Sabtu, 11 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar 2011

Posted: 11 Jun 2011 08:45 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim JANJI Turun BERSIH 9 Julai

Posted: 11 Jun 2011 08:20 AM PDT



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur lapor KD.

"Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita," kata DSAI.

Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada ceramah yang sama, Anwar sempat mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya umum akan datang adalah masa yang terbaik untuk bekerja keras memastikan UMCO dan Barisan Nasional ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

DSAI menegaskan hanya sedikit usaha yang diperlukan untuk memastikan UMCO BN kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Pilihan raya akan datang, kesempatan untuk kita yang cukup baik.

"Nak push sikit sahaja lagi. Negeri Sembilan, (kita memerlukan) empat atau lima kerusi (Parlimen sahaja lagi), jalan (Menteri Besar) Mohamad Hassan.

"Parlimen, kita nak dua atau tiga kerusi sahaja lagi.Insya Allah mereka jalan.

"Dulu kita kalah sebab Sarawak dan Sabah. Sekarang kalau ada pilihan raya, Sarawak sekurang-kurangnya ada 10 dalam tangan.

"Dua kerusi di Negeri Sembilan, dua di Selangor, satu di Kedah, satu di Perak, dua di Terengganu, tergulinglah Umno," kata Anwar disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang mendengar ceramahnya.

Pada majlis yang sama, Anwar juga sempat menyempurnakan simbolik pemakaian baju T Bersih 2.0 kepada beberapa ahli KEADILAN Port Dickson sebagai tanda penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

 P/s: Apa lagi!!!!


Gaji Khir Toyo Selama Lapan Tahun Belum Mampu Biayai Kos Ubah Suai Rumah RM6.5 juta

Posted: 11 Jun 2011 07:00 AM PDT


Berita menarik di KD.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhami Shafiei menegaskan bahawa gaji yang diterima oleh Khir Toyo sebagai MB Selangor selama tujuh-lapan tahun berturut-turut masih belum mampu membiayai kos RM6.5 juta untuk mengubah suai kediaman mewahnya. Pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran UMCO yang korup.

"Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah suai rumahnya seperti diberitahu pereka landskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.

P/s: Buka mata rakyat!!!

Pasangan Tua Lakukan Seks di depan Orang Ramai

Posted: 11 Jun 2011 06:02 AM PDT

Sejak semalam panas di media fasal sepasang kekasih veteran yang  dikenakan hukuman penjara tiga bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks di pantai di hadapan puluhan keluarga. 

Lita Dawson dan teman lelakinya, Nicholas Harrison, kedua-duanya berusia 51 tahun dilihat berbaring atas satu sama lain di Pantai Seaford, Sussex Timur.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan memberitahu ibunya yang terkejut: "Ibu, perempuan itu melakukan senaman tekan tubi ke atas lelaki itu." Majistret di Eastbourne diberitahu, pasangan itu minum arak sebelum kedua-duanya menanggalkan pakaian masing-masing.

Pendakwa raya, Heather Salvage berkata: "Perbuatan mereka boleh dilihat orang ramai di sekeliling tetapi mereka tidak peduli.

"Seorang ibu yang berkelah bersama anaknya berusia lima tahun menyedari pasangan itu mengadakan seks cuba melindungi mata anaknya. Wanita itu begitu marah." 

"Video Seks" Mat Sabu Pula Disebarkan

Posted: 11 Jun 2011 05:28 AM PDT


Saya petik:

[MK] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

P/s: Susah kalau lawan dengan orang yang tidak ada "telur". Cerita khalwat antara Mat Sabu dengan wanita bernama "Norma" disensasikan oleh jurublog UMCO sejak sekian lama. Jika benar mereka mempunyai bukti, sudah lama kes ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Muka Pemandu Tayang Filem Lucah & Cuba Rogol Penumpang Basnya

Posted: 11 Jun 2011 05:07 AM PDT


Saya petik:
[BH] AYER KEROH: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.

Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa.

P/s: Datuk T dan geng bila mahu dihukum? Pemandu berahi di atas yang melakukan kesalahan pada 6 Jun 2011 sudah dikenakan hukuman!


Awas, SMS "Makan Duit"!

Posted: 11 Jun 2011 05:00 AM PDT


Saya petik:
GEORGETOWN: Pengguna telefon bimbit di negara ini terpaksa menanggung bayaran antara 20 sen hingga RM4 bagi setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk iklan diterima mereka walaupun tidak pernah mempersetujui untuk memuat turun dan melanggannya.

Antara jenis SMS sering diterima ialah tawaran khidmat seks, pornografi, tilik nasib, pertandingan, permainan serta tawaran hadiah dan cabutan bertuah berdasarkan nombor telefon bimbit atau kad SIM.

Kebanyakan penerima tidak menyedari mereka dikenakan caj dan hanya tahu mengenai perkara itu apabila menerima bil yang merujuk caj berkenaan menggunakan kod ringkas lima angka seperti 33333, sekali gus terpaksa membayar bil tinggi walaupun tidak pernah memohon menerima SMS seperti itu.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan satu garis panduan yang ketat bagi menyekat penghantaran SMS berbayar seperti itu.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata SMS terbabit dihantar terus ke telefon bimbit oleh penyedia kandungan menggunakan sistem lima digit, lazimnya untuk pengiklanan dengan paling kerap diterima adalah tawaran hadiah wang tunai yang meminta butiran peribadi termasuk akaun bank penerima.

"Ada yang terpedaya dengan mendedahkan semua butiran peribadi mereka. CAP menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak gembira dan berasa ditipu malah ia boleh dianggap gangguan kerana mereka terpaksa membuka, membaca dan memadamkan pesanan terbabit," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

SM Mohamed berkata, CAP juga mendapati ada SMS dihantar melalui kaedah berangkai termasuk menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar di negara jiran.
"SKMM dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan dalang penipuan yang boleh mengakibatkan kerugian besar sekiranya ramai pengguna terpedaya. Kami akan membantu pengguna antaranya dengan menghantar surat rasmi kepada SKMM bagi menangani masalah yang sudah lama berlarutan ini," katanya.
P/s: Lahanat!

Tangkap Ikan Seberat 118kg

Posted: 11 Jun 2011 04:45 AM PDT


David Kent dari Wales menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kent, 54, yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Britain menghabiskan masa selama sejam untuk menaikkan ikan sepanjang dua meter itu. Dua lelaki membantu dia memegang ikan tersebut yang 32kg lebih berat daripada rekod sebelum ini.

Dia menangkap ikan itu semasa bercuti di Krabi bersama dengan isterinya. Kent berkata: "Ikan itu mungkin terlalu lapar kerana ikan itu makan secebis kecil jagung (yang dijadikan umpan)."

Ikan itu kemudian dilepaskan ke dalam tasik selepas gambar haiwan itu dirakamkan sebagai bukti penangkapan. Kent dan isterinya kemudian memeriksa rekod tangkapan air tawar dan mendapati rekod terdahulu hanya seberat 86.18kg.



Surat Terbuka Mat Zain kpd PM: Peranan Peguam Negara dalam Skandal MAS

Posted: 11 Jun 2011 04:28 AM PDT



Mat Zain bin Ibrahim,

10hb.Jun 2011.

Kepada;

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia,

Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dengan Tangan

62152 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan.

Yang Amat Berhormat Dato Seri,

Saya petik:

Assalamualaikum wbt.

1. Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang "membersihkan" Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.

3. Untuk penekanan yang lebih jelas,s aya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.

4. Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.

5. Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.

6. Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais "white-washing" yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.

7. Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.

8. Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorang proxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.

9. Siapa Shahidan,apa hubungan beliau dengan TRI dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.

10. Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.

11. Persoalannya ialah adakah wajar,Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri.Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.

12. Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

13. Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail.Sama ada sebagai seorang Peguam Negara,sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat.Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat,maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.

14. Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempuyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan.Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu.Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengistiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.

15. Walaubagaimanapun perkara yang ,menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; "modus operandi" (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, "membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah". M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.

15.1. Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.

15.2. Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.

16. Secara kebetulan pula ketiga-tiga "skandal kewangan" ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996.Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari "common factor" yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti.Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama.Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.

16.1. Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.

17. Boleh dikatakan tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana "skandal-skandal" dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;

17.1. Beberapa orang Menteri Kanan dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.

17.2. Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.

17.3. Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.

17.4. Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994.Dalam kejadian ini kumpulan "Geng Mamak" terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar,Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta.Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.

18. Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu,peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini.Mungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.

19. Dalam tempuh 1994 hingga 1996 itu juga,Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.

20. Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.

21. Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.

22. Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.

Selamat sejahtera.Wassalam.

Terima kasih,

Yang benar,

(MAT ZAIN IBRAHIM)


10.6.2011.

Pancung!!!

Posted: 11 Jun 2011 04:05 AM PDT




Saya petik:
Pemandu jentera pengaut serang mekanik dengan parang selepas tebas lalang

[BH] PENAMPANG: Seorang mekanik putus kepala akibat dilibas dengan parang oleh seorang pemandu jentera pengaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Kepala Asri Patahuddin, 37, yang putus kemudian dimasukkan suspek ke dalam tong berisi minyak enjin kenderaan sebelum mengheret tubuh lelaki itu dan menghumbannya ke dalam sebuah van rosak tidak jauh dari bengkel terbabit.
Mangsa yang mempunyai seorang isteri dan dua anak serta sudah bekerja di bengkel berkenaan sejak beberapa tahun lalu sebelum itu sedang membaiki kenderaan apabila secara tiba-tiba dihampiri suspek berusia 30 tahun yang bersenjatakan sebilah parang panjang.

Rakan Asri, Ramli Simmi, 38, berkata suspek sebelum itu mencari parang di bengkel berkenaan dengan alasan untuk menebas lalang selepas mendakwa jentera pengaut dipandunya rosak.

"Suspek mengambil parang dalam bengkel dan menebas lalang di halaman bengkel sebelum mendekati mangsa. Tiba-tiba dia melibas parang ke leher mangsa. Saya dan seorang rakan cuba menghalang tetapi suspek melibas parang ke arah kami pula," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suspek dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan 10 hari lalu dan dipercayai mengalami tekanan mental kerana berjauhan daripada keluarganya di Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh, berkata ketika mahu ditahan, suspek cuba mengelak dan menafikan perbuatannya sebelum beberapa anggota polis berjaya memujuknya menyerah diri dan merampas sebilah parang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.

Katanya, suspek dipercayai mengalami masalah mental, ditahan reman seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dengan niat, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

P/s: Gila!



Tiada ulasan: