Selasa, 14 Jun 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Posted: 14 Jun 2011 08:20 AM PDT

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

KALAU JOHOR DAN SELANGOR JATUH DI TANGAN PAKATAN RAKYAT:UMNO MO MAKAN APA UII?

Posted: 13 Jun 2011 11:47 PM PDT

Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.

abdul ghani othman and bangsa malaysia multicultural malaysiaGabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.

Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).

Pengerusi Pakatan Rakyat Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.

debate on islamic state boo cheng hau in clinic"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.

"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.

Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.

"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.

boo cheng hau flood muar 271206Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.

Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".

"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.

NONE"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).

"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.

Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.

Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.

johor baharu may day workers rally 010507 rallyDr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.

Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.

BOGEL DAN KETUK KETAMPI? BENARKAH INI KERJA ?

Posted: 13 Jun 2011 08:15 PM PDT

Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai "tidak berperikemanusiaan dan menghina" serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.

nude ear squat police commission report 230106Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina," kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.

PAS WAJAR CONTOHI AKP TURKI

Posted: 13 Jun 2011 07:06 PM PDT

PAS mengucapkan tahniah kepada AK Parti berikutan kejayaannya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.

Ucapan tahniah itu disampaikan oleh delegasi PAS yang menjadi pemerhati dalam pilihan raya ini dengan menghantar jambangan bunga kepada pejabat Parti AK di Istanbul.

Ia diterima oleh Dr Omar Faruk Kalayci, naib pengerusi AKP Istanbul (gambar atas paling kiri) yang menjaga hal elwal luar AKP.

Bunga dan kad ucapan tahniah itu disampaikan oleh lima delegasi PAS yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Turut serta ke pejabat AKP Istanbul hari ini adalah Onn Jaafar (Johor), Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Ustaz Baihaki Atiqullah (Kelantan). Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong, turut serta dalam rombongan ini.

Kelima-lima mereka tiba di Turki 9 Jun lalu bersama lima lagi anggota rombongan pemerhati dari Malaysia untuk menyaksikan perjalanan pilihan raya Turki yang berlangsung 12 Jun.

Lima lagi delegasi adalah Dr Mariah Mahmud (anggota Parlimen Kota Raja yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS) dan Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan, Kedah) dari PAS.

Turut serta tiga pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar (naib presiden PKR), Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT PKR).

Kelima-lima mereka berlepas pulang ke Malaysia hari ini. 10 delegasi ini dilayan sebagai tetamu AKP sepanjang berada di negara ini.

Sembilan anggota mengikuti perjalanan pilihan raya di Istanbul manakala Nurul Izzah ke Batman, untuk melihat perjalanan pilihan raya di sana.

Perjalanan pilihan raya di Istanbul lebih aman dan tiada kejadian ganas berlaku namun lain pula di Batman, dimana menteri Turki yang mengiringi Nurul Izzah terpaksa menaiki kereta berperisai untuk melihat kawasan pilihan raya.

Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP menang untuk tiga kali berturut-turut dan memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.
(Gambar: Para penyokong AKP bergembira menyambut kemenangan ketiga parti itu Ahad lepas)

AKP, pecahan dari Parti Refah, dibentuk pada tahun 2001 dan mulai  menyertai pilihan raya 16 bulan kemudiannya iaitu pada tahun 2002.

Presiden AKP Rejjab Toyyib Erdogan menjadi Perdana Menteri manakala seorang lagi pemimpin AKP, Abdullah Gul menjadi Presiden Turki.

Dalam pilihan raya pertamanya iaitu pada tahun 2002, AKP hanya menang 34 peratus undi popular dan terpaksa bekerjasama dengan parti lain membentuk kerajaan Turki.

Dalam pilihan raya 2007, AKP menang dengan 47 peratus undi dan berjaya membentuk kerajaan sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Kali ini, AKP menang dengan lebih cemerlang apabila mendapat 49.9 peratus undi dan mendapat 326 kerusi dalam parlimen Turki.

Namun begitu, hasrat AKP untuk menang dua pertiga tidak tercapai lagi dalam pilihan raya ini.

Dalam kempennya, AKP mensasarkan dua pertiga untuk membolehkan mereka membentuk perlembagaan baru dari orang awam untuk Turki. Ini kerana, perlembagaan yang ada adalah dibentuk oleh tentera.

Ekoran itu, walaupun memerintah lebih 10 tahun, kerajaan Turki pimpinan AKP tidak bebas kerana sentiasa sahaja dikongkong oleh tentera.

Menurut sistem pilihan raya di Turki, AKP perlu menang sekurang-kurangnya 330 kerusi parlimen untuk membina perlembagaan baru tetapi satu referandum diperlukan untuk mengesahkannya.

Jika AKP berjaya mendapat lebih dari 367 kerusi, perlembagaan baru boleh dibentuk tanpa perlukan referandum lagi kerana sokongan ahli Parlimen sudah memadai.

"Jalan keluar yang ada sekarang adalah dengan berbincang dengan parti-parti lain dalam Parlimen kalau-kalau mereka boleh menyokong pembentukan perlembagaan baru ini.

"Semasa kempen, CHP juga berkata mahu membentuk perlembagaan baru untuk Turki, jadi kita boleh bincang dengan mereka," kata Omer Faruk yang mendapat PhD tentang Perlembagaan Kesatuan Eropah (EU), kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya ini, CHP mendapat 25.9 peratus undi popular dan 135 kerusi, MHP mendapat 13 peratus undi dengan 54 kerusi manakala calon-calon bebas mendapat 6.6 peratus dengan 36 kerusi.

Sejak menang pilihan raya 2002 lagi, Turki berusaha untuk memasuki EU dengan harapan Turki akan ditekan supaya amalan demokrasi di Turki lebih terbuka.

Ini kerana, EU mengenakan syarat yang ketat untuk membolehkan sesebuah negara menyertainya. Antara syarat utamanya adalah amalan demokrasi.

Namun begitu sehingga kini hanya rundingan demi rundingan sahaja dibuat dan masih belum mendapat penerimaan penuh dari EU. Antara halangan utamanya adalah agama Islam yang menjadi anutan rakyat Turki disamping AKP yang dikatakan berbau Islam.

Sebahagian dari Turki termasuk dalam benua Eropah iaitu di Istanbul namun sebahagian besar negaranya termasuk dalam benua Asia.

Bagi AKP, dengan cara kempen untuk memasuki EU, pihaknya boleh menekan tentera khasnya, agar membebaskan rakyat Turki dari pelbagai kongkongan.
(Gambar: Erdogan dan isterinya ketika diumumkan menang untuk tiga kali berturut-turut)
Antaranya, sebelum ini wanita Turki tidak boleh memakai tudung kepala semasa di universiti bahkan juga dalam majlis-majlis rasmi padahal hak berpakaian adalah hak individu dalam sistem demokrasi.

Pada permulaan Erdogan menjadi perdana menteri, beliau tidak boleh membawa isterinya, Emin, untuk menyertai majlis-majlis rasmi kerana Emin tidak mahu membuang tudung kepalanya.

Namun, selepas pilihan raya 2007, pindaan perlembagaan berjaya dibuat dan sekatan berpakaian sebegitu tidak lagi membelenggu rakyat Turki.

Di bandaraya Istanbul, ramai wanita-wanitanya memakai tudung kepala bahkan tudung atau skaf Turki adalah antara cenderamata popular yang dibeli bagi mereka yang berkunjung ke negara itu.

Isteri Erdogan juga turut serta meraikan kejayaan AKP ketika keputusan pilihan raya diumumkan semalam dengan keluar bersama suaminya dalam keadaan memakai tudung lengkap sebagai seorang wanita Islam.

Tiada ulasan: