Sabtu, 4 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pemimpin UMCO Meroyan Apabila Mat Sabu dan Geng Menang!

Posted: 04 Jun 2011 08:15 AM PDT

Semalam berita di TV kerajaan dan swasta, laporan akhbar perdana berkempen untuk kali terakhir bagi memastikan calon yang sering dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduan memenangi jawatan penting dalam PAS. Fitnah yang dilemparkan tidak berjaya menjatuhkan Husam, begitu juga "pujian" yang diberikan kepada Nasa tidak berjaya menjatuhkan Mat Sabu.

Apabila Mat Sabu dan kumpulan penentang tegar UMCO memenangi pemilihan kepimpinan PAS kali ini, maka timbullah cerita untuk memburukkan PAS, misalnya tindakan PAS yang sanggup menukar matlamatnya daripada menubuhkan sebuah negara Islam kepada negara kebajikan membuktikan mereka  kononnya sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk terus mendapatkan kepercayaan Pakatan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula berkata PAS menggadaikan prinsip mereka demi Pakatan Rakyat, malah mereka kini tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud sebaliknya bercakap hendak membina negara kebajikan yang kononnya sudah lama dilakukan BN. Sejak bila BN membangunkan Malaysia sebagai negara berkebajikan? Sejak bila UMCO berminat dengan hukum hudud?

"Saya percaya tidak mustahil satu hari nanti PAS akan kata negara Islam sudah tidak relevan lagi mungkin mereka (PAS) akan kata Malaysia perlu jadi negara sekular dengan mengeluarkan macam-macam fatwa," kata Ali Rustam kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Segambut di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PAS kini kononnya dilihat akan mengikut apa-apa yang minta oleh DAP.

"Rakyat kini sudah boleh menilai PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi PAS berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN. PAS akan mengeluarkan fatwa-fatwa baru bagi meyakinkan rakyat untuk menolak BN dan ini apa yang sedang mereka (PAS) lakukan," katanya yang terus meroyan.

Ditanya tentang taktik pembangkang yang menggunakan isu kenaikan harga barang untuk mempengaruhi rakyat menolak BN, Mohd Ali berkata taktik itu merupakan taktik lapuk dan rakyat sudah dijelaskan oleh kerajaan tentang kenaikan harga barang tersebut. Kita tunggu dan lihat!

"Di negeri pembangkang mereka menaikkan cukai pintu dan pelbagai jenis cukai tetapi mengapa mereka tidak kata kerajaan mereka itu (pakatan pembangkang) zalim. Kita (kerajaan) buat rasionalisasi subsidi bagi mengimbangi harga pasaran dunia yang tidak menentu," katanya yang tidak menyertakan bukti dan menyatakan negeri PR yang berbuat demikian. Jika kenyataan itu merujuk kepada isu UUM, maka isu itu sudah dijelaskan oleh MB Kedah.

Tentang kemenangan Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS mengalahkan Nasharuddin Mat Isa, penyandang jawatan itu untuk tiga penggal, Mohd Ali berkata kemenangan Mohamad telah mengetepikan pemikiran ulama dalam PAS dan ini akan menguatkan lagi bahawa mereka tidak akan mengguna pakai prinsip kerajaan Islam lagi.

 "Mereka kata kita (BN) sekular tapi pemilihan Muktamar (PAS) kali ini jelas menunjukkan mereka telah menolak ulama...demi kekal berkuasa dalam Pakatan Rakyat mungkin PAS akan jadi parti sekular juga," katanya. Di mana peranan ulama dalam UMCO sehingga ada ulama yang dipecat kerana UMCO mempertahankan pertandingan ratu cantik?

Sementara itu di Pasir Mas, Kelantan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 ini sebagai hilangnya kepimpinan ulama.

"Kita tidak terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan tetapi apa pun dalam PAS sudah mula hilangnya taring ulama dalam kepimpinan parti itu dan ini sesuatu yang malang dalam PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pasir Mas. Di mana taring UMCO tatkala pemimpin MCA dan Gerakan memperlekehkan negara Islam dan hukum Islam?

Di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan PAS akan ditinggal oleh orang ramai yang menyokong parti itu berikutan keputusannya meninggalkan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangannya selama ini. Fuh, ayat!

Orang ramai tidak akan percaya lagi kepada PAS yang dilihat terlalu mahu menjaga hati rakan pembangkangnya seperti DAP yang pernah menjadi seteru konsep negara Islam, katanya.

"Konsep nak tubuhkan negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus perjuangan parti PAS...saya yakin jika PAS tidak lagi berjuang berlandaskan prinsip menegakkan negara Islam, ramai yang akan keluar dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau di Seremban.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pendirian PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai komitmen yang kuat dan jitu dalam perjuangan mereka.

Dasar PAS ini amat berbeza dengan Umno, walaupun Umno bergabung dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional tetapi parti itu tidak pernah mengadai prinsip perjuangan mereka untuk membela Melayu dan Islam, katanya.

Menurutnya PAS dilihat hanya mahu mengejar kuasa dan kerana itu sanggup menukar pendirian mereka hanya kerana mahu mendapatkan sokongan orang bukan Islam.

P/s: Komen saya ringkas saja, selama lebih 50 tahun UMCO memegang tampuk pemerintahan negara, mengapa negara Islam yang diperjuangkan PAS masih belum terbina? Mengapa hukum hudud dihina oleh pemimpin UMCO? UMCO yang terkenal dengan sikap hipokrisinya mengungkit soal negara Islam yang dipinggirkan oleh mereka. UMCO yang menghina ulama bercakap soal kepimpinan ulama selepas geng Kerajaan Perpaduan tewas. Jika UMCO itu berjuang berlandaskan Islam, maka sudah tentu PAS sudah dibubarkan sejak dahulu lagi.

Khas untuk UMCO!  Siapa tibai saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion? Tolong jawab!

Isteri Derita Suami Guna Cincin Penambat Zakar

Posted: 04 Jun 2011 07:30 AM PDT


Saya petik;
[HM] KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

"Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

"Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah," katanya.

Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.

"Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu," katanya. 

P/s: Gila!

Kembali Dara Selepas 3 Kali Bercerai. Trend yang Bakal Diikuti Artis Malaysia?

Posted: 04 Jun 2011 07:00 AM PDT

Dewi Persik

Artis ini sudah tiga kali berkahwin dan bercerai. Namun penyanyi dangdut, Dewi Perssik kini mendakwa sudah kembali perawan. Penyanyi lagu 'Goyang Gergaji' itu mengaku telah menjalani pembedahan selaput dara dan pembedahan itu dilakukan selepas menjalani ibadah umrah tidak lama dahulu.

Dewi atau lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agung dikatakan menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Mesir.

"Saya memang merancang untuk menjalani pembedahan selaput dara. Saya sudah pun menjalaninya. 

"Walaupun saya berstatus janda tetapi secara fizikalnya, saya perawan," kata Depe seperti dilapor oleh Warta Kora, semalam.

Menurutnya, dia melakukan pembedahan itu kerana mahukan keperawanannya kembali dan juga ingin memberikan nikmat yang lebih kepada bakal suaminya kelak.

"Saya akan tetap perawan apabila berkahwin dengan suami baharu nanti," katanya.

Menurut Depe, dia masih merasakan sakit pada sekitar perut dan pangkal paha selepas menjalani pembedahan itu. Namun, kesakitan itu tidak menghalangnya untuk membuat persembahan di atas pentas. 

"Yang penting, saya sudah peroleh apa yang diinginkan. Pembedahan dilakukan selepas menunaikan umrah bersama keluarga. Saya ingin sangat untuk mendapatkannya dan mencari maklumat mengenai klinik yang menjalankannya dan ternyata berkesan," katanya.

P/s: Artis ini memang panas dengan pelbagai kontroversi. Bergambar separuh bogel, berlakon filem berunsur lucah. Ironi, dia pergi melakukan umrah, namun masih lagi berkelakuan seperti sebelumnya. Err...!


Remaja Melayu 14 Tahun Bangga Cerita Hilang Dara di Blog. FUH!!!

Posted: 04 Jun 2011 06:30 AM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Pengakuan 'berani mati' seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.

Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.

Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.

Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.

Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal....

P/s: Gila! Apa komen Mahiaddin yang tidak habis-habis risau pelajar menjadi obes? Bila dia mahu risau akan moral remaja yang semakin hancur?


Ibu Meraung Lihat Anak Perkosa Teman Wanita

Posted: 04 Jun 2011 05:52 AM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

"Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman.


Sebaik melihat ibunya ke dapur, lelaki terbabit memegang tangan mangsa dan menariknya masuk ke bilik," katanya.

Menurutnya, tersentak dengan perbuatan itu, mangsa menjerit dan cuba melarikan diri, namun terpaksa mengalah apabila diseret suspek dengan kasar.

"Sebaik membawa mangsa masuk bilik, lelaki terbabit mengunci pintu dan merogol mangsa...."

P/s: Saya taip sedikit untuk bacaan saudara. Yang saya perasan, berita ini macam pernah saya baca di HM. Saya tidak tahu jika surat khabar ini mengitar semula berita untuk menarik perhatian pembaca.

Osama Ditembak dengan Peluru Bersalut/Direndam dengan Lemak Babi?

Posted: 03 Jun 2011 09:06 PM PDT


Sebuah video klip di Youtube yang mendakwa Osama Ben Laden mati ditembak tentera AS dengan mengunakan peluru perak yang telah disalut atau direndam dengan lemak babi tersebar kepada umum. Dakwaan itu boleh dianggap benar jika kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar Silver Bullet Gun Oil itu benar. 

Pengeluar minyak senjata itu yang dikenal dengan nama The Midnight Rider menjelaskan cara lemak babi berpindah kepada mangsa selepas peluru ditembak. 

Mengapa peluru itu direndam/disalut dengan lemak babi? Pemilik minyak senjata ini percaya orang Islam yang dicemari unsur babi tidak akan masuk syurga. Oleh sebab babi haram dalam Islam, maka orang jahil ini membuat kesimpulan sedemikian rupa.

Bingai!

Menurut pemilik syarikat pengeluar minyak senjata itu, anggota tentera AS adalah sebahagian daripada pelanggan syarikat itu seperti yang dinyatakan di laman sesawangnya. Menurut tulisan di laman sesawang syarikat itu, "Ribuan botol Silver Bullet Gun Oil telah diagihkan semenjak Julai 2004 kepada anggota tentera AS."

Jurucakap tentera AS menyatakan bahawa beliau tidak jelas tentang isu penggunaan peluru perak seperti yang didakwa syarikat pembuat minyak senjata itu. Beliau bagaimanapun tidak menolak teori bahawa askar mungkin membeli minyak senjata itu untuk digunakan di medan perang.

P/s: Lahanat & kurang ajar!


Muktamar PAS: Tahniah Mat Sabu, Salahuddin, Husam, Mahfuz

Posted: 03 Jun 2011 08:28 PM PDT


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

AHLI JAWATANKUASA KERJA (hanya 18 calon sahaja yang dipilih)
1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)


P/s: Calon pilihan TM memang. Tahniah! Moga-moga lepas ini tidak kedengaran lagi isu Kerajaan Perpaduan.

[WAJIB BACA] Unit Penyamun Ekonomi (EPU) Paksa TNB Beli Elektrik daripada IPP - Ani Arope

Posted: 03 Jun 2011 05:28 PM PDT

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. The Malaysian Insider memetik Ani sebagai  berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

"Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,"
kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

"Dengan fasal ambil dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

"Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tidak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Langkah yang diambil pada era Tun M menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff.

"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.

P/s: Semuanya sudah terburai!

Tiada ulasan: