat?", yang menyentuh penubuhan Kelab Taat Suami baru-baru ini. Sehubungan itu kata beliau, matlamat wanita adalah mahu menjadi isteri kelas pertama, bukan "pelacur kelas pertama." "Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini (Kelab Taat Suami) di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal. "Jangan lepas ini ada pihak yang mahu tubuhkan kelab suami taat, yang menganjurkan suami menjadi gigolo kelas pertama pula," katanya. Kata beliau, cadangan agar isteri melayan nafsu seks suami seperti pelacur kelas pertama menjatuhkan maruah wanita. "Ia mengukuhkan stereotaip wanita sebagai objek seks, lemah dan rendah intelek. "Bagi mereka yang tidak pernah melanggan pelacur atau mendapat perkhidmatan pelacur kelas pertama, mereka tidak tahu cara, tapi bagaimana pula kelab itu tahu aksi pelacur kelas pertama memberi perkhidmatan?" kata timbalan menteri. Kata beliau, daripada respons masyarakat umum, ramai juga lelaki termasuk suami dan bapa berasa terhina cadangan ini kerana tidak mahu isteri dan anak perempuan diistilah pelacur. "Justeru, apakah motif sebenar Kelab Taat Suami membuat cadangan itu? "Kelab Taat Suami adalah penjenamaan semula Kelab Poligami Ikhwan, diasaskan Hatijah Aam, isteri kedua Ashaari Muhammad, pengasas kumpulan Al-Arqam," katanya lagi. Kata beliau, tujuan kelab itu adalah untuk memberi kaunseling pernikahan, pendidikan seks dan kefahaman tentang taat kepada suami. "Pada asasnya nampak baik tetapi tujuan yang baik tidak serta-merta menghasilkan kebaikan jika jalan diambil adalah keliru, salah dan menderitakan orang. "Penyampaian dan mesejnya juga tidak sesuai. Adakah ahli-ahli kelab ini mendidik anak-anak perempun mereka bermentaliti pelacur apabila berkahwin kelak?" kata Mashitah. Tambah beliau, dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri taat dan melayan suami. Namun, tidak bermakna suami boleh lakukan apa sahaja terhadap isterinya. "Suami juga kena hargai isteri yang bekerja dan penat lelahnya sepanjang hari mengurus rumah tangga dan keluarga," kata beliau lagi. Seterusnya Mashitah menulis, walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, tetapi jangan kaburi pemahaman isteri tentang taat atau pengorbanan semata-mata untuk berkahwin ramai. "Taat isteri ada hadnya. Perbuatan suami yang menyeksa, memaksa atau mendorong isteri ke arah dosa dan mungkar tidak perlu diikuti," katanya yang turut menekankan bahawa punca sesuatu perceraian tidak semesti kerana layanan seks isteri kepada suami tidak setaraf pelacur kelas pertama. Kata Mashitah, ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan atau mentua, tiada persefahaman, malah kerana perbezaan politik pun ada. "Jika suami makan luar, tidak semestinya salah isteri, suami masih boleh berlaku curang," kata beliau. "Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal," kata beliau. Dalam ulasannya minggu lalu, Mashitah berkata, Kelab Taat Suami cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu. Mashitah berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej "taat" kepada golongan isteri dengan cara yang salah. Kata beliau, kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan. Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Taat Suami Dr Rohaya Mohamed dipetik berkata golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama." Bagaimanapun penganjur kelab itu menafikan pihaknya ada menggunakan istilah sedemikian. Mashitah juga meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan. |
kepala butoh ahmad maslan menteri pengampu Posted: 16 Jun 2011 07:10 PM PDT |
BERSIH 2.0 - Syafie Apdal Kata Pembangkang Takut.. Posted: 16 Jun 2011 06:18 PM PDT SANDAKAN 16 Jun – Tindakan menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan parti pembangkang takut berhadapan dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal. Menurut beliau, parti pembangkang sanggup menggunakan gelanggang jalan raya untuk menentukan kedudukan mereka dan meraih sokongan rakyat. "Kalau mereka berani untuk menyatakan rakyat bersama mereka, kenapa perlu menimbulkan rusuhan atau perhimpunan secara haram di jalanan. "Tindakan itu boleh merosakkan perniagaan, perjalanan teksi dan usaha orang mencari nafkah hidup akan terbantut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di sini hari ini. sumber:Bernama Tok Syapei Bedal bagitau yang pembangkang takot nak hadapi pilihanraya 13 nanti...hahahah.sapa yang takot ni PIEE???Be End ka PR?Hg tu kira nak BEDAL ja tak tentu pasai..cakap bg comei sikit haaa....hangpa yang takot,lepaihtu hangpa dok main tuduh pembangkang takot pulak. Lanie hangpa toksah la dok kalut-kalut nak sekat BERSIH.kalau hangpa sekat jugak memang SAH!!!hangpa yang penakut...kah!!!Kah!!!kah!!!kalau hangpa dok kemaih gak bawak geng-geng topi merah tu ngan kumpulan jihad Brahim Ali,rakyat memang akan bangun lawan laaa..Rakyat tau sapa yang betoi sapa yang tak betoi.Rakyat bukanla nak jatuhkan hangpa macam yang dah belaku kat Mesir&Tunisia.Hangpa mau ka jadi macam Libya???Dengarla suara rakyat sama,apa yang rakyat tuntut cuba dengar. Rakyat nak Malaysia buat PRU yang bersih ja dari sebelum ni yang memang dah kotoq dengan mainan pengotoq macam BE END..Bagila perluang pada rakyat nak tunjukkan ketidakpuasan kepada hangpa.bagila seluruh dunia tau macamna hangpa perintah negara. Yang dok buat kalut la ni Berahim Ali tu..Memang ketaq perut la dengar dia bagitau nak turun berarak jugak dengan pejuang-pejuang jihad dia.Mat Sabu jangan la dok wat cakap kemaih yang Pejuang Ibrahaim tu perkara kecik.Dia tu kuat laa...dia mesti nak bawak ramai-ramai nak pi taboh hang Abg Mat oiii .Paling sikit pun dia nak bawak sejuta pejuang.Kah!!!kah!!!kaH!!! memang pengacau betoi la katak sekoq ni.kalau nak himpun jugak p la himpun kat tempat lain.Sk takot mat sabu Kena taboh ja...Kah!!kah!!!kaH!!jom pakat-pakat turun 9 Julai ni.Sk pun nak join gak.. Siasahkini |
Siapa peduli RON 97 turun 10 sen Posted: 16 Jun 2011 05:37 PM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tidak melihat tindakan kerajaan menurunkan harga petrol RON 97 mulai tengah malam tadi sebagai satu langkah yang terdesak tetapi tidak mampu menurunkan harga barang di pasaran yang kian naik hari ini. Ketua penerangannya, Herman Samsudeen berkata penurunan itu juga tidak akan menghentikan mogok yang dilakukan oleh nelayan dan pemandu teksi hari ini. Menurutnya, majoriti rakyat dan kumpulan industri menuntut kerajaan agar tidak memansuhkan subsidi bagi diesel, RON 95 dan gas asli kerana itulah bahan api yang banyak digunakan. Katanya, malang sekali yang turun hanya RON 97, itu pun hanya turun sebanyak 10 sen berbanding kenaikannya pada 5 Mei lepas sebanyak 20 sen. "Kini harga RON 97 bernilai RM2.80, tapi siapa peduli kerana rakyat tahu kerajaan akan menaikkannya semula selepas ini dengan harga yang tinggi," ujarnya dalam satu kenyataan. Malah, katanya peniaga yang telah menaikkan harga barangan mereka sebelum ini tetap tidak akan turunkan harga. Baginya, alasan penurunan itu yang kononnya dibuat atas sensitiviti kerajaan terhadap harga minyak dunia yang turun juga begitu naif. In, ujarnya kerana jika benar itu alasan yang mereka mahu gunakan, maka harga minyak petrol RON 95, diesel dan gas asli juga hendaklah diturunkan juga, barulah ia mengikut trend semasa. Beliau menambah, walau apa pun alasannya, jelas penurunan itu bermotifkan politik dan mahu meraih sokongan rakyat yang kini begitu marah sehingga melakukan mogok atau demonstrasi di sana sini. Katanya lag, Barisan Nasional kini mulai sedar bahawa mereka memerlukan sokongan penuh rakyat sebagai persiapan pilihan raya. Justeru, katanya mereka mahu kemarahan rakyat harus diredakan segera, mogok, demonstrasi dan komen-komen pasal kenaikan harga harus segera dihentikan. "Buatlah apa sahaja, selagi pemimpin BN tidak menghentikan pembaziran dan salah guna kuasa, mementingkan kroni IPP mereka, masih mahu melindungi kepentingan mereka dan meneruskan hasrat mengurangkan subsidi untuk rakyat dan melaksanakan GST, maka rakyat pasti akan membuat perhitungan untuk mereka dalam PRU 13 nanti. "Tumbangkan BN, rakyat akan lebih sejahtera," ujarnya. - hrkh |
Pergh... Cekapnya Polis Malaysia Kenalpasti Penggodam Posted: 16 Jun 2011 06:02 AM PDT Godam: Polis peroleh petunjuk baru penggodam KUALA LUMPUR 16 Jun — Polis telah mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang bertanggungjawab menggodam beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan. "Masih terlalu awal untuk kita dedahkan siapa yang terlibat. Bagaimanapun polis akan terus membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menyiasat perkara itu. "Sekiranya siasatan menunjukkan perkara itu berunsur jenayah, kita cadangkan kepada SKMM untuk sekat (laman web itu)," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian Cek Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara di Bukit Aman hari ini. — Bernama |
Pemuda UMNO Nak Join PERKASA Buat Kacau Posted: 16 Jun 2011 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pergerakan Pemuda Umno juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini – hari Himpunan Bersih 2.0. Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0. "Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini. Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini. |
Pemuda PAS Berdepan Utusan Esok Posted: 16 Jun 2011 05:22 AM PDT Ketua Pemudanya Nasrudin Hasan akan mengetuai delegasi dewan itu yang mahu bertemu dengan pengurusan akhbar berkenaan bagi menuntut penjelasan. Pemuda PAS akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak pengurusan Utusan Malaysia di ibu pejabatnya di Cheras berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam. Ketua Pemudanya Nasrudin Hasan akan mengetuai delegasi 10 orang dewan itu yang mahu bertemu dengan pihak akhbar berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung lanjut. "Kita akan menyerahkan memorandum supaya mereka mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur itu. Kita mahu minta penjelasan mengapa ia boleh terlepas atau tidak ditapis atau ia mengikut kehendak pihak tertentu," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri). Beliau memberitahu Malaysiakini, pihaknya juga akan menuntut Utusan memohon maaf dan menarik balik penyiaran kartun itu. Semalam akhbar milik Umno itu pada halaman 15 menyiarkan kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miko. Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi. Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan. Khairul Faizi berkata, delegasi pada jam 9 pagi esok dijangka diiringi 100 ahli dan penyokong parti itu dari sekitar Lembah Kelang. Sementara itu, Nasrudin (kanan) dilaporkan berkata, sekiranya desakan mereka itu tidak dihiraukan, Pemuda PAS akan mengadakan bantahan lebih keras melalui demonstrasi besar-besaran. "Karikatur itu jelas mempersendakan hukum dan agama Islam, apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily. Tegasnya, penyiaran kartun sebegitu merupakan kesalahan besar yang tidak boleh dibiarkan. |
Astro tolak perbincangan, Cassa desak boikot Posted: 16 Jun 2011 03:20 AM PDT Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Presiden Cassa Dr Jacob George berkata, kempen itu perlu diteruskan memandangkan rakyat pada masa ini telahpun terbeban dengan keadaan ekonomi semasa. "Apa teladan yang (Astro) tunjuk pada masyarakat? Masyarakat pun (sudah) tertekan dalam keadaan ekonomi sekarang (tapi Astro) faham tentang diri sendiri saja," katanya lagi. George mendakwa, Astro juga telah menolak jemputan persatuan berkenaan untuk mengadakan perbincangan dua hala berhubung kenaikan harga itu. "Apa justifikasi yang (Astro) bagi? (Cassa) minta perbincangan dua hala, (Astro) tidak mahu dengan kita," katanya yang menambah, konglomerat media itu perlu menjelaskan sebab kenaikan harga berkenaan kepada pengguna. George berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang menyifatkan notis kenaikan bayaran perkhidmatan Astro sebagai tidak sah. Astro sepatutnya mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Rais yang menegaskan bahawa bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro pada masa ini tidak akan berubah. Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, George berkata syarikat berkenaan bersikap "tamak" kerana ingin menambah keuntungan melalui peningkatan harga pakej tetapi tidak menyediakan program terkini. Beliau turut mendakwa, Astro sering menyiarkan program yang berulang-ulang dan tidak mengambil tindakan sepatutnya walaupun pengguna telah membuat aduan. "(Kalau) hujan tidak ada liputan Astro, adakah dia bayar (gantirugi)? (Astro) beri teknologi yang tidak dikemaskini. Apa yang semasa? Hanya (maklumat) untuk perkhidmatan yang kita bayar," katanya lagi. |
Special Report: Operation Malaysia (Updated) Posted: 16 Jun 2011 02:26 AM PDT List of government websites that was attacked by hacker group Anonymous with the help of local hacking group in 'Operation Malaysia'. Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off - Up at 3:49am - Down at 4:06am - Up at 7:00am - Down at 3:31pm) Other Malaysian wesites: Sumber disini |
Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM Posted: 16 Jun 2011 02:16 AM PDT SHAH ALAM, 16 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya. Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir (gambar) ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu. "Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. MENYUSUL LAGI |
Kerajaan Ada Kuasa Untuk Tapis Internet - Muhyiddin Posted: 16 Jun 2011 01:56 AM PDT Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan akan memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya kerajaan memandang serius serangan penggodam tersebut dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu. "Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar "Anonymous" yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my. Kumpulan itu bertindak demikian kerana menuduh kerajaan Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen. Muhyiddin berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring internet akan terus dilaksanakan. Laporan lengkap "Tetapi kalau ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil tindakan. "Ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang menyekat hak kebebasan untuk kita dapatkan perkhidmatan menerusi internet. Kita pantau sama ada apa-apa perkara yang boleh membawa kesan kepada keselamatan negara," katanya. Sementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Kementerian Pelancongan membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook untuk mempromosikan pelancongan negara, Muhyiddin berkata kabinet akan mendapatkan laporan lengkap daripada menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen esok. "Saya tidak dapat maklumat secara terperinci sama ada kadar yang ditetapkan itu munasabah atau tidak, ia telah dibawa ke Parlimen dan dijelaskan. Mungkin kabinet esok akan dapatkan laporan dari menteri dan beliau boleh jelaskan apa asas-asasnya," katanya. Beliau berkata kerajaan tidak akan berselindung mengenai perkara yang melibatkan soal perbelanjaan negara dan beliau yakin kementerian tersebut telah membuat pertimbangan yang agak munasabah mengenai angka itu. "Ada sesetengah pihak katakan ia agak tinggi sebenarnya, tetapi bagi kementerian itu kadar yang berpatutan, kita tidak boleh lihat Facebook itu macam buka akaun sahaja, urusan-urusan lain mungkin melibatkan kos-kos tambahan," katanya. Semalam, Ng menjelaskan kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta untuk mewujudkan, mengurus dan memantau kempen pelancongannya dalam media sosial melalui penyiaran iklan enam acara utama yang memerlukan kos tinggi, sekaligus menolak dakwan kononnya peruntukan itu hanya digunakan untuk mewujudkan laman Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan