Kerabu Bersuara ® |
- Wajah baru PAS, Umno tukar nada serangan
- TGNA Kata Kemenangan Mat Sabu Buat Umno Tidak Tidur Lena
- Ucapan Tahniah Dari Anwar Ibrahim
- Barisan impian PAS 2011 kesan protes dua tahun
- PERKASA Hina Mat Sabu, Belajar Sampai ITM Je
- Mat Sabu: Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS
- Asri: Prinsip negara Islam-berkebajikan, bukti PAS alami kemajuan besar
- Nasharudin terima kekalahan, dakwa PAS mahu pemimpin vokal
- Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’
- PERKASA Kecewa Dengan Kepimpinan Baru PAS?
- PAS boleh tadbir negara tanpa bebankan rakyat
- Tuan Ibrahim: Tidak timbul soal ulama, bukan ulama
- Mat Sabu Pertahankan Kepimpinan Ulamak
- PAS ucap tahniah kepada YDP Agung
- Tahniah Dari Kerabu Bersuara, Senarai Penuh AJK PAS Pusat 2011-2013
- Keputusan Rasmi Ikut Kiraan Undi: Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz Menang
- Timbalan Presiden, Tahniah Abang Mat Sabu!
- Suhaimi Taib: Era baru perjuangan PAS
- Terkini! Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar Dan Salahuddin Ayub?
- Muhyiddin arah Umno bahagian tunai semua janji PRU-12
Wajah baru PAS, Umno tukar nada serangan Posted: 04 Jun 2011 03:24 PM PDT dusunonline.blogspot.com Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama. Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan "kumpulan Erdogan" dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk "meminang" PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu.Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum. Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan dan calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah. Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru. Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun. Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu. PAS dalam genggaman profesional? Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka. Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional. Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi. Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya. Perwakilan yang memilih golongan "profesional" atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti. Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS. Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan. Mengaibkan negara Islam? Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional. Kedua- dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam. "Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan," kata Hadi pada sidang medianya semalam. Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP. Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas. Justeru kerana itulah Utusandan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya. Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon. Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama. Agenda sempit Umno Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga. Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam. -MK |
TGNA Kata Kemenangan Mat Sabu Buat Umno Tidak Tidur Lena Posted: 04 Jun 2011 08:43 AM PDT Mohamad Sabu nafi laporan ulama tewas Ismail Hashim GOMBAK, 4 Jun: Ceramah malam akhir Muktamar Tahunan PAS ke 57 di Taman Melewar, dekat sini mendapat sambutan memberangsangkan. Suasana meriah dan sesak dengan ribuan hadirin menggamit kenangan makmurnya pusat tarbiyah sekitar 10 tahun lalu. Kini bangunan pusat tarbiyah ini telah bertukar wajah dengan penampilan moden sesuai dengan kehendak semasa. Di sinilah terletaknya Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) yang telah memulakan sesi pengajian tidak lama sebelum ini. Ada pandangan menyatakan, jika sesuatu majlis ceramah itu diadakan di Taman Melewar mendapat sambutan menggalakan berbanding tempat lain di sekitarnya. Dikatakan juga Taman Melewar mempunyai ruh perjuangan yang hebat kerana itulah anggota masyarakat dari semua tempat datang jika sesuatu itu dibuat di situ. Mohamad Sabu nafi Berita Minggu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menafikan tajuk muka hadapan Berita Minggu yang meletakkan tajuk Ulama Tewas di muka hadapan. Katanya, PAS sejak dahulu bukan sahaja menghormati ulamak bahkan golongan agama itu diletakkan dalam tertinggi, Majlis Syura Ulamak untuk memandu parti. Berbanding Umno, tegasnya, yang hanya meletakkan agama di dalam sebuah biro sahaja sama seperti biro sukan, belia dan pertanian. Sambil ketawa kecil, Haji Mohamad berkata, sejak bila Umno hendak pada ulamak melainkan mereka hanya berdusta semata. Di dalam ceramah sama, Mohamad berkata, jangan diharapkan kepada Umno untuk menjaga agama di negara ini. Umno tidur tak lena - Mursyidul Am Sementara itu dalam ucapan ringkasnya selepas itu, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perjuangan Mohamad lebih baik dari sesetengah lepasan Universiti Azhar. "Beliau tidak pernah terlibat dengan Umno," tegasnya. Kata Tuan Guru, Mohamad terus bersama perjuangan PAS sejak dari awal lagi dan sesekali tidak pernah terlibat dengan Umno. Menurutnya, dengan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak, Umno akan tidak dapat tidur nyenyak selepas ini. |
Ucapan Tahniah Dari Anwar Ibrahim Posted: 04 Jun 2011 07:00 AM PDT Tahniah Kepada Saf Pimpinan Serta Seluruh Ahli PAS Sempena Muktamar Ke 57 Tahniah saya ucapkan kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana baru sahaja menjayakan muktamar ke 57 pergerakan tersebut. Muktamar kali ini sekali lagi menyaksikan parti tersebut menolak suatu persepakatan politik yang berbaur rasuah serta penyelewengan kuasa pimpinan Umno- Barisan Nasional. Seperti pemilihan sebelumnya, ahli Pas memilih pimpinan untuk memperkasa parti tersebut demi memperkukuh Permuafakatan Pakatan Rakyat, suatu permuafakatan yang zahir dari hasrat menjamin kebajikan serta kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia. Pas sememangnya mempunyai sejarah yang panjang berjuang demi rakyat semenjak dari sebelum merdeka lagi. Tokoh tokohnya seumpama almarhum Dr Burhanudin al Helmy, almarhum Zulkifli Muhammad dan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor tidak asing mengungkapkan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dalam kerangka politik nasional. Saya malah terkesan dengan ucapan dasar Tuan Guru Presiden yang tegas menyatakan iltizam untuk terus mara bersama Pakatan Rakyat. Tuan Guru Abdul Hadi turut mengungkapkan betapa pentingnya Pakatan Rakyat tuntas mengungkapkan kepada rakyat rancangan seumpama yang terkandung dalam Buku Jingga. Kini Pas yang dipimpin Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ditunjangi pula Timbalan Presidennya yang baru Saudara Mohamad Sabu, pastinya mengorak langkah yang lebih jauh bersama Pakatan Rakyat mendepani segala tantangan serta cabaran, terutamanya berhadapan Pilihanraya Umum ke 13 yang kian hampir. Kepada yang berjaya terpilih menggalas beban tanggungjawab, tahniah saya ucapkan. Saya percaya saf pimpinan Tuan Guru Presiden, Mohamad Sabu, Salahudin Ayob, Husam Musa, Mahfuz Omar, Nasarudin Hasan dan 18 Ahli Jawatankuasa Pusat lainnya merupakan suatu gandingan mantap yang bakal bersama memaknai Perubahan serta memastikan kemaslahatan demi negara ini. ANWAR IBRAHIM |
Barisan impian PAS 2011 kesan protes dua tahun Posted: 04 Jun 2011 06:00 AM PDT Oleh G Manimaran ANALISIS, 4 Jun – Kira-kira empat bulan selepas pemilihan 2009, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetengahkan idea agar diadakan pemilihan khas untuk menggantikan pucuk kepimpinan parti itu. Ketika itu, tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, mengejutkan banyak pihak khususnya di kalangan ahli parti itu sendiri. Perhimpunan khas yang diusulkan beliau tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kepimpinan pusat memutuskan kaedah kompromi dalaman agar parti itu tidak berhadapan dengan perpecahan dan krisis dalaman. Nik Aziz dalam blognya ketika itu menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, Antara yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa berhubung isu kerajaan perpaduan. Meskipun kompromi dibuat tetapi persekitaran protes itu tidak habis di situ. Menjelang muktamar tahun lalu, isu kononnya Nasharudin tidak sealiran dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul semula. Beberapa pemimpin mendakwa pihaknya akan membawa usul agar pemimpin kanan ditukar akan dibawa ke muktamar yang diadakan di Kelantan. The Malaysian Insider ada membawa tulisan bahawa Hadi sendiri ada memaklumkan sahabatnya dan beberapa pemimpin kanan dalam parti itu bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada timbalannya. Hadi menafikan tanggapan sedemikian. Tetapi, setahun lalu, segelintir pemimpin kawasan menekankan bahawa usaha akan digerakkan bagi memastikan pucuk kepimpinan di tangga kedua mengalami perubahan tahun depan. Cakap-cakap itu kekal sebutan sebahagian besar perwakilan sehingga ke hari pengundian pemilihan 2011-2013. Apabila keputusan rasmi diumumkan pagi ini, Nasharudin berada di tempat ketiga dengan 224 undi berbanding Mohamad Sabu 420 undi, yang pernah mencabarnya dua tahun lau. Pencabar ketiga, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun sebagai calon minit-minit terakhir mengumpulkan 399 undi. Sebagaimana dua tahun lalu, undi dua pencabar mengatasi undi calon yang menang. Nasharudin berada di tangga kedua sebagai timbalan Hadi sejak 2005. "Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik," katanya lagi. Hari ini, Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin. "Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: "Perwakilan tidak mengundi saya." Mengenai kekurangan pada dirinya yang membawa kepada kekalahan, Nashrudin memberitahu, "saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal." Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau. "Isu itu isu basi," ujar beliau. Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider menjelang hari pengundian, Mohamad ketika mengulas isu puak ulama dan profesional berkata, "namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS." Beberapa perwakilan yang ditemui beberapa jam selepas pengumuman keputusan berkongsi pandangan bahawa mereka sememangnya telah menjangkakan perubahan dalam kepimpinan nombor dua parti dan memperkukuhkan semula kedudukan naib presiden. Perwakilan-perwakilan ditemui menekankan mesej hampir sama – PAS memerlukan pasukan agresif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Mengapa tidak perubahan ini dibuat pada pemilihan 2007 sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 tahun berikutnya? Dan juga, mengapa tidak pada pemilihan dua tahun lalu? Dua tahun tahu lalu, Mohamad dan Datuk Paduka Husam Musa, yang dilabel sebagai golongan profesional bertanding. Pada 2009, undi kepada kedua-dua calon profesional berpecah manakala Nasharudin memperoleh sokongan padu perwakilan yang berlatarbelakangkan sentimen ulama. Kali ini, undi perwakilan yang cenderung kepada ulama berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada Mohamad untuk menang dengan majoriti 21 undi. "Saya memang sudah menjangkakan keputusan ini kerana kami tahu arah aliran sokongan. Perwakilan khususnya ahli-ahli mahukan satu pasukan yang boleh membawa PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kuat," kata perwakilan dari Kelana Jaya, Abdul Rahman Othman yang menyifatkan barisan kepimpinan kali ini sebagai "pasukan impian." "Saya pasti Umno, BN akan gerun dengan pasukan. Bukan begitu?" katanya lagi. Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad iaitu perwakilan dari Temerloh, Pahang berkata, barisan baru ini akan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat. "Ia akan memperkukuhkan dan menjadi PAS bergerak dengan lebih berkesan," kata beliau. Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, perwakilan menyediakan satu barisan kepimpinan yang berasaskan rekod prestasi. "Ini adalah pasukan yang berasaskan prestasi, berdasarkan KPI... mereka mahukan pencapaian, menunjukkan prestasi... isyarat yang jelas," katanya yang turut mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa kerja kali ini. Sebagaimana diperkatakan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja pusat kepada The Malaysian Insider semalam, kira-kira empat jam sebelum proses pengundian, PAS nampaknya disajikan "pasukan terbaik" di sebalik persaingan sengit dalam memilih pemimpin terbaik. Husam yang kembali memperoleh kerusi naib presiden berkata, "saya melihat ini pasukan terbaik. Yang diterima perwakilan dan boleh diterima oleh rakyat semua kaum dan berdasarkan rekod pencapaian yang baik." Mengambil kira intipati ucapan dasar Hadi semalam, perwakilan meletakkan satu pasukan kepimpinan yang lebih agresif untuk berhadapan dengan serangan Umno-BN, yang meningkat sejak setahun lalu dan sudah pasti keputusan hari ini akan merancakkan lagi serangan politik menjelang pilihan raya umum ke-13. Meminjam kata-kata Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hassan kelmarin, streng "kepimpinan" cuma satu. Streng sudah diberikan. Perwakilan akan mengukur prestasi pemegang-pemegang streng ini sebelum muktamar 2012 iaitu pada pilihan raya umum ke-13. |
PERKASA Hina Mat Sabu, Belajar Sampai ITM Je Posted: 04 Jun 2011 05:45 AM PDT Mat Sabu: Dulu lain sekarang lain, saya tak serang lagi Anwar Oleh Latifah Kasmuri dan Zulaikha Zulkifli GOMBAK, 4 Jun – Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden baru PAS menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun musuh politik beranggapan beliau tidak akan sebulu dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat berdasarkan perkembangan dekad-dekad lalu. Beliau mengakui pernah mengecam dan menyerang secara politik pada 1980-an dan 1990-an iaitu ketika Anwar masih berada dalam Umno. "Pada masa 80, 90-an, Anwar dalam Umno. Dia mendokong dasar-dasar Umno. Sebab itu saya kecam. "Kini, Anwar sudah beralih ke Pakatan, jadi kita sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di akhir hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini. Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" memperoleh 420 undi untuk menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa yang hanya memperoleh 224 undi dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 339 undi. Anwar menyertai Umno 1982 dan dipecat pada September 1998. Sejak 2008 Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan PKR. Petang tadi, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Anwar dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwanya sebagai "pak turut." "Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi. "Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi," kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini pada pilihan raya umum 2008 bertanding dan menang menggunakan lambang PAS. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan. "Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar," katanya dalam kenyataan berasingan. "Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja. "Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu," kata beliau lagi. Mengenai kecaman itu, Mohamad yang kelahiran Pulau Pinang berkata, itu perkara biasa dan sesiapa sahaja boleh mengecamnya sebab beliau juga ada mengecam orang. "Jadi, ini bukan masalah. Sekarang, saya menjadi timbalan, akan ramai lagi yang kecam saya. Saya sedia hadapi kritikan orang," kata Mohamad yang pernah menjadi anggota Dewan Rakyat. Mengulas pandangan Ibrahim itu, Mohamad berkata, itu pendapat peribadi wakil rakyat berkenaan dan "suka hati dia nak cakap apa." "Saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau itu pandangan organisasi, lain ceritalah. Ini pandangan peribadi," katanya lagi. |
Mat Sabu: Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS Posted: 04 Jun 2011 05:30 AM PDT Oleh G Manimaran dan Latifah Kasmuri KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR). Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya. Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS. "Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS," kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini. Mohamad, 56, yang mesra dikenali "Mat Sabu" menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man. Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden. Mohamad Sabu (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS. — Foto oleh Choo Choy May Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa. Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden. Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu. "Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa)," kata beliau lagi. Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, "saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi." Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS. Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu. Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu. "Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional. "Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini. "Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya. "Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS," kata beliau. Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS. "Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan," katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani. Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, "saya tidak komen." Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau "bernasib baik" kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif. "Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif," katanya lagi. |
Asri: Prinsip negara Islam-berkebajikan, bukti PAS alami kemajuan besar Posted: 04 Jun 2011 05:00 AM PDT Oleh G Manimaran GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan. Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu. Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS. "Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud 'negara kebajikan' yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas. "Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran," kata beliau. "Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut 'apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan'," kata Asri dalam satu kenyataan hari ini. "Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS," kata beliau mengulas kenyataan Hadi semalam. Secara umum, tambah beliau, dunia memahami negara berkebajikan adalah negara-negara yang memakai model nordik seperti di Norway, Denmark dan Sweden. "Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut," katanya. Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini. Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata. "Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. "Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya. Semalam Hadi menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan". Asri, pensyarah dari Universiti Sains Malaysia berkata, pada masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia. "Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak," kata beliau sambil menambah, ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah. "Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. "Apabila perkataan daulah Islamiyyah, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah islamiyyah ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia," katanya. Kata Asri, disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu. "Walaupun kadangkala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai," kata beliau lagi. Cuma, menurut Asri, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah itu, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik. Katanya, gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan 'negara Islam' itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. "Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan 'utopia state' yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya. "Alhamdulillah, apabila gerakan Islam — sebahagian mereka benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan," kata beliau lagi. Justeru, Asri juga berkata, politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana, namun prinsipnya kekal. "Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya," katanya. Kata beliau, "bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya." Jelas tokoh agama muda ini, Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. "Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum sama ada hudud atau tidak, dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi. "Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan," katanya lagi. |
Nasharudin terima kekalahan, dakwa PAS mahu pemimpin vokal Posted: 04 Jun 2011 04:30 AM PDT Oleh Latifah Kasmuri GOMBAK, 4 Jun — Nasharudin Mat Isa yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak 2005 berkata, beliau menerima kekalahan dan menghormati keputusan para perwakilan yang memberi mandat kepada suara vokal Mohamad Sabu kali ini. "Kekalahan bukan benda baru ini dalam pertandingan. Kita terima dengan hati terbuka. Pertandingan tiga penjuru ini bagi saya bukan benda baru, sudah lama berlaku, dulu dan sebagainya," kata beliau sambil mengaku kemungkinan wujud pecah undi kali ini. Selain Nasharudin dan Mohamad, jawatan timbalan presiden turut ditandingi oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad memperoleh 420 undi, Nasharudin mendapat 224 undi dan Tuan Ibrahim pula 399 undi. "Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik," katanya lagi. Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Laporan-laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin. "Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: "Perwakilan tidak mengundi saya." Mengenai kekurangan yang membawa kepada kekalahannya, Nashrudin memberitahu, "saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal." Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau. "Isu itu isu basi," ujar beliau. Mengenai tindakan susulannya, Nasharudin berkata, buat masa ini beliau tidak memikirkan apa-apa dan menyerahkan perkembangan selepas muktamar yang akan berakhir esok. "Tunggulah hingga selepas muktamar," kata beliau lagi. Sehubungan itu, Nasharudin juga berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan yang telah membuat keputusan. "Mereka telah membuat keputusan dan anda kena menghormati pilihan, tiada isu salahkan sesiapa, demokratik proses yang diperuntukkan oleh perlembagaan, hormati hak perwakilan," katanya lagi. Mengenai kekalahan wakil ulama dalam pemilihan kali ini, Nasharudin berkata, barisan semasa masih memperlihatkan campuran ulama dan profesional dan ada beberapa nama ulama dalam senarai terbaru. "Jika mereka menolak ulama, (sudah pasti) tiada nama (ulama) diwakili (dalam barisan ini), anda masih ada beberapa nama," katanya lagi. Berhubung soalan tentang momentum berubah daripada puak ulama kepada kumpulan profesional, Nasharudin berkata, "nampaknya dari segi pilihan mungkin tidak macam dulu, tetapi ulama masih diwakili (dalam barisan baru), jadi ia bukan isu besar." Menjawab soalan adakah pengaruh ulama terhakis, Nasharudin berkata, menjadi hak perwakilan untuk membuat keputusan tetapi "Majlis Syura masih kuat pengaruh dalam parti." "Orang tidak banyak diwakili, tetapi semangat ulama masih jauh," katanya lagi. |
Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’ Posted: 04 Jun 2011 04:15 AM PDT Oleh G Manimaran, Latifah Kasmuri dan Zulaikha Zulkifli GOMBAK, 4 Jun – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah," kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini. Hasil pemilihan semalam, PAS menerima timbalan presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu manakala Datuk Paduka Husam Musa pula kembali sebagai naib presiden manakala Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi naib presiden masing-masing. Selain Mohamad Sabu, Salahuddin, Mahfuz dan Husam, seramai 12 daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat PAS yang baru dilihat daripada kalangan kumpulan profesional. Hadi menambah, walaupun ada beza pandangan dalam penentuan calon, tetapi tetap menghormati keputusan perwakilan kali ini. "(Saya) terima apa sahaja keputusan dan hadapi untuk pilihan nanti, kepimpinan kali ini terdiri daripda pelbagai latar belakang, AJK pusat wakili semua pihak," kata beliau yang telah mempertahankan jawatannya tanpa saingan. Mengenai komposisi barisan yang memihak kepada kumpulan profesional, Hadi menjelaskan, ia bukan benda baru dan "PAS memimpin secara kolektif." Hadi juga berkata, keputusan yang diumumkan pagi tadi menunjukkan kematangan ahli-ahli dan perwakilan dalam memilih pemimpin-pemimpin untuk berada di saf hadapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. "PAS adalah parti berpengalaman, parti tertua. PAS juga pernah jadi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan menghadapi cabaran di peringkat negeri," katanya. Sehubungan itu Hadi juga berkata, bukan pemimpin-pemimpin politik yang membuat perubahan tetapi para perwakilan manakala "matlamat, acuan tetap sama dan tidak akan berubah." "Perubahan pucuk pimpinan, biasalah... sama macam alih perabot rumah," katanya lagi. Menjawab soalan timbalannya bukan seorang ulama, Hadi memberitahu, ia bukan satu masalah kerana kerajaan Uthmaniyah juga bukan daripada kalangan ulama. "Ulama ini sebenarnya bermaksud orang berilmu termasuk dalam pelbagai bidang... contoh Ibn Khaldun, beliau seorang yang berilmu dalam bidang agama dan sosiologi. Sekarang ini susah nak cari pemimpin yang tahu dalam semua bidang, jadi PAS buat pimpinan secara kolektif," katanya. Berkenaan dakwaan bahawa calon-calon yang pro-Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kali ini, Hadi juga mengetepikan tanggapan sedemikian. "Tidak, pemimpin dipilih untuk, kerana kita mahu pemimpin yang rapat dengan NGO, rapat dengan semua pihak," katanya yang turut menolak tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin pusat kali ini dilihat sebagai golongan agresif. "Kita ikut suasana," kata Hadi yang turut memberi jaminan bahawa calon yang tidak terpilih, tetap sama membantu pimpinan yang lain. "Saya akan melantik AJK baru, enam orang tapi itu semua kena tunggu dahulu. "Saya tidak guna kuasa mutlak, dulu bila Mat Sabu (Mohamad) kalah, dia tetap jadi AJK pusat," katanya lagi. |
PERKASA Kecewa Dengan Kepimpinan Baru PAS? Posted: 04 Jun 2011 04:00 AM PDT Perkasa dakwa barisan baru PAS 'suara' Anwar Oleh G Manimaran GOMBAK, 4 Jun – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi. "Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi," kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam satu kenyataan SMS mengulas keputusan pemilihan pusat PAS yang diumumkan pagi tadi. Pada pilihan raya umum 2008 Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas menggunakan lambang PAS. Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kerusi naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub, Datuk Paduka Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad atau dikenali sebagai "Mat Sabu" pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan. "Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar," katanya dalam kenyataan berasingan. "Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja. "Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu," kata beliau lagi. Kata Syed Hassan, lebih dikesali Hadi terus mengajak ahlinya PAS menjauhi Umno sedangkan terus menegaskan akan setia bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. "Tidak satu ayat pun semasa ucapannya pada majlis perasmian Muktamar PAS semalam boleh diertikan PAS sedia ke arah persefahaman seluruh umat Melayu dan Islam. "Serangan Hadi terhadap Umno dalam ucapannya itu tidak menghairankan sebab pemimpin Umno juga kerap menyerang PAS di setiap kali perhimpunan Umno," katanya sambil menambah, namun PAS dengan imej Islam sepatutnya memulakan langkah perpaduan kerana Islam menuntut umatnya mengikat dengan kukuh perpaduan semasa Islam. |
PAS boleh tadbir negara tanpa bebankan rakyat Posted: 04 Jun 2011 03:30 AM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS percaya perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Sebaliknya, PAS yakin keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara. Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedahm Menurut beliau, selain itu, PAS juga pernah memperkenalkannya di Terengganu dan Perak dan turut memperkenaljannya di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan. "Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang telah kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat. "Kita telah membuktikan kemampuan memerintah selama 20 tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan. "Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar PAS Ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam negara berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS, menurut beliau, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaab Umno BN, sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. 3akyat yang berniaga pula, katanya, terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu. "Manakala kerugian perniagaan pula ditanggung kerajaan yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. "Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan," tegasnya. Berbeza dengan negara kebajikan yang ingin dicapai oleh PAS, katanya, yang bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata. Ini kerana, tegas beliau, kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya meliohat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini, tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita. "Negara yang kita mahu ialah yang menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. "Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita, apatah lagi ia mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. "Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini," katanya. Negara berkebajikan juga, tegasnya, melaksankan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman. "Apa yang lebih parah lagi, BN telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untuk merompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat," katanya. Kaeadah perundangan Islam, tegas beliau, menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya. Seseorang hakim mencari jalan bagaimana membebaskan orang yang dituduh, bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman. "Islam menggalakkan orang yang bersalah bertaubat dan membuat penyelesaian di luar mahkamah kerana balasan bukan sahaja di dunia, bahkan ada lagi balasan dalam kubur dan selepasnya. "Kalau terlepas di dunia tanpa bertaubat, Islam membuktikan wujudnya keamanan dengan kehebatan undang-undang yang adil, bukan menakutkan rakyat dengan undang-undang yang zalim," ujarnya. Islam menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-lumba mendapat pahala. "Umno BN telah melemahkan dan mematikan sifat tersebut, amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajiakan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat," katanya. Bagi melaksanakan tujuan tema itu, katanya, PAS ingin melaksanakan langkah yang menjadi intipati iaitu membetulkan fahaman salah, membetulkan salah urus tadbir ekonomi dan memimpin rakyat melakukan perubahan ke arah kebaikan. "Semuanya ini tidak akan mampu kita capai tanpa mempunyai organisasi dan petugas parti yang mantap, perancangan yang bersifat semasa dan ke hadapan, pemantauan dan penambahbaikan dari masa ke semasa," ujar beliau. |
Tuan Ibrahim: Tidak timbul soal ulama, bukan ulama Posted: 04 Jun 2011 03:15 AM PDT Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tidak timbul soal ulama bukan ulama yang sedang dimainkan media pro Umno terhadap saf kepimpinan baru PAS, kata bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan pemilihan PAS yang diumum hari ini membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama. "Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita. "Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat," katanya yang juga dilihat dari kelompok ulama, dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS. Dalam keputusan hari ini, beliau dan penyandang sebelum ini Nasharudin Mat Isa, bagaimanapun tewas kepada Mohamad Sabu yang dilihat bukan dari kelompok ulama. Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224. Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217). Media Umno bagaimanapun menganggap 'line up' baru kepimpinan parti itu sebagai wujud penolakan kepada kelompok ulama di kalangan perwakilan. Mengulas perkara sama, Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu turut merasa hairan dengan sikap Utusan. "Hanya media Umno main isu ulama-profesional ini. Kenapa tiba-tiba Utusan menjadi sayang kepada ulama menjelang muktamar. "Sedangkan kita yang menang ini semuanya mendokong kepimpinan ulama,"katanya. Naib Presiden PAS yang baru, Datuk Husam Musa pula berkata, ia hanya propaganda media Umno untuk memecahbelahkan parpaduan dalam PAS. "Struktur ulama sememangnya kukuh dalam PAS. Paling tinggi Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Majlis Syura. "Saya, Mahfuz, Mat Sabu dan Salahudin daripada kecil dalam PAS, membesar dan dididik oleh Ulama PAS, jadi tidak ada apa-apa perubahan pun" tegasnya. Mengulas peranan yang mahu dimainkannya sebagai salah seorang naib presiden PAS yang baru, beliau berkata mahu menumpukan kepada kemenangan PAS pada PRU-13 akan datang. "Kemenangan ini untuk kita merangka pelan kejayaan PAS dalam PRU-13 dan meletakkan PAS pada posisi yang betul agar diterima rakyat pelbagai kaum," katanya. Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas kekalahannya pula, redha dengan keputusan pengundian oleh perwakilan tersebut. "Alhamdulillah, Allah mengurangkan beban saya di akhirat. Saya tak rasa kecewa kerana kita tahu ruang berjuang dalam parti sangat luas," katanya. |
Mat Sabu Pertahankan Kepimpinan Ulamak Posted: 04 Jun 2011 03:04 AM PDT Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan PAS - Presiden Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013. "Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan. "Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini. Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak. "Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua. "Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub. Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain. Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS. "Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO. "Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya. Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menyifatkan kepimpinan yang baru ini sebagai kabinet pilihan raya. Mengulas lanjut, beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno. "Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya. |
PAS ucap tahniah kepada YDP Agung Posted: 04 Jun 2011 03:00 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 4 Jun: PAS mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda melalui satu usul tergempar yang dibentangkan oleh Timbalan Presidennya yang baru terpilih, Haji Mohamad Sabu. Doa untuk baginda pula dibacakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dengan diaminkan oleh semua para perwakilan dan pemerhati. Hari ini, 4 Jun 2011 adalah sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mohamad Sabu ketika membentangkan usul ucapan tahniah dan junjung kasih itu berkata, Baginda adalah ketua agama Islam dan pelindung kepada Islam. |
Tahniah Dari Kerabu Bersuara, Senarai Penuh AJK PAS Pusat 2011-2013 Posted: 03 Jun 2011 08:03 PM PDT Berikut adalah senarai penuh AJK PAS Pusat sesi 2011-2013 seperti yang diumumkan sebentar tadi. PENGERUSI TETAP Tuan Haji Ustaz Abu Kasim TIMBALAN PENGERUSI TETAP Tuan Haji Hussin Ismail PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj NAIB PRESIDEN 1. Husam Musa , YB Dato' 3. Mahfuz Omar, YB Dato' 6. Salahuddin Ayub, YB AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz 5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 6. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz 7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 8. Hanipa Maidin, Hj 9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato' Dr. 10. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 11. Khalid Abd Samad, YB Hj. 12. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 13. Mazlan Aliman, - 804 undi 14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 17. Nuridah Salleh, Ustazah 18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang Team Kerabu Bersuara: Tahniah kepada semua yang telah berjaya. Semoga dapat terus melaksanakan amanah dengan baik dan semampu mungkin. Tiada istilah kalah menang seperti dalam parti Umno. Rapatkan saf, susun strategi dan fokus kepada sasaran kita untuk ambil alih Putrajaya dari golongan zalim. Doakan team kami selamat dalam perjalanan semasa pulang sekejap lagi. Allahukhbar! |
Keputusan Rasmi Ikut Kiraan Undi: Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz Menang Posted: 03 Jun 2011 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi. Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217). Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi. |
Timbalan Presiden, Tahniah Abang Mat Sabu! Posted: 03 Jun 2011 07:54 PM PDT Tahniah! Mampus Umno! |
Suhaimi Taib: Era baru perjuangan PAS Posted: 03 Jun 2011 07:48 PM PDT Suhaimi Taib Satu era baru perjuangan PAS dekad ini ialah menentukan parti memenangi hati rakyat berbilang kaum dan agama, budaya dan taraf ekonomi. Kecenderungan ini dapat dibaca apabila era pasca revolusi rakyat Asia Barat mencetuskan kesedaran rakyat seluruh dunia betapa mereka perlu kembali kepada hakikat sebenarnya keperluan kehidupan mereka. Mereka memerlukan undang-undang yang adil untuk melihat segala kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka dapat diadili dengan baik. Pembahagian kekayaan di kalangan rakyat diagihkan secara adil tidak hanya kepada kroni pemeritah semata-mata. Gelombang ini merayap bukan sahaja di Asia Barat tetapi ke dalam masyarakat Malaysia sendiri yang berbilang kaum. Orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Bidayoh dan lain-lain hari ini bercakap tentang ketidakadilan pembahagian kekayaan di kalangan rakyat. Mereka telah terpedaya dengan kepincangan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu lama lebih lima dekat. Menyifatkan selama ini bagus dan membanggakan. Tetapi hakikatnya tidak. Perasaan tidak puas hati itu telah membuak-buak di dada mereka, menunggu masa untuk diadaptasikan dalam pilihan raya umum akan datang. Di sinilah PAS memainkan peranannya untuk bersama mencetuskan perubahan di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama itu. Sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya bahawa PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Polisi Bersama Pakatan Rakyat yang sudah dibahas dan diterima oleh PAS. "Ianya melibatkan suatu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urustadbir negara," jelas Datuk Seri Presiden PAS di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor di Taman Melewar, Gombak Selangor baru-baru ini. Suatu perubahan menyeluruh ini khususnya menyentuh soal dasar pemerintahan negara yang banyak memberi ruang kepada aktiviti-aktiviti rasuah telah merosak akauntabiliti kepimpinan negara dan pegawai-pegawai kerajaan semua peringkat. Bermula dari pemandu kenderaan kerajaan sampai kepada wakil rakyat parti pemerintah khususnya BN. Indeks rasuah yang merudum sebelum ini terbukti benarnya dakwaan ini. Tidak wujudnya urustadbir yang baik negara berpunca dari tidak wujudnya sistem pentadbiran yang tidak memberi ruang kepada berlakunya rasuah berleluasa di semua peringkat, mengakibat bahana menimpa kepada perancangan kerajaan khususnya pembangunan yang dirancang. Banyak projek gagal dilaksanakan dengan baik kerana puncanya rasuah. Kos pembiayaan tinggi tetapi kualiti pembangunan tidak berada di tahap memuaskan dan mengikut piawaian yang dibenarkan. Akibatnya banyak bangunan runtuh dan mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa. Wang rakyat disalahgunakan untuk membiyai parti kerajaan (Umno) secara tidak langsung dengan memasukkan wang dikatakan untuk projek pembangunan dalam akaun syarikat tertentu dan kemudianya disalurkan kepada Umno dalam bentu dana tertentu. Perkara inilah PAS dan Pakatan Rakyat berusaha membenterasnya supaya bukan sahaja ia menghasilkan pembangunan berkualiti dari semua sudut bahkan telah terbukti menarik ramai pelabur datang untuk membuat pelaburan dalam negara terababit sebagai contoh Singapura dan lain-lain kerana berpunca dari rasuah berada di bawah tahap minima atau pembangunan tanpa rasuah. Indonesia kini mengorak langkah ke arah membentras rasuah. Tetapi Malaysia gagal melaksanakan tugas menghapuskan rasuah walaupun berlaku penambahbaikan kepada Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang penting ialah rakyat menerima inpak besar dari jika gerakan Pakatan Rakyat berjaya membuat perubahan tanpa mempedulikan serangan dan fitnah yang ditaburkan BN sepanjang perjalanan mereka melaksanakan tugas untuk rakyat itu. Justeru gandingan usaha yang tidak pernah putus arus, lambat laung akhirnya akan membuahkan hasilnya. Ini kerana keburukan rasuah dan penyelewengan itu tidak selama-lamanya kekal ditakuti dan disokong apabila ianya dapat kejahatannya dizahirkan di hadapan mata rakyat hari demi hari. Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak perlu jemu menyatakan kebenaran ini sama ada menang pilihan raya atau kalah. |
Terkini! Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar Dan Salahuddin Ayub? Posted: 03 Jun 2011 04:56 PM PDT Mendapat berita yang baru masuk. Kita anggap la berita ni sebagai gambaran awal keputusan nanti. Sumber-sumber ini mengatakan nama-nama di atas telah berjaya dalam merebut jawatan muktamar pada kali ini. Lanyak umno dengan bn sehabis-habis nanti! Tunggu lepas pukul 10am nanti. Sila bersabar erk. Team kami nak pegi makan nai lemak kejap. Allahuakbar! |
Muhyiddin arah Umno bahagian tunai semua janji PRU-12 Posted: 03 Jun 2011 04:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Jun — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua bahagian Umno di seluruh negara menunaikan janji pilihan raya umum yang lalu jika ada yang masih belum ditunaikan dalam usaha untuk terus mengukuhkan kekuatan di peringkat bahagian. Beliau berkata semua janji pilihan raya yang belum diselesaikan walaupun tidak sebesar mana perlu diberi perhatian serius dan segera diselesaikan. "Usaha perlu dibuat untuk menyelesaikan isu yang dialami di peringkat bahagian, sebahagiannya mungkin berhadapan dengan isu janji pilihan raya yang mungkin belum dapat diselesaikan dan ditunaikan," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini. "Kalau ia tak sebesar mana dan ia perlu diselesaikan di peringkat mana sekalipun, ia tidak boleh diabaikan dan ia perlu segera diberi perhatian," katanya yang juga pengerusi Umno Wilayah Persekutuan. Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Wangsa Maju di sini malam tadi. Katanya, semua bahagian Umno juga perlu menentukan supaya kehendak dan harapan masyarakat di sekitar mereka dapat dipenuhi. "Di samping itu, kita perlu melaksanakan usaha untuk menentukan segala keperluan masyarakat yang ada di kawasan kita dapat kita laksanakan walaupun tak kesemuanya tetapi sebahagian besar dapat diselesaikan. "Ia penting supaya semua isu itu tidak menjadi halangan kepada Umno terutamanya ketika berkempen pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Muhyiddin. Katanya, jika semua perkara sudah ditunaikan, perkara seterusnya yang perlu diberikan perhatian oleh Umno di peringkat bahagian ialah memastikan kedudukan bahagian berada pada keadaan yang kukuh. Menurut beliau, hubungan semua kepimpinan bahagian dengan semua peringkat ahli Umno perlulah kuat dengan tiada isu yang boleh menggugat kestabilan parti terus berlarutan. "Bahagian Umno mesti tidak bergolak, jangan ada isu, hubungan antara pimpinan di semua peringkat mestilah dalam keadaan yang terbaik. Tidak ada isu dan permasalahan yang boleh menggugat hubungan baik yang akhirnya boleh menjejaskan gerakan jentera pilihan raya," katanya. Muhyiddin turut mengingatkan semua jentera Umno bahawa pilihan raya umum yang akan datang akan mendatangkan cabaran kepada parti dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang lebih getir daripada biasa. Beliau berkata ini adalah kerana pakatan pembangkang tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kembali kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum ke-12 kembali kepada BN. "Pihak pembangkang pada ketika ini sudah berkuasa di peringkat negeri akan terus mempertahankan kedudukan mereka. Kerusi yang kita (BN) kalah di peringkat Wilayah Persekutuan pastinya bukan mudah untuk mereka lepaskan. "Mereka ada strategi, mereka bergerak sampai ke akar umbi, mereka membuat program untuk membantu masyarakat ... langkah yang kita ambil, mereka juga ambil langkah yang serupa dan mungkin lebih daripada kita," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan