a m d a n g 8 1 |
Posted: 13 Jun 2011 11:44 PM PDT Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt... BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian. Masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk "mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata". Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut. Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk menganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0. Tuntutan perhimpunan tersebut adalah: -Bersihkan senarai undi -Mereformasikan undi pos -Gunakan dakwat kekal -Akses media bebas & adil -Masa berkempen minima 21 hari -Kukuhkan institusi awam -Hentikan rasuah -Hentikan politik kotor Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut: Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad) Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m. Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini. |
You are subscribed to email updates from a m d a n g 8 1 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan